OhMyIklan

Sunday, 29 March 2015

143. Selamat Pengantin Baru Kak Pizah, Liniey & Selamat Bertunang Waha

Assalamualaikum, hai readers! Entry yang agak basi. Hihi. Musim cuti sekolah ari tu memang ramai lah yang menamatkan zaman bujang dan memulakan zaman menjadi tunangan orang. Memang ramai gila lah. Antaranya dua orang kawan Aini yang get married dan sorang kawan Aini yang bertunang. Yeay! Happy tengok semua happy!

Firstly, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU buat Kak Pizah comel. Selalu tau tanya-tanya kak pizah bila bila bila. Then, dapat kad. Yabedabedu. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. FYI, Kak Pizah ni kawan Aini time mengajar. Dah habis dah turn beliau boleh lah fokus kat Aini pulak. Eh? Haha. Selalu kalau ade pape mesti akan cari Kak Pizah. Tak kisah lah tanya pasal baju ke, warna ke. Yang penting, Kak Pizah layan kan ajo. hihi



Sori Kak Pzah, curi gambo. Sesapa yang minat warne hijau, try tengok combination colour ni. Sweet n berseri! Plus, seri pengantin. ;)

Secondly, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk my friend yang sama study kat UPSI, Liniey. Dulu seriusly terkejut tau dia 'rapat' dengan one of my friend, Junaidi. Are you Semsasian? Yes! I am talking about that Junaidi. The headboy one. Dalam hati Aini "mesti ade pape nii" Hihi. Memang ternyata masin mulutku. Dapat invitation kat facebook walimah diorang. Alhamdulillah. Kawen sudah, honeymoon la pulak ye dok? Semoga dikurniakan anak yang ramai dan soleh, solehah. 



Sorry, takde gambar close up pasangan pengantin. Tunggu jugak Liniey upload, takde sampai ke sudah. Hihi. Sorry ye Liniey, tak dapat datang. Ada kursus kawen time tu. Takpe lah, aku kirim zai je ke sana, seronok sangat muka dia dapat pegang bantal nama kau tu. Hahaha. Amek berkat ke zai? Tettt. BTW, adore gila dengan hand bouquet Liniey. Kau buat ke beb? Tolong buatkan. Hihi.

Last but not least, nak wish SELAMAT BERTUNANG buat one of my beloved friend, Wahadatul Arta'iah. Dah jadi darah manis ni. Hihi. Jaga-jaga jangan sampai kena diabetes. Selalu jugak share pape dengan Waha. Plus, Waha pun banyak share dengan Aini. Awal-awal lagi bagitau "aku tunang cuti sekolah nanti hari kamis kau mesti datang!" Baik! Aini rasa awal jugak sampai rumah Waha haritu. Dalam pukul 10-- camtu. Sampai-sampai je "kau mekap eh". Krik krik krik. Helo...Aini tak pernah mekap kan kat orang okay. Muka sendiri pun eye liner senget lah, bibir besar sebelah lah. Tapi try jugak. Awal-awal dah cakap "Waha, sory tau kalau ade pape jadi kat muka kau. orang kutuk ke..." Hahaha.

Hasil solekan bawah lagi dari amatur plus alat solek kami berdua, akhirnya siap jugak mekap kan waha. Berapa lama tak ingat dah. Tak sampai sejam pun. Almaklumlah, bawah lagi dari amatur. Hihi.





Gambar atas sekali tu dari SedetikLebih Photography okay. SLP memang terbaik, melayan kami. Huahua. Cik Waha, bila nak upload gambar tunang nya? Macam biasa, Aini yang pecahkan tembelang Waha bertunang kat fb. Hahaha.

Pesanan untuk Waha, sila jaga hubungan yang dibina. Semoga berkekalan. Bertunang banyak dugaan. Pastikan kita sama-sama kuat. Jangan bosan dengar cerita aku weh. Hahaha.

Friday, 27 March 2015

142. Nak Shoot Outdoor Kat Sini!

Assalamualaikum, hai readers. Short entry for today. Kalau kat Felda Chini, takde banyak tempat untuk shoot outdoor. Balik balik Tasik Chini TANPA NAGA, ladang kelapa sawit, kolam lumut. Tapi!! Ada satu rumah unik yang dibina dekat Chini ni. Tada....





Boleh lah kot nak outdoor kat sini. Harap-harap lawa lah outcome nya. Plus, dekat dengan rumah. Malas nak pergi jauh jauh semata nak outdoor. So, chinians sekalian, boleh lah shoot outdoor korang kat sini. Camne eh cara nak shoot kat sini? Bedal je lah.

Wednesday, 25 March 2015

141. Misi Cari Kain Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Sebelum raya cina hari tu, Aini dan Ridzuan menggagahkan diri beli kain untuk baju nikah kitorang. Asal usul kenapa cari kain untuk baju nikah, boleh rujuk past entry pasal baju nikah. Kami pergi dekat Jakel Kuantan. Nanti Aini nak compare sikit antara Jakel dengan Kamdar.

Tak ingat la salesgirl tu name apa. Tapi cara layanan beliau memang tip top.!



Serius gila pilih kain, Ridzuan candid pun tak perasan. Rasanya dalam sejam jugak kot dok compare kain. Yang mana lebih choral dan gold. Dok tengok mana matching, mana tak. Ridzuan sangat membantu, mula-mula je lah. Hahaha. Hasil perbelanjaan kami :

Dull satin valentino - 4.5meter untuk baju melayu Ridzuan.
Kain yang jarang untuk inner yang Aini salah beli tu - 4 meter.
Chiffon warna choral - 6 meter. (untuk flowy gitu)
Chiffon warna gold - 0.5meter. Untuk apa? Surprise gitu.

Total tak ingat. Resit hilang entah kemana. Tapi total dalam RM250+- gitu. Mahal? AGAKLAH!

Monday, 23 March 2015

140. Jom Hire Myphotographer Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share pasal Myphotographer Malaysia dan promosinya yang sangat kebabom!

' NEED SOMETHING DIFFERENT FROM Myphotographer Malaysia ?" YES WE CAN DO
==================================================
ONLY RM1899 FOR 2 EVENTS ( NORMAL RM3899 ) AND LIMITED FOR 3 CUSTOMER ONLY.
* FOR MORE INFO PLEASE SMS/CALL/WHATSAPP AT 0123390943
*PROMOTION END 26 MAC 2015
*CUSTOMER CAN PAY MONTHLY ALSO AND USING CARD CREDIT


Yes you are right! Hanya RM1899 untuk 2 majlis!! Tapi limit kepada 3 pasangan sahaja. Grab la cepat. Nanti gambar-gambar wedding korang awesome gila! Memang tangan En Fairus ni macam mana lah eh dapat snap gambar lawa-lawa. Helooo. Aini bukan cakap kosong okay. Ni buktinya :

macam mana lah dok gali idea dapat snap gambar selawa ni.

and again

gambar ni akan menang grand prize di hati Aini. rare gila kot!

Yang ni pun power. Jeles lah dengan couple ni... :(

awww. so sweet. tahap diabetes.

gambar ni win jugak. fuhhh. memang power lah...

Lawa kan? semua lawa-lawa okeh.. rugi lah sape tak hire Myphotographer Malaysia. Gigit jari weh tengok gambar diorang yang sangat awesome. Dah lah dapat 5 bintang nora danish likers kat fanpage facebook Myphotographer Malaysia bagi. Servis sah sah la sama tip top dengan gambarnya. Nak layan lagi banyak gambar dari Myphotographer Malaysia? Senang je. Tengok facebook Myphotographer Malaysia. Semoga Myphotographer Malaysia terus berjaya dunia dan akhirat. Aminnn..

Sunday, 22 March 2015

139. Revlon & Sasatinnie dari Sasa ECM Kuantan

Assalamualaikum, hai readers. 2 bulan lepas pegi beli make up Aini untuk letak atas hantaran dari Ridzuan nanti. Setelah selamat mengepau beberapa keping RM50, Aini pergi ECM dengan adik Aini yang sangat suka mengikut kakak kakaknya bershopping. Mungkin ingin belajar cara yang betul untuk window shopping, I dunno. Mungkin jugak belajar untuk jadi annoying bila semua barang yang nak dibeli hanya mampu dipegang. Oh.

Masa kat Sasa ECM ni, memang aim nak beli aka belanja RM160 sebab akan dapat vaucer RM20 lagi. Boleh lah Aini spend RM180 untuk make up. Maka, ini lah hasil tangkapan untuk hari tu :













Customer service dari Sasa ECM ni memang baik. Tapi time Aini beli tu ada masalah dengan harga bila harga yang display murah, scan mahal. 3 hengget jugak tu. Lepas dah untuk sekali sarapan kat kantin sekolah, nyum nyum nyum. Nasib baik cashier tu bagi harga display, tu pun lepas kena gertak. Hihi. Senang je ayat dia " takpe lah. biar saya jumpa manager" . Biru kejap muka. Padahal bukan nak jumpa sangat pun. Abes dah tips ni sume orang tau.

Satu kesilapan Aini yang tak tau lah kenapa boleh jadi ialah Aini tak pergi survey sedangkan selama ni survey tu dah jadi tabiat. Dan Aini lah terima balasan nya. Huaaaa. Meh sini nak share tips. GUARDIAN JAUH LEBIH MURAH DARI SASA. Ingat tu je lepas ni. Nak beli barang revlon, sila pergi guardian ye. Harap-harap pihak guardian baca puji pujian Aini ni dan bagi peluang Aini shopping barang revlon kat guardian pulak *verangan*.

Aini rasa beza tu tiap barang ada lah sampai 2 ringgit. Dah la tu, time terround kat guardian tu, kalau spend rm200 ke atas dapat vaucer rm40 pulak tu. Pergh. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dapat payung revlon lagi tu. Tarik muncung la time date kali tu. Haha. Tak pe lah. At least kesilapan yang Aini buat ni boleh share dengan semua orang kan. Pahala tu dapat kat Aini jugak. Aminnn.

Oh ye. Total barang tu tak ingat dah berapa. Ada diskaun kalau tak silap. Tapi tiap barang lain-lain diskaun. Rasanya Aini kena tambah duit sendiri dalam RM8 kot. Kot lah. Ni lah akibat lama peram entry. Hihi. Terima kasih daun keladi, next entry baca lagi.

Friday, 20 March 2015

138. PROMOSI DARI RKM. PROMOSI KAW KAW!

Assalamualaikum, hai readers. Berita baik! Berita baik! Berita baik! Promosi bulanan dari Rumah Kebaya Malaysia!

UNTUK 3 PASANGAN SAHAJA!!! Berakhir 1 April 2015. Ada seminggu lebih je lagi.


Tau tak normal price berapa? RM2899 tau! Sekarang RM1299 je!

Good luck bride-to-be!

Sunday, 15 March 2015

137. Dugaan Nak Kawen.

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak cerita sikit pasal dugaan kami nak kawen. Walaupun masih ada baki 132 hari lagi sebelum majlis kami, dah macam-macam dugaan yang kami terima. Nak tunggu lagi 132 hari tu entah apa lagi yang akan jadi. Sobs.

Aini malas nak cakap ni dugaan untuk orang yang bertunang sebab nanti semua orang takut nak bertunang lama-lama macam kitorang. Hihi. Seriusly bila anda dah sepakat untuk mengikat tali pertunangan dalam satu jarak yang panjang, anda perlu bersedia mental dan fizikal. Tak salah nak ikat lama-lama tapi orang tua-tua lah yang selalu tak nak kan.

Berbalik kepada dugaan nak kahwin. Dugaan pertama ialah malas update blog. Ni dugaan yang kuat kot. Haha. Tengok lah berapa entry je yang publish bulan lepas. Bulan ni rasanya lagi kurang. Busy? Mungkin. Tak de mood? Mungkin. Sebenarnya banyak sangat yang nak ditaip, tapi mood tu selalu ke laut plus takde masa. Rasa macam nak hibernate sekejap pun ada. Muahaha.

Dugaan kedua ialah melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Iaitu beli rumah. Subhanallah. Indah sungguh berangan nak punya rumah sendiri. Akhirnya Aini dapat dalam masa terdekat ni. Orang akan kagum dengan seorang perempuan bujang berusia 24 tahun mampu beli rumah sendiri sedangkan belum cukup setahun bekerja. Tapi mungkin silap sikit bila nak beli tu time nak kawen. Jadi banyak bajet cut sebab kahwin. Hanya orang yang terdekat je yang tau macam mana keadaan Aini sekarang. Happy but? Aini tau percaturan Allah tu tak pernah silap. Semoga hikmahnya yang Aini belum rasa sekarang akan Aini rasa nanti. Amin.

Dugaan ketiga ialah kerja bertimbun timbun. Dulu selalu dengar orang kerja cikgu senang. Masuk kelas, mengajar je. Tengah hari dah balik. Sekarang dah bukan macam tu okay. Kerja sangat banyak. Bertimbun timbun. Memang Aini ni seorang yang gagal mengurus masa kot. 

Dugaan keempat ialah stress memuncak muncak. Tak tau lah sangat jugak apa yang distresskan. Haha. Tapi balik rumah je cakap kat housemate "stress la". Tak boleh blah. Haha. Mungkin sebab kurang luangkan masa dengan Yang Maha Kuasa. Astaghfirullah.

Dugaan kelima memang tak boleh share kat sini. Sebab terlalu peribadi.

Alhamdulillah. Aini dengan Ridzuan takde gaduh-gaduh lepas jadi tunangan orang ni. Tak susah mana sebenarnya nak control diri dari bergaduh. Merajuk sikit-sikit tu biasalah kan. I merajuk, U pujuk. U merajuk, I merajuk pulak. Haha. Terima kasih menjadi pendengar yang baik.

dear Allah
sometimes, it hard for me to understand
what You really want to happen
But I trust You
I know You will give me what's best

Monday, 9 March 2015

136. OP : SedetikLebih Fotografi

Assalamualaikum, hai readers. Alhamdulillah, selamat sudah melabur duit untuk OP pilihan, SedetikLebih Photography. FYI, SLP ni OP Aini masa time bertunang lagi. Memang dah cop Faiz Ishak, senior OP dari SLP untuk shoot. Tapi request jugak tu "kalau ada 2 OP lagi bagus". Tapi bayar tak nak double tu, haha.

Memang dah booking mulut lama dah. Nego-nego semua. Tapi bayar je lambat. Hihi. Jom tengok harga dan pakej yang Aini grab :

3 events - Nikah, Sanding, Bertandang (2 hari)

2 unit custom album (tempered glass) 8"x12"
2 unit 12R photo with frame
Unlimited copy
Free 2 outdoor
Free post wedding
100pcs 4r photo (Aini yang pilih)

RM2000 including transport ke chini (160++km pergi balik) & transport ke keratong (300++km pergi balik)

So how maaa? Kan Aini dah cakap berbaloi amek dengan SLP ni. Gambar lawa, harga pon affordable :) Masa booking bayar 30% which is RM600. Mula-mula Faiz cakap bayar balance lagi RM1400 lepas majlis bertandang je. Tapi memandangkan Aini ni jenis tak berapa penyabar since jarak bertandang dengan sanding agak jauh, Aini nak tengok outcome (album) dulu.

Maka, seperti yang kami dah deal :

RM600 - booking tarikh
RM700 - lepas sanding
RM700 - lepas bertandang.

Setel satu urusan. *fuhhh* banyak lagi maa urusan nak buat. Sesiapa yang berminat nak guna perkhidmatan SedetikLebih Photography, boleh jengah-jengah facebook mereka di sini :) Semoga outcome yang Aini dapat nanti lebih kebaboom dari time bertunang.

Wednesday, 4 March 2015

135. Selamat Pengantin Baru Kak Zati Cute!

Assalamualaikum, hai readers! Masa cuti raya cina hari tu dah selamat berlangsung wedding Kak Zati kat Pekan. Malangnya, Aini tak dapat pergi atas sebab-sebab tertentu. So sorry :( Kak Zati ni sama tempat kerja ngan Aini. Frust menonggenglah student-student ku yang admire ke Cikgu Izzati. Huahuahua. 

peace seorang isteri.

inspiring gila songket merah kak zati

pelamin rustic.cantik yang amat.

