OhMyIklan

Tuesday 29 April 2014

28. Jemputan Majlis Pertunangan.

Assalamualaikum & selamat sejahtera readers! Pernah mengalami masalah : nak jemput sape ni time bertunang? Sedara mara? Family je? Jiran depan rumah je? Jiran sebelah je? Well, untuk majlis Aini, Aini ada reason sendiri untuk bab jemputan-jemputan ni.

1. Family rapat including tok, aki, makcik, pakcik yang betul-betul adik beradik mak ayah. Yang angkat-angkat tak. Tak terangkat nanti.

2. Family besar including adik beradik tok, aki yang duduk berhampiran Chini. Adalah 1family je kot. Tapi yang ni daddy yang setelkan je. Tak tau lah bila masa beliau menjemput. Bila ditanya : da jemput da.

3. Daddy's BFF. Ada lah sorang dua. Yang akan ke hulu, ke hilir dengan daddy cari pape yang patut nanti. Subhanallah. Wujud kan orang camni lagi?

4. Orang-orang blok. Yes. Aini duduk di Felda. Of course la konsep rewang. No catering caterer. Orang-orang blok ni yang akan membantu memasak, menyediakan pape yang patut. Mummy pentingkan kebajikan ahli blok. Apa-apa, beliau akan cakap "eh..orang blok punya makanan mcm mana?"..."cukup ke makanan yang nak bungkus bawak balik bagi orang blok?" and so on.

5. Aini's friends. Yes. Sangat memerlukan friends sebenarnya. Bukan untuk suka-suka. Tapi bagi experience kat diorang and sebagai tanda appreciate perjuangan kawan-kawan selama ni. Tak semua Aini jemput. Siapa-siapa yang terpilih je. Yang betul-betul rapat. Subhanallah. Ada yang sanggup luangkan masa untuk majlis Aini yang tak seberapa ni. TBH, masa nervous-nervous nanti, diorang la yang kuharap akan menghilangkan nervous, buat lawak ke hape. Hihi.

6. Siblings' friends. Yang ni ikut suka la diorang nak bawak siapa. Pandai-pandailah masinh-masing nak jaga kebajikan kawan-kawan diorang.

7. Family Ridzuan, of course! Including rombongan meminang la.

Kenapa nak ajak ramai2 sedangkan ni majlis bertunang je? Well. The reason is because we do the akikah ceremony as well. Tak kan 20 orang je nak makan 1 kambing kan? Jadi, rezeki tu lah yang kami agih-agih kan nanti. Semoga keberkatan hidup akan terus menyelubungi the akikah baby dunia dan akhirat. Counting days happily!



Check it out our next post : 29. E-day Check List Versi 4. 3 days to go.

Thursday 24 April 2014

27. Feeling Feeling E-day!

Assalamualaikum wbt. Perasan tak iklan colgate joget2 atas ni? Meh klik sekali. Kalau time anda tengok atas ni bukan colgate pun silalah klik jugak. Isi tabung. :)

Dalam seminggu ++ lagi nak ke e-day Aini. Baru start nervous. Baru start susah tido malam. Aini harap Ridzuan masih boleh tidur lena berdengkur. Sekarang mostly 2,3 hari sekali tanya mummy : "lepas orang panggil tu nak pergi mana?lepas salam2 nak buat apa?kena salam ngan belah Aini sekali ke?kena join family Ridzuan makan ke?kalau Aini lapar mcm mana?"

Ekau adooo? Bila orang tanya, apa feeling Aini? Aini akan jawab entahlah... Entahlah = semua perkara di bawah :

1. Nervous.
Macam mana kalau tukang pelamin tak datang? Macam mana kalau manik baju tercabut? Macam mana kalau terduduk atas veil time nak salam2? Walaupun pertanyaan tersebut agak tak logik, tapi ia tetap logik di fikiran Aini.

2. Banyak yang kena fikir.
Selagi belum dapat MUA, memang tak kan berhenti berfikir dan berfikir.

3. Selalu tanya pada diri sendiri : mampu ke?
Status tunangan orang tak mudah. Masa ni syaitan akan memporakperandakan relationship agar tak disudahi dengan "aku terima nikahnya...". InsyaAllah bila ada masa, akan sama-sama merenung kehidupan yang mendatang dengan Ridzuan. Kena sama-sama sedia, perjalanan yang lebih mencabar menanti. Semoga perasaan berkasih sayang masih terus kekal hingga ke akhir hayat.

