OhMyIklan

Monday 30 June 2014

53. Review : SedetikLebih Photography

Assalamualaikum, hai readers! Again, lambat review. Selepas hampir 2 bulan bertunang, baru terhegeh-hegeh nak review. SedetikLebih ni Aini punya official photographer untuk majlis bertunang hari tu. Entry ni khas untuk review SedetikLebih Photography. Inginkan perniagaan anda direview? Kindly email me at wanainiashikin@gmail.com :)

SedetikLebih Photography mula bertapak di Malaysia sejak 2009. Maksudnya dah 5 tahun dah bertapak. Patutlah gambar semua tahap pro dan servis tiptop. Diasaskan oleh Ahmad Faiz Ishak ataupun Faiz. Faiz mempunyai 5 tahun pengalaman dalam wedding photography. Guess what? SedetikLebih Photography pernah shoot kat vietnam untuk honeymoon couple kat sana. Alahai. Seronoknya dapat job jauh-jauh.

SedetikLebih Photography  mempunyai 5 photographer (3 principal, 2 junior). Office SedetikLebih Photography bertempat di Kuantan. Walaupun begitu, mereka menyediakan servis di seluruh Malaysia! Berita baiklah untuk bride to be di luar Kuantan :) Jom cekidaut pakej-pakej yang disediakan untuk 2014.


Seriusly tertarik dengan pakej number 4. 

Eh...eh....eh.... Jom tengok promo sempena Ramadhan & Syawal ni :


book now! masih dlm promo!


raya ke3 ke ke4 ke boleh lah buat potret keluarga

Aini berbesar hati nak share hasil bidikan kamera geng-geng SedetikLebih Photography ni :







Berminat? Nak dapatkan info-info atau jika sebarang pertanyaan, boleh layari Facebook SedetikLebih Photography atau hubungi Faiz Ishak di talian 0196602644 . Anda semua dijemput untuk view jugak http://sedetiklebihphotography.blogspot.com/ . Semoga SedetikLebih Photography terus berkembang di masa akan datang :)

Check out our next post : 53. Personal Review : SedetikLebih Photography.

Friday 27 June 2014

52. Rezeki Menang Contest TheshopAblog & Jom Join Giveaway Syira!

Assalamualaikum, hai readers! Tangguh dulu review OP SLP, untuk berkongsi berita gembira dengan readers. Alhamdulillah, Aini menang contest dari TheshopAblog by Shakina Farhan :) Boleh rujuk entry ini untuk baca penyertaan Aini. Dan pagi tadi Kak Kina announce pemenang di sini. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Aini menang tempat pertama. Tahniah juga Aini ucapkan kepada Cik Kompas kerana menang tempat kedua dan Puan Fiza yang memenangi tempat ke-3. Rezeki masing-masing membina masjid :)

Oh ye. Apa yang Aini menang? Walaupun hadiah belum dapat, Aini share dulu pe hadiah yang Aini dapat ok?

3 metre ivory white trailing veil

super higher power spanx by kerry's blogshop

2 packs of artificial silk rose petals (red)

Memang sangat excited! Dah pesan kat kak kina, hold dulu hadiah tu memandangkan Aini agak busy nak mula bekerja. Plus, takut nanti adik-adik posing dulu veil tu. Hihi. Veil tu 3 meter tau. Memang berangan dah nak pakai veil panjang-panjang masa nikah nanti :) Alhamdulillah, jimat belanja Aini. Yang spanx tu excited jugak. Hihi. Harap-harap dapatlah membentuk apa-apa yang patut menjelang hari bahagia tahun depan :) Artificial silk rose petals memang Aini nak beli cadangnya nak letak kat centrepiece ke, pelamin ke, photobooth ke kan. Mungkin nak beli banyak sikit. Mestilah beli dengan TheshopAblog :)

Dikesempatan ini nak mengajak semua join GiveAway Ramadhan Raya by Syira Lokman. Kenapa? Sebab OhMyWedding antara tukang sponsor hadiah. 3 orang pemenang bertuah pilihan Syira akan direview oleh OhMyWedding. Walaweh. Sebelum ni review orang lain punya business je, nak review blog mungkin lebih kurang je kot. Wish me luck. 

Check out our next post : 53. Review : SedetikLebih Photography.

Wednesday 25 June 2014

51. Perlu Ke Kerusi Untuk Majlis Bertunang?

Assalamualaikum, hai readers! See the title? Kerusi ni antara salah satu elemen utama pelamin. Ramai orang confuse (termasuk Aini) tentang kerusi time majlis bertunang. Perlu ke? Masa mula-mula tu dah terniat yang Aini nak kerusi untuk pelamin bertunang atas sebab-sebab tertentu. Memanglah tak nak majlis seglemer majlis bertunang Erin Malik tak pun Fauziah Ghous dolu-dolu, tapi nak jugak kerusi tu. Hihi. Jom Aini share kenapa anda perlu dan tidak perlu kerusi.

Kenapa perlu kerusi?

1. Kerusi tu perlu jika bakal mak mertua anda atau sesiapa yang menyarungkan cincin di jari anda nanti ada masalah pinggang ke bawah (lutut, kaki dsbg). Kesian tau mereka kena duduk bangun duduk bangun duduk. Kita sebagai yang lebih muda mestilah kena faham kan? Ni pun salah satu cara nak ambil hati bakal mak mertua gitu. At least, kalau ada kerusi, selesa sikit untuk sesi sarung menyarung, peluk memeluk kan? Kerusi tu pulak janganlah terlalu rendah or terlalu tinggi. Takut nanti lagi menyusahkan pulak.

2. Kerusi tu perlu untuk mengelakkan baju anda berkedut dengan dahsyat atau untuk show off hiasan di baju anda. Jujur kan? Hihi. Tapi sebenarnya kalau anda pandai jaga, duduk dengan sopan sambil mengekalkan ke'sting'an baju tu, ok je. Kalau yang kainnya beropol-ropol, berbunga 3d macam pokok bunga atau manik kasar-kasar, kena tahanlah sikit. Takut sakit kalau duduk lama-lama.

3. Kerusi tu perlu kalau anda tak nak perkara yang tak diingini terjadi ketika duduk bersimpuh. Seriusly, kalau boleh duduk bersila je, Aini sanggup tak guna kerusi. Hihi. Takut terselak-selak ke ape ke, baiklah guna kerusi.

4. Kerusi tu perlu jika ruang terlalu kosong-kosong-kosong. Jika anda meminimakan hiasan pelamin atau pelamin anda jenis besar, bukan mini, perlulah kerusi tu. Nanti nampak pelik pulak kan tabir tinggi-tinggi, tunangan orang nya cinonit je duduk kat bawah tu.

5. Kerusi tu perlu untuk bagi effect, ilusi mata, especially kepada tunangan orang yang comel, cute a.k.a rendah sikit. Tapi sejauh mana ianya berkesan, Aini tak tau lah ye :) Pernah baca kalau tunangan orang tu agak rendah, boleh duduk atas kerusi bagi nampak tinggi sikit. Mungkin boleh try.

Kenapa tak perlu kerusi?

1. Tak perlu lah kerusi kalau anda takde pelamin. Kalau tetiba ada seketul kerusi khas untuk sarung cincin, mcm pelik je. Ada yang nak try?

2. Tak perlu kerusi sekiranya ruang pelamin sempit. Selalunya untuk bertunang ni orang buat mini pelamin kan? Bolehlah anda pikir-pikir dulu keluasan pelamin tu. Nanti penuh pulak platform tu dengan kerusi je. Takde ruang untuk hiasan-hiasan lain. Tapi kalau memang tak nak hiasan, nak fokus tabir je, just go with the flow.

3. Tak perlu kerusi sekiranya kerusi yang diofferkan kepada anda sangat gah ala-ala cleopatra gitu. Agak tak sesuai untuk majlis pertunangan. Kalau bersanding, ok. Pastikan anda setel awal-awal, confirmkan nak kerusi jenis mcm mana ok?

4. Tak perlu kerusi jika anda confident bahawa anda akan cemerlang duduk bersimpuh, salam, peluk cium semua tanpa penggunaan kerusi. Just be your self.

