OhMyIklan

Tuesday 27 January 2015

122. Sila Jangan Viralkan Perkara Yang Anda Tidak Tahu Kesahihannya!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni entry yang berbentuk teguran kepada semua yang sangat suka menyebarkan berita yang mereka tak tau kesahihannya. Kenapa? Anda ingin menjadi pemberita pertama? Tak nak ketinggalan atau tak nak jadi nombor dua? Baru-baru ni kecoh dalam dunia bride to be tentang seorang photographer yang kononnya menipu customer beliau. Siap printscreen semua. Dan semua orang pun kondem. Dah nama pun orang Malaysia kan. Bab kondem nombor 1. Dalam sehari lepas Aini nampak kisah tersebut, akhirnya si photographer buat pengakuan bahawa customer tersebut tidak membuat payment dalam masa yang ditetapkan.

Difitnah okay. Difitnah. Ingat senang ke hidup kita kalau kita difitnah? Semua orang dah viral kan kesalahan kita. Korang ingat ada ke orang yang akan viral kan balik ketidaksalahan kita? Ada, tapi tak ramai. Kalau kita antara yang telah viralkan fitnah tu, agak-agak kita akan viralkan semula tak kesalahan kita tu? Tepuk dada tanya kejujuran.

Ye, Aini tau mostly bride to be berurusan melalui facebook, ig dan sebagainya. Aini pun berurusan ikut facebook je. Mudah. Maka, risiko untuk ditipu tu jatuh ke atas empunya badan masing-masing. Jangan lah anggap "eleh Aini cakap senang lah" Saya juga pernah ditipu! Apa yang saya ingin tekan kan di sini ialah tidak semua peniaga atas talian ini menipu. Masih ramai lagi yang jujur. Jika anda salah pilih, mungkin rezeki tak berpihak kepada anda. Sila buat tindakan selanjutnya.

Again, sila jangan viralkan perkara yang anda tak tahu kesahihannya. Memfitnah itu dosanya lebih teruk daripada membunuh. Tak perlu untuk siasat seperti andalah FBI, polis atau makcik ketua kampung. Cukuplah dengan diam dan tidak share!

ps : akan cuti daripada berblog untuk seminggu. InsyaAllah akan kembali pada minggu hadapan dengan entry yang lebih segar :) 

Sunday 25 January 2015

121. Pelamin Terkini Dari Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Mood blogging sudah kembali. Yeehaaa. Menggunakan masa yang ada untuk maraton menaip. Hari ni nak cerita pasal Rumah Kebaya Malaysia. Nak cerita yang terkini sahaja. Selalu gosip dengan Linda pasal RKM. "eh, lawa gila u baju kt fb RKM yg baru upload tu"... "Eh... I ade tengok jugak pelamin dia" Hot topic tau koleksi RKM ni. Hihi. 

Pelamin RKM sangat grand ok. Walaupun pelamin nikah kat rumah, masih amat grand. Tak percaya?

tradisional gitu. Sesiapa yang minat tradisional boleh tengok ni.

wow kan? para para sakura.putih suci murni buat pelamin ni lagi grand.

melting tengok pelamin ni. pelamin rumah tau. bunga bungaan kat belakang tu sangat sarat dan mewah. 5 bintang 1 bulan Aini kasi.

minah pink mamat purple boleh tengok ni.

yg ni tradisonal jugak. ala ala jawa.

stage dewan yang besar perlukan pelamin yang meriah? Tak perlu. Nanti tenggelam pengantin. Pelamin RKM yang simple dan elegan ni dah mampu buat tetamu teruja nak posing atas pelamin sekali. Hihi.

Honestly, Aini bukan lah traditional bride. Maka, yang bunga-bunga lah menjadi pujaan hati. Memang wow weh pelamin pelamin RKM ni, especially yang warna putih tu. Memang menjadi bualan orang ramai lah. Nak cuci mata lagi? Boleh, boleh. Sila layari facebook Rumah Kebaya Malaysia. Memang tak rugi lah.

ps : RKM ada sediakan hadiah menarik untuk followers ig RKM. Apa lagi? Follow sekarang!


