OhMyIklan

Tuesday, 16 December 2014

104. Trend Bilik Pengantin 2015 - Tirai Simple

Assalamualaikum, hai readers. Meh Aini nak share sikit tentang trend bilik pengantin untuk tahun 2015. Mengikut pemerhatian Aini *macam buat thesis la pulak* hiasan bilik pengantin ni makin lama makin orang tak buat. Serius. Bagi Aini sangat positif, sebab duit tak keluar. :) Ada sebab kenapa kita perlu hias bilik pengantin, kenapa tak perlu hias. Tapi yang tu nanti la Aini story mory ye. Motif sekarang nak share trend bilik pengantin *kalau masih wujud la* untuk tahun 2015 yang akan datang. Semua nya dah back to basic semula iaitu tirai simple.

Ape maksud tirai simple? Maksud tirai simple ialah tirai cuma di bahagian kepala katil, bukan seluruh bilik. Jom kita tengok hasil googlean Aini. Kredit : google dan owner gambar :)





See the perhiasan? Memang gambar ni dah lama, bukan baru lagi. Tapi motif Aini nak tunjuk yang semuanya tirai yang simple dibuat di kepala katil. Nak lebih menarik? Letakkan rose petals bentuk LOVE gitu atas katil. Contohnya :



Kalau tak dapat rose petals betul-betul, beli artificial punya pon boleh. Beli dekat TheshopAblog :) Oh ye. Sebelum Aini lupa, dekat tirai tu up to you nak letak bunga sikit-sikit atau biar kosong. Trend ke tiga yang dijangka hit untuk 2015 ialah penggunaan gambar besar gedabak di satu sudut bilik, sama ada di kepala katil atau sudut lain. Contohnya :


Sekian dulu trend bilik pengantin untuk 2015. Tak perlu spend banyak pun ekceli. Tak hias pun takpe kot. Hihi. Yang penting, untuk 2015, no more tirai balut satu bilik, no more hiasan frame di katil, no more bunga bungaan yang sarat, no more kelambu pengantin. Enjoy planning :)

2 comments:

  1. Kita takde decoration bilik pun. Hehehehe. Jimat !

    ReplyDelete
  2. Cantik.. Suka deco bilik pengantin.. Special untuk sendiri dan suami..Penting juga hias bilik pengantin ni..Tapi jangan sampai membazir..^_^

    ReplyDelete