OhMyIklan

Wednesday, 12 November 2014

89. Senarai Doorgift Yang Perlu Disediakan Dan Tips Persediaan Doorgift

Assalamualaikum, hai readers. Dah masuk part dorgift. Actually Aini tak berapa mementingkan doorgift. Even kalau pergi kenduri orang lain pun, kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, takpe. Kat sini Aini tak mention nak bagi barang sekian sekian. Aini cuma share bilangan doorgift yang Aini nak sediakan. Kalau takde bilangan, susah la kan nak bajet berapa barang nak beli.

Orang blok : 25pcs
Ustazah untuk khatam quran : 5pcs
Family Ridzuan : 20pcs
VIP : 200pcs
Tetamu : 600pcs
Kanak-kanak : 100pcs

Cukup ke? InsyaAllah cukup kot. Harap-harapnya cukup lah. Kalau ada lebih, lagi baik. Boleh agih lebih sikit. Ye idok?

Meh sini kita story mory sikit pasal tips persediaan doorgift. Tips ni antara beberapa yang terlintas di fikiran Aini je ye. Banyak lagi kat luar sana tips-tips nya. Cuma kena rajin.

1. Nak beli on9? Sila survey 2-3 bulan. Kenapa? Sebab Aini pernah jumpa orang jual tasbih+box+ribbon start dari harga 80sen sampai RM1.50. Besar tau bezanya! Nanti Aini akan share siapa yang jual tasbih+box+ribbon dengan harga 80sen tu... Stay tune (entah bila).

2. Beli doorgift sikit-sikit tapi borong. Maksudnya kalau dalam paper bag tu nak letak 17 barang (amek kau) untuk 2000 tetamu, beli barang pertama 2000pcs dulu. Minggu depan, beli barang kedua pulak. Hal ini bagi mengelakkan duit terlebih nampak mengalir. Biar mengalir sikit-sikit. Tak tau lah teori apa ni.

3. Barang bukan makanan boleh ready awal. Tak perlu 2 hari sebelum majlis baru nak bungkus tuala. Nanti tak mandi korang.

4. Makanan yang tak bersemut, tak lemau, pendek kata tak rosak pun boleh sedia awal. Contohnya : gula-gula yang dijaga rapi sampai semut tak suka.

5. Paper bag biarlah berpada-pada. Tepuk dada tanya selera : kalau aku pergi majlis orang, paperbag tu aku buang ke simpan? Kalau buang, biarlah yang murah asalkan lepas ntok letak barang-barang.

6. Kena tahan umpatan, bak kata Ridzuan, jiwa kental. Tak semua orang akan suka dengan doorgift kita. Kalau terlebih-lebih pun kena kutuk jugak. Bagi satu barang pun kena kutuk jugak. pape pun komen orang, sabo je la.

7. Jangan terlalu bezakan tetamu biasa dan VIP. Seeloknya tak bezakan terus. Tak nak ada ketidaksamaan taraf.

8. Mesti tau nak bajet berapa orang tetamu yang datang. Yang tu kena bincang awal-awal dengan keluarga.

9. Ready kaki tangan kepala yang akan menguruskan doorgift. Selalunya tugas ni bagi dekat adik-adik atau sepupu sepapat. Takde lah mak ayah pengantin terkejar-kejar cari doorgift nanti.

10. Selalu mintak pendapat orang ramai. Keluarga, saudara mara. Tanya orang lain ok ke kalau bagi sekian sekian. Untung-untung ada makcik pakcik sponsor...hihi

Nanti Aini citer pasal tasbih 80sen tu ea... :)

2 comments:

  1. Betul tu kalau dapat sponsor mmg bagus..hopefully ada la rezeki aini nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MNA ..eh..lain la...nk pgil miss hidy jugak.hihi nak mintak sponsor malu da i... kikiki

      Delete