OhMyIklan

Sunday, 29 March 2015

143. Selamat Pengantin Baru Kak Pizah, Liniey & Selamat Bertunang Waha

Assalamualaikum, hai readers! Entry yang agak basi. Hihi. Musim cuti sekolah ari tu memang ramai lah yang menamatkan zaman bujang dan memulakan zaman menjadi tunangan orang. Memang ramai gila lah. Antaranya dua orang kawan Aini yang get married dan sorang kawan Aini yang bertunang. Yeay! Happy tengok semua happy!

Firstly, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU buat Kak Pizah comel. Selalu tau tanya-tanya kak pizah bila bila bila. Then, dapat kad. Yabedabedu. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. FYI, Kak Pizah ni kawan Aini time mengajar. Dah habis dah turn beliau boleh lah fokus kat Aini pulak. Eh? Haha. Selalu kalau ade pape mesti akan cari Kak Pizah. Tak kisah lah tanya pasal baju ke, warna ke. Yang penting, Kak Pizah layan kan ajo. hihi



Sori Kak Pzah, curi gambo. Sesapa yang minat warne hijau, try tengok combination colour ni. Sweet n berseri! Plus, seri pengantin. ;)

Secondly, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk my friend yang sama study kat UPSI, Liniey. Dulu seriusly terkejut tau dia 'rapat' dengan one of my friend, Junaidi. Are you Semsasian? Yes! I am talking about that Junaidi. The headboy one. Dalam hati Aini "mesti ade pape nii" Hihi. Memang ternyata masin mulutku. Dapat invitation kat facebook walimah diorang. Alhamdulillah. Kawen sudah, honeymoon la pulak ye dok? Semoga dikurniakan anak yang ramai dan soleh, solehah. 



Sorry, takde gambar close up pasangan pengantin. Tunggu jugak Liniey upload, takde sampai ke sudah. Hihi. Sorry ye Liniey, tak dapat datang. Ada kursus kawen time tu. Takpe lah, aku kirim zai je ke sana, seronok sangat muka dia dapat pegang bantal nama kau tu. Hahaha. Amek berkat ke zai? Tettt. BTW, adore gila dengan hand bouquet Liniey. Kau buat ke beb? Tolong buatkan. Hihi.

Last but not least, nak wish SELAMAT BERTUNANG buat one of my beloved friend, Wahadatul Arta'iah. Dah jadi darah manis ni. Hihi. Jaga-jaga jangan sampai kena diabetes. Selalu jugak share pape dengan Waha. Plus, Waha pun banyak share dengan Aini. Awal-awal lagi bagitau "aku tunang cuti sekolah nanti hari kamis kau mesti datang!" Baik! Aini rasa awal jugak sampai rumah Waha haritu. Dalam pukul 10-- camtu. Sampai-sampai je "kau mekap eh". Krik krik krik. Helo...Aini tak pernah mekap kan kat orang okay. Muka sendiri pun eye liner senget lah, bibir besar sebelah lah. Tapi try jugak. Awal-awal dah cakap "Waha, sory tau kalau ade pape jadi kat muka kau. orang kutuk ke..." Hahaha.

Hasil solekan bawah lagi dari amatur plus alat solek kami berdua, akhirnya siap jugak mekap kan waha. Berapa lama tak ingat dah. Tak sampai sejam pun. Almaklumlah, bawah lagi dari amatur. Hihi.





Gambar atas sekali tu dari SedetikLebih Photography okay. SLP memang terbaik, melayan kami. Huahua. Cik Waha, bila nak upload gambar tunang nya? Macam biasa, Aini yang pecahkan tembelang Waha bertunang kat fb. Hahaha.

Pesanan untuk Waha, sila jaga hubungan yang dibina. Semoga berkekalan. Bertunang banyak dugaan. Pastikan kita sama-sama kuat. Jangan bosan dengar cerita aku weh. Hahaha.

No comments:

Post a Comment