OhMyIklan

Wednesday 16 September 2015

177. Bridal Yang Sangat Awesome Di Chini - Adyani Enterprise.

Assalamualaikum, hai readers. Bab yang paling penting bila nak kahwin ni bukan goodies, bukan baju family, tapi bridal. Yes. Rasanya semua orang pun setuju kan. Hari ni Aini nak share semua pasal mak andam Aini iaitu Kak Yani. Kak Yani ni yang make up kan Aini masa bertunang. Kenapa Aini pilih Kak Yani? So far sangat senang bekerja dengan beliau dan hasil tangan beliau sangat wow. Sangat halus. Semua perfect. Aini tak pernah ragu bila pilih Kak Yani as my bridal.

Start pilih Kak Yani dari tahun lepas. Nak dekat setahun tau cop Kak Yani. Apa servis yang Aini guna dengan Kak Yani? Memang amek pakej untuk menjimatkan kos. 

Pelamin yang sangat cantik
Baju baru (songket)
Make up 2x
Hiasan bilik tidur
Hiasan meja makan beradab
Aksesori

Total = RM2300

Murah. Masih mampu untuk golongan pertengahan macam Aini & Ridzuan ni. Ni kira pakej lengkap lah kan? Aini nak cerita 1 1 mula dengan pelamin.

PELAMIN


Lawa kan? Pelamin ni Aini buat di sudut rumah. Memang idea originally dari Aini. Melengkung, bunga. Kak Yani tambah sikit-sikit hiasan tepi-tepi. Pasang pelamin hari Jumaat pagi. Aini balik sekolah je tengok pelamin sendiri wowww. Dengan lampu-lampu yang sangat wow. Yang ni tanpa kerusi tau. Kalau berkerusi, bayang sendiri ye.

Pelamin dicabut hari Isnin. Memang takde masalah langsung pasal pelamin. Sangat suka. Kak Yani ikut apa yang Aini request tanpa ada alasan atau perlekehkan idea Aini. Tak macam certain mak andam yang lain. Alhamdulillah, semua orang cakap pelamin Aini cantikkk. Unik sebab so far takde lagi orang buat pelamin macam ni kat sini. Aini memang suka yang simple.

BAJU BARU SONGKET

Banyak cerita disebalik baju ni. Tapi konklusinya baju ni Aini bawa ke majlis bertandang hujung bulan ni. Hari tu dah gi fitting dengan suami. Suami suka. Aini lagi lah suka. Minggu ni nak fitting lagi dengan best friend nama Saleha pulak. Tak sabar nak dengar Saleha punya pandangan pulak. Baju ni tak nak cerita lagi eh.

MAKE UP

Make up yang Aini dapat untuk 2x. Tapi, memandangkan kami nikah pagi, so kira make up sekali je. Sekali lagi Aini bawak gi sambut menantu sama macam baju baru songket tu. Kak Yani datang dalam pukul 8++ untuk make up Aini. Overall untuk make up amek masa sejam gitu. Kalau make up sendiri, mau 2 jam. Request make up natural je sebab nikah kan pagi tu. Kelakar pulak ingat episod bulu mata palsu. Tanya ramai orang "cuba tengok, bulu mata palsu aku nak jatuh ke?" Hahaha. Padahal melekat elok je. Sebab tak pernah pakai setebal tu, rasa berat semacam la. And nampak je sentiasa bulu mata tu. Hihi.

Tak nafikan yang muka lepas make up jadi lain. Yelah, tak pernah make up glamour macam tu. Selalu eyeliner, bedak, lipstik je. Tu pun ingat diri dah cun sangat dah. Haha. Tak kisah muka jadi lain ke apa, asal dalam gambar masih cun. Kawan-kawan pun cakap, muka lain tapi dalam gambar cantik.

see my bulu mata

natural je

Lepas nikah, Kak Yani touch up kan untuk bersanding pulak. Tapi tak touch up mana lah. Macam make up baru jugak sebab Kak Yani buat balik blusher,touch up mata and pakai lipstick baru. Tapi langsung tak caj!!! Rasanya kalau orang lain paling kurang mintak lagi RM50.

ni je muka paling besooo. Haha. Pinjam pic ye aynen!

dengan suami

Sentuhan Kak Yani sangat halus. Sangat teliti. Sangat cantik. Maaf lah kalau geli. Tapi yang cantik tu kurniaan Allah, yang mencantikkan lagi ialah hasil sentuhan Kak Yani. Boleh kata kegembiraan Aini hari tu sebab make up yang sangat puas hati ni!

Hiasan bilik tidur

Hiasan bilik tidur pasang and cabut sama macam pelamin. Mula-mula tak nak pun hiasan bilik tidur. Tapi atas request dari mak, ku turutkan jua, Simple je hiasannya. Memang nak yang paling minima. Kak Yani sediakan sekali cadar.



Takde apa sangat pun nak komen pasal hiasan bilik tidur ni. Tip top dan awesome.

HIASAN MEJA MAKAN BERADAB

Pasal hiasan meja makan beradab ni Aini memang serahkan sepenuhnya pada Kak Yani. Takde request pape. Warna pun semua Kak Yani yang decide. Jangan ingat bila kita tak request, Kak Yani buat cincai. No No. BIG NO. Sangat lawa bagi Aini. Cermat dan teratur. Subhanallah. Sangat tak terkata. Bila tengok je, wow. Macam ni rupanya meja makan Aini.









AKSESORI

Bila Aini cakap Aini takde kasut. Tanya Kak Yani "Akak kira sewa ke pinjam?" Dengan bajet tak berapa nak ada time tu. Hihi. Laju je Kak Yani cakap "pinjam je la". Dah lah bukan kasut yang bodo bodo. Siap tampal lace lagi. Semoga urusan Kak Yani lepas ni dipermudahkan.



SERVIS

Rasa bersyukur sangat bila tau yang Aini tak buat pilihan yang salah bila pilih Kak Yani sebagai mak andam Aini. Selama Aini deal untuk majlis Aini, fitting, bincang-bincang semua kat kedai Kak Yani, Kak Yani TAK PERNAH LEWAT. Selalu Aini yang terkedek kedek. Hihi. Kak Yani pakaikan tudung, veil semua dengan sangat tertib. Subhanallah. Tak pernah memperlekeh walau satu pun idea Aini yang mengarut. Hehe. 

Semua dibawa berbincang dengan elok. Rasa terharu tau bila orang luar menjayakan majlis kita dengan sangat baik. Apa yang Aini buat cuma doakan agar bisnes Kak Yani terus maju jaya. Korang yang baca ni doakan tau. Amin. Maka, sesiapa yang area Chini, Muadzam, Pekan boleh lah guna servis Kak Yani. Dari Kuantan pun boleh. Bayar minyak lah. Apa lah sangat duit minyak kalau nak banding beza harga Chini dengan Kuantan sampai RM1500 kan. Servis pun tip top. Yang penting puas hati.

Aini tak berapa berani nak show off number phone Kak Yani. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat boleh drop your email untuk Aini emailkan number phone Kak Yani di ruangan komen atau chat kat sebelah. Ataupun boleh pm beliau sendiri kat facebook beliau.

Again, thank you Kak Yani. Terima kasih untuk semuanya. Semoga bisnes terus berjaya. Amin.

Monday 14 September 2015

176. Wedding Cake by LijoBake . superduper sedap!

Assalamualaikum, hai readers. Update pasal kek dulu sementara masih segar rasa nikmatnya red velvet. ouhhh. nyum nyum nyum. Mula-mula mintak tolong my best friend Erika setelkan. Erika on je. Thank you so much beb, u save my life! Tak sangka pulak Erika tempah dengan Kak Lijo (Liana Johari). Kak Lijo ni senior Aini kat SEMSAS. Subhanallah, kecilnya dunia.

Pasal kek ni Aini serahkan sepenuhnya kat Erika. Order dua kek. Erika siap bawak kan ke rumah lagi. Delivery tip top tanpa cairan kek gitu. Hihi. Kenapa dua kek? Tamak haloba? No No. Sebab satu untuk potong time potong kek, satu letak atas hantaran. Nak tengok apa rupa kek Aini? Cekidaut :

ni kek untuk hantaran

yang ni untuk potong

Lawa kan? Total kek yang sedap ni kosnya RM250. Puas hati. Sedap especially yang red velvet. Yang hantaran tu Aini tak makan pun. Dah nama pun bagi rombongan lelaki kan. Besar tau kek tu. Tinggi. Letak dalam kotak yang eksklusif gitu. Tapi tak sure pulak ada gambar ke tak. Nanti cek balik dengan OP.

Disebabkan Aini sangat puas hati dengan kek dan servis Kak Lijo, Aini order lagi untuk buah tangan sempena majlis bertandang hujung bulan ni. Nak tau apa Aini order?

brownies!!!

Tak tau nama apa. Tapi Aini panggil biskut nutella.

creampuff. yummy.

I know semua nampak menarik. Alahai. Tak sabar nak cuba. Jangan habis time otw gi majlis sambut menantu sudah. Haha. Nanti nak pujuk Ridzuan lah nak try dulu biskut nutella tu. creampuff tu sangat gebu okeh. bertabahlah wahai hati.

Nak cakap lebih-lebih tak boleh lagi sebab tak rasa lagi kan. Tapi nanti insyaAllah Aini akan buat 1 entry khas untuk review LijoBake. Semua dari makanan sampai servis. Oh ye. Girls, setakat ni servis memang tiptop. Aini punya servis pulak ntah ke mana. Hahaha. Nak order? Try PM sini. Gerenti tak menyesal!