Dah tak jumpa point lain. Mungkin b2b semua boleh tambah, dialu-alukan. Satu je pesanan atau tips dari Aini bagi mereka yang inginkan penggunaan kerusi untuk pelamin bertunang. Pastikan platform tu kukuh apabila anda+bakal mak mertua+kerusi ada kat atas tu. Aini faham ramai b2b nak pakai kerusi, tapi was-was. Takut nanti jiran mengata la. Cakap over la. Lantak je. Be confident. Entah-entah esok lusa anak cucu diorang bertunang, guna kerusi jugak. This is your day. Buatlah mengikut kehendak hati anda. Yang penting, jangan sampai menyusahkan dan di luar kemampuan.

Nak tepek lagi sekali gambar pelamin Aini :


Ni pulak hasil sesi soal jawab dengan pakcik google : kredit : semua :)




Confident aje ye :) Good luck bakal tunangan orang semua :)

Check out our next post : 52. Review : SedetikLebih Photography.

Monday 23 June 2014

50. Personal Review : My Inspirational Bridal

Assalamualaikum, readers! Last entry Aini story mory review My Inspirational Bridal (MIB) kan? Sekarang nak belanja personal review pulak.

Camne boleh terjumpa MIB?

Actually jumpa ni masa dok survey-survey andaman yang murah kat internet. Plus, tak jauh sangat dari rumah. Since Aini ni tak stay di Chini, maka, online je la kuharapkan. Time survey ni tak terpikir pun lagi nak amek pakej ke hape. Belum ada cita rasa. Sekali jumpa MIB, tengok-tengok ada beberapa mutual friends kat facebook, teruslah mintak pm pakej bertunang.

Simpan dulu.

Time tu rasa berbaloi dah amek pakej. Macam-macam tau Aini tanya kat MIB. Alkisahnya tak tau pelamin mini jack la hape la camne. Ain (MIB) dengan sabarnya melayan karenah Aini. Bagi contoh gambar sume. Harga pelamin mini yang ada frame punya lebih mahal dari pelamin mini jack (betulkan kalau Aini salah). tapi, berkenan yang mini tu jugak. Hihi. Hold dulu. Tak bagi lagi kata putus.

Bila dah confirm nak buat baju dengan si penipu tu, Aini pun request nak pelamin je kat Ain. Dapat harga RM500 (include transport). Dalam hati pikir "baik aku buat pelamin besar sikit, tak mini sangat since harga sama je". Nampak pulak Ain upload pic pelamin yang berkenan di mata, tapi, yang tu untuk sambut menantu.



ni lah pelamin yang Aini jatuh hati tu. Hihi. Nak mencari design pun masalah! Memandangkan Aini ni bukan jenis yang main rembat je & nak every cent counted, Aini come out my own idea. Actually bukanlah idea sendirian berhad sangat. Aini mintak Ain hantar gambar koleksi pelamin beliau, dan Aini combinekan pe yang Aini nak. For conclusion, tengok perbandingan di bawah :


tabir ini 

+

pelamin tunang Ain (owner MIB)

+

bunga dan alas kotak cermin tu

+

daun-daun dan bulu ostrich ber'cahaya' tu

=


tadaaaaa..... inilah pelamin Aini :) amacam?

Amacam? Masih lagi mengekalkan konsep Aini yang tak nak simple. Memang ramai orang sekarang suka yang simple je, tapi Aini tak. Hihi. Biarlah, taste tuan punya badan. Rasa berbaloi tak untuk RM500 pelamin sahaja? Honestly, rasa berbaloi. Tapi maybe akan cadangkan kat adik-adik nanti cari yang pakej. Pulak! Pasal warna pun kami bincang panjang lebar, apatah lagi design. Memang amek masa 3,4 hari jugak nak confirmkan design. Takpe lah, asalkan puas hati.

Lepas ni Aini cadangkan kalau nak buat pelamin DIY, better sewa je dari tempat yang beri khidmat sewa DIY. Mungkin lebih berbaloi. Macam Aini, tak de masa nak mengangkut barang. Biar lah guna khidmat yang ada je.

Pendapat Aini mengenai MIB?

Dah namanya personal review kan. Mestilah nak suarakan pendapat Aini. Aini kelaskan kepada hasil kerja, customer service, proses kerja dan harga.

Hasil kerja :
Memang tip top. Walaupun tak dapat 4 bunga besar yang Aini nak, 2 yang besar plus 2 yang kecik pun ok. Tapi kalau ada 4, lebih menepati cita rasa. Rasanya semua orang boleh nilaikan sendiri hasil kerja MIB dari gambar kat atas ni. Bila baju Aini tak seperti yang diinginkan, tapi tengok pelamin cantik, rasa hilang semua kecewa terhadap penipu tu. Tapi sakit hati tu memang tak kan hilang lah.

Customer service :
Aini bagi 5 bintang. Sangat sabar melayan karenah customer macam Aini. Semua perkara dari design, warna, masa nak pasang pelamin, dapat kerjasama yang baik dari 2 2 pihak. Takde menimbulkan sebarang masalah. Layanan yang diberi sangat baik. Walaupun Aini lambat bagi deposit, Ain still simpankan tarikh tu untuk Aini.

Proses kerja :
Sangat teratur, sangat kemas dan sangat terbaik. Pelamin pasang pagi jumaat, cabut petang ahad. Sempatlah nak posing lama-lama sikit. Pengantin lama pun sempat posing taw.


pengantin lama+tua. hihi


Harga :
Masih lagi reasonable. Terutama yang amek pakej. Amek 1 1 Aini tak berani nak komen. Tapi untuk pelamin Aini, masih lagi puas hati. Kalau kahwin nanti amek dengan Ain jugak, dapat less kan? hihi.

Itu saja personal review MIB dari Aini. Semoga MIB terus sukses pada masa akan datang. Sila layari facebook My Inspirational Bridal untuk keterangan lanjut. Sebagai penghargaan, readers akan datang masih boleh klik iklan kat tepi ni di My Inspirational Bridal dan akan terus disambung ke facebook MIB.

Check out our next post : 51. Perlu Ke Kerusi Untuk Pelamin Bertunang?

update 11.12.14 : maaf ada beberapa gambar tak boleh bukak...my bad :(

Wednesday 18 June 2014

49. Review : My Inspiration Bridal

Assalamualaikum, readers! Dah sebulan ++ majlis pertunangan Aini baru terkedek-kedek nak review. Hentikanlah kemalasan tu Aini oi. Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi jawab survey Aini di atas ni. Bila orang cakap : lamo gilosss. Aini pun pikir, kan MEGA. hihi. Lagipun survey mesti merangkumi jumlah responden yang ramai sebab kalau tak, Dr. Faizal (lecturer thesis Aini kat UPSI) reject. Again, thank you :)

Back to topic, hari ni Aini nak belanja makan review My Inspiration Bridal. Untuk pengetahuan anda, pelamin Aini masa tunang hari tu amek ngan My Inspiration Bridal. My Inspiration Bridal ni dikelolakan oleh Ain. (nama lebih kurang). Berpusat di Pekan, Pahang, My Inspiration Bridal turut cover kawasan sekitarnya. Kawasan sekitar tu tang mana, tak sempat lah nak kepoci. Mungkin anda b2b di luar sana boleh tanya Ain sendiri nanti. Jom layan pakej-pakej yang My Inspiration Bridal ada untuk tahun 2014. 2015 nanti mungkin berbeza tidaklah ku tahu.


cool kan?

Sejujurnya Aini lebih tertarik dengan pakej Standard tu. Hihi. Oh ye, ni pakej kahwin. Kalau untuk bertunang, pakej bermula dari RM500-RM700. Ain ni sebenarnya bride-to-be jugak. Maka, beliau lebih memahami kehendak pengantin. Semua pengantin nak nampak cantik kan?

Jom kita layan beberapa gambar koleksi terkini dari My Inspiration Bridal :









Meletop top top kan? Nak gunakan khidmat My Inspiration Bridal? Ada sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan? Jangan segan-segan untuk PM Ain di facebook beliau atau tekan 'LIKE' di facebook My Inspiration Bridal. Semoga My Inspiration Bridal terus berkembang di masa akan datang. InsyaAllah, Amin...

ps : InsyaAllah, Aini akan update lagi koleksi My Inspiration Bridal. Stay tune readers!

