OhMyIklan

Thursday 20 February 2014

6. Hari Merisik Kami

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat membaca!

Yeay! Hari merisik kami jatuh tergolek pada 2 Februari 2014. Happy Sunday dan Sunday yang happy. Sebelum tu tanya jugak banyak kali kat Mr. Ridzuan : betul ke kita nak kawen ni? Ni da 1st step utk kawen taw. Bla...Bla....Bla....

Then he said : Yelah... (Simple. Short. Meaningful. And the other meaning is shut up and stop asking that kind of question again)

b2b semua... Kalau dah si dia tu nak datang merisik, maksudnya serius lah tu...tak payah tanya banyak3 kali.takut nanti jawapannya bertukar plak.

beginilah cerita di hari merisik kami (tadi tu intro je baru) :

dah deal minggu malam sebelumnya yang Ridzuan nak datang pagi. Malam tu tak lena tidur daaaa.... (alasan utk tengok running man). Dah decide ngan mummy yang nak masak bihun, buat agar-agar, goreng keropok kurus keping dan keropok gemuk lekor. Mula2 deal Ridzuan nak gerak pukul 9-10. Kira ok lah tu sebab jarak antara rumah beliau dengan rumah Aini dalam sejam jugak. Target sampai pukul 11 paling lewat. Bangun pagi tu, tolong2 mummy masak banyak sikit, siap-siap. Riuh jugak bila target pukul 10 tak sempat nak masak semua. Dapur tu 2 tempat masak je. Tukang masak ramai pun, tak membantu sangat memandangkan dapur tu ada 2 je. (boleh tak taknak mention adik Aini yang menolong tu kat sini?)

hijau pucuk pisang pilihan Aini hari merisik. Tunang?


Akhirnya, lepas setel sume, siap2 sekali ngan make up, call Mr Ridzuan. Pukul 10.15++ jugak kot baru gerak. Dalam 11.15++ camtu sampai. Lepas salam2 sume, Aini and Ridzuan amek tempat masing2. kuikui. Aini ke dapur, goreng keropok dan hantar air. Ridzuan ke kerusi batu putih kat luar rumah. Ku kesian biar dia sorang2, hantar adik gi teman. Walaupun adik yang baru darjah 5 tu hanya main candy crush level 5, at least tak de lah Ridzuan sunyi sorang-sorang. Dalam lepas setengah jam (kot) mummy pun panggil hidang makanan-makanan. Ridzuan pun dipanggil masuk makan.

Lepas makan-makan, kira brunch la ye sebab time tu pun nak dekat pukul 12, mula ansur pulang. Oh ye, lupa nak habaq mai. Yang datang hari tu mama,pakcik dan makcik serta Ridzuan sahaja. See... tak perlu ramai-ramai. Cincin merisik pulak mama berikan :)

Hasil perbincangan :

1. InsyaAllah kami akan bertunang pada : )$?)%?@)!$ Belum boleh bagitau. Orang-orang tertentu sahaja yang tau.

2. InsyaAllah majlis akan dibuat sekali dengan akikah anak saudaraku yang serupa comel macam umi abi aunty beliau, Tengku Huffaz Harith.

3. Mummy cakap hantaran lupa nak bincang. Maka, bincang sama-sama kami je lah.

Officially menjadi risikan orang, mestilah Aini yang kepoh-kepoh ni share dengan kawan-kawan :
terima kasih kepada yang mendoakan. 1st step dah selesai. 2nd step?


Jom kita tengok kos untuk merisik :

baju : sedia ada
makanan dan minumam : sedia ada (padahal tak sure)

SENANG CERITA, TAK PERLU BUAT MAJLIS RISIK MERISIK YANG TERLALU MAKAN KOS! BANYAK SANGAT DUIT? BERKEPOH-KEPOH? SIMPAN UNTUK TUNANG DAN KAHWIN YE. PEACE.

