OhMyIklan

Wednesday 31 December 2014

111. Dilema Baju Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit betapa dilemanya Aini pikir kan baju nikah. Mula-mula planning cantik dah nak beli baju, plan nak hantar jahit dengan kak yani bridal Aini. Mummy suggest beli siap je. Senang. Tak payah pikir banyak. Tapi masalah de problemo nya ialah. senang ke nak cari baju warna choral gold?

Ada cakap oren, ada cakap peach. penat dah nak cakap "yang tu warna choral" hahaha. Tengah cuci mata kat facebook, ada orang suggest baju macam ni :



oh my oh my oh my wedding. Tanya dekat number yang disuggest. RM210. Hurm. Kalau lah Aini ni malas survey, memang dah grab da. Nasib baiklah Aini ni dikurniakan bakat semula jadi iaitu suka survey-survey. Hahaha. Dapat jumpa penjual ni yang baju custom dengan tailor, design yang sama *maybe tailor yang sama* dengan harga RM170. Jimat RM40 tu.

Maka, grab aje lah. Tapi tetap dengan warna tema choral gold. Ape jadi ngan baju tu nanti tak tau lah. Memang gamble abes. Dah la masa tunang ari tu kena tipu sebab beli baju custom made. Harap-harap kali ni ok. ETA 2 weeks. Tak sabar :)

ps : confirm bridesmaidku si erika marah..hahahaha sebab beli on9 lagi...

Monday 29 December 2014

110. Teaser Hantaran.

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak bagi hint sikit pasal hantaran. Teaser lah katakannn.. Memang buat hantaran ni saje awal-awal. Nanti tinggal nak touch up sikit-sikit je. Setakat ni yang dah siap cuma 4. Tu pun jenuh gilos. Haha. *paham je jenuh tu ape?* Kos untuk buat hantaran ni lebih kurang RM12/hantaran. Yang penting? Puas hati + boleh guna lagi cermin tu.


Saturday 27 December 2014

109. Review : Cadar Murah

Assalamualaikum, hai readers. Masih ingat Aini story mory pasal cadar di entry ini? Kali ni Aini nak review pasal cadar murah. Dan jugak nak cerita pasal cadar yang Aini pilih. Thanks to Nurul dari Kisah Mrs NurulAsyraf yang mintak Aini review. Kalau tak, sampai tahun depan la baru nak review. Kikiki. Padahal lagi beberapa hari je nak sampai 2015.

Mula-mula Aini nampak cadar tu kat group terbaik e-store facebook. Whatsapp harga tanya RM170. Mak ai. Pikir-pikir jugak. Ni kira murah ke ek? Ke mahal? Tak boleh jadi ni. Survey! Survey! hahaha. Walaupun Kak Saila dah pesan, spend banyak sikit duit untuk cadar bila dah kawen, tetap survey nak yang paling murah. Gigih search cadar pengantin murah lah, cadar murah lah. Semua nak murah je kan.

Then, jumpalah facebook cadar murah. Harga cuma RM150. Fuyooo. Jimat RM20 tu. Ingat sikit ke RM20? Terus whatsapp number yang tertera. Deal punya deal. Cadar ni pre order tau. Akak cadar tu cakap seminggu ETA. Fine lah. Peram dulu. Bila dah rasa nak beli, whatsapp balik, order yang kat bawah ni :

abaikan background yang bersepah tu

Alhamdulillah, nak katakan rezeki Aini, dapat cadar tu tak sampai seminggu pun :) i like... Ada beberapa perkara Aini nak tekan kan kat sini ye.

Pertama, DUVET BUKANLAH COMFORTER.

Duvet ialah sarung comforter sahaja. Kalau korang jenis pakai selimut nipis tu, sangat sesuai lah duvet ni. Macam Aini, comforter dah banyak kat rumah, so boleh masuk kan je dlm duvet tu. Ada zip.

Kedua, KAIN COTTON NI SANGAT BEST.

ohmywedding! Memang sejuk je. Serius! Sangat best kain cotton ni. Aini tak tau sangat pasal jenis-jenis kain ni. Tapi yang Aini tau kain cotton ni sangat best. Huhu.

Ketiga, TENGOK BAIK-BAIK UKURAN YANG DIBERI.

sebab, bila Aini tengok sarung bantal busuk golek tu nampak macam pendek. kecik. Tapi ukuran da betul. Akan kami usahakan cari bantal golek kecik jugak. Kat mane eh?

Keempat, JANGAN RAGU MEMBELI DENGAN CADAR MURAH.

Kenapa? Sebab Alhamdulillah Aini selamat membeli dengan beliau. Harga ok compare dengan yang lain. Servis yang okay. Boleh lah Aini beli lagi dengan beliau :)

Apa lagi yang CADAR MURAH jual?

RM130 sahaja

RM150 sahaja

cadar patchwork. 3pcs RM150. Yup. I am serious!

banyak lagi la pilihan yang menarik! Sila terjah facebook cadar murah atau whatsapp ke 012-3312030

Thursday 25 December 2014

108. Beg Untuk Hantaran In The House

Assalamualaikum, hai readers. Ni cerita tentang handbag Aini. Masa mula-mula berangan bab hantaran ni dah bagitau Ridzuan yang Aini nak handbeg sekali purse sebab semua orang sedih sangat tengok purse Aini. Haha. Tahap rare punya. Masuk muzium pun rasanya ada orang nak terima. Maka, Aini end up beli set combo Carlo Rino 4 in 1 dengan Aqeela Collection House . Puas jugak dok memilih 4 item tu. Ada yang ada, ada yang takde. Nak mix and match dengan baju la. Tengok koleksi handbag sedia ada la. Haha. Maka, end up beli yang ini :


Beg galas Ziana Zain tu aim nya nak buat beg netbook. Lawa lah sikit kan. Nak bawak pun semangat. Beg pink tu dah rasmi dah. 2 beg warna biru putih tu yang akan letak atas hantaran. Aini tak kisah orang cakap letak beg biasa-biasa je atas hantaran pun. Suka hati lah. Yang penting tak membazir. Aini bukan jenis yang spend banyak duit untuk handbag. Paling mahal pun RM120-- je. *je?* Aini lebih selesa pakai handbag murah. Risiko dirompak kurang. Hahaha.

Alahai Aini, tak kisah beg kat luar tu macam mana, yang penting duit kat dalam tu. hihi. Berapa harga untuk set combo 4 in 1 ni? Setakat yang Aini pernah survey, kat sini paling murah. Cuma RM125 including postage. Aini yakin dengan kebolehan OP Aini nanti, beg ni akan nampak macam harga RM500. :)

ps : akan direview aqeela collections nanti. wait and keep waiting hokeh?

Tuesday 23 December 2014

107. Cadar Bilik Pengantin Punya Story

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit pasal cadar bilik pengantin. Aini punya pakej bridal memang tak include hiasan bilik pengantin. So, kena usaha sikit la mencantikkan bilik pengantin ku itu. Tapi memang tak kkan spend banyak sangat lah. Kirim salam lah. Haha. Bila pikir-pikir balik, macam tak relevan sangat je hias bilik pengantin bagai. Lepas bersanding dok posing dekat bilik pengantin. Pelislah! Aini respect dengan pengantin yang buat photoshoot dalam bilik pengantin. Aini tak seberani macam tu. Tengok pulak posing sume tahap hampir 18sx, memang no lah. Hahaha. Kena ingat kan fotog  ni ;)

Seminggu jugak memilih plus survey cadar bilik pengantin ni. Ciri-ciri cadar yang penting untuk kami beli ialah :

- kain cotton
- tak berkilat
- takde ropol-ropol
- praktikal
- bukan warna putih
- murah

Ciri yang paling penting mestilah murah. kahkahkah. Kami end up pilih yang ini untuk bilik pengantin nanti :

maroon+pink. how maa?

Amacam? Ok tak? Gasak je la. Warna ni yang paling 'pengantin'. Harga? Cuma RM150. Serius! Yang penting, tak membazir. Buat ape beli mahal-mahal jenis satin, ade labuci dangdut bagai tapi nak baring atas tu gatal badan. Hahaha. Oh ye, ni da sekali postage tau. Aini beli dengan facebook cadar murah. Ada banyak lagi pilihan yang jenis 2 tone ni. Next time Aini order warna lain pulak. Hihi. Nak tengok pilihan yang lain?






Pesanan untuk encik Ridzuan tersayang : Nanti saya beli yang pink atas ni jugak tau! Feminin gituuu. Yang ni Aini kopi teh sebijik dari facebook cadar murah :

Cadar two-done 780TC = 5pcs

Made of high-class Tencel Cotton
Anti wrinkle
Fitted elastic corner design
Can fit extra thick mattresses up to 30cm height
Air-permeable fibre; prevents mildew and odours
Machine wash and dry

Queen Fitted Set : RM150SM/RM160SS
Fitted sheet: 153cm (W) x 190cm (L) + 30cm (H) (1 pc)
Duvet Cover: 200cm x 225cm + 5cm (1 pc)
Pillow case: 45cm x 75cm (2 pcs)
Bolster case: 37cm x 107cm (1 pc)

King Fitted Set : RM170SM/RM180SS
Fitted sheet: 183cm (W) x 190cm (L) + 30cm (H) (1 pc)
Duvet Cover: 230cm x 225cm + 5cm (1 pc)
Pillow case: 45cm x 75cm (2 pcs)
Bolster case: 37cm x 107cm (1 pc)

isi filling boleh ditambah kalau nak
Queen rm80
King rm90

HARGA SUDAH TERMASUK POSTAGE
ORDER: WHATSAPP 0123312030. TQ

Well, Aini mestilah beli yang queen size je. Duvet tu macam comforter. Tapi dia sarung comforter. Untuk keterangan lanjut, sila whatsapp number di atas ye. Jangan nak gedik sangat suruh Aini pm atau jadi ejen. Tak kuasa mak.

ps : cadar dah sampai. stay tune utk next entry yang entah bila..hee~ oh ye..akan direview jugak khidmat penjual :)

Saturday 20 December 2014

106. Barang Hantaran Biarlah Ikut Kemampuan

Assalamualaikum, hai readers. Bila mood membebel datang, tak dapat disangkal lagi. Dulu kalau pergi kenduri orang selalu kagum "oh, dia bagi iPhone" ataupun "fuyo, bagi laptop" atau jugak "dslr siot". What the childish dish dish. Sekarang bila dah merasa sendiri beli barang hantaran untuk Ridzuan, baru lah tau makna ukur baju di badan sendiri atau tepuk dada, tanya poket. Aini perhatikan zaman sekarang semua berlumba-lumba nak bagi hantaran gah *maaf kalau ade yang terasa*. Moga Aini dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.

Kenapa nak ikut orang?

Tengok jiran sebelah kenduri atas hantaran letak beg bonia, jiran dua belah nak beg bonia jugak. Beria tu cari limited edition punya. Kemon lah makcik. Tanya dulu yang membeli tu mampu ke nak beli beg bonia tu? Contoh beg harga RM300. Fungsinya sama je macam beg harga RM30. Besar beza tu. Macam-macam boleh beli dengan harga RM300. Kalau duit tu dah tak muat poket dan bank, beli lah.

Beli ikut kemampuan.

Kalau mampu, silakan. Tak de masalah. Tapi Aini khuatir dengan orang yang ada masalah atau cari masalah. Kita yang bakal berkahwin ni tau sendiri bajet kita untuk kahwin banyak mana. Kalau semata nak kejar hantaran glemer, tapi makan tetamu ala kadar, shame on you. Nak kahwin, niat dah betul dah. Cara pulak dah salah.

Biar murah asal cantik dan nampak mewah.

ye. Itulah prinsip Aini. Murah takpe. Aini tak malu letak atas hantaran barang murah-murah je asalkan Aini suka, Ridzuan pun suka. Kebanyakan barang sekarang cantik-cantik tapi mahal. Tapi, ada jugak yang murah. Kena pandai-pandai cari lah :)

Tahan telinga sikit.

Takut orang mengumpat? Pedulikan. Anda jugak dapat pahala free banyak. Dah penat diorang mengumpat tu, senyaplah.hihi. Kalau korang beli yang mahal-mahal pun, akan jadi umpatan orang jugak. Dah namanya hobi kan.

Akhir kata, beli barang hantaran tu biarlah ikut kemampuan diri sendiri, bukan kemampuan orang lain. B2b tu jangan pulak request hantaran luar kemampuan bakal suami. Simpan sikit selera besar tu. Hahaha. Good luck!

Thursday 18 December 2014

105. Pantone Colour 2015.

Assalamualaikum, hai readers. Ni gara-gara Ayue Idris la ni dok update pasal trend warna pantone hari tu. Dah terjebak kompius sama. Hahaha. Kepada yang tak tau pantone ni sape, pantone ni antara pakar warna yang tiap tahun kerjanya bagitau kita sume apa colour of the year dan kaler maler yang lain :) Untuk tahun 2014, pantone ada pilih warna emerald. Dan tengoklah, memang top pun kan warna emerald tu. Kalau masih ingat masalah warna yang Aini alami sebelum ni, pantone ni tak banyak membantu sangat. Hahaha. Lagi merunsingkan ada lah. Mula dah tambahan warna lain masuk dalam senarai. Apa kesss?

Check this out bebeh :

Dan.......warna pilihan untuk 2015 ialah :

marsala walllaah

Mungkin pantone sedikit sebanyak membantu readers semua untuk memilih warna tema wedding masing-masing untuk 2015. Tapi tak membantu Aini sangat. Honestly, warna masala ni memang menarik. Boleh la Aini cadangkan dekat kak yani nanti. Bila dok google-google, ada ke patut dia cakap marsala ni warna red wine. Ingat aku tau ke? hahaha warna-warna lain pulak so not me. Aini suka warna terang instead of pastel atau pudar gitu.

Akhir kata, selamat memilih warna tema perkahwinan anda bride to be :)

Tuesday 16 December 2014

104. Trend Bilik Pengantin 2015 - Tirai Simple

Assalamualaikum, hai readers. Meh Aini nak share sikit tentang trend bilik pengantin untuk tahun 2015. Mengikut pemerhatian Aini *macam buat thesis la pulak* hiasan bilik pengantin ni makin lama makin orang tak buat. Serius. Bagi Aini sangat positif, sebab duit tak keluar. :) Ada sebab kenapa kita perlu hias bilik pengantin, kenapa tak perlu hias. Tapi yang tu nanti la Aini story mory ye. Motif sekarang nak share trend bilik pengantin *kalau masih wujud la* untuk tahun 2015 yang akan datang. Semua nya dah back to basic semula iaitu tirai simple.

Ape maksud tirai simple? Maksud tirai simple ialah tirai cuma di bahagian kepala katil, bukan seluruh bilik. Jom kita tengok hasil googlean Aini. Kredit : google dan owner gambar :)





See the perhiasan? Memang gambar ni dah lama, bukan baru lagi. Tapi motif Aini nak tunjuk yang semuanya tirai yang simple dibuat di kepala katil. Nak lebih menarik? Letakkan rose petals bentuk LOVE gitu atas katil. Contohnya :



