OhMyIklan

Tuesday 28 October 2014

84. Perlu Ke Wedding Planner?

Assalamualaikum, hai readers! Short entry tentang perlu ke wedding planner. Korang rasa? Ada ketika perlu, ada ketika tak perlu. Bila yang perlu dan bila tak perlu?

Perlu bila ...
1. Anda super duper busy sampai tak sempat nak prepare untuk wedding anda. Sila serahkan segalanya kepada wedding planner sebelum majlis anda meletop.
2. Jika anda mahu family anda dilayan seperti tetamu, hire lah wedding planner.
3. Jika anda banyak duit dan tak tahu duit tu nak disalurkan ke mana.
4. Jika tak nak runsing dan susah hati tentang majlis perkahwinan anda. Biar wedding planner yang runsing. Haha.

Tak perlu bila ...
1. Anda ada masa untuk setelkan majlis perkahwinan anda.
2. Anda ada keluarga untuk membantu anda menguruskan majlis. Eratkan silaturrahim u olls.
3. Anda nak jimatkan duit.

In the end, it's your day. Suka hati lah anda nak hire wedding planner ke tak. Aini? Tak hire. Sebab masa ni lah nak bincang taste masing-masing dengan Ridzuan. Heh?

ps : terima kasih semua readers :) setiap hari walau tak update masih ada ratus-ratus orang tengok blog yang kebiruan ni...

Sunday 26 October 2014

83. Senarai Barang Nak Dibeli Sempena Year End Sale

Assalamualaikum, hai readers. Status poyo gila. Haha. Biar la. Year End Sale je lah masa yang paling sesuai untuk Aini menjimatkan segala bajet yang ada. Kalau tak kahwin pun, tiap-tiap tahun aware gila dengan perkataan 'SALE'. Mesti perasan walau sekecik mana perkataan tu ada. Kalau korang banyak duit, takpe. Tak payah tunggu YES. Takde nak bersesak bagai. By the way, bila YES start eh? Selalu bff Aini nama Linda (yes, i am talking about you) yang tau lebih pasal sale ni. Rasanya time budak sekolah dah start cuti kot baru YES berlangsung. Untunglah kalau tak menanda kertas SPM. Hihi.

Aini tak kisah dan tak kan pernah kisah kalau orang tegur, awalnya prepare untuk kahwin. Yes. Aini seorang yang tak suka buat kerja last minute (sebab tak nak tido lambat kemudian hari). Biar prepare awal dari prepare lambat, ye idok? Lagipun, kalau prepare awal, takde lah terasa sangat duit tu mengalir macam air kan? Udah-udah le tu. Banyak benor mukadimah nya. Apa ea yang Aini nak beli time YES tahun ni?

1. Survey goodies bukan makanan.

Cowboy ada YES tak eh? nak beli kat cowboy je. dah cop kawan Aini nama Alia (she is single and available) untuk me'explore' ke seluruh pelusuk cowboy. Yang ni maybe bukan beli lagi, just survey. Tapi kalau dah terbeli, nak buat mcm mana kan? Hihi. Nanti nak buat entry khas berkaitan goodies. Rasanya banyak sangat goodies kene prepare.

2. Barang hantaran.

Da decide barang, tapi belum decide brand bagai. Yang ni kene pergi beli dengan Ridzuan. Kang beli untuk Ridzuan, tapi dia tak pakai, membazir la kan? Kami bukan jenis nak barang mahal-mahal atas dulang hantaran tapi last-last tak guna. Upss.. Apa kes? 

3. Kain untuk baju nikah

Jeng..jeng...jeng...eeiiittt..tum..walaweh. side effect beria. Haha. Harap Kamdar baca post Aini ni, tak pun jakel ke. Sponsor lah blogger pulak, asyik artis je. Huahua. Warna tema untuk majlis akad nikah dah dapat, boleh rujuk entry sebelum-sebelum ni. Baju nikah mungkin akan buat sendiri sebab nak rasa eksklusif tu. Ingat nak cari baju dah siap je. Tapi lagi best kalau dapat tempah kat tailor kan? Nanti raya boleh pakai lagi. Tapi kalau jumpa dress yang lawa dan murah, Aini akan grab je. Konon banyak duit.

4. TQ tag & kad kahwin

Hah, ni bunyi mengarut. Tapi ada ke orang buat YES TQ tag? Walaupun kenduri Aini lambat lagi, kalau ada nampak mana-mana pembuat kad kahwin yang buat YES dan boleh book kat sale tu untuk tahun depan, Aini grab je. Jimat kos. Kalau ada yang buat, sila tag Aini eh. Tenkiu u...

5. Bunga-bungaan untuk hantaran

Majlis kali ni rasanya kene DIY lagi hantaran kawen. Fresh flowers tinggal angan-angan je sebab tak nak buat last minute. Tapi wondering, ada ke yang buat sale barang-barang untuk hantaran eh? Tak de plan lagi nak blogwalking hantaran. Maybe konsep nanti more to simple, nak letak-letak je. Yang penting, functional.