Check out our next post : 50. Personal Review : My Inspiration Bridal.

update 11.12.14 : maaf, gambar tak boleh view :(

Tuesday 17 June 2014

48. Bantu Aini Jimatkan Belanja Doorgift & Selamat Pengantin Baru Yiq!

Assalamualaikum, readers! Lama tak menaip ni. Rasa mcm nak marathon blogging je sementara tanam anggur menganggur ni. Alhamdulillah, rezeki Aini dapat posting di Pahang. Dapat mana-mana nanti belum lah kutahu. Tapi yang confirm nya, bila dah mula menabur bakti sebagai pendidik, masa untuk blogging mcm dah limit sikit. Adoi. Macam mana ni? Dah lah review berlambak-lambak lagi tak buat, pelamin, fotographer, MUA. DIY hantaran pun belum post lagi. Rilek brader brader rilek.

Back to topic. Aini nak mintak tolong readers atau blogger yang baik hati, kiut miut tolong bantu Aini jimatkan perbelanjaan membina masjid. Aini ada join 1 contest ni, kat facebook. Nak cerita lebih-lebih, tak reti jugak. Meh tengok banner ni :

terbeliak mata tengok hadiah-hadiah ni kan?

Nak join? Boleh jenguk-jenguk facebook ElanieyCreative. Jemput join ye b2b blogger sekalian. Dengan rendah diri, Aini nak menjemput readers 'like' kan penyertaan Aini. Jom tengok step-step nya :

1. Like page ElanieyCreative
2. Like pic Aini di sini.

Penting ye untuk like page dulu sebab like pic tanpa like page TIDAK AKAN DIKIRA.

Sekarang Aini dalam mempromosikan kaw-kaw kat membe2 fb ntok like pic tu. Hihi. (sorry En Ridzuan, baru ni saya tolong like kan bagi pihak awak) Kehkehkeh. Dan kepada anda-anda yang mencari doorgift atau kad kahwin yang jimat tapi masih cantik, yang penting boleh custom made, boleh survey+order di page ElanieyCreative ni. 4 bintang setengah tu. Nampak tak macam mana hebatnya?

Disamping anda cuci mata, anda boleh juga membantu Aini meringankan beban, menjimatkan perbelanjaan untuk bina masjid.

*end of story*

*another story*

7 Jun 2014 merupakan hari bahagia buat ex roommate Aini di UPSI, kawan sama-sama time kerja lepas habis Matrik dulu. Tahniah Aini ucapkan kepada YIQ atau nama sebenarnya Siti Norliza Topit dan pasangan. Memang cun melecun yiq ni. Seri pengantin orang kata. Semoga bahagia bersama pasangan hingga ke jannah. InsyaAllah kenduri kat Kuantan nanti I sampai ok? Sorry yiq, curi gambar :




Moga bahagia selalu, kekal ke jannah :)

update 11.12.14 : maaf, gambar tak boleh bukak :(

Monday 9 June 2014

46. Giveaway Beads & Pearls June 2014

Assalamualaikum. Join give away ni ye blogger-blogger sekalian :) nampak tak banner kat bawah ni? Sila klik untuk join. Cantik menarik tertarik dengan hadiah nye. Hihi. Boleh pakai untuk pre wed photoshoot kalau menang. 

Check out our next post : 47. Mega Survey+Give Away : Saya Nak Pengiklanan Persalinan Percuma di OMW.

Wednesday 4 June 2014

45. Baju & Veil Untuk Disewa.

Assalamualaikum, readers. Lately banyak betul yang mengajak join giveaway. Tak menyempat nak join. Hihi. Mungkin boleh tanam azam baru, nak join giveaway sekali seminggu. Huaaaa. Berangan je. Back to topic. Dengan rasminya, Aini nak buka sebarang sewaan ke atas baju dan veil yang Aini pakai masa tunang baru ni. *ape punya ayat lah* Jom kita cekidaut detail dulu lepas tu layan gambar ok?

Baju

Baju kurung moden. Kain dan baju tidak bercantum. Lace pada baju dan kain di bahagian depan dan belakang. Ada manik-manik di kain dan baju. Warna : tiffany green + dark purple. Baju ada hiasan bunga 3d. Bahagian lengan ada butang dan bunga 3d.

Ukuran :
Saiz standard : S-M (36-40)
Bahu : 15 inci
Pinggang : 27.5 inci
Punggung : 39 inci
Labuh baju : 35 inci
Panjang tangan : 21 inci ++ Aini tambah kain warna purple hujung tu
Dada : 33 inci
Lebar tangan baju : 10 inci (berbutang)
Labuh kain : 39 inci

Jangan salah faham, baju ni memang tak sampai lutut. Pattern baju kurung moden, bukan baju kurung. Zip baju di bahagian belakang.