Wednesday 21 January 2015

120. Review : Aqeela Collections

Assalamualaikum, hai readers. Dari dulu nak menaip entry ni tapi tak tertaip taip. Hehe. Kali ni nak review sikit Aqeela Collections yang jual handbag Aini untuk hantaran tu. Basically, Aqeela Collections ni jual baju baju, dress dan pakaian pakaian lain :) Tapi maybe dropship kot untuk beg 4 in 1 tu. Rezeki Aini gamaknya. Lepas beberapa hari Aini compare, Aini tengok beg kat Aqeela Collections paling murah. Hihi. Bab murah memang laju je kan.

Jom kite tengok apa yang Aqeela Collections jual :





Teringin jugak nak beli dress bridesmaid dengan Aqeela Collections. Tapi bajet nye tarak. Hihi. Untuk membeli barang-barang dari Aqeela Collections, boleh singgah kat facebook beliau atau whatsapp nombor tertera. Semoga perniagaan Aqeela Collections terus maju jaya :)

ps : mood update blog selalu ke laut.

Monday 19 January 2015

119. Ahmad Fairus Art & Artistic Photography Malaysia | Jakarta

Assalamualaikum, hai readers. Lama tak bersiaran sebab super duper busy. Almaklumlah, baru bukak sekolah. Kerjaya harus diutamakan. Cehwah. Lagipun mood tu silih berganti. Alasan. Hari ni nak story sikit pasal one of my favourite photographer yang dari dulu dok ushar dari jauh je. Haha. Masa mula-mula tengok hasil kerja beliau, terus simpan angan angan nak buat pre wedding dengan Ahmad Fairus Art & Artistic Photography. Kenapa? Sebab gambar beliau awesome gila! Disebabkan Aini dah jatuh hati dengan kekreatifan beliau, Aini nak semua orang jatuh hati jugak. Hahaha. Mane syok jatuh hati sorang-sorang kan?

olololo sweet nye ;)

nice shadow

cantik indah tak terkata. walaweh.

one of my favourite pic ever.

at first, i just imagined that the OP is spiderman

Ridzuan. Ridzuan. Ridzuan. 3x seru nama ni. Haha. Sila berangan kita shot mcm ni.

kuda oh kuda.

lawa sangat-sangat angle ni. fuhh.

Amacam? Kagum kan? Kepada bride to be especially area Shah Alam, boleh la jenguk-jenguk Ahmad Fairus Art & Artistic Photography, serius tak menyesal. Aini dah pernah jumpa dah Encik Fairus ni. Orangnya sangat down to the earth. Sangat senang berurusan dengan Encik Fairus. Peramah dan sangat disenangi. Ridzuan pun puji. Banyak lagi gambar-gambar yang akan menawan hati anda. Memang sangat kreatif lah Ahmad Fairus Art & Artistic Photography ni. 10 tahun pengalaman tu. Orang kuat Myphotographer Malaysia lagi. Sapa mau lawan? 

Soalan cepu emas intan berlian : bila lagi Ahmad Fairus Art & Artistic Photography nak buat contest untuk blogger blogger ni? Tetttt. Krik. Krik. Krik. Akan ku paksa Farhana join untuk wedding beliau. Hihi.

Kalau berminat untuk hire Ahmad Fairus Art & Artistic Photography sebagai OP anda atau nak tau quot harga dan lain-lain, boleh terjah facebook Ahmad Fairus Art & Artistic Photography. Sila cuci mata ye. Confirm bersih mata anda sebab sangat kagum dengan kekreatifan beliau :) Aini harap Ahmad Fairus Art & Artistic Photography akan terus berjaya dan dalam masa yang sama masih mengekalkan sifat-sifat yang disukai pelanggan seperti sekarang :) Oh ye. Boleh jugak whatsapp En Fairus di 012-3390943. Semoga berjaya dunia akhirat.