Check out our next post : Karnival Pengantin Kuantan 2014

Wednesday 19 February 2014

5. Persiapan Merisik

Assalamualaikum. Alhamdulillah. bilangan tukang view makin bertambah. tapi, apa ada pada nombor kan?hehe yang penting, harapnya dapat membantu b2b kat luar sana. Well, bakal b2b (ada ke) pun harapnya dapat info sikit2 dari blog ni...bila baru nak bertapak ni, tak nampak sangat naiknya rm kat nuffnang ku..huhu

Done! Jom cek persiapan merisik kami. Actually, dapat banyak info dari cikgu cekgi. Anda anda cube tekan. Kot2 lah blog Aini tak cukup info :) sharing is cool you know. Ada beberapa elemen (cehwah) yang penting sebagai preparation utk merisik. Kadang2 kita terlepas pandang. Jom cekidaut.


1.TARIKH

Of kos lah tarikh kan. Kena datang masa b2b and g2b free. Sebab both of them should be there! Kan nak datang kenal dengan bakal family. Haruslah family nak tengok bakal pengantin jugak. Walaupun pernah terfikir perlu ke b2b ada? Jawapannya, HARUS! Kadang-kadang kita lupa. Masa sebelah pihak free, sebelah lagi satu tak free. Macam kami hari tu merisik 2 Feb 2014. Senang. Ahad. Semua bergembira. Lagi gembira sebab sebelum tu cuti Chinese New Year. Walaupun takde angpau, makan besar, masih boleh rasai nikmatnya cuti.

2. MAKANAN


Makanan dan minuman ni kira pakej la ye. Mesti lah kene ikut bajet. Jangan buat chicken chop, lamb chop kalau tak mampu. Kalau takde kesempatan sangat, biskut kering pun ok! Yang penting, jangan membazir. Kena pandai2 la matching kan makanan dengan timing tetamu nak sampai ye. Janganlah buat nasi lemak kalau tetamu datang masa timing sepatutnya supper. Kang tertumpang tido rumah anda, wat pakej sekali dengan breakfast esok pagi nya lah. Kalau ok, xpe. Kalau dalam peti tu tinggal aiskrim je?

One more thing, anda anda mesti dah tau family anda suka makan apa, tak boleh makan apa. Tetamu? Haaa..jangan lupa check and re-check ye. Mungkin tetamu anda tak boleh makan pedas, seafoood, manis. Jangan bantai wat masakan-masakan yang tak boleh dimakan tetamu. Nanti tetamu makan, tak pasal-pasal dapat pakej penyakit+bakal menantu. Baru sekali datang dah dapat 1 penyakit. 10 kali datang?

3. SIAPA NAK DATANG?

Ingin diingatkan lagi sekali. Tajuk post ini ialah persiapan merisik. Bukan bertunang ataupun berkahwin. Maka, bilangan orang yang nak datangnya tak perlulah ramai-ramai. Nak sewa bas? Tak perlu lah. Nak ke masa tunang nanti sewa 2 bas, kahwin sewa kapal? Seeloknya orang-orang yang terdekat je datang. Parents yang terutama. Yang penting, mesti ada orang tua seeloknya. Kalau yang datang pun sume orang-orang muda je, takkan tuan rumah nak bukak topik pasal dota, facebook pulak kan? Nak cakap pasal blog OH MY WEDDING? Jauh sekali...

4. NAK DATANG PUKUL BERAPA?

Yang ni ikut persefahaman 2 2 family. Your family and your future family. Yang penting jangan mengganggu masa family lagi satu untuk wat hal sendiri. Perkahwinan itu memudahkan, bukan menyusahkan. :)

5. NAK CAKAP APA?

kalau yang datang tu orang-orang tua, korang dah tak payah pikir nak cakap apa-apa. Sebab pe yang korang pikir tu tak de gunanya. Tau lah mereka-mereka nak cakap apa. Standard masa merisik family akan tentukan tarikh tunang, anggaran tarikh kahwin, hantaran. Kiranya time tunang nanti, announce kan aje. Tapi kalau ada kemusykilan, boleh lah suarakan kepada family anda terlebih dahulu. Contohnya : tak boleh buat tarikh tettt sebab tettt.

6. NAK BUAT APA?

Kalau anda ialah perempuan aka b2b aka tuan rumah, kerja anda masa orang datang merisik anda ialah sambut tetamu dengan ketawa senyum. Selain awet muda, senyum ialah derma yang paling mudah. Selepas tetamu masuk rumah, tugas anda ialah serve drink. Lepas tu duduk diam-diam kat dapur. Buat lah last preparation yang patut. Bila dah selesai family-family berbincang, anda serve food pulak. Boleh kata anda ni tukang serve la.

Kalau anda ialah lelaki aka g2b aka tetamu, kerja anda ialah tak join family anda berbincang. Pergi lah tengok ayam kat rumah sebelah ke, tengok itik ke, potong rumput ke, asalkan korang tak join. Jangan risau. Anda akan dijemput makan sekali. Tak perlu takut balik perut kosong.

7. NAK BAWAK APA?

Yang ni khas utk g2b and family. Kalau ikut adat memang bawak cincin merisik la. Ala...yang belah rotan tu. Tapi ada jugak melalui pembacaan, kalau tak nak bawak cincin merisik, boleh bawak alQuran atau telekung. Ada yang bawak jam. Apa2 yang simbolik la. Simbolik dengan apa, tidaklah kutahu. Yang penting, kena ikut kemampuan. Ada jugak yang datang merisik bawak buah,cincin,pe ntah lagi. Kira mcm hantaran dah. Tapi simple. Mungkin atas family. Yang penting anda-anda deal dulu ye. Kang pihak lelaki bawak 3 dulang, tak ke haru jadinya bila pihak perempuan tak prepare apa2.

8. NAK PAKAI APA?

Rasanya, mak-mak pengantin tak baca kot blog ni. Maka, tidaklah kucerita mcm mana cara nak berpakaian. Ilmu pun cetek di dada. :) bakal menantu pakailah yang sopan, tidak menjolok mata takut buta. Jangan pakai baju tidur meskipun anda baru bangun tidur. My Ucu cakap : pakai cantik-cantik. Bila bukak kabinet, ada lah beberapa kerat je baju yang cantik. Maka, ku pakai je lah pe yang ada.

Rasanya, 8 points ni cukup kot utk membantu anda buat persiapan merisik. Sori lah, takde gambar. Memang tak tangkap pun time tu.

ps : dah ada planning utk persiapan bertunang.

Check out our Merisik Day next post!

Monday 17 February 2014

4. Cincin Merisik Saya Yang Punya!

Assalamualaikum. Hai.

See the title? Agak belagak kan? Well.. Almaklumlah. 1st time ada cincin sendiri. Actually, Aini bukanlah golongan yang suka emas. Tapi, kalau dah namanya pompuan. Well, ada story disebalik cincin merisik ni. Percaya atau tidak. KAMI BELI CINCIN UNTUK TUNANG DULU BARU MERISIK. Yes. Kenapa? Sebab asalnya tak nak ada cincin merisik. Last-last, beli jugak.. Request dari mama (MIL-to-be). Ataupun mama tau yg future daughter beliau malu tapi mahu ?

Tanya jugak mummy, macam mana cincin merisik? Mummy cakap cincin belah rotan.

"OOOooo..." (padahal tak tau ape tu)

Lepas puas mummy explain, I came out with the conclusion :

CINCIN BELAH ROTAN MACAM SUBANG YANG DIPAKAI DI JARI !

cool and simple. Hehe. Well, masa cari cincin untuk merisik ni, situasi nye sama mcm ECAH KHALILI punye story. Kami cari cincin merisik kat area Kuantan Parade je sebab cincin untuk tunang hari tu beli kat Wah Chan Kuantan Parade. Kami beli cincin pada 26 Januari 2014. Harga semasa emas time tu rm129/gram. Memandangkan kami da survey2 sebelum tu, terus gi kat Wah Chan. Tengok-tengok kat kedai tu. Sales person yang melayan kami bukan orang yang sama dengan time kami beli cincin untuk bertunang tu. Actually, Ridzuan ada berkenan 1 cincin. Ada tulis LOVE lagi.

TAPI

TAPI

TAPI

Yang nak memakainya tak berkenan. Keluar dari Wah Chan dengan perasaan frust. Masuk kedai adik beradik Wah Chan Wah Seng. Kalau masuk pintu depan Kuantan Parade memang nampak terus la Wah Seng ni. Ku Google jugak gambarnya. Tak jumpa.

Kat sini harga emas rm130/gram. seringgit tu memang besar. Aini pon tak tau lah kenapa kedai lain, lain harga. Is it normal? Finally, we decided to buy this ring :


jeng-jeng-jeng...shiny tu bukan ku edit..rase gah?nak jugak?turn on your flash!


Korang pakai saiz pe? Aini pakai saiz 10. Kecik. Comel. Tapi bukanlah maksudnya yang saiz banyak number tu tak comel ye. HIHI. Ok lah ni beberapa tips membeli cincin merisik :


  1. kene tau adat negeri masing-masing tentang cincin merisik ni. Tapi, Aini tak ambil pusing pun. Hehe. Ada orang nogori tak kat sini? Cube cek lady scooter punya story.
  2. Jangan terkezut kalau cincin merisik lebih mahal dari cincin tunang. Cincin belah rotan lebih 'padu' dari cincin biasa sebab kurang (dalam kes Aini takde) hiasan tambahan. Nak tau maksud 'padu'? Bukak buku kimia.
  3. Jangan beli yang over ye. Takut bajet lari. Takkan nak bertunang pakai cincin tikam 20sen kan.
  4. Kalau rasa cincin tu tak cantik, it's normal. Lagi2 mereka2 yang suka batu permata, berlian bagai. Shut up and blah. Cari sampai jumpa yang korang suka.
  5. Cari kat kedai yang takde jenama. TAPI. Kalau banyak duit tu, ikut suka korang lah nak beli kat mana, beli 10 cincin merisik pun takpe. 1 cincin 1 jari. Baru takde orang berani kacau. Btw, Wah Chan masih murah tau walaupun glemer macam mak jemah.
  6. Bride-to-be, tolong jangan bebankan bakal suami anda. Tak payah la nak cincin merisik botingkek-tingkek. Banyak agi duit diorang nak keluarkan. Ni permulaan je.
  7. CINCIN MERISIK TAK BOLEH DIPOTONG. Maka, jangan membazir masa cari saiz jari orang lain. Tak takut orang lain pakai cincin tu ke? (ngeh..ngeh...ngeh)
  8. Beli masa harga emas murah. below rm130/gram dah kira murah.

Semoga tips2 ni dapat membantu anda-anda-anda dan anda membeli cincin belah rotan yang anda suka :)
boleh bukak2 kisah cincin merisik Mizz Tina and echa kat sini... :)

Check out our next post : Persiapan Merisik.

Thursday 13 February 2014

3. Merisik? Penting Ke?

Jeng..jeng...jeng... Assalamualaikum. Hai !

Pernah tanya mummy (mak aini) zaman sekarang ade org merisik lagi ke?jawapannya MESTILAH ADA. So far, tu da cukup untuk menggambarkan betapa family kami mementingkan adat. Ade jugak dok tanya pakcik Google pasal merisik. Yang keluar cuma lah 3 perkara ni :

1. ZAIN SAIDIN MERISIK CHE TA.
2. SHAMSUL YUSUF MERISIK PUTERI SARAH.
3. MERISIK KHABAR BY SUDIRMAN

fine! terus kan google sampai jumpa kisah ini. kalau dok scroll2 lagi nampak la ade check list bagai untuk merisik. Well, setiap orang ada pandangan masing-masing tentang risik merisik ni. So far, ni kesimpulan pandangan orang lain tentang risik merisik ni. (Well, orang lain itu ialah mummy, sisters, encik groom-to-be dan blogger2)