Veil

Bahagian atas kepala sarat dengan bunga 3d, lace dan manik. Saiz half moon labuh belakang sampai pinggang.

Jom tengok gambar syok sendiri Aini.






Harga?

Sepasang baju : RM150 (nego) + postage
Veil sahaja : RM 70 (nego) + postage
Baju dan Veil : RM200 (nego) *free postage*

Strictly no alteration. Deposit keselamatan sebanyak RM50 akan Aini ambil dan Aini akan pulangkan bila barang selamat sampai semula kat Aini dengan keadaan baik. COD area Kuantan. Warna mungkin berbeza atas faktor pencahayaan ye.

Berminat? Sila pm facebook Aini atau emailkan ke wanainiashikin@gmail.com. Selamat menyewa :)

ps : sama2 lah kita mendoakan semoga ayah kepada FIZA cepat sembuh dan semoga FIZA tabah menghadapi dugaan yang datang. Dugaan yang kita rasa berat, ada ramai lagi orang lebih berat dugaannya.

Check out our next post : 44. Mega Giveaway + Survey. Saya Nak Pengiklanan Persalinan Percuma Di OMW!

Monday 2 June 2014

44. Personal Review : Veil by Birubi

Assalamualaikum readers! Alhamdulillah, bilangan OhMyViewers merangkak naik sikit-sikit. Tak kisah merangkak ke mengesot naik, asalkan naik. Ingat lagi last post Aini pasal review : veil by Birubi? Jom cekidaut personal review pulak.

Aini dah survey2 veil ni dalam beberapa minggu jugak. Mostly bukan custom made. So, malas la spend duit kat tempat yang kita tak dapat mcm hasil yang kita nak kan? Sampailah Aini terjumpa Veil by Birubi ni. Mula-mula dah dapat design yang Aini suka. Lepas tu menyepi sekejap. Hihi. Lepas tu contact balik, Aini bagi design sendiri. Lepas deal punya deal punya deal, kami setuju cadangan design kak bi, Aini request bunga 3d, nanti beliau akan selerakkan atas kepala dengan manik sekali. Price? RM90. Wow. Tercekik jugak tau harganya. Lepas tu Aini pun fikir, nanti nak sewakan lah :) ada rezeki, boleh dapat balik modal semula.

Masalah! Masalah! Masalah! Cehwah. Masalah utama Aini ialah nak link kan warna. Almaklumlah, kan Aini tempah baju dengan si penipu tu. Agak mencabar jugak! Mula-mula nak veil warna tiffany green, sama dengan baju Aini. Tapi sebab banyak sangat salah faham, Aini decide untuk buat veil warna dark purple je. Risiko lain warna macam almost 0% je. Yeay. *problem solved*

6 Mac 2014 Aini transfer RM90 kat akaun beliau. Tempoh untuk beliau siapkan veil masa tu dalam sebulan katanya. Sebab masa tu beliau bukan full time buat veil. Sekarang dah full time, Aini tak sure pulak berapa lama. Aini selalu mintak progress dgn beliau *fussy*. Kejap-kejap tanya : kak, pe progress veil? Hihi. Dan Alhamdulillah, veil selamat sampai kat tangan Aini pertengahan April hari tu. Alhamdulillah. Suka. Jom tengok gambar veil tu :




Overall? Puas hati dengan servis dan hasil yang diterima. Layanan kpd customer memang tip top. Sabar melayan karenah Aini yang banyak bertanya ni. Hihi. Pesanan Aini kepada pembeli veil di luar sana, sila jengok facebook Veil by Birubi. InsyaAllah, anda akan berpuas hati. Sebagai tanda sokongan OhMyWedding kepada Veil by Birubi, viewers akan datang masih boleh klik iklan di sebelah untuk terus ke facebook Veil by Birubi.

Semoga ada rezeki Aini menggunakan khidmat Veil by Birubi lagi. Bagi diskaun ye :) Semoga kerjaya dan bisnes Veil by Birubi terus berkembang. InsyaAllah.

Check out our next post : 43. Baju & Veil Untuk Disewa.