FYI, pelamin kak zati ni amek same dengan pelamin Aini time tunang. Myinspirationbridal punya. Lepas ni takde da la teman nak borak pasal baju nikah, doorgift, pelamin. Tapi takpe, akan tetap kucerita dengan kak zati. Slow slow pegi kat kak zati, tanya itu ini. Hihi. Ni wish untuk pengantin :

Dear Kak Zati
Semoga perkahwinan yang dibina kekal ke syurga
Cepat-cepat dapat baby eh
Jangan lah mintak tukar sekolah lagi, heh?
Be a good wife
Nanti jalan TC okey?

XOXO, Aini :)

ps:abaikan kesalahan ejaan, tatabahasa semua ye cikgu bm.

Tuesday, 3 March 2015

134. Ini Kisah Panjang Baju Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Kalau bercakap tentang baju nikah ni, kalah sinetron. Banyak benau up and down nya. Fulamak. Rasa macam nak buat plot semua siap.  Takpe Aini. Cool, orang tak nak tau pun.

Plan mula-mula sekali. NAK TEMPAH BAJU NIKAH DEKAT KAK YANI. Memang dah siap survey harga kat Jakel dah. Design sendiri pun dah ada. Ridzuan pun cool je ikutkan Aini. Memang plan dah cantik! Pantang ada masa free, google design baju paling lawa. Padahal untuk nikah biar yang simple je kan?

Bagi design baju semua, then kak yani cakap "kalau pattern gini akak amek RM250 maksima untuk upah" *gulp* double gulp *gulp gulp* Tapi muka maintain cool macam Aini ni banyak harta untuk dibelanjakan. Kahkah. "Oh. Okay kak. Nanti dah beli kain, saya hantar kat akak eh"

Nak jadikan cerita, tercerita (gitu tercerita, nampak sangat tak sengaja) kat kawan kat tempat kerja. Semua cakap "Oih, murah dah tu RM250..bla...bla...bla..." Yela, baju sarat beads ngan bunga 3d kot. Sejuk dah sikit hati. Fine. Maybe betul dah pilihan aku ni. Punya lah pujuk hati, tapi hati tak tenang mana pun. Tak tertipu rupanya hati Aini ni.

Kalau dah perangai tu suka bercerita, cerita lah kat mummy pasal baju nikah ni. Mummy macam "ape????RM250??? Along dulu guna maksu (mak andam) je, free!" Down jugak lah time tu. Sebab dah berangan design sendiri semua kan. Moment nikah tu nak lah yang terbaik. Mak cakap "beli kat kedai je, Angah". Memang taklah. Egois kau. Tak nak baju nikah same dengan orang.

Dah mummy cakap gitu, Aini pun berusaha jugak lah cari on9 baju kurung moden yang simple, boleh buat nikah. Terjumpa lah yang ini :

lawa kan?

Custom made, boleh buat warna choral gold. RM180 ke RM170 entah. Pikir-pikir balik, ok lah ni. Daripada beli kain, then upah RM250. Maka, BELI ON9 LAH PULAK. Kira yang survey tadi halalan toyyiban la. Nak pujuk hati lagi, bagitau hati "Takpe Aini, design baju nikah tu boleh bawak ke sanding since baju sanding pun custom made" Ternyata tak tertipu. Was was jugak. Nak beli online ke eh. Kali ni takde rasa macam ditipu, tapi takut warna lain pulak sebab banyak sangat pandangan orang tentang choral ni.

Gagahkan jugak beli online. Dalam 3 minggu lepas tu, dapat baju tu. Mula-mula excited. Tapi, warna macam agak oren, bukan choral dan agak besar baju tu walaupun saiz m. Aini selalu pakai saiz 38 ok je ngam ngam badan. Yang tak tahan tu, whatsapp gambar baju nikah ke kak yani, mintak tolong alter kan. Hahaha. Kak yani pun layan kan je. 

