Assalamualaikum, hai readers. Memandangkan cuti sekolah kali ni Aini nak setelkan terus barang hantaran sebab malas nak pikir kemudian hari memudahkan kerja Aini, mula lah sesi membeli barangan hantaran untuk Aini bagi Ridzuan hari Ahad baru-baru ni. Niat di hati nak beli jam dulu. Mak ai, gila lah mahal. Nasib baik lah Ridzuan tak hentak kaki macam budak kecik tak dapat aiskrim. End up kami beli online je. Nak tau story pasal jam tu? Nanti Aini story mory eh. Again, entah lah bila tu. haha.
Dah siap wrap sume. Beli dekat Parkson, Berjaya Megamall Lower Ground Floor. Tapi tak tau lah time korang baca post ni masih ada ke tak orang jual sebab hari tu dia cakap sampai stok kat situ habis je. Macam mana end up beli jenis ni pun satu episod drama jugak. haha. Sebelum tengok movie yang seriusly bosan gilos Hunger Game, *Alia, take note.kihkih* kami dah masuk tempat tu, pilih 4 jenis perfume. Sume bau soft soft je. Luckily (I hope Ridzuan feel the same way too) kami ada taste yang sama tentang perfume. Baik untuk perempuan, mahupun lelaki. Kami suka bau yang soft je. Tak menyakitkan hidung sampai rasa nak muntah.
Mula-mula macam tak pernah dengar pon jenama Bi-es ni. Promoter tu cakap dari Korea. Langsung tak percaya. Nak tipu see the leg lah. Tapi end up beli jugak sebab jatuh hati tergolek golek dengan bau nya yang cun. Lepas ni bau Ridzuan dah sama ngan Jong Kook lah. hahaha. Harga tau berapa? RM130 untuk dua perfume. Tak pernah beli perfume semahal ni. Pernah ada DKNY cap tiruan beli kat pasar malam RM15 rasa macam dah mahal. Hahaha. Tapi bila kakak cakap "murah dah ni", end up suka jugak. Hihi. Ridzuan? dua belas kali ganda suka dari Aini padahal perfume sekarang tak abes guna lagi, ada satu lagi stock dari avon tak bukak bukak then ni beli lagi dua. So Aini expect dah takde story pasal perfume lelaki dalam OHMYWEDDING lepas ni. kahkahkah.
Nak tau tips? Takde tips kali ni. Belasah je mane korang suka. Satu perasaan yang tak boleh dilupakan bila lepas kami bayar, tunggu promoter tu wrap perfume tu, kami jalan-jalan kat area perfume then tengok takde pon harga semurah yang kami bayar tadi. Dalam hati, mujur dah pilih yang tadi. Kahkahkah. Only cute bride-to-be can understand that feeling.
sy paham feeling tu.. hehehehe :p
ReplyDeletegood...maksudnya rina cute...hehe
Delete