OhMyIklan

Wednesday, 8 April 2015

146. Sesi Fitting Baju Nikah & Teaser Baju Sanding.

Assalamualaikum, hai readers. Selasa lepas, Aini pergi butik Kak Yani untuk sesi fitting baju nikah. Thank you Saleha comel dan Alia cute sebab sudi teman and banyak bagi komen menambahbaikkan baju tu. :) love both of you.

Nak jadi cerita dari hari Isnin dok mesej kak yani tanya bila boleh fitting baju. tak sabar la konon! tapi memang pun. laju je kak yani reply "esok boleh?". memang berbunga bunga lah hati kan. tambah lagi berbunga bunga nya bila kak yani cakap "songket akak dah beli. merah silver" 

Lepas meeting, terus pergi kedai kak yani. fitting semua berjalan lancar. so far takde apa sangat nak ubah. baju nikah Aini ada banyak beading dengan bunga 3d. tapi, fitting sebelum semua benda alah tu ada. kira fitting dengan kain baju kosong je. kenapa? graviti kalau ada yang kena kecik kan or besar kan, takde lah ganggu manik-manik tu semua.



haruslah crop awal-awal gambar penuh. hahaha. nanti tak surprise lah. kalau tak crop, takde lah orang nak baca blog Aini sampai bulan 7 nanti.LOL. nantikan ye.

Nak cerita pasal baju sanding Aini pulak. Ala, yang songket tu. Mula-mula expect songket yang macam biasa tu tau. Warna merah silver. Memang dah bagitau kat kak yani nak warna merah silver jugak. Sekali masa tengok tu rupanya songket tabur ke songket bunga tabur entah orang panggil. Yang penting songket bunga tabur tu lebih mahal dari songket biasa.

Harga tu tolak tepi lah sebab takde beza pun bunga tabur ke bunga tersusun. Yang Aini wondering de amor sekarang macam mana rupa dress tu kalau guna songket bunga tabur. Try google jugak tapi tak dapat tangkap lagi rupa dress tu. Huhu. bila kak yani cakap "jangan risau, cantik punya" terus tenang sikit hati. hihi. nah amek contoh songket Aini :)


No comments:

Post a Comment