6. Kasut

Yes. Ni bukan kasut yang letak atas hantaran tu ye. Ni kasut yang nak dipakai masa sanding, sambut menantu. Kalau kasut bridal, selalunya tinggi-tinggi dan jarang berkenan di mata. Maka, beli sendiri lagi puas hati. Kasut Aini tak nak yang tinggi-tinggi. Aini tak pakai high heel mahupun wedges. Flat tetap menjadi pilihan hati jiwa raga dari sekolah sampai kerja. At least, lepas majlis, boleh ada 2 kasut baru. 1 yang beli untuk pakai masa kawen, 1 hantaran. Bijak? Memang bijak. ps : harus Ridzuan cakap tak perlu beli kasut dah untuk 4 tahun. Haha.

7. Cincin

Yeye je Aini ni Ridzuan nak bagi cincin. Haha. Agak-agak Wah Chan ada buat YES tak ea? Haruslah grab. Lagi-lagi sekarang ni harga emas takde lah tinggi sangat. Tapi dah ada dua cincin. Takpe lah, yang tu pikir kemudian. Tapi. tapi. tapi. Aini confirm akan beli cincin untuk Ridzuan time YES. Duit nan hado nak spend banyak-banyak. Oh Ridzuan, sila jangan bermimpi kita akan beli cincin awak kat habib jewels. Haha.

Rasanya sekian dulu barang. Harap-harap tak bertambah lagi. Yang ni pun baca dah semput. Duit nak keluar pun lagi lah semput put put.

Friday 24 October 2014

82. Misi Mencari Doorgift Untuk Ahli-ahli Blok Bermula.

Assalamualaikum, hai readers! Memandangkan checklist Aini lain sikit dari b2b yang lain, Aini kena prepare dari sekarang. Mula-mula aim masa cuti sekolah nak pulun buat semua. Tapi pikir-pikir balik, tak boleh ni. Haha. Maka, kita mulakan misi mencari doorgift untuk ahli-ahli blok. *yabedabedu* Memandangkan kenduri nanti menggunakan konsep rewang, sumbangan tenaga dan keringat dari ahli blok sangat diperlukan. Dan ini je cara terbaik untuk Aini bagi penghargaan atas semua usaha yang dicurahkan :)

Actually, konsep bagi doorgift special untuk ahli blok dah mula sejak zaman penjajah dulu lagi. Masa kakak Aini kahwin, mak bagi set gelas+jag air made by Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd *sila bagi loyalti kat mak Aini wahai Syarikat Menang*. Memang best lah kan, harga pun not too bad. Bila Aini cakap : bagi lah jag air+set gelas jugak. Mak reply : takkan nak bagi benda yang sama. And I was thinking, you are right mom!

Memandangkan tak lama lagi Year End Sale (YES), maka, Aini tak nak beli lagi apa-apa barang. *poyo* kita tunggu YES lah ye :) Tapi pape pon, kena buat checklist jugak barang untuk digrab sempena YES. Kang melopong.... Oklah. Ni suggestion untuk doorgift ahli-ahli blok Aini. Nak beli barang yang akan mereka guna. Tak mau perhiasan-perhiasan yang akan ke tong sampah akhirnya. Upss.

1. Tuala - wajib ada. tapi bukan as a doorgift. bagi sebelum majlis untuk ahli-ahli blok kesat peluh. Biasanya towel good morning camtu lah. Kalau beli start dari sekarang, takdelah rasa sangat duit keluarnya.

2. Set pinggan - jangan expect yang mahal-mahal. Haha. Kalau ada yang boleh beli borong kan best. Nak ushar pinggan kaca tapi agak pricey kan? Aini pengantin bajet, hokeh?

3. Sejadah, tasbih, yassin - yang ni paling menarik perhatian Aini. Amalan baik untuk dibawa di sana nanti belum tentu cukup, mungkin amalan dari mereka yang membantu. 

4. Kain batik/ kain pelikat - yang ni cadangan mak. *muka berkerot* Dah ramai bagi, huaaa...

Mungkin jugak list ini akan bertambah dari semasa ke semasa. Kena round kat cowboy, mydin dulu sebelum decide. Harap-harap diorang ada buat YES. Nak murah aje. Ish3. Tak lupa jugak untuk peniaga-peniaga on9. Kalau ada yang buat YES tu, sudi-sudilah tag fb Aini ye. *takde ig* Next nak story pasal list kompromm doorgift lah :)

Wednesday 22 October 2014

81. Tips Survey Bridal / Vendor

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk bukan main. Haha. Nak survey pun bertips tops tups bagai. Sebagai seorang bride-to-be yang masih sedang survey bridal (kantoi tak dapat lagi), meh la Aini share dengan semua apa tips yang Aini guna. Ingat ye. Jangan main grab je. Nanti korang yang merana. Kahwin sekali je seumur hidup (unless nak kawen ramai) hari yang bahagia. Jangan sebab vendor,  korang yang secantik Lisa Surihani berubah jadi Hantu Kak Limah.

1. Listkan dulu apa yang korang nak dari vendor yang ingin dipilih. Nak pakej? Tahu dulu dalam pakej yang korang nak tu nak ada apa. Jangan tanya 1 1 pakej kat vendor "kalau ada ni camne?kalau ada yang tu camne pulak?" Vendor pun akan bulatkan mata. Haha. Listkan contohnya korang nak baju nikah sendiri, pelamin 13 panel (amek kau), red carpet 2km, baju custom made, meja potong kek nak ada hiasan fresh flowers and so on. Maka, bila survey boleh guna ayat "ada tak pakej yang include bla...bla...bla...?" Mudah bukan?