Friday 16 January 2015

118. Official Photographer Punya Quot Harga Dah Keluar.

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk bukan main kan. Haha. Dan dan je mengaku OP padahal deposit tak bayar lagi. Oh ye. Dengan ini secara tidak rasminya kami, Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak dan Wan Aini Ashikin binti Wan Razali melantik :


sebagai jurufoto rasmi majlis kami untuk nikah, sanding dan bertandang. Tamak. Padahal dah suka sangat hasil kerja mereka, haruslah grab dari tunang sampai bertandang kan. Eh, sampai bertandang? No No No. Sampai post wedding ok? Post wedding tu lepas majlis bertandang kot. Tak tau lagi. Tak rugi lah hire mereka untuk tunang dulu. Dah nama pun rezeki kan. Rezeki mereka dapat client ntah apa apa macam Aini dan rezeki Aini dapat fotog awesome gila dari mereka.

Jadi, kalau anda dari Kuantan, Pekan, eh tak kisah la mana-mana since diorang boleh travel, especially dari Pahang yang nak kan fotog yang awesome, kreatif, mampu milik (affordable), customer service yang thoorrrbaik, sila lah jenguk-jenguk SedetikLebih Photography. Oh ye, Aini tak boleh kongsi lagi pakej yang kami alter sama-sama dengan anda. Alasan? Belum bayar deposit. Hahahaha. Nanti dah bayar, Aini buat entry khas okay? Kalau time tunang dulu deposit RM100 memang lah tak payah bayar takpe. Ni dah tinggi sikit amaun nya, risau lah kalau cancel kan. Gurau.

Eh. Tajuk lari sangat dengan isi ni ape kes? Kepada pembaca-pembaca baru, jangan terkejut ye. Memang macam ni selalu. Rasa macam dah boleh hafal teks dah. Haha. Cek dis aut :


Sebenarnya, quot ni dah keluar minggu lepas. Biasa lah update lambat. Normal. Hahaha. Kalau update cepat yang tak berapa normal. Amacam? Mampu milik kan? Dah percaya? Aini tak setuju kalau ada yang cakap kena amek fotog yang murah. Memang ada yang murah melampau sampai tak tau lah kat mana yang diorang untung. Pentingkan kualiti ye sebab gambar tu lah yang kita akan tengok sampai tua. Nak tunjuk kat anak cucu. Tak semua fotog yang murah tu low quality. Tapi pandai pandai lah pilih ye.

Nak pakai saga atau vios? Dua dua kereta. Saga murah, vios mahal sikit. Kenapa? Macam tu lah konsep dengan fotog ni. Eh, membebel pulak kat entry OP ni. Ada 7 pakej yang SedetikLebih ni sediakan dari pakej bajet sampai golden. Pilih lah yang mana berkenan di hati. Untuk keterangan lanjut, boleh tengok dekat facebook SedetikLebih Photography atau call/whatsapp 0196602644 Faiz Ishak. 

Kepada SedetikLebih Photography, sila snap gambar kami cantik cantik, boleh tepek kat quot harga 2016 atau promo pape pulak ye. Heh.

Wednesday 14 January 2015

117. Teaser Baju Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Semangat berkobar kobar taip entry ni. Guess what? Baju nikah yang akan dipakai lagi beberapa bulan dah di tangan. Mesti ada yang cakap "awalnya.." Takpe je awal-awal pun. Asalkan ingat letak kat mana. Haha. Warna? Mestilah ikut tema. Choral Gold. Tapi Tapi Tapi. Baju tu agak besar. Selama ni pakai 36-38. Order yang ni saiz 38. Nasib baik mak nak buat lisu. Untung jugak baju besar. Tak perlu diet. Hihihi. Tak sabar nak pakai.



Overall? Puas hati. Nanti Aini akan review seller yang bertanggungjawab mencantikkan baju ni.

