Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit pasal photobooth backdrop. Dulu sombong sangat tak nak buat konon. Hahaha. Sekali Alia cakap nak sponsor, senyum sampai telinga. Nasib baik lah time Alia cakap nak sponsor tu, jumpa promosi kaw kaw. Kalau tak, harus grab yang paling mahal. Hahaha. Maka, Aini memilih untuk menggunakan khidmat KadKahwin GalaxyCintaDesign sebagai pembuat photobooth backdrop untuk wedding sampai majlis sambut menantu Aini. Well, jimatkan selagi boleh. I kan pengantin bajet.
Cuba teka berapa harga backdrop bersaiz 7x7? RM150? Tak, bukan! RM130? Bukan jugak! Drum roll please... Harganya cuma RM70. Dengki lah tu Aini dapat harga murah. Hihi. Selain Aini yang happy, mesti lah Alia lagi happy. Double the happiness, prosperity! Rasanya sekarang dah tak bukak harga ni sebab masa tu nampak promosi untuk yang bayar hujung minggu lepas (3 hari) je. Rugi pulak tak buat entry ni awal-awal. Nak buat macam mana. Mood tak sampai. Hihi.
Sila lah pujuk owner link di atas kalau nak promosi lagi. Muahahaha. Tapi jangan cakap Aini yang suruh. Oh ye. Aini juga mungkin akan menggunakan perkhidmatan pihak yang sama untuk mesettlekan Aini punya kad kahwin nanti. Since majlis Aini lambat lagi, maka hold dulu lah backdrop ni. Cuma nak tunjuk sikit design-design yang mungkin menjadi pujaan hati Aini.
6 option pertama
6 option last
Baru lepas go through dengan Alia. Semua design reject. Hahahaha. Last last google dapat design baru. Harap-harap boleh diterima. BD1003 yang paling menarik hati Aini sebenarnya, tapi takde nama pengantin lah pulak. Oh ye. Kalau kat photobooth backdrop nanti nak tepek sekali ohmywedding agak-agak ada extra caj tak? Promote itu penting woih memandangkan blog ni tak gagah mana. Aini rasa yang paling menjadi pilihan orang ramai mesti BD1006. Motif? Boleh letak gambar sendiri saiz real punya. Kalau tak sempat bergambar dengan pengantin, kt replika pun jadi. Nice idea.
Sila doakan design yang kitorang nak dapat dibuat dengan senang. Amin...
No comments:
Post a Comment