OhMyIklan

Monday 11 August 2014

61. Jom Wakafkan Barang Anda.

Assalamualaikum, hai readers. Ni kira proposal Aini lah ye dalam projek mengumpul barang-barang kahwin yang boleh diwakafkan. Happy reading.

Apa itu barang wakaf b2b?

Barang wakaf b2b ialah barang kepunyaan ex bride to be atau bride to be yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan yang baik. Barang-barang tersebut boleh dipakai oleh semua bride to be yang memerlukan pada masa akan datang. Antara contoh barang wakaf yang boleh anda wakafkan ialah baju, veil, hand bouquet, props, barang-barang pelamin, hantaran dan sebagainya.

Siapa yang boleh menggunakan barang wakaf b2b?

Semua b2b yang jujur dan amanah boleh menggunakan barang wakaf b2b sekiranya barang tersebut available untuk digunakan pada tarikh majlis anda.

Bagaimanakah cara ingin mewakafkan barang?

Boleh pm Aini di facebook dan Aini akan pm alamat Aini dan langkah-langkah seterusnya.

Bagaimanakah cara ingin menggunakan barang wakaf b2b?

1. Pastikan tarikh anda dahulu. Tak mau book selagi tak confirm tarikh. Kesian dekat b2b yang lain yang memerlukan barang tetapi clash dengan tarikh anda yang belum confirm.
2. Semak barang dan tarikh yang dah ditempah di bawah (currently not available).
3. Boleh pm Aini di facebook sekiranya berminat. Aini akan bagi information seterusnya. REMINDER : Aini tak on9 24jam. Tetapi Aini akan reply pm anda bila ada kesempatan. InsyaAllah.
4. Anda akan bertanggungjawab untuk menerima barang yang dipos dan mengepos barang kepada pengguna seterusnya setelah selesai menggunakan barang tersebut,

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk menggunakan barang wakaf b2b?

PENTING! Untuk setiap barang, akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Tetapi, bayaran itu bukanlah dibayar kepada Aini atau tuan punya barang. Bayaran itu haruslah disalurkan dan digunakan untuk kegunaan jamuan majlis pengguna barang atas nama tuan punya barang. Dalam erti kata lain, tuan punya barang mendermakan RM10 yang sepatutnya menjadi hak mereka kepada pengguna barang untuk tujuan jamuan makan. Niat itu penting ye. PENTING JUGAK! Semua barang bukanlah kepunyaan Aini. Sekiranya tuan punya barang ingin anda membayar caj pengeposan, anda haruslah membayarnya.

Apakah syarat tambahan lain yang perlu diikuti?

1. Pengguna barang haruslah menjaga barang yang digunakan dengan sebaik mungkin. Sekiranya terdapat masalah ketika menggunakan barang tersebut, haruslah inform kat Aini segera.
2. Sekiranya anda bertanggungjawab untuk pos barang tersebut kepada pengguna barang seterusnya, anda TIDAK BOLEH mengenakan caj postage. Anda dapat barang tanpa postage fee (kecuali barang yang tertakluk dengan postage fee) dan anda juga akan pos semula tanpa postage fee.

Bolehkah saya menggunakan lebih dari satu barang wakaf b2b?

Boleh. Anda boleh menggunakan seberapa banyak barang wakaf b2b yang available.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan barang wakaf b2b?

Bergantung kepada kawasan anda. Sekiranya tak boleh COD, barang akan dipos oleh Aini atau pengguna sebelum anda bergantung kepada keadaan.

Apakah matlamat utama projek wakaf barang b2b ini?

1. Membantu meringankan beban b2b. InsyaAllah, suatu hari nanti mana tau boleh jadikan OMW sebagai one stop centre persediaan perkahwinan anda.
2. Menambahkan saham akhirat tuan punya barang. Jika RM10 anda digunakan untuk jamuan contohnya beli ais, berapa orang yang minum air berais tu? Jadi sebahagian darah daging mereka. Bayangkan berapa banyak gandaan pahalanya. Subhanallah.
3. Mengelakkan pembaziran. Barang yang elok tak kan lah guna time kahwin je pastu simpan dalam almari kan? Bolehlah semua merasa menggunakannya, takde lah membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan syaitan.

Semoga semua b2b mendapat manfaat dari projek ini.
Senarai barang wakaf : sila klik untuk info

Veil KOD 01


Not available :

30/8/2014 - Shahreen Zainuddin
14/12/2014 - Khairun Sakinah

Baju KOD 02






Check out our next post : 62. Veil Untuk Diwakafkan.

4 comments:

  1. great idea! so dhiya terus follow sini utk intai2 barang yang available :) Tahniah atas usaha ini, Ain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Dhiya...jemput ajak kwn2 lain tgk2 jugak ye... :)

      Delete
  2. Salam ,sis .. veil kt atas utk di pnjmkn tu ade ker, sy nk mohon nyy. Huhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...ye...utk diwakafkan...qina boleh pm fb sy...tp sy x on9 24jam...insyaAllah sy akn reply secepat mungkin... :)

      Delete