Monday 12 January 2015

116. Kenapa Perlu Hias Bilik Pengantin?

Assalamualaikum, hai readers. Nampak benau mood membebel nya dah sampai. Mula-mula memang tak nak hias pun bilik pengantin. Biar togel je. Sebab pikir membazir. Nasib baik takde dalam pakej mak andam hiasan bilik pengantin. Dan nasib baik jugak my bridesmaid Aynen boleh tolong buatkan :) That's why i love her. ;) Adalah beberapa sebab yang perlu untuk hias bilik pengantin ni. Lagi-lagi kalau buat majlis dekat rumah kan. Kalau yang buat dekat dewan tu tak payah ada rupa bilik pun tak pe.

1. Tempat untuk makcik makcik tok nenek sedara nak tengok pengantin pompuan bersiap. Kejap kejap ada makcik masuk bilik nanti cakap "lawanya pengantin...bla...bla...bla..." lepas tu keluar. Tak kan lah nak bagi sedara mara sume tengok bilik tak lawa kan.

2. Tempat shoot gambar. Yang ni memang tak sesuai untuk Aini, tapi Aini kongsikan jugak. Sebelum make up and semasa make up OP anda akan menggunakan kuasa kamera muncung masing-masing untuk dapatkan shot yang menarik. Tak kan tak nak hias sikit pun kan. Lepas sanding pun sama. OP akan shot macam macam jenis shot dari untuk tontonan umum sampai 18sx. Hias lah sikit.

3. Ehem. Time nak lepak dengan kawan-kawan beberapa minit sebelum jadi bini orang, mesti lah dalam bilik kan. Kalau tak nak kena mengumpat dengan kawan, hias lah even sikit.

4. Mood oih. Mood yang mahal tu. Kalau make up time nak nikah sama macam make up nak pegi kerja je bilik nya takde feel lah kan. Lagu kompang di palu pun jadi lagu ombak rindu je.

5. Malam pertama. Korang paham paham sendiri je lah. Anggaplah berhias untuk suami jugak.

Tak tau dah alasan ape. Tapi bagi Aini, sebab ikut cakap mak. Hihi. 

Saturday 10 January 2015

115. Sesi Survey Di Cowboy With Alia

*AMARAN : ENTRY YANG BANYAK GAMBAR YANG AKAN MEMBUATKAN ANDA KAGUM*

Assalamualaikum, hai readers. Hari tu (nampak sangat tak ingat bila) buat lah sesi survey survey dengan future bridesmaid Alia :) She is single and available. Aim kitorang haruslah di cowboy Kuantan. Rasanya boleh jadi one stop centre ni kalau nak kawin kawin datang sini. Mujur yang amat lah Alia ada, ada jugak peneman yang boleh pusing 3 cowboy secara berjemaah. Haha. Thanks beb. Jom tengok hasil survey kami :

lollipop 60pcs berharga RM4.80. Jatuh 8sen sebatang.

brown paper bag cap telefon helo helo RM3.50 untuk 100bag. Jatuh 3sen setengah setiap paper bag.

40 paket Mimi RM6.70. Jatuh 1 paket 17sen.

200 biji gula gula cloud 9 berharga RM11.90. Jatuh harga 6sen sebiji.

towel kesat peluh Rm19.90 tapi tak ingat berapa helai,

Mamee monster RM9.90 pun tak ingat berapa paket dalam tu.

sila tengok harga sendiri. beli yang carton tu Rm30.90 untuk 600pcs. Nak cari kat mana lagi murah?

30 paket pis ni (tak tau nama ape) berharga Rm4.10. Jatuh 1 paket 14sen je.

doily paper putih. Rm3.90 untuk 200pcs. Jatuh la almost 2sen.

yang ni lawa tapi tinggal 1 paket je..RM3.90 untuk 100 pcs. Jatuh lah almost 4sen.

sejadah besar, bukan mini RM6.95 sahaja.

towel besar ni Rm11.80 untuk 12pcs.

yang ni sejadah mini Rm4.90

bunga manggar RM2.95 untuk 20pcs.

bunga telur Rm26.90 sahaja untuk 50pcs.

towel yang ni mahal sikit dr yang tadi.

paper bag kecik Rm5.90 untuk 100pcs.

