OhMyIklan

Saturday, 2 May 2015

152. Cincin Ridzuan Made In Wah Chan

Assalamualaikum, hai readers. Seronok bercuti? Haruslah kan. Kami menggunakan masa cuti ni untuk setelkan beberapa perkara yang tak seberapa. Haha. Setel bank in itu ini, draf peta kad kawin, pilih kad kawen, tunggu design yassin dan macam-macam. Dah mula rasa neves? Belum! Tapi takde la rasa serabut ke apa. Belum lagi kot. Kalau rasa serabut sikit, mula lah mengadu dengan roomate tersayang. *takpe, dia tak baca post ni*

Hari ni nak cerita pasal cincin Ridzuan yang kami beli dah lama dekat Wah Chan Kuantan Parade. Bukan kat kedai betul, dia kat luar-luar je.

Aini : Nak beli cincin macam mana?
Ridzuan : Silver.
Aini : Warna?
Ridzuan : Hijau.

Ringkas dan padat. Haha. Kalau kat Wah Chan yang belah dalam Kuantan Parade tu mostly emas-emas banyak. Yang kat luar banyak cincin silver. Ni antara koleksi yang Aini curi-curi amek gambar:

banyak gila kan? ni koleksi silver ring for men sahaja

Sebelum singgah sini, ada jugak jeling-jeling kat kaunter kedai emas lain area Kuantan Parade tu. Cincin silver sahaja RM500++. Kami ni pengantin bajet. Nak meminimakan bajet untuk cincin Ridzuan.  Decide nak gi Wah Chan sebab time tu ada offer 1/2 harga. Yes! SEPARUH HARGA. Duduk lama jugak memilih daripada design atas ni. Memang tengok yang warna hijau je la dah tu pilihan Ridzuan. Bagus jugak ada Ridzuan, dah mengurangkan calon cincin yang banyak kepada 10++ cincin je. Hihi.

Dan ini pilihan Ridzuan yang diapprove oleh Aini :

sorry for low quality

Lawa kan? Simple yet sweet. Kat tepi tu ada macam diamond dot sikit kiri kanan. Harga? RM220 selepas dipotong half price. See. Jauh beza dengan kedai lain. Kenapa nak berbelanja lebih kan? Yang penting puas hati! PERINGATAN : jangan beli cincin suasa untuk bakal suami anda kerana di dalam suasa ada emas jugak.

Time ni, tak tau lah ada lagi ke tak half price kat Wah Chan ni. Harap-harap ada lagi la. Pergi grab cepat! Tak sabar nak sarungkan cincin ni kat Ridzuan nanti. Mula dahhhhh gatal!

No comments:

Post a Comment