  • seeloknya buat lah..adat melayu...
  • cincin merisik kena ada 1. belah rotan katanya.
  • groom-to-be kene duk luar. bride-to-be kene dok dapur.
  • cincin tu boleh mama(mak ridzuan) sarungkan atau tinggalkan je.
  • ada makan2 yang simple.(ikut kemampuan)
  • tentukan tarikh tunang time tu.
  • tentukan hantaran time tu. tunang nanti announce je.

well, ada yang Aini setuju dan ada yang tidak kurang setuju. Antaranya, cincin merisik tak payah la. Maybe sebab Aini bukanlah golongan sukakan barang kemas. Bride-to-be kena ade ke?HAHA. Trust me, pernah tanya my makteh,ucu pentingke bakal pengantin perempuan ada?. Well, ni bukannya tak setuju..tapi cetek ilmu...hehe :)

Apa-apa pun, nasihat tulus dari hati : buat bride-to-be, buatlah majlis merisik. Tapi yang penting IKUT KEMAMPUAN. Perkahwinan itu memudahkan :) Bak kata mummy, siapa lagi nak teruskan adat melayu kan..

Check out our next post : Peristiwa Cincin Merisik!

Wednesday 12 February 2014

2. Cerita Kami.

Assalamualaikum. Post ni agak syok sendiri la sebab nak cerita banyak sikit pasal kami. The future bride's name is Wan Aini Ashikin binti Wan Razali. The future groom's name is Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak. Kenalnya da lama sangat. Since kami form 4 (bak kata MNR), tapi rasanya hujung form 3. Tarak kisaaa lah. Yang penting bahagia. Iye ke idok? Tapi masa tu memang totally and sincerely friends. You know, cinta monyet masing-masing tak nak kalah. HAHA.

Then around July 2008, ter ter ter termesej-mesej balik. Luckily, dah takde cinta beruk kera monyet masing-masing dah terkubur. Bila dah masing-masing single, mula lah buat love story yang baru. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang. 5 tahun setengah. Tak pernah berangan termimpi pun kisah kami sampai ke hari ni. 5 tahun jugak hidup jauh. Jumpa pun beberapa bulan sekali. You know, it made us stronger! Banyak jugak koleksi gambar dari zaman muda sampai tua sekarang yang ada dalam memori card kami. Tengok mesti tergelak. Muka innocent masing-masing.

Akhirnya, we decided to get married. Alhamdulillah. Step by step. Merisik. Bertunang. Soon, berkahwin. InsyaAllah. Semoga kehidupan yang kita ingin bina dipermudahkan olehNya.

Tepek satu gambar.


da tak ingat da tahun bila. 2011 maybe? Zaman dulu.

Check out our 'merisik' post next!

Tuesday 11 February 2014

1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lepas beberapa tahun plan nak buat blog wedding ni, akhirnya tercipta jugak lah OH MY WEDDING. Well, lambat tercipta bukannya apa...takde belum ade orang nak kawen dengan kita. Akhirnya inspired by Journey OF B2B by Puan Shakina a.k.a Mama Shahadah (little cutie girl) terciptalah blog ini. Banyak jugak tips2 yang da diberi (free kn?). Sebagai mukadimah, inilah aim utama blog ni :

1. Sharing is loving. Banyak preparation kan utk kawen, tunang even merisik! Well, maybe merisik tu tak banyak sangat. Tapi kami nak share jugak secoit sebanyak. Apa yang kami boleh cut cost, mcm mana preparation yg kami buat.

2. Cut the cost. Aim ni antara yang penting jugak dikala zaman moden yang serba serbi memerlukan wang ni (cehwah), nak lah kami cut cost pape yg patut. Mcm mana tu?insyaAllah,nak join contest pape. Ada rezeki, ada la. Rezeki tu Allah dah tentukan, kita kene usaha kn?Ye ke idok?

3. Nak curi amek idea blogger-blogger lain especially B2B untuk memastikan wedding mereka-mereka sangat cool. Kepada blogger-blogger, lets make friends :) sudi-sudi lah tegur-tegur kami ye.

InsyaAllah akan ber'blogwalking' dulu awal-awal ni. Semoga usaha murni kami membina masjid diberkati dan dipermudahkan. InsyaAllah.