Amacam? murah kan? Kalau nak tengok barang-barang macam ni pegi lah ke Cowboy ye. Agak-agak orang cowboy baca tak blog ohmywedding ni n bagi diskaun lagi?? Hahaha. Oh ye. Gambar-gambar kat atas ni takde satu pun kitorang beli. Nama pun survey.....

Thursday 8 January 2015

114. Idaman Kalbu : Myra Gift

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sikit plus bagi idea kepada bride-to-be di luar sana yang nak cari gift untuk tetamu yang unik tapi affordable. Sorry to say lah, first time tengok gambar dah jatuh hati. Maka, Aini nak kita jatuh hati sesama. Haha. Yang menjadi idaman kalbu Aini ialah gift dari Myra Gift. Dah lama sangat nak review tapi asyik lupa je. Memandangkan sekarang takde progress sangat untuk wedding Aini, kita story lah. :)

Nak tengok apa yang Myra Gift sediakan untuk customer? Check it out :

yang Aini nampak ada towel kecik, maybe shower foam dengan shampoo.

Yang ni nampak banyak sikit item kan?


Cute je tau.


Yang ni pulak versi dalam box.


Dalam kotak piramid ni ada perfume comel :) 


apa tunggu lagi? Whatsapp lah..

Nak tau harganya? 

Uncang - Travel Set (Bath)
- shower gel
- shampoo
- soap
- comb
- tissue
- toothbrush
- toothpaste

min order : 100set
1000set & above : RM3.80
500 - 999 set : RM4
200 - 499 set : RM4.30
100 - 199 set : RM4.50

Perfume 3.5ml with pyramid box

min order : 50pcs
1000pcs and above :RM4.50
below 1000pcs : RM5.00

Mini uncang
- hand towel
- shower gel
- shampoo

min order : 100 set
1000set & above : RM3
500 - 999 set : RM3.20
200 - 499 set : RM3.50
100 - 199 set : RM3.80

Kalau nak sample pun boleh. WA je Myra Gift. Ataupun ada bajet sendiri, bagitau Myra Gift, nanti bincang-bincang lah. Hihi.

Semua harga yang Aini pamerkan dah termasuk packaging, tQ tag. Of course lah warna packaging boleh pilih :) Untuk maklumat lanjut boleh whatsapp number tertera atau tengok facebook Myra Gift. Pernah try try whatsapp Myra Doorgift ni. Customer servis teramat baik :) Aini pun tak tau mana diorang dapat idea buat doorgift ni. And maybe Aini yang ketinggalan kot. Maybe ramai dah buat doorgift ni. Hihi.

Bagi Aini, kalau bride to be semua ada bajet, boleh lah hire Myra Doorgift ni. Gerenti tak menyesal. Plus barang barang dalam tu memang sesuai untuk tetamu lebih lebih lagi yang travel. Anda jugak dapat pahala. :) Jom kita sama-sama support bisnes orang Malaysia !! 

ps : Doorgift ni di luar bajet Aini. Hihi. Usahkan nak bagi kat tetamu 500 orang, untuk VIP 250 orang pun macam over bajet. Pape pun, Aini harap akan hire Myra doorgift untuk event yang tak tau lah bila. Semoga bisnes terus maju jaya.

Tuesday 6 January 2015

113. Nurraysa Beauty Collagen - the best collagen supplement ever!

Assalamualaikum, hai readers! Beberapa hari cuti blogging mengejut tiba-tiba tajuk post terus bagi award you. Yang ni bukan cubaan, yang ni betul-betul. Nak review Nurraysa Beauty Collagen NBC dengan harapan semua orang baca dan akan share kebaikannya :)

Again, ini bukan lah entry berbayar. Kalau berbayar, harus Aini mintak stok supplement free setahun. Haha. Nak tengok macam mana ghupenye NBC tu?

yang model tu pegang la NBC ye murid-murid

Satu kotak ada 20 sachet. Maksimum boleh tahan 20 hari lah kalau konsisten. Harga asal RM150. TETAPI, nampak sangat kan caps lock tu maksudnya penting dan ada offer. Hahaha. Harga offer sekarang ialah RM75 sahaja. Yes. You are right bebeh. 50% diskaun. Haruslah grab sekarang kan? Apa Aini rasa bila lepas makan NBC ni? Rilek dulu. Nak story lagi. I is kepochi kan.

