OhMyIklan

Wednesday 9 December 2015

182. Banyak Hutang!

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk banyak gempak. Nak tarik readers lah tu. Mentang-mentanglah blog suam-suam kuku. Sebelum nak slowkan blogging (bukan selama ni dah slow ke?), ni lagi slow kan gila-gila, rasa nak setelkan hutang yang banyak dulu.

Apa hutangnya? Banyak preparation dari zaman nikah lagi yang belum ditaipkan. Entah ingat lagi ke tak, hehe. Harap-harap kalau dapat membantu sikit-sikit pun okay lah. Nak cerita bab bertandang lagi. Dengan wish "selamat Pengantin Baru" nye tak buat-buat untuk kawan-kawan. (ps:ada yang nak jadi mak orang dah pun). Maka, pesanan kepada B2b bloggers yang baru nak up tu, jangan tangguh-tangguh untuk publish ye. Jangan jadi macam hakakkkk.

Ramai jugak bloggers yang sudah punya baby. Yang dulu sama-sama berjuang untuk preparation nak kawen. Haha. Doakan rezeki Aini pulak. Semua yang terjadi mengikut perancangan Allah dan Allah ialah sebaik-baik perancang kan? Alhamdulillah.

Nak jugak share pasal kehidupan lepas kawen. Hoi, ingat sama ke? Apa yang lain? Nantilah cerita.

Banyak produk dan servis yang nak direview kan. Yang Aini guna dan yang Aini nak tolong rekemenkan.

Setelah beberapa bulan meminjam laptop orang (Thanks Saleha), akhirnya Aini dah ada laptop sendiri. *drum roll* Susah lah guna netbook yang sebelum ni, kejap-kejap mati. Sensitif betul. Tak nak kawan. Harap-harap dengan adanya laptop baru ni semangat untuk berblogging pun mencanak naik. *harapan*

Rasanya tu je kot yang Aini nak share dengan semua. Semua hutang Aini. Sila bayar ye Aini! Nah tepek gambar all-time-fav satu. Esok lusa kita tepek lagi. :p


1 comment: