OhMyIklan

Monday 25 August 2014

67. Wakaf : Kasut KOD 05

Assalamualaikum, hai readers! Jom tengok detail barang ke-5 untuk diwakafkan :

brand : jelly bunny
material : getah (best dipakai)
jenis : peep toe
tinggi : lebih kurang 5 inci
warna : putih gold
saiz : 7 @ 38

cantik kan?

Berminat? Boleh pm Aini di sini. Terima kasih tuan punya barang. Semoga Allah membalas jasa baik anda :)
ps : postage fee perlu dibayar, COD putrajaya, shah alam, batu pahat.

Check out our next post : 68. Wakaf : Veil KOD 06

Thursday 21 August 2014

66. Wakaf : Halfmoon Shawl KOD 04

Assalamualaikum, hai readers. Barang ke4 untuk diwakafkan.
Shawl
Bentuk : Halfmoon
Material : Crepe
Specialities : Tak jarang, kain sejuk.
Warna : Light purple
Sesuai dipakai bersama veil, digunakan untuk majlis bertunang, khatam alQuran.



keliling shawl ada manik2 warna light purple+putih+krim

Berminat? Boleh pm Aini di sini. Terima kasih kepada tuan punya shawl kerana mewakafkan shawl ini.

Check out our next post : 67. Wakaf : Kasut KOD 05

Tuesday 19 August 2014

65. Videographer : Teaser Sikit

Assalamualaikum, hai readers! Dah lama tak buat entry diri sendiri. Banyak sangat nak citer nye. Cuma beza rajin dengan malas je. Da la DIY : Hantaran tak buat-buat lagi postnya. Check list pon tak buat lagi, sebok nak teaser pasal videographer. Walaupon tarikh kawen belum confirm (tak decide langsung pon actually), videographer harus ku grab dulu. Kenapa? PROMOSI! Tapi belum boleh reveal lagi sebab tak surprise lah reveal awal-awal kan. Tak kisah lah orang cakap "awal gile" atau pape je. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je. Bukan orang lain yang akan bayar videographer tu nanti kan. Hihi. I am so excited to share about this. *rasa mcm gatal sangat pulak kalau cakap cepat-cepatlah kawen*.

Nah..teaser guna pic je dulu. Harap siapa-siapa yang dah menggunakan khidmat beliau boleh share review. Actually Aini cari jugak review-review kat internet, tapi tak banyak membantu sangat. Tapi so far, takde negative comment, Alhamdulillah. Harap-harap apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar nanti. Amin..


Check out our next post : 66. Wakaf : Veil KOD 04.

Sunday 17 August 2014

64. Wakaf : Veil KOD 03

Assalamualaikum, hai readers! Ni barang ke tiga untuk wakaf.

Veil. Warna grey. Heavy beads di bahagian atas kepala. Boleh refer gambar-gambar di  bawah untuk keterangan :

the details. beads warna pink+grey



Berminat? Boleh pm saudari Nuraffiah di facebook beliau. Caj postage akan dikenakan.

Check out our next post : 65. Videographer : Teaser sikit.

Wednesday 13 August 2014

63. Wakaf : Baju KOD 02

Assalamualaikum, hai readers. Ini merupakan barang ke 2 untuk diwakafkan. Kepada mereka-mereka yang hendak mewakafkan barang, boleh pm Aini di sini.

Baju bertunang ni punya banyak kisah. Tapi Aini harap dapat bawak kisah yang best2 je untuk anda. Berikut merupakan butiran-butiran mengenai baju tersebut :

Baju kurung moden.
Kain dan baju tidak bercantum. Lace pada baju dan kain di bahagian depan dan belakang. Ada manik-manik di kain dan baju. Warna : tiffany green + dark purple. Baju ada hiasan bunga 3d. Bahagian lengan ada butang dan bunga 3d.

Ukuran :
Saiz standard : S-M (36-40)
Bahu : 15 inci
Pinggang : 27.5 inci
Punggung : 39 inci
Labuh baju : 35 inci
Panjang tangan : 21 inci ++ Aini tambah kain warna purple hujung tu
Dada : 33 inci
Lebar tangan baju : 10 inci (berbutang)
Labuh kain : 39 inci

Jangan salah faham, baju ni memang tak sampai lutut. Pattern baju kurung moden, bukan baju kurung. Zip baju di bahagian belakang.

