Photographer
Lebih dikenali sebagai tukang amek gambar dalam versi melayu. Perlu ada sekiranya anda betul-betul nak dan ada bajet. Tak perlu kalau ada dalam ahli keluarga anda yang pakai kamera muncung-muncung tu. Majlis sekejap je kan. Pilihan Aini? Nakkkkk! Sebab member-member ramai yang fotogenik dan sukakan kamera.
Doorgift
Doorgift dan goodies tu benda yang sama ye tuan tuan dan puan puan. Doorgift mungkin perlu ada sekiranya keluarga lelaki datang dari jauh. Boleh lah mereka ngap nyum nyum pape dalam kereta kan. Doorgift tak perlu ada sekiranya mak anda cakap tak perlu. Selalunya, tengok orang bagi lauk-lauk je kat family belah lelaki. Pilihan Aini? Ada! Sebabnya perjalanan rumah Aini dan Ridzuan dalam sejam camtu tolak singgah petronas tambah ikut belakang lori. Lagipun tok suruh bagi, bagi yang manis-manis simbolik nak hubungan yang manis-manis je. Terus wondering kalau bagi yang masin camne jadi kat relationship tu? Hehe. Lagipun just bagi kat family Ridzuan. Dah decide nak bagi apa. (see....excited kan?) Tapi tak boleh reveal lagi.
Inai
Aini rasa sekarang kos buat inai dah naik. Sampai RM50 1 tangan. Haishhh. Perlu ke? Perlu kalau dalam kengkawan atau family anda ada yang kreatif. Beli je inai picit RM10 tu. Tapi! Tapi! Tapi! Kena hati-hati since sekarang ramai penjual inai tak berkualiti sampai tangan pengantin kembung-kembung jadi. Erk. Pilihan Aini? Tak akan berinai (kecuali ada yang sponsor). Aini pernah berinai tak sampai 5x seumur hidup. Last berinai lebih 5,6 tahun yang lepas. Muka ni memang ada time majlis berinai orang lain, tapi tak kan sekali
Bridesmaid
Perlu ada untuk hilangkan nervous, butterfly in your stomach atau pape pun lah. Inilah kegunaan member kan? Mereka yang akan back up anda bila orang lain down kan anda. Tak perlu ada kalau member member anda duduk jauh dari anda ataupun anda yang duduk jauh dari member member anda. Pilihan Aini? Aini tak gelarkan bridesmaid, tapi sidekick! Hehe. Of course lah kawan-kawan yang datang nanti jadi sidekick Aini.
MUA
MUA stand for Make Up Artist. Ataupun mak andam ataupun tukang make up. Perlu ada sekiranya anda tak tau make up diri sendiri ataupun takde orang lain yang boleh tolong make up kan. Tak perlu sekiranya anda dah ada barang make up yang cukup. Pilihan Aini? Belum confirm lagi tapi macam tak nak hire je. Tak kisah lah takde pengalaman pun, letak veil atas kepala je dah cantik (perasan). Ni jugak antara kegunaan sidekick tadi. Hehe. To my sidekicks (you know who you are), sila bawak bagasi make up anda ke rumah Aini nanti ye. Thank you in advance!
Pelamin
Pelamin ni kalau nak ada, tak perlu lah yang ala ala Ariana Rose gitu, ada yang mini pun ok. Perlu ada kalau anda takde pot cantik nak bergambar. Takkan nak bergambar kat dapur kan. Sekarang ni ada banyak design pelamin mini yang cantik-cantik. Agak rugi tak grab. Pilihan Aini? Nak ada sebab tak nak ada dilema "ok ke bergambar kat cni?". Bila ada pelamin, kompem ok. Design pun da ade yang berkenan. Hehe. (kan da cakap Aini ni excited).
Aksesori
Contoh aksesori ni mcm kasut, rantai, crown, veil, bunga tangan. Perlu ada kalau ada sekali ngan pakej andaman anda. Tak perlu kalau anda rasa membazir. Pilihan Aini? Kasut tak perlu. Siapa nak pakai kasut dalam rumah kan? Lagipun maybe akan pakai sarung kaki nanti. Rantai? Tak payah. Geli! Crown? Tak payah jugak sebab veil da tempah dan da sarat dekat atas kepala. Bunga tangan? Nak ada. Sebab cam kekok gila kalau takde bunga tangan. Dan... Free! Bridal pelamin nak sewakan free.
Yeay... Selesai jugak cerita one by one. Mungkin ada tambahan lagi untuk lain-lain orang. Yang penting, anda kena rancang dari awal. Last last minute takut tak dapat mcm yang anda impikan. Tak boleh nak salah kan siapa-siapa lahhhhh!
Dikesempatan ini nak mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" untuk my sister in law to be. Yeah! Adik Ridzuan kawen dulu. Haruslah soalan feveret masa kenduri : Ridzuan bila lagi?
Cekidaut our next post : 18. E-day Check List Versi 2.
Best2....tp, banyak yg takda dlm checklist tunang fiza ni. Yg penting2 ja ada. hehe
ReplyDeletexpe fiza.. :) fiza ikat berape lame?
DeleteMungkin dlm 5/6 bulan sb masih study. Huhu
DeleteAini ikat setahun kot klau ikot perancangan...klw ikat 5/6 bulan da juz nice kan?
DeletePromosi Bulan April
ReplyDeleteJimat RM500 untuk tempahan fotografi perkahwinan*
Untuk maklumat, layari
https://www.facebook.com/pages/AzamHashim-Photography/223067269074
http://blog.azamhashim.com
Rahsiakan pertunangan
ReplyDeleteHebahkan perkahwinan
Itu yg terbaik dlm Islam
InsyaAllah~
InsyaAllah :) Terima kasih.
Delete