2. Kalau korang jenis tak kisah sangat pasal pakej, maksudnya takde hiasan bilik tidur pun takpe, takde pelamin pun takpe, tapi korang jenis fixkan bajet. Contoh, dalam kepala dah set nak spend RM2000 untuk vendor. Sila survey vendor dengan ayat : "apa yang saya boleh dapat dengan bajet saya sebanyak RM2000?" Then, vendor tersebut bagitau lah yang anda dapat itu ini itu ini.

3. Jangan spend banyak masa survey 1 vendor. Rugi masa dek non. Kalau dah tak berkenan vendor A, jangan menoleh lagi. Pergh ayat power betul cikgu addmath ni. Vendor A akan berusaha untuk menarik minat anda lagi dan lagi. Sila survey vendor B pulak.

4. Compare harga dengan hasil kerja. Yang ni untuk kes bajet untuk vendor banyak. Ingat, tak semestinya harga dia mahal, hasil kerja tip top. Kena bandingkan hasil kerja tu dulu. Kalau rasa berbaloi, baru lah grab. Kalau tak berbaloi, good bye my friend.

5. Bagi pasangan yang mementingkan bajet (Aini contohnya), sila compare harga. Ingat, survey tu free. Kadang-kadang pakej yang diberi oleh vendor A dan B sama, tapi harga boleh lari sampai tiga angka. Compare harga, susun dari paling murah hingga paling mahal tapi pakej yang sama. Lepas tu baru tengok hasil kerja mereka.

6. Utamakan yang dekat dengan rumah/tempat bersanding bagi mengelakkan caj transport yang tinggi memandangkan minyak dah naik wey. Lagi 1, kalau dekat dengan rumah, senang sikit nak follow up kan? Probability (mula dah) untuk kena tipu pun rendah. Kalau korang busy, boleh suruh adik tolong intaikan gitu.

7. Harap korang tak penat membaca sebab banyak lagi tips ni. Sila tengok gambar-gambar hasil kerja vendor-vendor yang terkini. Tak mau yang 5 tahun dulu punya. Selalunya vendor simpan stok lama sampai terkini. Tak payah tengok yang lama-lama, tengok yang dalam lingkungan setahun. Zaman berubah. Mesti ada perubahan konsep jugak. Kita bukan idop di zaman batu.

8. Tanya dari segi bayaran. Bila bayar untuk booking, full dan sebagainya. Kalau vendor yang  ok sepatutnya, kita bayar full semasa majlis atau selepas majlis. Kenapa? Kalau kita tak puas hati, kita bagitau terus sebelum bayar dan ungkit balik pasal bayaran. Wah. Ungkit you. Kejam. *dush*

9. Segala persoalan yang bermain dekat fikiran korang hendaklah ditanya tanpa segan silu kepada vendor ketika survey. Contohnya, make up tak nak cukur kening boleh tak? Boleh pasang pelamin berapa hari sebelum majlis? Dan sebagainya. Malu bertanya sesat jalan tau.

10. Masa survey, sila tanya bila lagi next jumpa kalau jadi amek. Dan amek tau berapa kali perlu jumpa sebelum majlis. Untuk keselamatan, sediakan dokumen hitam putih dengan vendor pilihan. Apa isi dokumen? Aini tak tau sebab takde lagi vendor pilihan. Hehe. InsyaAllah nanti Aini share ea.

11. Anda ingin berkahwin pada tahun 2015? Selepas bulan April? Jangan lupa tentang GST. Tanya vendor, GST akan buatkan harga pakej naik tak? Pilihlah yang tak untuk menebalkan poket anda :)

12. Sila tengok review @ tanya orang-orang yang pernah menggunakan khidmat vendor-vendor yang anda survey ye. Bukannya apa. Kang design cantik hati sakit parah jugak kan? Kalau Aini utamakan hati. Amek tau mulut vendor ni jenis macam mana. Sebab Aini penah kenal vendor yang mulut kencang, ada yang design pelamin sume lawa-lawa tapi keyboard warrior. Bridesmaid nak tengok pengantin make up pun tak boleh. Update status kat facebook. Customer tu rezeki Allah bagi tau.

13. Last tapi paling penting, sentiasa minta pandangan orang lain especially pasangan anda. Bukannya anda nak bersanding sorang-sorang atas pelamin. Bukan nak makan beradab mrs lonely. Sentiasa mintak pandangan dan nasihat walaupun si dia "ok je". In fact, ni lah masa nak tunjuk yang perkahwinan tu tak berjaya jika cuma satu pihak yang menyumbang :)

Rasanya tu je kot tips yang Aini boleh kongsikan. Nanti kalau ada tips yang lain, sila tambah ye.

definitely!

Friday 17 October 2014

80. Lagu Untuk Video Kahwin

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk kelas kau maria. Haha. Saje je nak reveal awal lagu untuk wedding punya video nanti. Supaya takde orang cop, heh? Takde lah. Tapi so far takde lagi jumpa video kahwin guna lagu ni. Prepare dua lagu untuk 2 highlight. Nanti kita story pasal videographer ni. Memperkenalkan ... lagu pertama :


LITTLE THINGS BY ONE DIRECTION

Lantaklah orang nak cakap one direction ni g*y ke ape. Aini suka lagu, bukan penyanyi. Kenapa pilih lagu ni? Lagu ni sangat sweet, memandangkan kami ni tahap sweet takde lah tinggi mana, boleh lah bagi orang lain +ve impression tentang tahap kesweetan kami, gitu. Saje je attach yang ada lirik, biar kita sama-sama rasa bahagia di awang-awangan. Vah vaah vaaah. Tapi lirik dia macam lah laki tu tau semua pasal pompuan tu. Kami tidak begitu hokeh?



Perfect Two by Auburn

tadi dah lagu sedih-sedih, sekarang rancak pulak. Lagu ni pulak sangat sweet jugak. Lirik dia sangat ohhhseeemmm. Lagu ni kat Malaysia tak sepopular lagu All About Him by Auburn jugak. Kenapa ek? Kan lagu ni best. Takpe Auburn, biar Aini yang popularkan lagu kau. Tapi nak loyalti. Haruslah!

Sape yang decide tang lagu? Of course Aini 100%. Harap Ridzuan setuju. kihkihkih. ps : sampai time Aini taip entry ni, takde bincang pun pasal ni. Hemo hemo hemo.

Tuesday 14 October 2014

79. Warna Tema Untuk Majlis Nikah!

Assalamualaikum, hai readers. Warna tema untuk majlis nikah dah dapat. Dah aim lama jugak warna ni. Selalu Aini suka yang blocking-blocking, kali ni taubat kejap. Tapi nikah tak nak putih, kemain kau nak ikut fizz fairuz dengan almy nadia. Actually diorg yang tiru Aini, heh. Kenapa tak nak putih? Sebab tak nak sama dengan orang. Yang penting, be confident. Bila dah ada warna tema, senanglah sikit pikir pasal baju, pelamin, hantaran. Panjang betul mukadimah. Bagitau je lah warna tema, pe susah.

drum roll pelis..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Choral & Gold







gigih tau Aini google untuk pembaca semua tengok. Choral tu ala-ala peach. Ridzuan tanya : nape tak cakap peach je? Hihi. Kenapa pilih warna ni? Sebab warna ni nampak eksklusif dan mewah! Pernah google orang cakap warna ni tak lapuk dek zaman. Harap-harap bila cucu tengok gambar kahwin opah nanti akan cakap opah cantik lagi..op...op...opp...opah ganyang style.

Sunday 12 October 2014

78. Senarai Hantaran Ridzuan - Aini

Assalamualaikum, hai readers. Update blog dengan pantas. Baru-baru ni dah buat list awal (harap-harap tak bertukar) pasal hantaran yang nak bagi Ridzuan dan yang akan Aini dapat. Senang buat list awal. Stick je dengan yang ni. Tak de hal lah kalau jumpa combo sale barang lain. Aini tak kan terpedaya. Hantaran ni akan jadi antara perkara terawal yang akan Aini setelkan sebab malas nak fikir-fikir dah. 

Menurut perbincangan, kami akan beli barang untuk pasangan. Kira bernilai gitu hantarannya. Tapi prefer untuk kami buat sendiri hantaran. Bajet nan hado. Untuk kali ni, takde hantaran beria-ia macam time tunang hari tu. Simple je. Kalau boleh nak letak atas bekas yang boleh recycle untuk kegunaan harian. Bijak? Memang bijak. Belum ada masa lagi untuk menggoogle hantaran-hantaran ni. Yang penting ada barang dulu. Ye idok? Bila nak beli barang? Year End Sale. Siaplah kau. Haha.

Ridzuan bagi Aini

100% requested by Aini. Demand you. Tapi adat tetap adat. Barang pe yang Ridzuan akan bagi Aini?

1. Sirih . As usual.
2. Kek+Coklat. Mula-mula ingat nak asing coklat tu. Tapi sebab nak barang lain, kugabungkan je lah. Haha. At last, coklat tak baik untuk kesihatan. Pesanan penaja dari penggemar tegar Hershiey's Kisses. Dah cakap kat Ridzuan, letak je coklat banyak-banyak kat atas kek. Rasanya perlu cop pelepasan Aini dulu kat kek ni.
3. Handbag. Aini sangat cerewet bab handbag. Maka, awal-awal lagi dah ingatkan Ridzuan yang Aini nak pilih sendiri handbag ni. prefer yang ada sekali dengan purse sebab purse dah lunyai. Padahal duit takdelah simpan banyak sangat dalam tu.
4. Set Shaklee. Yes. Aini ialah pengguna set shaklee- Vitamin B, C dan E. Tapi tak review. Hihi. Nak cantik untuk suami, last-last suami bagi hadiah. Harap lebih berkat, lebih cepat cantik. Hek?
5. Set Nurraysa. Yang ni request dulu. Haha. Nanti confirm akan beli set baru untuk letak atas dulang hantaran. Jimat duit hakak.
6. Set Revlon. Amek kau, pengsan. Aini memang teringin nak pakai set revlon ni. Sekarang tengah guna foundation dan compact powder. Memang awesome to the limit. Punyalah gigih control tangan jangan grab Lipbalm, Eye shadow dan Eye liner lagi suruh tunggu Ridzuan letak atas dulang hantaran.
7. Kasut. Say no to heels, say yes to flat. Nak pakai gi sekolah. Aini bukan jenis letak heels atas hantaran last-last let go sebab tak pakai. Kalau Ridzuan belikan, haruslah pakai, ye idok?

Aini bagi Ridzuan

Yang ni half half. Ada yang Aini suggest, ada yang Ridzuan nak. Yang Aini suggest haruslah yang murah-murah. Haha. Joking. Check it out.

1. Sirih. Adat. Harap sangat takde.
2. Jam tangan. Aini sangat fail pilih jam tangan. Memang kena bawak Ridzuan beli. Takut tak berkenan di mata beliau.
3. Beg sandang. Memang nice sangat lah beli beg sandang untuk Ridzuan, sebab memang Ridzuan memang pengguna beg sandang tegar. Kalau Aini nak handbag, kena lah bagi beg jugak kan?
4. Perfume. Perfume ni takde masalah sangat. Boleh je Ridzuan pakai jenama pape. Selagi wangi. Yang penting, expired lambat sebab memang lambat habis. Huhu.
5. Set kemeja+seluar. Yang ni requested by Ridzuan. On kan aje. Buat baju raya terus. kedekut jimat.
6. Kasut. Nasib baik Ridzuan bukan jenis yang tukar-tukar kasut macam Aini. Rasa special sikit kalau dapat hadiahkan Ridzuan kasut.
7. Kek. Kek ni rasanya memang kena ada kot. Harap tak cair je.
8. Coklat. Ni untuk anak-anak buah ops bakal anak buah semua. Hadiah dari Aunty Aini.
9. Buah. Yang ni mintak tolong makcik setelkan mcm time tunang hari tu.

hadiah masa nikah

Sebenarnya tak tahu sangat apa nak panggil. Tapi yang ni Ridzuan akan bagi Aini lepas akad nikah. Ala...yang macam bagi hadiah cabutan bertuah tu. Aini request banyak sikit barang sebab ada yang tak sesuai nak letak sama taraf dengan kasut, pencuci muka tu semua.

1. Mas kahwin. RM22.50 tunai.
2. Sepersalinan kain sembahyang (telekung).
3. AlQuran.

Plan nak letak dalam satu bakul je. Kira bagi sekali harung 3 3 barang ni. Telekung dan alQuran tu sebenarnya nak gantikan wang hantaran. Bukan nya orang tak tau berapa wang hantaran kitorang. Biarlah nak yang sama-sama menabung saham akhirat :)

Cincin untuk Ridzuan pun sarungkan lepas yang 3 barang di atas.
Gelang untuk Aini. ps : kalau tak nak Ridzuan sarungkan lepas akad nikah tu tak boleh ke ek?

Wish me luck.

Friday 10 October 2014

77. Tips Memilih Tarikh Perkahwinan

Assalamualaikum, hai readers! yeah. Akhirnya jom kita sharing-sharing tips memilih tarikh wedding. Setiap orang ada pandangan sendiri tentang tarikh kahwin ni. Sebab tu takde orang main rembat je tarikh mana-mana. Check this out bebeh :

1. Cuti hujung minggu

Standard lah kan orang buat kahwin-kahwin ni masa ujung minggu. Kalau buat weekdays kompem kene mengumpat punya. Heh.Tapi kalau cuti sekolah lain cerita lah ye. Kenapa cuti hujung minggu? Sebab masa ni je takde cerita filipina yang makcik-makcik suka tengok tu. Tapi sorry ye makcik-makcik, tak dapat tengok melodi.

2. Cuti sekolah

Kalau saudara mara korang sumenye sekampung atau duduk kat depan tangga rumah korang je, sila abaikan tips ini. Masalah the problemo nya bila saudara mara jauh-jauh. Macam Aini, ada dari Selangor. Maka, memang pilih tarikh cuti sekolah. Kalau tak cuti yang lama pun, prefer tarikh yang cutinya 3 hari direct, contohnya : jumaat, sabtu, ahad. atau : sabtu, ahad isnin.

3. Cuaca

Semua orang tahu yang hujung tahun musim hujan kan? Sebenarnya, hujung tahun adalah ... apa ntah pasal monsun-monsun tu dari arah pantai timur. Sila google. Maka, amatlah tidak digalakkan sekiranya anda lebih-lebih lagi yang duduk di pantai timur untuk buat kenduri masa hujung tahun. Tapi, kalau nak buat kat hotel tu kira ok sikit kot sebab tak kena hujan. Tapi takut mak andam tak dapat datang sebab jalan tutup banjir. Apa kesss? Tapi, kalau korang nak try berarak naik perahu ke sampan ke bot jpam ke, sila la ye :)

4. Tarikh cantik

Motifnya senang nak bagi semua orang ingat je. Haha. Ramai orang yang prefer tarikh tetap cuti, contohnya merdeka, 1 malaysia, hari pekerja. Kebaikannya, korang cuti tarikh anniversary tu. Boleh celebrate! Makan-makan ke. Yeay! Ada yang pilih sama dengan happy besday to me. Suka hati lah kan. Part tarikh cantik ni nak promote untuk tahun depan : 1.5.15. cantik dan cuti. ps: tapi ni bukan tarikh Aini.

5. Persetujuan bersama

dalam banyak-banyak tips, tips ni yang paling penting. Jangan syok sendiri memilih tarikh. Pastikan tarikh tu mendapat persetujuan bersama dengan pasangan, family pasangan dan mereka-mereka yang berkaitan. Semoga usaha yang kita buat mendapat rahmat dan berkat.

Untuk Aini dan Ridzuan? Tarikh nya dah ada tapi tak tau akan berubah ke tak. Selagi kalendar tahun depan belum keluar, dah boleh stick pada tarikh tu kot :) InsyaAllah.