4. Waspada.
Bertunang pun ada darah manis ke? Bila baru ni jari terluka lepas terpegang shot glue, memang akan lebih berwaspada. Tak mau keluar bilik rumah 3 hari sebelum majlis. (berangan). Baju jemur kat luar rumah jugak, kena keluar rumah kalau nak angkat. Takde nye baju2 tu nak bergolek sendiri.(seram pulakkkk)

5. Selalu tengok cermin.
Walaupun Aini ni bukanlah supermodel yang tiap masa pegang cermin, tapi bila nak ke e-day ni mula lah : smokey eyes ok x? ada eye bag tak? Kadang2 kalau tak jumpa cermin, tengok kat handphone pon jadi.

Tak kisahlah orang cakap poyo ke apa. Ni pe yang Aini rasa sekarang. Harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Counting days ke e-day!




Check it out our next post : 28. Jemputan Majlis Pertunangan.

Wednesday 23 April 2014

26. Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Semoga ada rezeki Aini menang...hajat di hati lepas e-day, nak bagi Ridzuan handle jugak blog ni...takkan nak pakai template pink kan?nak tukar sendiri?rela tumbang dulu...hehe semoga Aini dapat full package edit blog tu.. Aminn....

Check it out our next post : 27. Feeling feeling e-day!

Tuesday 22 April 2014

25. Tips Beli Pakaian Pengantin Online

Assalamualaikum. Lepas TERTIPU, terus rasa nak wat entry ni. Malas nak cerita lebih-lebih. Tunggu time rajin, siap lah orang tu. Mood : masih geram. Alhamdulillah, banyak orang yang menyumbangkan tips-tips-tips-tops berguna kepada Aini dan Aini pun nak share ngan anda anda semua.

Pernah beli pakaian online? Aini pernah beli telekung, dress, baju online sebelum ni. So far, takde kene tipu. So, tak bagi perhatian kat tips2 beli pakaian online ni. Moh le kita baca tips beli pakaian online dari Aini. Khususnya, bagi yang mencari pakaian pengantin online. Kita memang nak mudah je, tapi jangan lupa langkah-langkah keselamatan.

1. Survey! Survey harga. Harga online ni sangat banyak variety. Dari semurah-murah alam sampai semahal-mahal alam. Kena pandai ye. Lagi-lagi kalau nak beli baju pengantin. Tukang jual tau persaingan tak sebanyak jual baju-baju biasa, of course la diorang tekan kaw2.

2. Nak beli baju custom made? Apa tu custom made? Penjual bagi gambar sampel, kita request nak warna pe, ukuran kita. Pastikan, baju dalam sampel tu orang tu buat! Bukan, bukan dan bukan mereka copy dari pakcik google je. Tak semestinya diorang reti buat baju mcm dalam sample tu. Pastikan jugak anda tanya : confirm boleh buat sebijik mcm dalam sampel?

3. Tengok sama ada tukang jual tu ada dalam senarai penipu online ke tak. Ada banyak web yang akan membantu. Tolong! Tolong! Tolong! Tolong sebarkan.

4. Deposit. Kalau anda nak beli baju pengantin, baru tanya sikit-sikit terus nak deposit, baik anda blah je. Sah sah penipu. Kaki kaut duit orang je.

5. Sentiasa update dengan penjual. Update dan update. Biar lah mereka rasa anda fussy ke apa. Duit anda, hak anda. Anda bayar dengan duit, bukan kertas. (Kertas pun pakai duit jugak)

6. Malu bertanya sesat jalan. Bagi b2b yang nak membeli pakaian pengantin online, sila bertanya dulu di group ini. Alhamdulillah dan insyaAllah, semua akan membantu. Ahli-ahli dalam group ni tak lokek ilmu.

7. Nak bayar deposit? Mestilah kena ada number akaun kan? Eh...eh...apsal nama kat number akaun ni lain dengan yang anda contact selalu? Sila dapatkan kepastian dulu. Kadang-kadang orang tu menyamar. Waspada dan hati-hati ye.

8. Ni tips yang agak tak masuk akal. Gertak. Haha. Pastikan anda menggunakan ayat "kalau saya tak dapat baju/veil ni, tapi saya bayar, atau saya dapat tak seperti yang saya nak, saya tak teragak-agak untuk saman" pandai-pandai lah cakap "ayah saya polis" atau "ayah saya lawyer". Kalau penjual tu jujur, dia tak gentar.

