OhMyIklan

Friday, 27 February 2015

132. Bila Tukar Timing Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Selain dari nak mencari tarikh walimah, nikah, bertandang dan sebagainya, nak cari timing untuk nikah pun susah wooo. Kejap-kejap nak pagi, kejap nak petang, pastu tukar malam pulak. Ahhh sudah. Nampak macam remeh, tapi bagi Aini, benda ni akan effect keseluruhan majlis.

Mula-mula plan cantik dah. Ikut macam kakak. 

Nikah Jumaat malam Sabtu.
Mak andam datang make up kan nikah & sanding esok.
Payment OP majlis utk 2 hari.
Bridesmaid ready 2 baju.
Sanding hari Sabtu dengan tenang.
Tempah homestay utk family Ridzuan.
Aki dengan tok tido kat umah ni jumaat malam tu.
Setel.

Lepas bincang-bincang semula utk kemudahan banyak pihak (me?excluded), timing untuk nikah pun bertukar dengan jayanya. Yeah. Gasak lah.

Nikah pagi sabtu.
Family Ridzuan datang dari rumah mereka (1 jam perjalanan) pagi tu.
Nikah around pukul 9-10 pagi.
Pinjam rumah jiran untuk keselesaan family Ridzuan menunggu utk sanding.
Lepas nikah, rushing sikit utk siap-siap sanding.
Mak andam make up time pagi, then touch up je utk sanding.
Make up confirm tebal gila pagi tu. Dayang senandung kah aku?
Bridesmaid akan ready 1 baju je.
Aki ngan tok gerak pagi sabtu je.
Hurm. Setel.

Tak berapa tenang sebenarnya pikir nanti rushing tak? Memang rushing. Tapi kak yani (mak andam tersayang) dah bagi tips sikit.

-pastikan Aini orang pertama dinikahkan tok imam pagi tu. Akan kuhasut ayah guna kuasa veto. Haha.
-Bridesmaid akan bekerja keras. no, extra keras. Tugas-tugas akan diagihkan malam sebelum tu lagi.
-Segala kerja yang boleh buat malam sebelumnya, contoh, photobooth perlu di buat malam.
-Tido awal malam sebelum tu. Confirm cadangan ini ditolak.
-Kena banyak bincang dengan kak yani, bridesmaid and family sebelum majlis.

Setakat ni tu je dulu. Tolong doakan ye perjalanan majlis lancar je. Kalau boleh, tak nak drag masa. Kalau pukul 1.30 dah siap makan, kira cun dah. Sebab motif utama ialah nak layan tetamu :) 


1 comment: