OhMyIklan

Friday 27 February 2015

132. Bila Tukar Timing Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Selain dari nak mencari tarikh walimah, nikah, bertandang dan sebagainya, nak cari timing untuk nikah pun susah wooo. Kejap-kejap nak pagi, kejap nak petang, pastu tukar malam pulak. Ahhh sudah. Nampak macam remeh, tapi bagi Aini, benda ni akan effect keseluruhan majlis.

Mula-mula plan cantik dah. Ikut macam kakak. 

Nikah Jumaat malam Sabtu.
Mak andam datang make up kan nikah & sanding esok.
Payment OP majlis utk 2 hari.
Bridesmaid ready 2 baju.
Sanding hari Sabtu dengan tenang.
Tempah homestay utk family Ridzuan.
Aki dengan tok tido kat umah ni jumaat malam tu.
Setel.

Lepas bincang-bincang semula utk kemudahan banyak pihak (me?excluded), timing untuk nikah pun bertukar dengan jayanya. Yeah. Gasak lah.

Nikah pagi sabtu.
Family Ridzuan datang dari rumah mereka (1 jam perjalanan) pagi tu.
Nikah around pukul 9-10 pagi.
Pinjam rumah jiran untuk keselesaan family Ridzuan menunggu utk sanding.
Lepas nikah, rushing sikit utk siap-siap sanding.
Mak andam make up time pagi, then touch up je utk sanding.
Make up confirm tebal gila pagi tu. Dayang senandung kah aku?
Bridesmaid akan ready 1 baju je.
Aki ngan tok gerak pagi sabtu je.
Hurm. Setel.

Tak berapa tenang sebenarnya pikir nanti rushing tak? Memang rushing. Tapi kak yani (mak andam tersayang) dah bagi tips sikit.

-pastikan Aini orang pertama dinikahkan tok imam pagi tu. Akan kuhasut ayah guna kuasa veto. Haha.
-Bridesmaid akan bekerja keras. no, extra keras. Tugas-tugas akan diagihkan malam sebelum tu lagi.
-Segala kerja yang boleh buat malam sebelumnya, contoh, photobooth perlu di buat malam.
-Tido awal malam sebelum tu. Confirm cadangan ini ditolak.
-Kena banyak bincang dengan kak yani, bridesmaid and family sebelum majlis.

Setakat ni tu je dulu. Tolong doakan ye perjalanan majlis lancar je. Kalau boleh, tak nak drag masa. Kalau pukul 1.30 dah siap makan, kira cun dah. Sebab motif utama ialah nak layan tetamu :) 


Wednesday 25 February 2015

131. Idaman Kalbu : KadStailo

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak cerita sikit pasal KadStailo. Nama pun dah stailo kan? Kad lagi lah stailo mailo lo lo. Ini bukan lah entry berbayar ye. Cuma nak tolong orang Malaysia :)

Aini tak ingat dah bila 'like' fan page kad stailo ni. Tapi bila dah sampai masa survey untuk kawen, baru terhegeh hegeh dok cari balik then perasan keunikan kadstailo! Semua kad memang sangat cantik. Memang kena dengan cita rasa Aini. Corak-corak nya ala ala vintage dan moden. Yang Aini perasan KadStailo banyak produk yang versi chalkboard (hitam putih), kraf paper dan colourful. Kira takde yang tengah-tengah. Hihi. Jom layan beberapa produk dari KadStailo :

kad kahwin versi kraf paper. ke corak je eh? tak pasti pulak.

u see. ni semua kad stailo punye produk berasaskan chalkboard. lawa gile. plus, OP pandai shoot.

fall in love, twice.

unik+stailo

yang ni pun jadi idaman kalbu jugak. tapi tak berapa mampu. heh.

cool nye lah kalau dapat bagi VIP goodies macam ni.

welcome board. kat sini pun buleh jadi photobooth ke dua taw.

yg ni yg Aini cakap antara koleksi yang kalerfullll. rare tapi stailo. exactly.

Amacam? Stailo sume sume kan? Huhu. Honestly, Aini tak tau lagi ada kesempatan ke tak bekerjasama dengan KadStailo. Harap-harapnya adalah. Semoga KadStailo terus maju ke hadapan dan terus berjaya. ps: selalu-selalu lah lagi buat contest kat facebook ye :) 

Sebarang pertanyaan boleh godek godek dekat fanpage KadStailo.

