OhMyIklan

Monday 29 September 2014

73. Majlis Bertunang Sederhana? Jangan Rasa Rendah Diri.

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni post berbentuk penegasan. Aini banyak kali cakap tulis yang majlis bertunang tu ikut kemampuan, in fact, kalau tak nak buat pun takde masalah. Jimat duit, kembung poket kalau tak buat. Kalau buat, sederhana lebih memadai. Yang penting, ikut kemampuan. Ingat senang ke nak buat majlis? Orang lain tau mengumpat je. Meriah salah, sederhana salah, tak buat lagi lah kena mengumpat.

Bagi anda yang mempunyai majlis bertunang yang simple atau sederhana, tak perlu rasa rendah diri pun, plus anda sepatutnya berbangga kerana tak terikut-ikut budaya sekarang. ukur baju di badan sendiri dik. ukur kat badan orang lain nanti ketat atau longgar. Tak nafikan ada yang berhabis ribu riban untuk majlis bertunang (Aini lah salah seorangnya), tapi tu pilihan masing-masing.

Fikirlah bahawa untuk wedding nanti lebih banyak duit akan habis. Kalau wang hantaran tu ratus ribu mcm Datin Paduka Eina Azman tu dapat lain citer lah. Tapi zaman sekarang walau bagi RM15k pun, belum tentu cukup. Maka, savinglah sehabis baik yang mungkin. Pembaziran tu amalan syaitan.

Pesanan kepada kita yang cuma tau pasal majlis bertunang orang lain, tolong jangan diskriminasi. Semua majlis orang nak kondem. Bukan guna duit poket anda pun. Jom tengok total damage untuk majlis bertunang Aini & Ridzuan hari tu (hari tu? dah lebih 4 bulan kot. haha)

Baju+Veil+Selendang = RM400+-
MUA = RM80
OP = RM300
Pelamin = RM400
Hantaran = RM 150

Total = RM 1330+-

*belum campur makan ye*

Maka? Simpan kekuatan untuk rasa independent dan tak pedulikan orang lain. Be confident, yang penting niat tu ikhlas kerana Allah :)

ps : b2b blogger dialu-alukan utk tinggalkan link anda untuk Aini follow . mekaceh.

Wednesday 24 September 2014

72. Mood Nak Kahwin Bermula. Selamat Pengantin Baru Rakan Bloggers!

Assalamualaikum, hai readers. Wah. See the title? Sebenarnya mood ni da lama ada, cuma baru hari ni nak show off. Haha. Tolonglah bagi semangat kat Aini biar rajin sikit berblogging, boleh? Maybe selepas ni dah tahu nak bahagikan masa antara blog dengan kerja. Jangan ingat kerja cikgu tu senang ok? Bila dah kerja ni baru tau mulianya dan tingginya martabat seorang guru tu :)

Dikesempatan ini Aini nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan TAHNIAH kepada rakan-rakan bloggers yang baru mendirikan rumah tangga. Lepas ni confirm Aini akan terjah blog mereka selalu. Dah la awesome-awesome sume.


Eksklusif Aini ucapkan untuk :






Tahniah ye semua :) Aini belum ada kesempatan nak blogwalking. Setakat baca tajuk je. Tapi tau lah korang da kawen. hihi. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit hingga ke syurga :) Amin. Aim lepas ni, nak setelkan publish pasal tunang sebelum mula cerita pasal kawen. Wah. Seriusss? Doakan Aini diberi kerajinan yang konsisten.  *pemalas mode is turning on, always*

Akhir kata kepada semua b2b, sila terjah blog-blog di atas. Aini yakin anda akan kekaguman, kehappyan dan ke---an yang lain-lain lagi.

Till then, assalamualaikum.

Tuesday 23 September 2014

71. Wakaf : Necklace Stand KOD 08

Assalamualaikum, hai readers. Barang ke lapan untuk diwakafkan, necklace stand. Necklace stand ni Aini tak pasti berapa RM kalau beli atau sewa. Baiklah guna yang wakaf kan? Inilah gambarnya. Tadaaaa....

gambar ihsan group bride-to-be malaysia

abaikan bunga bungaan tu ye. berminat? pm Aini. :)

Monday 22 September 2014

70. Wakaf : Veil KOD 07

Assalamualaikum, hai readers. Aim nak abes kan citer pasal wakaf ni dulu. Lepas tu baru nak story mory pasal kawen. Alahaiii. Hantaran tak buat tutorial lagi. Padahal bertunang dah 4 bulan lebih dah. Takpe lah. Rilek brader brader rilek. Jom cekiaut detail dan pic veil seterusnya :

Warna : Pink
Bentuk : Halfmoon
COD : Penang & Kedah





Berminat? You know what to do. :)

Check out our next post : 71. Wakaf : Necklace Stand KOD 08

Thursday 18 September 2014

69. Wakaf : Veil KOD 06

Assalamualaikum, hai readers! Kembali berblog. Hari ni tergerak hati nak bukak blog, tiba-tiba terperasan yang mostly gambar dlm blog ni xbley bukak...adoyai. Masalah netbook ke ape? Sabo je lah. Jom tengok detail & pic pasal veil ni :

bentuk halfmoon

detail veil kat tepi

the details jugak

veil pada pemakai

belanja gambar sekeping

Semua gambar kredit to : mamaroti.blogspot.com
Untuk keterangan pasal veil, boleh refer link di atas.

Nak gunakan veil wakaf? Boleh pm Aini di sini.

Check out our next post : 70. Wakaf : Veil KOD 07

Tuesday 2 September 2014

68. Cuti Rehat Khas dari OMW untuk DUA MINGGU.

Assalamualaikum, hai readers. Walaupun agak 'poyoyopop' title nye, haruslah diuar-uarkan jugak. Currently sangat busy lagi-lagi lepas student Form 5 baru habis trial SPM dan muka ni jugak menanda paper AddMath mereka. Hari sukan. De' Chempedak Guest House, rasa nak pengsan dah. Maka, Aini meluluskan cuti untuk diri sendiri selama dua minggu (3 Sept-17 Sept). Huahuahua. Macam bos pulak luluskan cuti ntok diri sendiri ni. InsyaAllah akan berblog macam biasa lepas ni. Bagi yang nak mewakafkan barang atau nak guna barang wakaf, masih boleh pm facebook Aini macam biasa. :)

Oh ye. Jangan ingat Aini tak stalk blog korang ye. I am watching all of your blogs.

Sesiapa yang nak menginap di Teluk Chempedak, bolehlah singgah di De' Chempedak Guest House. Promote tetap promote!