OhMyIklan

Tuesday, 4 March 2014

8. Anjuran Bertunang

Assalamualaikum, hai readers! Post ni agak membosankan. Jujurlah sayanggg, aku takk.... STOP! Time kecik-kecik dulu ingat tunang lah puncak segala-galanya. Dah tua besar sikit baru taw yang orang bertunang tu akan berkahwin. Masa dulu-dulu pernah cakap dengan kakak yang taknak bertunang and kahwin sekali ngan dia since dia tua setahun je. Alasannya sebab taknak orang pandang dia sorang je. So childish! Ada kawan-kawan yang bertunang, ada yang terus kahwin. Bila tanya mummy, mummy cakap buat jugak majlis bertunang. I don't know. Ikut adat ke ikut family ntah.

Islam mengajar kita sorokkan pertunangan, hebahkan pernikahan. Tapi ada ketika kita perlu uar-uarkan pertunangan sebab nak bgtau yang kita akan berkahwin. Tak nak kes Fizz Fairuz dulu-dulu jadi kat kita. Kat sini Aini akan share kenapa kita patut wat majlis pertunangan dan kenapa kita tak patut buat.

KENAPA KITA PATUT BUAT MAJLIS PERTUNANGAN?

1. Mengikut adat. Ada yang buat, ada yang tidak. Tapi orang Melayu kebanyakannya buat. Memang tak leh lari dari alasan ni. Lebih-lebih lagi kalau keluarga kita mementingkan adat.

2. Takut orang cakap bukan-bukan. Ok. Alasan ni agak tak masuk akal. Tapi kita dikelilingi oleh 1001+1001 jenis manusia yang suka buat assumption melulululu. Diorang ingat diorang reporter berjaya walhal SPM pun cukup-cukup makan. Tu pun mujur pass, kalau tak pass? Ada kes pemberita lebih cepat daripada berita. Maka? Timbullah fitnah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh taw. Kalau ada anak dara tu tak tunang, terus nikah, ada lah mulut-mulut busuk tak pakai polident colgate atau darlie yang cakap : Hah, da tak dara lah tu. Walaupun berita anda tak masuk TV3 atau pun astro awani, diorang akan tetap bercakap sampai korang dah ada anak dua selain anak tekak.

3. Tak nak bagi saudara terkejut. Anda ada saudara mara sakit jantung? Darah tinggi? Takde kaitan. Hehe. Kalau dah jemput siap-siap untuk majlis bertunang, takde lah yang kecik ati bila tau-tau je korang nak nikah dah. Well, boleh lah diorang mengumpul duit siap-siap untuk beli hadiah majlis kawen anda. Gitu pulakkk.

4. Mengeratkan persaudaraan. Ni point paling penting. Kenapa diletak number 4, tidaklah kupasti. Masa ni lah family korang berkenalan dengan bakal besan. Mana tau ada yang satu sekolah ke, satu tadika ke kan. Bukan setakat dengan bakal besan, sama-sama saudara pun boleh mengeratkan persaudaraan. Takkan tunggu raya baru nak kumpul sesama kan.

5. Salah satu preparation utk berkahwin. Bila dah ada experience guna vendor, DIY sendiri pape yang patot, lebih senang untuk majlis kahwin anda nanti. Kalau dah ada sejarah hitam legam dengan vendor time bertunang, jangan amek agi masa kahwin. Biar tersilap masa bertunang dari masa berkahwin.

KENAPA KITA TAK PATUT BUAT MAJLIS PERTUNANGAN?

1. Membazir. Membazir itu amalan syaitonirajim. Banyak jugak bajet untuk majlis bertunang sebenarnya mahupun majlis yang simple. Duit tu boleh bawak ke wedding di kala zaman yang serba serbi guna duit ni. Lagipun bertunang bukannya wajib kan.

2. Tak perlu membazir tenaga. Ni bukanlah iklan TNB atau sebagainya ye. Ada antara kita yang ibu bapa dah lanjut usia. So, majlis begini menjadi beban untuk mereka walaupun mereka tak cakap camtu. Kita sebagai anak kene consider ibu bapa kita.  Redha Allah terletak pada redha ibu bapa kan.

3. Sejarah hitam legam. Semua orang ada sejarah. Kalau anda pernah bertunang dan tamat kat tengah highway je, mesti anda prefer utk terus berkahwin kan? Yang penting akad. Rasanya semua orang boleh faham kot alasan korang ni. Be happy :)

4. Bukannya wajib pun. Simple. Tak perlu bertunang sebab bertunang bukannya wajib. Islam tu tidak membebankan. Dan mesti ada hikmah atas semua yang Islam suruh. Tapi Islam tak melarang ye. Tepuk dada, tanya hati.

5. Permintaan family. Tak kisah lah korang artis retis ke tak. Ada family yang menolak untuk buat majlis bertunang atas sebab-sebab tertentu. Mungkin low profile. Mungkin tak nak reporter datang rumah. Apa-apa pun, mesti hormat permintaan orang lain.

Well, setelah cuci-cuci otak, ni je yang mampu Aini keluarkan. Anda ada alasan anda sendiri, tak perlu tiru orang lain. Yang penting, tepuk dada dan poket :) Bagi yang buat majlis pun, majlis tu bergantung atas family jugak nak buat besar mana. asalkan ikut kemampuan. Pilihan kami? Mestilah kami akan bertunang :)


Our next post : 9. Panduan / Cadangan Menghias Bilik Pengantin - Special Requested by E-la Adiey Bride-to-be

4 comments:

  1. betul3..buat je majlis tunang kecil2 kan. :) boleh bkenalan dgn bakal kluarga baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza.yup.tak perlu besar2 kn..janji dpt kenal-kenal..salam bkenalan fiza.

      Delete
  2. Kita buat majlis merisik je..pastu bakal parents in law datang sekali lg untuk tentukan tarikh..simple2 je..byk bole jimat hehe..

    ReplyDelete