OhMyIklan

Monday, 4 May 2015

153. Setahun Menjadi Tunangan Orang & Tips Bertunang Lama.

Assalamualaikum, hai readers. Setahun lepas, kami selamat menjadi tunangan dan tak berapa selamat lagi sebab belum nikah. Hihi. Masa decide nak bertunang tu dah sepakat yang kami akan bertunang lama. Lebih setahun tu consider lama la kan? Aini and family tak kisah. Pihak Ridzuan pun tak kisah. Ada jugak yang nasihatkan cepatkan majlis kahwin atau lewatkan bertunang. Cepatkan majlis kahwin boleh consider lagi. Tapi lewatkan bertunang memang tak lah. Hahaha. Dah kerja, mana lah nak pikir nak bertunang pulak. Tanda buku pun tak habis habis lagi. Hihi.

Memang ada banyak pros and cons untuk bertunang lama ni. Pros and cons semua kami dah bincang hati ke hati sebelum bertunang lagi. Nasihat Aini, kalau nak bertunang, jangan lah lama-lama sebab orang cakap dugaan masa bertunang ni kuat dia lain macam. Tapi, kalau dah tu memang option yang ada, meh Aini share sikit tips-tips yang boleh jadi panduan kita bersama.

1. Banyakkan bincang sebelum bertunang dengan pasangan. Pastikan sama-sama tau apa kebaikan dan keburukan bertunang lama-lama. Kene set dengan diri untuk jadi kuat bersama pasangan.

2. Jangan buat perangai macam belum bertunang. Kalau sebelum ni kaki moody, rasa nak terajang orang je selalu, dah bertunang nanti tak payah nak buat perangai sangat. Control ye. Kang cepat je rasa nak putus tunang,

3. Banyak kan spend masa dengan bakal keluarga. Practice kehidupan lepas kawin.

4. Bagi ruang dekat tunang nak main futsal ke, nak tengok running man ke. Tak semestinya tunang korang mesti nak hadap korang je 24 jam.

5. Banyak kan doa dan mintak nasihat dari orang tua. Tapis dan dengar serta ikut mana yang mampu.

6. Pedulikan kata-kata orang pasal kalau bertunang lama risiko nak putus tu tinggi. Yang bertunang kejap pun boleh putus. Hahaha.

7. Jangan simpan walau sedikit pun ruang untuk berasa bosan dalam hati jantung tu.

8. Jangan chat dengan lelaki atau pompuan lain. Kalau ada, jujur terus.

9. Jangan kerap sangat berjumpa. Tiap-tiap hari jumpa memang risiko nak gaduh tu tinggi la. Hihi.

10. Prepare mentally and physically. U can do it!

Nah tepek sikit sekeping gambar setahun yang lepas :


1 comment:

  1. Salam,
    sy skrg dalam ikatan bertunang n now dh 11bulan bertunang. lg dua bulan nk lgsung majlis.
    Alhamdulillah berkat doa n solat dpt juga kitorang hadapi pelbagai dugaan smpai ke hari ni..
    masalah moody tu awal2 bertunang je trbwk2 tp selepas 3 bulan brtunang masing2 dh faham diri pasangan. Pada awalnya kurang yakin utk bertunang lama, tp bila difikirkan allah selalu ada dengan kita, so dari situ sy n pasangan yakin utk brtunang lama bg memudahkn kitorg buat persiapan kawen dari awal. apa2 pn pd yg lain kalau nk bertunang tu tolong ingat Allah n ingat mati.. dari situ je dh dpt belajar byk perkara utk ubah diri jd yg lebih baik. :)

    ReplyDelete