Tuesday 7 October 2014

76. Review : Nurraysa Beauty

Assalamualaikum, hai readers! Hari ni nak jadi testimoni plus buat review untuk Nurraysa Beauty. Tapi gambar sendiri nan ado. Sebab tak sangka pulak akan buat review kat sini. Sila layan story mory Aini yang syok sendiri ni dulu lepas tu baru kita layan gambar sampai korang jadi geli beli okeh?

Alkisah, tersebutlah kisah. Actually Aini memang ada masalah kulit muka dari zaman sekolah menengah lagi. Kalau baca testimoni gambar sebelum guna apa-apa produk kat magazine-magazine, mesti akan cakap kat diri sendiri "eleh..kau kira ok lagi.aku?" haha. Memang lama jugak lah ber'experiment' dengan produk itu ini. Tapi Aini ingat lagi muka start jadi berminyak gilos lepas pakai produk 'C&C' *bukan nama sebenar* taubat tak pakai dah. Haha.

Masalah ketara dengan kulit muka ialah minyak, minyak dan minyak. Maka, jerawat pun naik sama rancak dengan parut yang ditinggalkan. Mujur tak bertingkek tingkek je alahai. Adakah sebab tu kurang selfie kat sekolah?heh. Bila dah tau kulit muka tak sesuai pakai produk tersebut, Aini try la guna itu ini. Korang cakap je apa? Confirm Aini pernah guna. Tapi masalah jerawat+parut tak selesai-selesai. Berkurang pon tak.

Time nak date (alahai, terkantoikan diri la pulak) mula lah make up tebal-tebal sebab nak tutup segala cacat cela kat muka. Nasib baik Ridzuan sudi terima diri ini seadanya. Cehwah. Kalau dulu-dulu time nak keluar rumah pakai toner,moisturizer,foundation,loose powder,compact powder *and the list goes on* amek kau. Setengah jam tak sempat dik oi nak mekap. 

Time tengah seronok berfacebook, nampak suggestion untuk try Nurraysa Beauty (sila klik untuk terus ke facebook Nurraysa Beauty). Lepas berwhatsapp dengan number yang ada kat page tu, Aini hold dulu. Time tu sabun papaya ada lagi. upss. Nak habiskan dulu papaya tu, tak nak membazir. Hihi. Dalam awal bulan April 2014, Aini try contact lagi sekali untuk try produk ni. Mula-mula Aini just try sabun je dulu. Ni pic sabun nya.

tadaaa....

Mula-mula pakai tu memang muka tarak minyak time bangun pagi. Maklumlah, minyak naik harga, kurangkanlah penggunaan minyak, wahai kulit mukaku. Time bertunang pun Aini pakai sabun ni lagi. Jujurnya, masa awal-awal guna tu je yang terjadi. Muka still ada beberapa jerawat, takde lah beberapa sangat. Banyak jugak. Haha. Dan parut pun masih belum kurang. Ni yang Aini citer ni kisah Aini tau. Harap pihak Nurraysa tak saman Aini. Hihi. Setiap orang punya masa yang tersendiri untuk proses discovery recovery. Dan Aini antara yang agak lambat. Agaknya kulit dah immune dengan produk-produk ni. Haha.

Sabun tu Aini guna dalam 3 bulan ++ jugak. Tapi time beli sabun tu ada dapat trial punya sabun. Hentam yang trial tu dulu. Dalam lepas 2 bulan camtu baru ada perubahan positif yang buat Aini sangat-sangat suka. Jerawat dah malu-malu kucing nak keluar plus parut makin pudar. Ni bukan syok sendiri ye. Even kawan pun tegur. Nak kahwin mestilah nak makin cantik, ye idok? Yang paling penting nak jaga kecantikan lepas kahwin nanti :) *blushing* Terus Aini deal nak pakai set pulak. Dalam hujung bulan 8 hari tu Aini guna set pulak yang macam ni :

kotak luar

isi dalam

dah penat baca ke? Alahai, citer tak habis lagi ni. Tabah lah ye. Sabun tu sama je macam sabun yang Aini try sebelum ni. Lepas pakai sabun, pakai serum yang kiri sekali tu. Serius best giler pakai serum dia. Sejuk je dan cepat menyerap. Boleh rasa terus beza lepas pakai serum. Alkisahnya serum ni kecik je. Maka, serum paling cepat habis. Haha. Sebulan dah habis serum, tu pun banyak rompong-rompong dalam jadual pemakaiannya. Terus order serum yang 2x ganda besar. Muka ada senyiummm. :) Kalau siang, sebelum gi sekolah, Aini akan pakai uv krim yang petak tu. Ni memang magical disney. Pakai uv cream, dah tak perlu pakai foundation. Tapi Aini pakai jugak kadang-kadang. Selalu kuar rumah lepas pakai uv cream ni bukan setakat tak pakai foundation, pakai bedak pun tak. Serius! Korang kena try sendiri kalau tak percaya.

Kalau malam pulak, lepas pakai serum Aini akan pakai miracle whitening spray. Lepas spray je suruh mak cium, hahahaha. Memang wangi bau epal. Tapi jangan risau, muka anda takkan dihurung semut. Total harga set ni RM75. Kat box tulis RM150. Diskaun 50% tu. Yang penting, free post. Aini rasa, Aini takde hak untuk cerita lebih lanjut pasal kandungan produk ni. Ni Aini copy dari facebook Nurraysa ye :

BAHAN-BAHAN : 
GLYCERIN, SUSU KAMBING SEGAR, MINYAK ZAITON XTRA VIRGIN, HERBA-HERBA, COLLAGEN.