Monday 23 February 2015

130. Rumah Kebaya Malaysia : Semua Yang Cantik Tentang Kebaya Bermula Di Sini.

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk panjang sangat kan? Tapi memang betul tu. Hari ni tengok gambar-gambar kebaya dari RKM. Sangat amat cantik hokeh. Memang lawa gila. Rasanya kalau Aini pilih mana satu baju paling lawa mau lah bangun makan tido bangun makan tido sampai 3x. Padahal memang kuat tido. Jom tengok gambar-gambar kebaya terbaik terlawa teranggun kat RKM :

ini ialah kebaya gown. memang fefeeling pwinses.

pink eksklusif. walaupun tak pernah aim warna pink, tapi smart jugak.

purple eksklusif. cantik sangat weh.

yang ni memang sangat sangat sangat suka. memang sangat suka lah. takde ape yang tak lawa.

silver eksklusif. kaya dengan detailing. mana lah datang idea wat cmni ni.

putih. memang unik. selalu tingkat tingkat kat depan je kan?ni ada panjang kat belakang jugak.

yang ni memang bley lawan yang kuning tadi. sekali tengok pun jatuh hati.

yang ni dark purple plak. pengantin lelaki punya pakaian pun sangat smart. hensem lah Ridzuan kalau pakai baju dari RKM. i mean, bertambah hensem :)


Berita yang agak lambat untuk dikongsi. Tapi tetap nak kongsi jugak. Hihi. Tahu kah anda semua bahawa baru-baru ni Rumah Kebaya Malaysia telah memenangi BEST TRADITIONAL COSTUME dalam acara MISS CHINESE HONG KONG. Malaysia telah diwakili oleh Miss Chinese Astro 2014. I guess the beautiful lady in RKM outfit is the one! Pergh. Satu kejayaan sangat membanggakan Malaysia dan RKM sendiri. Kan dah terbukti yang RKM ni bukan je Malaysia yang iktiraf, tapi luar negara pun sama.

Sekalung tahniah buat Rumah Kebaya Malaysia. Tak sabar nak tengok kejayaan-kejayaan RKM lagi lepas ni! Foto kredit to : Facebook Rumah Kebaya Malaysia.

Monday 16 February 2015

129. Review : Jubah Dress Chantek

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak story sikit pasal penjual baju nikah Aini yang panjang story sangat. Nanti baru cerita. Aini beli through online. Memang tak serik beli online ni. Bila nak bertaubat tak tau lah. Sampai posmen boleh tanya : cikgu aini lama tak beli online. See. Glemer yang tak boleh dibanggakan langsung.

Aini beli baju Aini di Jubah Dress Chantek. So far membeli dengan JDC sangat ok. Boleh bagi 5 bintang. Servis yang beliau bagi memang tip top. Plus, harga antara yang termurah Aini pernah compare. Serius!

Walaupun Aini ni jenis fussy sikit. Sentiasa tanya progress baju bla bla bla, tetap dilayan dengan sangat baik. Aini doakan semoga bisnes JDC sentiasa berkembang dan maju jaya. Alang-alang review ni kan, nak bagitau lah beberapa pasang baju JDC yang tengah sale sekarang. TETAPI, cuma 1 helai je bagi setiap jenis baju yang available. Jom layan :







Harga dah pada gambar. Tak kagum ke murah nya oi? Ada beberapa lagi baju yang Aini tak share kat sini. Tapi boleh tengok kat faceboom JDC. Selamat membeli dengan jubah dress chantek :)
Untuk pertanyaan, boleh layari facebook Jubah Dress Chantek atau whatsapp 017-3537779.

Friday 13 February 2015

128. Gelang Nikah Made In Wah Chan

Assalamualaikum, hai readers. Gelang nikah dah beli. Dah lama sebenarnya. Tapi macam biasa lah, peram entry. Wah Chan masih lagi menjadi pilihan hati untuk beli gelang masa nikah. Macam-macam jugak proses membeli gelang ni. Biasa lah, Aini punya kan. Kalau Ridzuan punya, laju je. Malas nak reveal 1 1 (padahal dah lupa). End up, kami pilih gelang di bawah :

gini lah rupanya

antara pilihan yang actually tak banyak mana pun kat Wah Chan tu

Dear Ridzuan, saya ingat ye awak cakap nak belikan saya gelang kanan, depan sekali untuk anniversary kita yang ke-10 nanti. Ramai saksi baca ni. Muahahaha. Teringat plak dulu penah bgtau Ridzuan, nanti nikah nak gelang kaki. Bayangkan camne nak posing batal air sembayang tu. Hahaha. Pengsan tok imam.

Dah pesan kat Ridzuan, practice pakaikan gelang tangan tu. Takut nanti terketar-ketar lah, patah la, putus lah. Sayang tau gelang tu . :p Gelang Aini dah selamat dapat. Cincin Ridzuan jugak tak dapat-dapat. Nanti kita beli ye.

Tuesday 10 February 2015

127. Berita Baik Untuk B2b & Ex B2b

Assalamualaikum, hai readers. Entry khas untuk b2b dan ex b2b yang suka kan FREE PHOTOSHOOT. Seriusly, yang penting dapat shoot dengan Myphotographer Malaysia yang karya mereka memang unsangkarable lah hasil 'tangkapannya'. Terbuka untuk 1 pasangan sahaja. Boleh shoot pre wed atau post wed. Layan iklan dulu :


Ada beberapa perkara penting tentang offer dari Myphotographer Malaysia ni :
- PERCUMA. ye, PERCUMA. Dah bagitau kat atas tu, nak mention lagi PERCUMA. Siapa tak suka percuma hoiii.
- Syarat utama ialah berpakaian eksklusif seperti dress atau gown dan coat. Tak kan lah nak shoot lawa lawa pakai selekeh selebet pulak kan.
- Boleh membayar lokasi eksklusif yang dipilih. Lokasi ialah pilihan pasangan ye. Tips, pilih tempat yang free ye. Banyak lokasi kat KL yang free contoh cam taman pape. Masih lawa gila, ehem. Che ta aritu pon gi kat Putrajaya je.
- Mempunyai tempat eksklusif yang jarang dirakam. Penting ni. Sebab tak nak lah bagi shoot lebih kurang je. Yang penting, boleh bayar.
- Shooting pada 15 Februari ini. Ya, betul. Ahad ini. Kalau dah ada plan nak shoot ahad ni tapi belum ada OP, apa kata cuba try test.
- Semua gambar akan diberikan kepada anda. Supaya anda boleh tersenyum gumbira. Dah lah free, gambar cantik.
- PENTING! Gambar anda akan digunakan untuk tujuan pertandingan fotografi dunia. Gambar anda akan bertebaran bukan sahaja dalam Malaysia, tapi oversea jugak! Kalau menang? Bukan setakat majalah pengantin, NST pun boleh masuk tau. Glemer u.
- Kos jika ingin shoot di luar lembah klang akan ditanggung pasangan tersebut. Alahai. Tak payah keluar jauh-jauh. Kat KL pun banyak tempat menarik.
- Pihak Myphotographer Malaysia berhak menggunakan gambar anda yang terpilih untuk tujuan komersial. Dah memang akan dikomersialkan pun kan :)

Berminat? Cuba nasib anda sekarang! PM facebook Myphotographer Malaysia sekarang, hantarkan gambar anda bersama pasangan dan lokasi pilihan. Good luck!

Monday 9 February 2015

126. Kasut PUMA Ridzuan

Assalamualaikum, hai readers. Entry ni tertangguh dah dua bulan. Hihi. Bukan lupa ye, tapi malas upload gambar dari nfo. Banyak benau lah alasan.  Kali ni nak story sikit pasal kasut PUMA Ridzuan. Kami beli dekat AL-IKHSAN. Kasut ni lah yang Aini akan letak atas dulang hantaran nanti. Takde banyak songeh sangat pun cari kasut ni since Ridzuan dah aim lama. Memang tunggu hadiah kawen ke ape? Hahaha. Sesi mencari pun tak serumit mencari kasut Aini. Thank you memudahkan kerja saya :)

kasut dari atas.

dari tepi.

dari tepi+atas sikit

Mak tanya : kenapa beli kasut sukan? kenapa tak beli kasut pegi jalan? Aini dengan confident nye jawab : Ridzuan pegi jalan pakai kasut ni.

Betul ape. Huhu. Memandangkan beli kasut ni awal, harap sangat kaki beliau tak mengembang seiring dengan masa. Selalu kalau kaki ni takde lah cepat sangat mengembangkan? I hope so. Masa beli beli kasut, belek belek kasut tu lupa pulak dah nak snap gambar. Huhu. Takpe lah. Next time lah. Oh ye, harga kasut ni mula-mula RM200++ tapi lepas diskaun YES, dapat RM179 camtu kot. Ntah lah, tak ingat. Ni lah akibat peram entry lama sangat. T.T

Friday 6 February 2015

125. Kiss Proof Lipstick RM7

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni lari sikit dari topik kawen kawen. Hari tu, actually lama dah ada la beli lipstick kiss proof dengan sorang akak ni. Survey survey jugak mula-mula tu. Bila jumpa yang jual harga RM7, teruslah grab kan. No min order lagi tu hoi.

ni antara contoh-contoh warna

kalau tak silap, Aini order warna nombor 6,10,16. 6 tu coklat coklat sikit. konon konon fefeeling minah saleh. Padahal nak sorok garis garis bibir. Warna 10 tu konon ingat oren lah. Sekali tengok cam merah jugak. =.=" no 16 plak ingat nak warna pink sama macam time tunang. Ternyata sentuhan Kak Yani tiada tandingan. Hihi.

nak cari cam warna bibir ni. nak feeling bertunang lagi.

Sesiapa yang nak order, boleh whatsapp 012-2568385. :) Ada beberapa perkara nak kongsikan :

- jangan expect warna sama di skrin dan bibir anda. Sebab bibir anda tak secerah skrin nset ye. bibir 3d yang resolution nya 500mp, skrin?
- BIBIR AKAN MENJADI KERING selepas beberapa penggunaa. Maka? Sila pakai lip balm dulu, then tenyeh kuat kuat sikit lipstik tu kat bibir. Atau pun amalkan penggunaan lipbalm masa malam.
- Mampu bertahan selama 12 jam? Nan ado. Dok teguk-teguk air masak tu akan luntur jugak warnanya. Maka, spare je la dalam handbag tu :)

Selamat berkissproof :)

Wednesday 4 February 2015

124. Selamat Pengantin Baru Charmine!

Assalamualaikum, hai readers. Baru ni sempat pergi kenduri kawan, Charmine Nashira. Gigih tu turun KL naik bas lepas kelas then balik semula esoknya. Kalau lah Kuantan dengan KL tu macam Kuantan dengan Pekan je kan bagus. Meh sini tepek gambar pengantin :

sorry camen, curi gambar satu.

WISH UNTUK CAMEN :

SELAMAT MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH,
BERBAKTI KEPADA SUAMI TERCINTA,
BERBAHAGIA BERSAMA KEDUA-DUA KELUARGA.

DARI JAUH AKU DATANG NAK TENGOK KO BAHAGIA,
I CAN FEEL IT,
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.

Rasenye tak sah kalau tak tepek gambar ni jugak. Hahaha.

haruslah Aini yang paling bulat. dengan Jiah B2b dan Erika my future bridesmaid. Wahai lelaki,sila lah mengorat erika ni.

Monday 2 February 2015

123. Photobooth Backdrop Sponsored By Alia

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit pasal photobooth backdrop. Dulu sombong sangat tak nak buat konon. Hahaha. Sekali Alia cakap nak sponsor, senyum sampai telinga. Nasib baik lah time Alia cakap nak sponsor tu, jumpa promosi kaw kaw. Kalau tak, harus grab yang paling mahal. Hahaha. Maka, Aini memilih untuk menggunakan khidmat KadKahwin GalaxyCintaDesign sebagai pembuat photobooth backdrop untuk wedding sampai majlis sambut menantu Aini. Well, jimatkan selagi boleh. I kan pengantin bajet.

Cuba teka berapa harga backdrop bersaiz 7x7? RM150? Tak, bukan! RM130? Bukan jugak! Drum roll please... Harganya cuma RM70. Dengki lah tu Aini dapat harga murah. Hihi. Selain Aini yang happy, mesti lah Alia lagi happy. Double the happiness, prosperity! Rasanya sekarang dah tak bukak harga ni sebab masa tu nampak promosi untuk yang bayar hujung minggu lepas (3 hari) je. Rugi pulak tak buat entry ni awal-awal. Nak buat macam mana. Mood tak sampai. Hihi.

Sila lah pujuk owner link di atas kalau nak promosi lagi. Muahahaha. Tapi jangan cakap Aini yang suruh. Oh ye. Aini juga mungkin akan menggunakan perkhidmatan pihak yang sama untuk mesettlekan Aini punya kad kahwin nanti. Since majlis Aini lambat lagi, maka hold dulu lah backdrop ni. Cuma nak tunjuk sikit design-design yang mungkin menjadi pujaan hati Aini.

6 option pertama

6 option last

Baru lepas go through dengan Alia. Semua design reject. Hahahaha. Last last google dapat design baru. Harap-harap boleh diterima. BD1003 yang paling menarik hati Aini sebenarnya, tapi takde nama pengantin lah pulak. Oh ye. Kalau kat photobooth backdrop nanti nak tepek sekali ohmywedding agak-agak ada extra caj tak? Promote itu penting woih memandangkan blog ni tak gagah mana. Aini rasa yang paling menjadi pilihan orang ramai mesti BD1006. Motif? Boleh letak gambar sendiri saiz real punya. Kalau tak sempat bergambar dengan pengantin, kt replika pun jadi. Nice idea.

Sila doakan design yang kitorang nak dapat dibuat dengan senang. Amin...