Masa tu perasaan dah bercampur campur dah. Sebab tak puas hati kan. Baju tu okay tapi entah lah. Nasib lah dapat hati yang lalang macam Aini ni. Cerita dekat Aynen dengan Pargh (both are my future bridesmaids). Aynen cakap "kau buat baru je, tempah. Kain chiffon baru berapa ringgit semeter, janji kau puas hati"

Kalau Aynen dah cakap tu, tak boleh cakap ape lah sebab dia ni faktor terbesar Aini buat keputusan sejak matrik. Hahaha. Hari tu (tak ingat bila) terus ajak Ridzuan pegi Jakel, beli kain untuk baju nikah Aini and Ridzuan sekali. Design pulak tak tau macam mana sebab design asal tu dah bawak ke majlis sanding. Nasib baik kak yani baik hati bagi pinjam buku pengantin. Selak selak jumpa lah design baju yang simple, sesuai untuk akad nikah. Tapi belum reveal lagi, nanti orang tiru. "Sakitnya ku di sini".

Lastly, HANTAR BAJU KAT KAK YANI macam dah di plan asal. Ridzuan tanya "habis, baju yang beli online tu?"... "jual semula" *senyum kambing* tapi sampai sekarang belum jual sebab nak tengok hasil baju Kak Yani jahit tu. Kalau tak puas hati, boleh pakai semula yang beli online tu. Tu pun kalau tak lalang lagi pegi cari baju lain lah. Tapi harap-harapnya okay lah baju yang akan Aini terima.

Hantar dekat kak yani dalam tengah bulan lepas. Tanya kak yani, bila boleh siap? Actually takde lah nak cepat pun kan. Tapi hujung bulan ni nak tau jugak progress macam mana. Masa tunjuk design yang baru tu kat kak yani, kak yani amek upah RM200 je *je?* sebab design tu lebih simple dari baju untuk sanding tu.

Aini beli chiffon 6meter, kain ape ntah untuk lining 4 meter. DUGAAN!!! Kain lining tu jarang. Masa beli takde pulak rasa jarang. Heh? Frust dah masa tu. Nak beli semula? Takde masa Aini nak gi Jakel lagi. Kak yani tanya : nak pakai kain dalam, inner ke nak beli kain lining lain? Dah memang spend untuk baju nikah biar puas hati kan, nak beli lain lah. Kain yang jarang tu (actually tak jarang sangat, cuma kalau pakai, memang nampak jarang) nak buat photobooth lah, alas meja lah. Hahaha. End up, kami decide untuk buat tudung bridesmaid. Bijak kan? Sel-sel otak mula berhubung dengan internet lah tu.

Apa yang Aini buat? Bagi duit kat kak yani. "Akak tolong belikan kain untuk lining" . Habis cerita. Harap-harap kak yani masih kuat untuk berurusan dengan Aini. Hihi. Dah penat taip. Bye. ps: tolong doakan kesudahan yang baik untuk baju nikah Aini :) 

Sunday, 1 March 2015

133. Episod Hantaran Dari Ridzuan.

Assalamualaikum, hai readers. Walaupun orang cakap 'barang yang lepas jangan dikenang', tapi yang nii akan kukenang selalu sambil tersenyum sipu macam kerang busuk. Once upon a time....

"Mama(mak) cakap nak bagi 9 hantaran jugak. 7 macam sikit sangat"
"oh...okay...h***y bagi 11 dulang la camtu"
"tak pe..9 balas 9 je ok"
"takpe ke?ade ke orang buat macam tu?"
"kita buat"

Lepas tu dah tak nak bukak topik ni lagi takut hantaran untuk Aini kurang jadi 7 balik. Hahaha. Lepas bincang-bincang semula, barang hantaran ade lah kena rombak sikit. Rombak takpe asal jangan rabak.

HANTARAN RIDZUAN BAGI AINI
- Sirih Kain pasang
- Buah
- Kek
- Coklat
- Handbag
- Kasut
- Nurraysa
- Revlon+sasatinnie
- Tak tau ape. Maybe perfume.

HANTARAN AINI BAGI RIDZUAN
- Sirih
- Buah
- Kek
- Coklat
- Jam tangan
- Kasut
- Perfume
- Kain baju melayu
- Kemeja+seluar

Tolong doakan tak berubah lagi. Sekian.

berangan nak hantaran macam ni. nasib baik berangan itu free. kalau tak, muflis den.