9. Tengok review, jangan tengok testimoni. Ada beza ye review dan testimoni. Testimoni ni biasanya mereka letak yang puji pujian melangit je. Cuba rajinkan diri tengok review kat wall, atau komen kat status mereka. Meragukan? Angkat kaki. Kalau Aini yang kejam ni akan cakap terus : saya tengok review awak tak ok. Tak jadi beli. Pengajaran.

Ada penambahan? Dialu-alukan. Sebenarnya, tak semua peniaga online tu penipu. Kebanyakan yang high demand atau well established ni jujur orangnya. Sebab tu mereka berjaya. Tapi Aini yakin orang yang tak jujur ni tak ke mana pun perniagaan mereka. Makan duit haram lagi ada la. Wahai penipu online, bertaubatlah.

Check it out our next post : 26. Giveaway!

Saturday 19 April 2014

24. E-day Check List versi 3. 15 days to go!

Assalamualaikum readers. Alhamdulillah. Lagi 15 hari untuk Aini punya e-day. Rasa macam baru semalam buat versi 1. Ni da yang ke tiga rupanya. Huhu. Lebih kurang dua minggu lagi ke e-day Aini. Da makin berdebar dup dup dan da mula serabut + stress. Macam-macam da jadi dalam 2,3 hari ni. Nanti ada kesempatan Aini story mory kat sini.

Jom tengok check list Aini.

1. Hantaran : da siap 3/7. Belum siap : coklat, sirih (makteh handle), buah (makteh handle jugak), kek (just tempah, makteh amek kan. Tapi, nak menempahnya takde masa.)

2. Baju : da dapat. Perlu alter, belum alter lagi. Maybe minggu depan akan alter kan.

3. Veil : da dapat.

4. Tudung : da beli. Tak sure akan guna yang da dibeli atau tak.

5. Pelamin : booked. Deposit paid. Full payment masa majlis.

6. Fotog : booked. No deposit. Full payment masa majlis.

7. MUA : perlu cari! Akan cari dlm 3,4 hari sebelum majlis. Orang kat umah je.

Rasanya ni je kot check list versi 3 ni. Doakan majlis Aini berjalan lancar ye.

Check out our next post : 25. Tips Beli Pakaian Online.

Tuesday 15 April 2014

23. Warna Tema untuk Bertunang. Sweet atau Gedik?

Assalamualaikum. Pernahkah anda bertunang? Adakah anda mempunyai warna tema untuk majlis bertunang anda? Jika ya, apa respon family anda? Rakan-rakan anda? Anda rasa anda sweet atau gedik?

Kalau ikutkan family, ada yang prefer ada warna tema, ada yang tibai je. "Ala... tunang je pun..."

Semuanya terpulang kepada anda. Jom kita tengok bila anda sweet dan bila anda gedik. (pergh...tak kusangka diriku seberani begini kuarkan statement)

SWEET

- bila semua yang anda plan, pelamin, hantaran bagai mengikut warna tema anda. Sedondon kan? Dua dondon? Tiga dondon?
- bila ramai yang terlibat dalam majlis anda, mereka tahu hala tuju warna yang anda nak.
- tidak stick kepada satu warna sahaja. Maksudnya pelbagai warna. Contohnya, pastel.

GEDIK

- menyusahkan banyak pihak bila semua kena ikut warna anda.
- konon nak warna kuning, tapi yang warna kuning nye cuma eye shadow anda. Scary dan gedik bukan?
- bila warna yang anda pilih sangat rare. Orang mungkin akan tanya "budak ni bertunang dengan orang planet mane?"

Honestly, Aini yang banyak decide warna berbanding Ridzuan. Mula-mula keluar banyak warna. Last-last, kami stick dengan dark purple. Actually, bukanlah semua nak purple. Tapi nak ada unsur dark purple dalam hampir semua persiapan. Rasanya tak susah sangat kot menyediakan sesuatu yang ada purple dalam tu. Lepas tu Aini yang bukan minah bunga ni decide ntok masukkan unsur flora dalam majlis Aini nanti. Jom cekidaut sikit2 persiapan yang ada kaitan dengan tema dari pihak Aini.

Hantaran : dark purple + banyak warna lain + flora
Pelamin : warna lain + flora
Baju : tiffany green + dark purple + flora
Veil : dark purple + flora

flora + dark purple

Tak tau jugak sejak bila suka warna dark purple ni. Harap-harap untuk majlis tahun depan tak repeat warna ni. :)

Cekidaut our next post : 24. E-day Check List versi 3. 15 days to go!

Monday 14 April 2014

22. Menang Contest MiiandHimm Creation.

Assalamualaikum wbt. Nampak tak iklan colgate atau ford atau pape je la dok joget2 kat atas ni? Hehe. Sila la klik ye. Nak isi tabung kahwin ni. Ni first time join contest semenjak dua menjak jadi B2B blogger ni. Contest ni dianjurkan oleh Cik Ayue Idris dari blog Mrs Qisti to be. Beliau juga merupakan B2B ye. Masa nak join tu fikir2 jugak:

"kalau aku masuk ni, boleh menang ke?"

then, Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Aini terpilih untuk menang contest ni. Contest ape? Cekidaut :


Aini menang baucer RM50 dari Emas Sri Pinang untuk cincin polladium lelaki. Maka, Ridzuan akan pakai cincin polladium dari Emas Sri Pinang la nanti. InsyaAllah. Terima kasih Allah, terima kasih penganjur. Mungkin ni opening rezeki sebagai b2b blogger? Semoga ada rezeki Aini menang yang lain jugak! Amin...

Dikesempatan ini, Aini nak mengucapkan jutaan billion TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada one of my beautiful friend, HUSNA atau kami panggil UNA dan pasangan. Maaf tak dapat pergi sebab mencari rezeki pada hari kejadian. Huhu. Semoga Una terus bercinta dengan suami tersayang hingga ke syurga. You are so beautiful+gorgeous as always. Really super duper happy for you. Doakan kami yang lain pulak.

Cekidaut our next post : 23. Warna Tema untuk Bertunang. Sweet atau Gedik?



21. Tuala, Sejadah, Kain Pasang dan Kain Baju Melayu Punya Cerita.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Counting days betul la nak ke e-day Aini ni. Dup dap dup dap. Ok, tipu je. Takde lah heartbeat kuat camtu. Poyo je Aini ni, tunang je kot. Lagi sekali nak promote, sila klik tabung kat atas ni ye especially mereka mereka yang online guna laptop, netbook, gadjet pape je la. Jom kita tengok cerita tuala, sejadah, kain baju melayu plus kain pasang Aini.

Tuala

Kami beli tuala kat Mydin Kuantan. Mydin bukanlah kami punya e-day stop centre. Tapi harga kat sini quite affordable. Dah beli tuala ni beberapa bulan sebelum e-day. Sangat awal kan? Aini kisah pe. Rugi pulak tak snap picture tuala ni. Google punya google dapat gambar towel sebijik cam yang Aini nak bagi Ridzuan.

same box, same colour

Masa beli tu Aini rasa Ridzuan ikut je Aini pilih yang mana sebab tema warna lebih kurang macam ni, Ridzuan ikut kan aje. Time google jumpa banyak orang tempah tuala selamat bertunang letak nama pasangan. Idokle teman, nama teman ade kat tuala orang bawak gi jamban. Lain orang lain pandangan kan? Cuba teka berapa harga tuala ni? Actually Aini tak ingat sangat. Rasanya dalam RM19.90. Sila betulkan Aini ye Ridzuan kalau salah. Bila dah bukak (kantoi bukak dulu) baru perasan tuala ni nipis tapi mahal. Mungkinkah mahal tang selamat bertunang tu? Hurm. Agak frust walaupun tuala ni akan jadi hak milik Ridzuan. Harap-harap tak jadi kain pengesat basuh kereta.

Sejadah

Sejadah ni kami beli masa beli towel tu, di Mydin jugak. Aini yang pilih, of course. Hihi. Tapi puas hati, serius! Tebal, cantik, besar. Semoga Ridzuan khusyuk ketika solat lepas majlis kami nanti. Aini tak tangkap gambar, of course. Tapi anda anda bayangkan je la k. Harga? RM29.90 jugak kalau tak salah. Entah la. Jangan percaya sangat k.

Kain Baju Melayu dan Kain Pasang

Kain baju melayu dan kain pasang ni kami beli di Kamdar (memang berbaloi) pada 30 Mac baru ni. Mula-mula plan nak gi kedai kain je kat area Kuantan ni. Masa lalu otw ke UTC, nampak "PROMOSI CUTI SEKOLAH" gayut besar-besar kat Kamdar. Mata Aini ni pantang taw nampak perkataan SALE. Terus bagitau Ridzuan : kita pergi situ ye! (sambil sengih kambing). Terus pergi tingkat 2. Rasa rugi la tak tangkap gambar time tu +___+ . Memang kami plan dari awal nak beli kain sama warna untuk raya tahun depan. Baju Aini tu mungkin akan pakai masa khatam Quran tahun depan. Kami pusing-pusing tempat kain pasang, Aini pilih satu port. Kami decide nak amek baju dark blue. Lepas tu pikir, ada ke kain baju melayu warna ni jugak? Tanya kat pekerja tu, nak gi tengok kain baju melayu dulu. Dia cakap " boleh bawak kain tu usung ke tempat kain baju melayu, compare warna". Aini pandang Ridzuan, Ridzuan pandang Aini. Fine. Kitorang pun usung gulungan kain tu, nasib baik sikit je! Tawaf punya tawaf, jumpa kain baju melayu untuk Ridzuan yang sama warna. Tapi masalah kami sama : kain tu nampak sikit. Cukup ke 4m?

Kain Baju Melayu : 3.75m je dapat. Uncle tu tanya, siapa nak pakai? Tunjuk kat Ridzuan, dia cakap lepas (since Ridzuan tak besar sangat). Ok lah kan. Nego punya nego dapat Uncle tu kira 3 m je.

Kain Baju Kurung : 4.75m je yang tinggal. Uncle tu tak bagi amek 4m je. Ada ke patut dia suruh kami cari lain kalau still nak 4m je. Panas jugak hati time tu. Kalau nak tukar kain pasang, mesti tukar kain baju melayu jugak. Tak nak sia-siakan kami punya usaha mengusung tadi, ambik jugak la. Nego lagi. Uncle tu bagi semua 4.75m, tapi kira 4.25m je.

sila abaikan background.rasanya ni warna navy blue. tak tau lah.


Harga? Sila tengok gambar di bawah :

total : kain pasang Aini = RM32.43, kain baju melayu Ridzuan = RM51


Aini tak tau ni kira mahal ke murah. Tapi dalam bajet kami lagi. Aini dah bersedia bila mummy cakap "kain baju melayu lagi mahal dari kain pasang". Dan hasilnya, kami puas hati. Kakak pun cakap cantik. Terkubur hasrat nak beli kain warna lembut-lembut untuk majlis khatam quran. Hihi. Tapi rasanya, ok je kot.

Sekian dahulu cerita 4 perkara kami. Tips? Beli time sale, survey dulu sebelum beli dan nego semampu yang boleh. Mungkinkah perlu tutorial nego harga dari Aini?

Cekidaut our next post : 22. Menang Contest MiiandHimm Creation, Alhamdulillah.


Wednesday 9 April 2014

20. Alkisah Doorgift

Assalamualaikum. Tersebutlah kisah.. Yang ni kisah doorgift. Bagi readers yang follow blog ni tau lah yang perancangannya Aini memang nak buat doorgift bagi kat family Ridzuan yang datang nanti. Tapi memang dah berbelah bagi dari awal, antara nak buat atau tak.

Mummy cakap tak perlu buat since kakak dulu pun tak buat. Tapi nenek cakap buat dan bagi yang manis-manis je biar relationship antara kami dan keluarga manis manis gitu. Rujukan kawan-kawan tak banyak yang membantu, mostly cakap : "Kau rasa nak buat, kau buat lah"

Maka, muktamad time tu cakap nak buat. Memang berkobar-kobar lah. Siap mintak tolong member design TQ tag lagi nak tepek kat doorgift tu. Then refer kat makcik-makcik, semua cakap tak perlu buat. Yang menguatkan lagi perasaan ni untuk tak buat doorgift ialah sebab tak tau nak bajet goodies berapa. Kalau tak cukup, malu. Hihi.

Lagi satu, maybe seminggu sebelum majlis dah tak kan keluar rumah. Kemas bilik, ruang tamu, stor, pape yang patot lah. Tak kan nak serahkan kat orang lain setelkan doorgift Aini kan? (kalau sponsor lain citer). Lepas bincang-bincang balik dengan Ridzuan, sebulat suara cakap tak perlu doorgift. Maka, simpan skill doorgift ku untuk majlis kahwin la nanti.

Masalah jugak lah pikir nak post apa kat blog ni. Tak mau reveal awal-awal preparation Aini cam hantaran DIY, review baju, veil, pelamin dan photographer. Tak surprise lah since family Ridzuan maybe baca blog ni (ada ke?perasan). So, Aini cerita sedetail yang boleh ye pasal preparation Aini. Selagi tak reveal sangat pasal majlis nanti. To all readers, doakan Aini punya preparation goes well.

Cekidaut our next post : 21. Tuala, Sejadah dan Kain Baju Melayu Punya Cerita.

Monday 7 April 2014

19. Bila Perlu Buat Hantaran?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers. Sebelum anda teruskan membaca, nak ajak lagi sekali cuit tabung isi dana nak kawen Aini di atas. Hihi.

Bila 40 hari sebelum bertunang baru ni tak buat apa-apa hantaran lagi, mulalah diri ini dinasihatkan oleh mummy tercinta. Takut tak sempat katanya. Pastu baru mule gelabah. Tapi buat-buat chill... "Alah....kejap je buat tu"...memang terbuku di kepala otak Aini. Then Aini fikir, fikir dan fikir. Bila patut buat hantaran?

1. Kain baju melayu

Yang ni dah boleh buat awal (dah siap dah). Sekali buat tu, memang kene all out orang putih cakap. Jangan nak buat versi 1, versi 2 cam Aini punya check list. Bila dah siap satu, baru rasa lega baiii.. Seriusly. Tapi nak dapat kan design tu, kene perah kepala otak jugak. Memang semua sel-sel otak Aini berhubung lah time tu..."Kenapa ni?? Gravity mama..." Kepada b2b semua, sila prepare hantaran kain baju melayu awal-awal sebab simple and boleh buat awal. So, tak mau tangguh-tangguh ye...

2. Towel "Selamat Bertunang"

Yang ni pun perlu buat awal since towel ni tak mungkin mencair. Tak mungkin juga dihurung semut. Tapi Aini belum buat lagi. Esok, lusa maybe? Buat sebulan sebelum majlis. Awal sangat? Apadahal. Biaq pi la depa dok kata pa. Last-last bukan diorang pun yang buatkan. Maybe faktor Aini yang tidak belum bekerja memudahkan Aini buat hantaran bila-bila masa yang Aini suka.

3. Sejadah

Sejadah pun antara hantaran yang anda perlu siapkan awal-awal. Nanti dah siap majlis, Aini buat review DIY hantaran k. Rasanya kalau dah siap tiga barang ni, Aini dah boleh  tarik nafas, hembus nafas dalam kelegaan. Cehwah. Tapi kena pandai jaga la ye. Jangan sampai berhabuk, tumbang, patah, terple'ot dan sebagainya. Kalau ada budak kecik dalam rumah tu, sila siapkan tempat untuk disorokkan. Tak salah ye kalau nak buat 3 hantaran ni lambat-lambat. Aini ni memang jenis last minute kalau bab buat assignment, tapi kalau untuk big day, NO!

4. Sirih

Hurm. Ada banyak masalah kalau fikir pasal sirih ni. Alhamdulillah, rumah makteh Aini ada pokok sirih. Maka, hasrat mencari sirih palsu tidak kesampaian. Ada hikmah jugak, sebab maklong tak bagi beli sirih palsu. Masa tu pasrah je la. Wondering jugak kalau beli siap pinang, kapur tu tak busuk ke? Kang berulat hantaran tu, nak cakap pe? Bunga plastik tu mengeluarkan ulat? Idokle teman. eeeyakk! Maka, penyelesaiannya, mungkin sirih akan asingkan dari kapur, pinang tapi diatas dulang yang sama. Maybe seminggu sebelum majlis dah boleh buat kot. Tapi pape kena tanya mummy dulu. Urusan sirih, Aini serahkan kepada makteh. Nanti letak je sekali dalam hantaran.

5. Buah-buahan

Yang ni sangat mustahil buat awal-awal. Bukan takut busuk, takut tak sempat tunggu majlis. Maybe sehari sebelum majlis nak mintak tolong makcik-makcik yang nak datang tu belikan. Kena kawal nafsu makan ni. Huhu. Rasanya nak setelkan hantaran buah-buahan ni sekejap je. Main campak letak je. Kalau dah namanya buah, kompem cantik. (Lapooo..)

6. Kek

Yang ni pun akan serahkan kepada makcik-makcik jugak. Maybe tempahnya awal. Senang nanti makcik amek je. Sekali ngan kotak tu akan kuletak atas dulang hantaran. Akan siap dalam 3 saat. Huhu. Eh... Eh... Tetibe wondering. Mana nak simpan kek dan buah tu? Muat ke peti? Tumpang rumah jiran? Kene double triple cek la gamaknya.