Jom kita tengok pic gambar tu bersama empunya badan :

manja tak?

the details

ukuran pada badan Aini

Berminat? Boleh rujuk di sini. Happy sharing girls!

Check out our next post : Wakaf : Veil KOD 03

Monday 11 August 2014

62. Wakaf : Veil KOD 01

Assalamualaikum, hai readers. Berikut merupakan detail veil untuk diwakafkan :

Material : Net
Warna : Dark purple
Bentuk : Half moon
Saiz : Labuh tepi hingga siku, labuh belakang hingga pinggang
Detail : Bahagian atas kepala sarat dengan bunga 3d dan manik

veil dari tepi. *sila abaikan double chin itu*

labuh veil boleh refer di pic ini

veil dari depan+atas

parts of the details

another part of it

Berminat untuk menggunakan veil ini? Anda boleh rujuk segala butiran mengenai projek wakaf di post ini. Berminat untuk mewakafkan barang anda? Boleh pm di facebook Aini.

Check out our next post : 63. Wakaf : Baju KOD 02

61. Jom Wakafkan Barang Anda.

Assalamualaikum, hai readers. Ni kira proposal Aini lah ye dalam projek mengumpul barang-barang kahwin yang boleh diwakafkan. Happy reading.

Apa itu barang wakaf b2b?

Barang wakaf b2b ialah barang kepunyaan ex bride to be atau bride to be yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan yang baik. Barang-barang tersebut boleh dipakai oleh semua bride to be yang memerlukan pada masa akan datang. Antara contoh barang wakaf yang boleh anda wakafkan ialah baju, veil, hand bouquet, props, barang-barang pelamin, hantaran dan sebagainya.

Siapa yang boleh menggunakan barang wakaf b2b?

Semua b2b yang jujur dan amanah boleh menggunakan barang wakaf b2b sekiranya barang tersebut available untuk digunakan pada tarikh majlis anda.

Bagaimanakah cara ingin mewakafkan barang?

Boleh pm Aini di facebook dan Aini akan pm alamat Aini dan langkah-langkah seterusnya.

Bagaimanakah cara ingin menggunakan barang wakaf b2b?

1. Pastikan tarikh anda dahulu. Tak mau book selagi tak confirm tarikh. Kesian dekat b2b yang lain yang memerlukan barang tetapi clash dengan tarikh anda yang belum confirm.
2. Semak barang dan tarikh yang dah ditempah di bawah (currently not available).
3. Boleh pm Aini di facebook sekiranya berminat. Aini akan bagi information seterusnya. REMINDER : Aini tak on9 24jam. Tetapi Aini akan reply pm anda bila ada kesempatan. InsyaAllah.
4. Anda akan bertanggungjawab untuk menerima barang yang dipos dan mengepos barang kepada pengguna seterusnya setelah selesai menggunakan barang tersebut,

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan barang wakaf b2b?

PENTING! Untuk setiap barang, akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Tetapi, bayaran itu bukanlah dibayar kepada Aini atau tuan punya barang. Bayaran itu haruslah disalurkan dan digunakan untuk kegunaan jamuan majlis pengguna barang atas nama tuan punya barang. Dalam erti kata lain, tuan punya barang mendermakan RM10 yang sepatutnya menjadi hak mereka kepada pengguna barang untuk tujuan jamuan makan. Niat itu penting ye. PENTING JUGAK! Semua barang bukanlah kepunyaan Aini. Sekiranya tuan punya barang ingin anda membayar caj pengeposan, anda haruslah membayarnya.

Apakah syarat tambahan lain yang perlu diikuti?

1. Pengguna barang haruslah menjaga barang yang digunakan dengan sebaik mungkin. Sekiranya terdapat masalah ketika menggunakan barang tersebut, haruslah inform kat Aini segera.
2. Sekiranya anda bertanggungjawab untuk pos barang tersebut kepada pengguna barang seterusnya, anda TIDAK BOLEH mengenakan caj postage. Anda dapat barang tanpa postage fee (kecuali barang yang tertakluk dengan postage fee) dan anda juga akan pos semula tanpa postage fee.

Bolehkah saya menggunakan lebih dari satu barang wakaf b2b?

Boleh. Anda boleh menggunakan seberapa banyak barang wakaf b2b yang available.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan barang wakaf b2b?

Bergantung kepada kawasan anda. Sekiranya tak boleh COD, barang akan dipos oleh Aini atau pengguna sebelum anda bergantung kepada keadaan.

Apakah matlamat utama projek wakaf barang b2b ini?

1. Membantu meringankan beban b2b. InsyaAllah, suatu hari nanti mana tau boleh jadikan OMW sebagai one stop centre persediaan perkahwinan anda.
2. Menambahkan saham akhirat tuan punya barang. Jika RM10 anda digunakan untuk jamuan contohnya beli ais, berapa orang yang minum air berais tu? Jadi sebahagian darah daging mereka. Bayangkan berapa banyak gandaan pahalanya. Subhanallah.
3. Mengelakkan pembaziran. Barang yang elok tak kan lah guna time kahwin je pastu simpan dalam almari kan? Bolehlah semua merasa menggunakannya, takde lah membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Semoga semua b2b mendapat manfaat dari projek ini.
Senarai barang wakaf : sila klik untuk info

Veil KOD 01


Not available :

30/8/2014 - Shahreen Zainuddin
14/12/2014 - Khairun Sakinah

Baju KOD 02






Check out our next post : 62. Veil Untuk Diwakafkan.

Sunday 10 August 2014

60. Blog Review : Eellee Beauty & Health, Aqilah Zulkifli, Maria Firdz

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya! Mood raya belum habis lagi. Simpan dulu story mory pasal projek wakaf b2b tu. Tahniah kepada semua pemenang GiveAway Ramadhan Raya by Syira Lokman! Seronok trang tang tang la korang ye. Seperti yang dijanjikan untuk dihadiahkan, blog review! 3 orang pemenang bertuah untuk direview blog mereka ialah Eellee Beauty, Aqilah Zulkifli dan Maria Firdz. Jom check it out.


Blog pertama yang Aini terjah ialah Eellee Beauty & Health. 1st impression, wow. Sangat berguna tips-tipsnya. Of course lah yang mula Aini bukak ialah cara mudah rawat lebam bawah mata kan.. Hihi. Kepada anda anda yang nak order barang Shaklee atau nak dapatkan khidmat nasihat, boleh jenguk jenguk blog ini. Ada banyak tips dan petua serta hal-hal berkaitan family yang dikongsikan. Tips-tips nya semua yang sangat berguna dan sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.

Kalau anda bukak 'home' beliau, hanya dipenuhi dengan link-link post tanpa post entry. Inilah kematangan blog ini. Bila dah mula blog walking, anda akan dapat baca semua tips tops tups dengan senang hati. Info-info sangat berguna dilatari dengan warna putih memang mendamaikan mata yang memerhati. Cehwah. Eellee Nana sangat tak lokek ilmu ye. Semua pertanyaan di ruangan komen akan dijawabnya. Mungkin nanti nak adakan sesi consultation dengan Eellee Nana. Free kan? Hihi. 

Aini nak cadangkan semua tengok ruangan Sihat A-Z dan Cantik Stylo. Mesti baca semua! Aini dah baca untuk cantikkan bibir yang gelap. Petang ni terus nak gi beli madu. Hihi. Dengan 132 follower di g+ dan lebih 407000 view, pastilah ramai yang telah mendapat manfaat daripada blog ini. Semoga Eellee Beauty & Health akan terus berkembang dan berjaya dalam dunia perniagaan dan dunia blogging. Amin.


Blog putih yang sangat teratur. First impression Aini time tu. Huhu. Aqilah seorang penggemar kpop tegar. Aini ni setakat suka Running Man je. Hihi. 15 years old, form 3 student. Alahai. Entah-entah ade je student Aini yang ada blog kan? Who knows. Aqilah nak ade DSLR sendiri nanti. Sila belajar rajin-rajin and kumpul duit ye adik.