100% TANPA BAHAN KIMIA, KANAK-KANAK DAN IBU MENGANDUNG BOLEH DI GUNAKAN !

TANPA PENGGELUPASAN !!!

Meh Aini belanja pic testimoni bagai tentang Nurraysa ni. Again, ni bukan lah gambar Aini.



see. can Aini dah citer pasal ke'magic'an uv cream ni.

Ingin diingatkan di sini ye yang Aini bukanlah penjual atau stokis ke apa-apa je la yang ada kaitan dengan produk ni. Cuma pengguna je. Dan entry yang panjang ni bukanlah ditaja oleh Nurraysa Beauty. Senang citer, Aini tak dibayar untuk buat entry ni, Tapi kalau nak bagi diskaun lepas ni, amatlah dialu-alukan ye ;) Hihi. Aini nak letak set Nurraysa ni atas dulang hantaran nanti. *take note, tunang* meriahnya kalau ada sponsor gitu.

Untuk keterangan lanjut, sila jangan tanya Aini. Haha. Semua cerita dan apa yang Aini tau ada dalam entry ni. Nak tau apa-apa, sila layari facebook Nurraysa Beauty atau sila klik sini. Siapa-siapa yang da guna produk ni, kita serupa. *High5* :) Produk ni sangat-sangat recommended. Rugi kalau tak try. Last but bot least, kopi teh dari facebook nurraysa jugak :

Pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia:

☛Nurraysa Beauty Soap, No. Kelulusan KKM: NOT130600669K
☛Nurraysa Beauty Moist Softnening Serum, No. Kelulusan KKM: NOT130600670K
☛Nurraysa White Beauty Cream, No. Kelulusan KKM: NOT130600668K
Description
Dapatkan Segera dan DIJAMIN... 99.9% BERKESAN!
100 % SELAMAT Tanpa Bahan Kimia & Pengawet.
Produk Muslim & Buatan Malaysia. Halal.
-----------------------------------------------------

✪ Salmon Fish Collagen+ Japan Marine Collagen Ketulenan Collagen 98% .
Mempunyai kandungan Collagen tertinggi. Kini sedang HOT dipasaran!
✪ Halal dari sumber yang diyakini .
✪ AHA(Pencerah & Menjadikan Kulit Anda Anti Kedut)
✪ 7 Ekstrak Bahan TERHEBAT (Goat Milk,Olive Oil,Vitamin A,C,E,Clairju(Japan Ingredients),Leaf Extract,Sweet Almond Oil,Premium Herbs)

--------------------------------------------------------

✔ Mencantikkan kulit (lebih cerah, gebu & anjal)
✔ Menghaluskan Pori
✔ Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
✔ Mengurangkan kedutan
✔ Memelihara sel-sel kulit mati (kesan jerawat/luka)
✔ Melembabkan kulit
✔ Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (Anti-Penuaan)
✔ Memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan tona kulit sekata
✔ Mengurangkan whitehead dan blackhead
✔ Merawat resdung
✔ Mengecutkan jerawat dan jeragat
✔ Menghapuskan parut & selulit
✔ Menyembuhkan luka
✔ Merangsang penghasilan sel-sel baru kulit
✔ Memberi keseimbangan PH pada kulit
✔ Menguatkan kuku dan rambut
✔ Merawat tumit merekah
✔ Membuang Toksid pada kulit
✔ Sesuai untuk lelaki & wanita
✔ Anti Oksidan yang tinggi

semoga berjaya dan terus berjaya. credit : facebook nurraysa.


Sunday 5 October 2014

75. Hadiah Spanx dari Kerry Blogshop Dah Sampai!

Assalamualaikum, hai readers! Kali ni nak story mory pasal hadiah Spanx yang Aini dapat sebab menang contest anjuran Shakina Farhan, b2b blogger dari Journey of B2b. oppss... ex-b2b okeh? Dah dua anak pompuan yang super duper comel. Sejuk perut mak mengandung. Aini bagi alamat sekolah untuk diposkan. Yes! 2 hari berturut-turut posmen tanya pejabat "kat sini ada pekerja nama Aini ke?" dan setakat 3 bulan kerja dah 3 parcel nama Aini sampai kat pejabat sekolah. Pekerja yang baik!

1st of all, sorry naik lori ye sebab memang terlupa tak sempat nak snap gambar spanx dalam pos laju tu. Alahai, bukan nye korang tak tau rupa bungkusan pos laju, sila google. Sama je rupanya. Oleh sebab sangat excited, dalam kereta dah bukak dah bungkusannya. Hahaha. Meh belanja seketul gambar spanx yang Aini dapat :

tu dia. sila jangan bayangkan model tu ialah Aini. jauh pinggang panggang dari api

Masa mula-mula sampai tu, Aini pikir, "muat ke?" "tak kecik ke?" dah kalau longgar, makin menternak lemak la kan? cerdik punya budak. Ni frequently asked question rasanya dari pengguna yang baru nak berjinak-jinak macam kucing baik menggunakan spanx ni :

bila nak pakai spanx ni?
pakailah masa pergi kerja, memakai kebaya, dress, suka hati limpa korang lah. TETAPI tidak digalakkan untuk memakainya pada waktu malam.