Mula-mula dapat tu memang eksaited bebenor dah. Makan 1x je lepas tu gi Shah Alam atas urusan rasmi. Nak jadikan cerita lupa bawak pulak. Jatuh semangat tau. Nasib baik 2 hari je gi sana. Balik balik tu terus makan dengan konsisten. Konsisten lah sangat kau. Satu hari makan 2 sachet. 1 sebelum sarapan, 1 sebelum tido nan sedar.

Rasanya AMAT SANGAT BEST. Manis sweet sweet caring loving gitu. Tapi jangan risau, tak kan dapat kencing manis nya. Risau tau makcik gayah tu baca. Lepas seminggu makan, Aini dapat rasa perubahan yang sangat best. Contohnya kulit rasa bersih. Pasal parut jerawat Aini tak berani komen sebab tak tengok pun time sebelum amek NBC hihi. Tapi jerawat dah kurang. Takde yang baru naik hokeh. 

Bila dah rasa okey tu dah suka dah. Dah siap plan belanja bulanan dah lepas ni. Hahaha. Boleh tak nak jadi dropship untuk kurangkan belanja itu? Take note agen. Hahahaha. Lepas seminggu tu tengok kotak, eh apasal dah sikit? Tak sedar diri tu yang 14 sachet dah abes makan dalam 6+1 hari. Maka, bermula lah makan 1 sachet sehari. Kulit maintain tapi tak sebest kesan yang amek 2 sachet. Tapi masih ok :)

Aini nak cadangkan kepada mereka yang baru nak cuba NBC ni, sila amek 2 sachet sehari dan minum air masak banyak. Lepas rasa dah sikit sachet yang tinggal okey sikit perubahan yang anda rasa, boleh amek 1 sachet pulak. Yang nak kawen macam Aini sila amek 2 sachet ok.

Plan lepas ni : konsisten amek 1 sachet je. Sebulan sebelum kawen akan amek 2 sachet sehari. Gulp. Kalau ada sponsor, akan ku amek 2 sachet tiap-tiap hari. Hihi. Kalau sekarang ni Aini berusaha untuk cantik masa kahwin, lepas kahwin nak cantik untuk Ridzuan pulak kan? Cik gayah dah nak muntah.

Selamat mencuba NBC semestinya anda tak kan menyesal! Untuk kelebihan kelebihan NBC yang lain, sila baca gambar di atas. Untuk keterangan lanjut, boleh ushar facebook Nurraysa atau layari http://nurraysabeauty.my/ :)

Happy Nurraysa Everyone!

Friday 2 January 2015

112. Majlis Di Rumah VS Majlis Di Dewan

Assalamualaikum, takde perkembangan baru sangat nak story. Hari ni cuma nak compare antara majlis di rumah dengan majlis di dewan. Dua-dua ada pros and cons. Tapi pilihan Aini tetap dekat rumah :) Jom kita tengok :

Majlis Di Rumah

Pros : 
-Tetamu boleh sembang lama sikit. Takde limit masa.
-Lebih bersifat kekeluargaan lebih-lebih lagi kalau rewang.
-Jimat. Tak perlu sewa dewan bagai.
-Jumlah tetamu tak terhad. Even meja penuh, ada je ceruk-ceruk mana boleh duduk.
-Pelamin rumah jauh lebih murah dari pelamin dewan.

Cons :
-penat kemas rumah sebelum majlis dan lepas majlis.
-ruang parking mungkin terhad.

Majlis Di Dewan

Pros :
-tak perlu kemas rumah sangat.
-kebanyakan dewan sediakan ruangan parking yang cukup.
-pelamin grand dan besar.
-sesuai untuk min gathering.

Cons :
- Makcik pakcik tak boleh sembang lama sangat sebab ada limit masa.
- Kos sewa dewan pun mahal.

Mana satu pilihan hati?