Kalau anda check it out blog Aqilah, kat bahagian atas tu header yang cool warna hitam. Semuanya tersusun cantik plus comel kat blog Aqilah. Aqilah banyak join contest-contest kat blog. Rajin betullah. Kalau blogger-blogger sekalian nak tengok contest pe yang latest2, boleh lah tengok blog It's My Life ye. Selain dari contest, give away & segment2, Aqilah jugak banyak citer pasal kehidupan beliau. Pasal pelajaran dan kehidupan peribadi. Lepas ni boleh la citer pasal result exam pulak ye?

Aqilah berasal dari Temerloh, tak jauh pon dari Kuantan ni. Boleh lah datang rumah time kenduri nanti ye? Dah tiga tahun kewujudan blog It's My Life. Semoga blog It's My Life akan terus maju hingga ke tahun-tahun seterusnya. Blogging, blogging jugak, pelajaran jangan dilupa ye :)


Blog ketiga & terakhir untuk Aini review ialah blog Cinta Sejati Ku & Dia. Ownernya ialah Maria Firdz. Antara persamaan kami ialah suka purple! Hihi. Blog yang serba purple putih ini banyak berkongsi pasal amalan, petua, hukum & persoalan serta kehidupan pemilik blog sendiri. Layout blog ini sangat tersusun dan memudahkan pembaca untuk membaca entry pilihan masing-masing.

Blog ini juga banyak join contest-contest di blog. Kenapalah Aini tak boleh jadi serajin mereka ye? Hihi. Jadi kepada blogger-blogger sekalian, boleh tengok contest-contest latest di Malaysia dengan follow blog ini. Tak rugi taw! Kalau tengok blog Aini, memang tak kan menang contest la. Kalau nak tengok petua-petua pon, boleh scroll je.

Guess what? Dah tahun ke lima rupanya blog ini beroperasi. Wah, wah, wah. Macam mana lah nak kekalkan kerajinan macam Maria Firdz ni ea? Haih, Aini ni yang baru berapa bulan jadi blogger pon terkial kial mencari kerajinan. Hihi. Jom semua follow blog Cinta Sejati Ku & Dia by Maria Firdz ni. Dengan lebih kurang 1500 followers dan 844 g+ followers, semoga blog ini akan berjaya dan terus berjaya pada masa hadapan.

Check out our next post : 61. Jom Wakafkan Barang Anda.

Tuesday 5 August 2014

59. Attention To All Bloggers!

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri. PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN! Perhatian kepada semua bloggers. Disini terdapat 3 pengumuman.

1. Aini dah cuba untuk follow balik semua followers Aini. Tapi, tapi, tapi. Masih tak sampai bilangan followers yang sepatutnya Aini follow balik blog mereka. Untuk menghilangkan kegusaran Aini, boleh tak anda anda tinggalkan buah tangan kaki kepala di ruangan cbox atau komen? Jasa anda amat Aini hargai. Seriusly nak sangat follow banyak blog sebab so far takde lagi blog yang tidak mendatangkan faedah! Semua cool.

2. Perhatian kepada semua bride-to-be bloggers, anda dijemput untuk bg link untuk Aini follow atau mencadangkan b2b blog kepada Aini. Aim nak follow semua b2b bloggers sebelum hujung tahun. Exb2b pon boleh! Kepada yang dah jadi kawan Aini, semoga ukhuwah ini kekal hingga bila-bila. Especially to fiza, miss hidy, ayue, nadia dll. (Saje tak tag..hihi) Hajat di hati nak buat ruangan bloglist kat tepi ni disertai tarikh majlis anda. Boleh drop kat komen jugak ye. Senang, one stop centre. Please ye. Kalau anda rasa anda dah follow mostly b2b bloggers, boleh bgtau jugak. Aini akan skodeng profile masing-masing. InsyaAllah.

3. Pengumuman terakhir. Nantikan "Projek Wakaf" khas untuk b2b semua. Stay tune.

Dengan rasa rendah diri, ada CPUV yang tengah on going, Mayfair and Old Town White Coffee. You know what to do right?

Check out our next post : 60. Jom Wakafkan Barang Anda.