cara nak basuh spanx?
kene get ready softener contohnya downy, softlan, jangan korang gi hentam clorox tak pon joy pulak. Kalau takde, sila pergi beli ye. caranya cuma celup melup pelup, angkat dan jemur. semudah 1,2,3.

cara nak pakai spanx?
kena pakai dengan cara yang lemah lembut sopan santun macam pompuan melayu terakhir, kira korang lah pompuan yang terakhir sekali. selain meningkatkan saham diri, ianya juga dapat menjaga spanx tersebut daripada terkoyak kalau tarik ganas-ganas.

cara nak beli spanx?
hah. ini soalan paling mudah, terjah je Kerry's Blogshop. Nanti anda akan dilayan dengan mesra oleh owner blogshop :)

ada pantang larang penggunaan spanx?
ADA. setiap spanx ada saiz tersendiri. kita perlu inform kan kita punya berat dan tinggi baru penjual akan bagi saiz yang sesuai ntok kita. jangan memandai-mandai nak share share ye. nanti ketat terlebih jangan saman OHMYWEDDING.

So far guna Alhamdulillah. Tunggu lagi sebulan baru Aini review ok?

ps : sila terjah link di atas & selamat hari raya aidiladha.

Friday 3 October 2014

74. Wedding CheckList Awal

Assalamualaikum, hai readers. Wah-wah-wah-wah. Rasa mcam lama sangat dah tak buat checklist ni. Last buat untuk tunang hari tu la. Pening jugak dok memikir checklist ni. Ni cuma checklist awal ye. Akan berubah dari semasa ke semasa. ps : ni tanpa bincang dengan Ridzuan, kalau beliau baca ni, confirm akan suruh Aini edit.

- Wedding Planner.

TAK PERLU. Apa guna ada blog dan kawan-kawan blogger kalau wedding sendiri pun nak orang lain plan kan? Hihi. Lagipun, ni la masa nak bertumbuk bergaduh bertukar pendapatan dengan makcik-makcik, kakak, adik-adik. Tak mau dengar cakap orang luar untuk mengatur majlis Aini, wah gitu. Padahal takde bajet. Muahahaha.

- Makanan.

Makanan ni macam majlis tunang, Aini serahkan bulat-bulat kepada mak dan ayah. Nak masak apa pun, masaklah. Aini makan je. Ridzuan? Jangan bagi makan kayu dan besi cukup dah. Oh ye, konsep rewang masih lagi digunapakai ye. Makanan ni kira pakej la Aini minta mak ayah handle plus khemah, kerusi, meja dll. Takde lah tetamu yang datang nanti bersila kat bawah pulak. Dan harapnya takde yang tumpang kerusi pengantin. Ada bran? Beza checklist makan tunang dan kahwin 1 je : tunang- Aini tak bagi duit, kahwin- bagi duit.

- Bridal.

Bridal ni kalau ada pakej sekali dengan baju, pelamin, meja makan beradab, make up, hiasan bilik tidur lagi lah bagus. Takde lah Aini dok memikir banyak benda. Nak mudah je kije nye. Well, I pengantin simple dan bajet. Banyak jugak bridal yang menjadi igauan idaman Aini. Tapi harga boleh tahan mahal la. *muka berkerot* Takpe. Simpan untuk adik-adik, heh?

- Hantaran.

Part hantaran ni rasanya entry nya boleh buat super duper awal macam time tunang. Lagi-lagi hujung tahun ni ada Year End Sale. Mau tak beli? Jangan berhabuk sudah. Sincerely, takde lagi Ridzuan request yang pelik-pelik untuk hantaran. Agaknya takut Aini balas nak benda lagi pelik kot. Haha. Tapi ni nanti to be confirm semula lah. 

- Fotog

Belum booking lagi tp dah dpt agak je siapa yang akan Aini pilih. Macam nak yang amek gambar Aini time tunang hari tu je sebab rasanya cantik sikit. kasi can puji diri sendiri boleh?

- Videog

Dah book tapi belum bagitau mak sebab takut mak suruh cancel. haha.

- Doorgift

Doorgift kalau boleh biarlah Aini handle sendiri sebab nak yang simple je. Yang penting, bagi makan orang, ye ke idok? Doorgift pulak ade la yang vip dan vvip. Motif? Nak semua orang rasa diri tu Very Important People.

- Kad kahwin

Kad kahwin pun jadi masalah jugak. kenapa? Sebab kad kahwin adalah penyumbang utama umpatan dari tetamu sbelum majlis bermula. Dapat je kad, orang akan mengomen. Tak boleh ke duduk diam-diam? Emo pulak. Plus, kalau kad kahwin ni ada pakej sekali ngan penunjuk arah ke,bunting ke, banner ke bagus jugak.

- photobooth & props

wah. ini sudah mengada. Haha. dulu aim tak nak ada benda-benda ni. Tapi bila nampak yang buatkan hati ni jatuh tergolek-golek, pikir 2,3 kali jugak. Takpelah. tu kalau ada bajet lebih.

- bridesmaid

priority bridesmaid ni atas pada photobooth ok? of course lah list nya dah ada. tinggal nak reveal je. Wah gitu.

Sekian dulu check list awal Aini. Ni belum masuk Ridzuan punya lagi tau. haih lah., pening kepala pulak memikir. bertambah stress bila ramai tegur dah gemok. OOOH. Ku Bahagia.