Thursday 10 September 2015

175. Kebaya Gown by RKM

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak story sikit pasal kebaya gown dari Rumah Kebaya Malaysia. Kebaya gown? Kebaya + gown. Dua elemen yang kontra tapi digabungkan dengan sangat jaya oleh Rumah Kebaya Malaysia. Ye la. Kebaya kan very the traditional. Gown pulak cam omputih gitu. Maka, jadiah wanita melayu terakhir di kota london. Very the retisss.

Ni contoh kebaya gown yang Aini nak share dengan semua :





Amacam? Percayalah. Takde sape mampu menolak. Haha. Nak tengok koleksi lain? Jemput view fanpage Rumah Kebaya Malaysia untuk maklumat lanjut.


Tuesday 1 September 2015

174. Sehari Sebelum dan Semasa Hari Perkahwinan Kami.

Assalamualaikum bride to be sekalian. Ni nak share serba sedikit pasal sehari sebelum majlis kami dan semasa hari perkahwinan kami.

Sehari sebelum majlis.

Aini masih lagi bekerja sehari sebelum majlis Aini. Seriusly sayang nak mintak cuti sebab cuti kahwin dapat 2 hari je. Beginilah nasib bila cikgu nak kahwin. Sehari sebelum majlis tu ada sekolah ganti. Nasib baik tak buat majlis hari sabtu. Nasib baik jugak sekolah ganti tu just buat jamuan hari raya. Masa tu sangat banyak perkara bermain di fikiran gitu. Tak lalu makan dik oi. Orang lain pelahap sate, ketupat rendang, Aini steady termenung tengok inai buruk! Hahaha. Masa tu khemah pun tak setel lagi, periuk-periuk kat rumah entah kemana mana lagi.

Sebelum balik tengah hari tu budak kelas Aini, Tingakatan 5 Arif bagitau : "Teacher, nanti lepas zohor kami datang rumah teacher. Nak tolong pape yang patut". Subhanallah, Allahuakbar. Nak tumpah jugak air mata time tu sebab dah down, tiba dapat pertolongan macam tu. Walaupun Aini ni selalu marah-marah diorang, bila time-time macam ni diorang still nak tolong. Boleh tak harap-harap diorang tak baca? Nanti kang diorang ejek. Hahahaha.

Petang Aini busy tapi tak tau busy buat apa. Haha. Bentang-bentang karpet, tunggu member-member sampai, repakai inai. (nantikan episod inai) petang mandi-mandi semua siap-siap untuk majlis khatam quran belah malam. Meriah tau time khatam quran tu. Bukan Aini sorang je, kawan-kawan, kawan-kawan adik-adik, adik-adik, students pun join. Student Aini banyak tolong time ni, sediakan rehal semua. Majlis khatam mula agak lewat. Dalam 8.15 baru start. Lepas khatam, tahlil. Lepas tu baru makan. Tak tido awal okeh malam tu. Borak-borak, amek gambar, tunggu videographer, tunggu bridesmaid tolong ironkan baju Aini, dalam pukul 2 jugak baru tidur.

Dalam hati dah berharap "tolonglah boleh tidur malam ni" tak sanggup oi nak mata panda. Alhamdulillah, boleh tidur dengan lena walaupun tak cukup mana waktunya.

Hari majlis kami.

Bangun 6.15am. Take turn mandi. Haha. Makan biskut je sebab time Aini nak makan tu makanan tak siap lagi. MUA datang mekapkan pukul 8 lebih. Siap-siap semua. Tok kadi pulak lambat. Dari nak nikah pukul 9.30, jadi nikah pukul 10.15. T___T kesian rombongan dari belah Ridzuan sebab lapooo. Maka, bagi diorang makan dulu. Dalam 10.20 start semua sampai setel bergambar semua dalam pukul 11.30. Auuwww. Best nya moment tu.

11.30 siap-siap untuk sanding, dalam 12.30 start berarak semua. Kejap je bergambar, makan, layan tetamu. Outdoor pukul 2 lebih. Pukul 4 dah balik rumah semula, kemas-kemas. Eh. Pendek je hari ni rupanya. Haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Apa lagi yang Aini nak harapkan selain perkahwinan yang diberkati Allah. Setiap orang yang Aini jumpa, yang Aini whatsapp, yang bagitau Aini dapat datang ke tak, Aini akan minta diorang doakan Aini & Ridzuan bahagia hingga akhir hayat. Korang pon okay!

Tips? Banyak. Tapi nanti Aini kumpul dulu. Hihi. Good luck girls!

suka sangat gambar ni walaupun kain singkat. huaaaa.