7. Coklat

Memandangkan dalam kepala ni coklat takmau main campak je, nak deko-deko jugak, so tak boleh lah buat lambat-lambat. Tapi kalau nak buat awal, ada beberapa cabaran kehidupan yang perlu ditempuhi. First, nafsu makan. Sebab Aini penggemar coklat tegar. Cara nak atasi, beli coklat banyak-banyak supaya banyak extra yang boleh Aini ngap. Second, takut semut. Yang ni pandai-pandai lah nak hidup kan. Huhu. Third, takut cair sebab ada coklat dalam kepala Aini fikir akan cair lebih-lebih lagi cuaca yang hot mama sekarang ni. Maka, Aini akan deko yang tak mungkin cair dulu. Yang akan cair buat kemudian sikit. Bila nak buat? Lepas first three hantaran yang kat atas ni siap. Huhu

Sekian dulu untuk kali ni. Alahai nervous, janganlah kau datang mengganggu Aini.

Jom cekidaut our next post : 20. Alkisah doorgift.

Thursday 3 April 2014

18. E-day Check List Versi 2 - 30 days to go

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera OMW readers! Masih ingat E-day Check List Versi 1 ? Kali ni versi 2 punya. Ni check list SEBULAN sebelum Aini punya E-day. Ape? Sebulan? Rase mcm sekejap je kan masa berlalu. Akhir zaman. Basically ni Aini punya check list sendiri. Aini bagi mummy daddy handle sume-sume pasal makan since Aini duduk felda, rewang is the best and the only choice.

Jom cekidaut :

Baju tunang : dah tempah, custom made. Tapi, masih menunggu dapat. Expected date dapat around tengah bulan ni. Tempah kat satu butik online. Belum boleh reveal sebab tak nak promote awal-awal, takut tak mencapai piawaian Aini.

Veil : dah tempah jugak, custom made. Tapi, tak sekali ngan baju tunang. Expected date dapat jugak middle of April. Weeeee~ Tak sabar!

Tudung : belum beli lagi. Tak boleh beli selagi belum dapat veil, baju. Dah inform kat tukang buat baju tunang, tolong sertakan percaan baju. Senang nak usung beli baju Ridzuan and tudung Aini nanti.

MUA : sendiri dan barang banyak belum lengkap. Harap2 sidekick ku akan bg pinjam barang cket-cket. Hehe. Expected lengkapkan barang, buat tutorial, practice make up sendiri dalam masa 3 minggu.

Fotog : booked!

Pelamin : booked!

Doorgift : tak prepare pape lagi since tak boleh buat awal-awal sangat je. Expected setel dalam 3 minggu.

Hantaran : baru totally siap 1/7. Maybe next post akan betul-betul bincang perancangan hantaran.

Ada lagi ke ea? Cukup da kot. Dikesempatan ini Aini ingin mengajak tukang view sekalian sudi-sudilah klik iklan yang berjoget-joget kat atas ni. Masuk tabung. Hehe.

mcm biasa...tepek 1 gambar.



Cekidaut our next post : 19. Bila Perlu Buat Hantaran?

Tuesday 1 April 2014

17. Perlu Ke Photographer, Doorgift, Inai, Bridesmaid, MUA, Pelamin dan Aksesori Untuk Majlis Bertunang?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera OMW friends! Happy April. Maksudnya dah tinggal sebulan++ je untuk my enggagement day. Perasaan? Of course excited! Dalam kepala ni da plan macam-macam. Tajuk entry ni panjang kan? Sebab Aini malas nak bincang one by one. Biar gedebuk bush bush sekali harung. First of all, ni cuma pandangan Aini. Setiap orang ada pandangan masing-masing kan? So, suka hati lah cmne sekali pun nak buat e-day anda anda.

Photographer
Lebih dikenali sebagai tukang amek gambar dalam versi melayu. Perlu ada sekiranya anda betul-betul nak dan ada bajet. Tak perlu kalau ada dalam ahli keluarga anda yang pakai kamera muncung-muncung tu. Majlis sekejap je kan. Pilihan Aini? Nakkkkk! Sebab member-member ramai yang fotogenik dan sukakan kamera.

Doorgift
Doorgift dan goodies tu benda yang sama ye tuan tuan dan puan puan. Doorgift mungkin perlu ada sekiranya keluarga lelaki datang dari jauh. Boleh lah mereka ngap nyum nyum pape dalam kereta kan. Doorgift tak perlu ada sekiranya mak anda cakap tak perlu. Selalunya, tengok orang bagi lauk-lauk je kat family belah lelaki. Pilihan Aini? Ada! Sebabnya perjalanan rumah Aini dan Ridzuan dalam sejam camtu tolak singgah petronas tambah ikut belakang lori. Lagipun tok suruh bagi, bagi yang manis-manis simbolik nak hubungan yang manis-manis je. Terus wondering kalau bagi yang masin camne jadi kat relationship tu? Hehe. Lagipun just bagi kat family Ridzuan. Dah decide nak bagi apa. (see....excited kan?) Tapi tak boleh reveal lagi.

Inai
Aini rasa sekarang kos buat inai dah naik. Sampai RM50 1 tangan. Haishhh. Perlu ke? Perlu kalau dalam kengkawan atau family anda ada yang kreatif. Beli je inai picit RM10 tu. Tapi! Tapi! Tapi! Kena hati-hati since sekarang ramai penjual inai tak berkualiti sampai tangan pengantin kembung-kembung jadi. Erk. Pilihan Aini? Tak akan berinai (kecuali ada yang sponsor). Aini pernah berinai tak sampai 5x seumur hidup. Last berinai lebih 5,6 tahun yang lepas. Muka ni memang ada time majlis berinai orang lain, tapi tak kan sekali dua kali tiga kali hulur tangan. Aini tak minat. Ridzuan pun sama. Mungkinkah masa wedding pun tak kan berinai?

Bridesmaid
Perlu ada untuk hilangkan nervous, butterfly in your stomach atau pape pun lah. Inilah kegunaan member kan? Mereka yang akan back up anda bila orang lain down kan anda. Tak perlu ada kalau member member anda duduk jauh dari anda ataupun anda yang duduk jauh dari member member anda. Pilihan Aini? Aini tak gelarkan bridesmaid, tapi sidekick! Hehe. Of course lah kawan-kawan yang datang nanti jadi sidekick Aini.

MUA
MUA stand for Make Up Artist. Ataupun mak andam ataupun tukang make up. Perlu ada sekiranya anda tak tau make up diri sendiri ataupun takde orang lain yang boleh tolong make up kan. Tak perlu sekiranya anda dah ada barang make up yang cukup. Pilihan Aini? Belum confirm lagi tapi macam tak nak hire je. Tak kisah lah takde pengalaman pun, letak veil atas kepala je dah cantik (perasan). Ni jugak antara kegunaan sidekick tadi. Hehe. To my sidekicks (you know who you are), sila bawak bagasi make up anda ke rumah Aini nanti ye. Thank you in advance!

Pelamin
Pelamin ni kalau nak ada, tak perlu lah yang ala ala Ariana Rose gitu, ada yang mini pun ok. Perlu ada kalau anda takde pot cantik nak bergambar. Takkan nak bergambar kat dapur kan. Sekarang ni ada banyak design pelamin mini yang cantik-cantik. Agak rugi tak grab. Pilihan Aini? Nak ada sebab tak nak ada dilema "ok ke bergambar kat cni?". Bila ada pelamin, kompem ok. Design pun da ade yang berkenan. Hehe. (kan da cakap Aini ni excited).

Aksesori
Contoh aksesori ni mcm kasut, rantai, crown, veil, bunga tangan. Perlu ada kalau ada sekali ngan pakej andaman anda. Tak perlu kalau anda rasa membazir. Pilihan Aini? Kasut tak perlu. Siapa nak pakai kasut dalam rumah kan? Lagipun maybe akan pakai sarung kaki nanti. Rantai? Tak payah. Geli! Crown? Tak payah jugak sebab veil da tempah dan da sarat dekat atas kepala. Bunga tangan? Nak ada. Sebab cam kekok gila kalau takde bunga tangan. Dan... Free! Bridal pelamin nak sewakan free.

Yeay... Selesai jugak cerita one by one. Mungkin ada tambahan lagi untuk lain-lain orang. Yang penting, anda kena rancang dari awal. Last last minute takut tak dapat mcm yang anda impikan. Tak boleh nak salah kan siapa-siapa lahhhhh!

Dikesempatan ini nak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" untuk my sister in law to be. Yeah! Adik Ridzuan kawen dulu. Haruslah soalan feveret masa kenduri : Ridzuan bila lagi?



Cekidaut our next post : 18. E-day Check List Versi 2.