Kalau tak dapat rose petals betul-betul, beli artificial punya pon boleh. Beli dekat TheshopAblog :) Oh ye. Sebelum Aini lupa, dekat tirai tu up to you nak letak bunga sikit-sikit atau biar kosong. Trend ke tiga yang dijangka hit untuk 2015 ialah penggunaan gambar besar gedabak di satu sudut bilik, sama ada di kepala katil atau sudut lain. Contohnya :


Sekian dulu trend bilik pengantin untuk 2015. Tak perlu spend banyak pun ekceli. Tak hias pun takpe kot. Hihi. Yang penting, untuk 2015, no more tirai balut satu bilik, no more hiasan frame di katil, no more bunga bungaan yang sarat, no more kelambu pengantin. Enjoy planning :)

Sunday 14 December 2014

103. Pening Fikir Warna Tema Untuk Wedding.

Assalamualaikum, hai readers. Alahai. Warna tema untuk nikah dah dapat hari tu. Choral Gold. Tapi untuk majlis walimah ni tak dapat-dapat. Calon warna nye banyak. Tapi banyak sangat halangan. Haha. Ada beberapa perkara yang Aini kena amek peduli tentang pemilihan warna ni.

- Aini kulit cerah sikit dan Ridzuan cerah sikit jugak. Maka, pakai warna ape pun takde hal. Ke kitorang perasan cerah?
- Aini tak suka warna frozen. Ape maksud warna frozen? Baby blue, tiffany blue, tiffany green, mint green lebih kurang macam tu lah. Kenapa? Sebab Aini tengok dah ramai pakai warna tu.
- Tak nak warna hijau dan purple. Sebab dah guna untuk tunang. Tak nak lah pakai yang sama je kan. Nak jugak fefeeling rainbow.
- Tak nak pink. Ridzuan dah bagitau lama dah. Haha.

Jom tengok antara calon pilihan warna dan sebab musabab kekangan nye :

royal blue+yellow

Semangat tok gajah. hihi. Tapi maybe lebihkan warna royal blue. Tapi family tak suka. Tenggelam katanya.

red+silver

Sekali tengok, berkenan. Dua kali tengok, tak berkenan dah. Haha

Setakat ni, dua ni je yang menjadi pilihan. Cerita kat kak yani (mak andam). Kak Yani cakap lawa songket merah. Last-last, bagi kak yani je handle bab warna ni. Yang penting Kak Yani whatsapp bagitau "nanti kak yani tengok warna yang lawa ye, kecuali frozen"

Setel. Tunggu Kak Yani whatsapp je warna ape menjadi pilihan. Hihi.

Friday 12 December 2014

102. Jam Ridzuan Dah Sampai. Yabedabedu.

Assalamualaikum, hai readers. Entry yang dihutang. Haha. Kali ni nak citer pasal hantaran jam Ridzuan pulak. Jam ni kami beli online. Lepas survey jam kat kedai tengok harga yang Ridzuan nak tu sampai RM600, say good bye lah. Mujur dah survey online sebelum tu. Tengok jam yang sama harga RM190. Gagahkan diri beli online walaupun risau takut hasilnya tak puas hati. Ridzuan kami end up pilih jam Casio Edifice. Alhamdulillah, selamat sampai dan hasilnya memuaskan hati :) Smart jugak lah. 



Tak tau lah berbaloi ke tak dengan harga RM190. Kalau tengok harga kat kedai tu memang jauh lagi murah. Harap-harap Ridzuan suka. Mau tak suka, mahal. Hahaha. Sesiapa nak order, boleh order kat brader ni ye : *tak ingat nama apa sebab save kat whatsapp Jam Iwan* Whatsapp 01133092452

Wednesday 10 December 2014

101. Hadiah Dari Shakina Farhan Exb2b Blogger Dah Di Tangan

Assalamualaikum, hai readers. Menaip entry dengan hati yang berbunga bunga bak musim bunga selama dua tahun tiga ratus hari. Over taw. Hihi. Petang Ahad baru ni Aini dan Ridzuan gigih menjejakkan kaki ke Indera Mahkota, Kuantan untuk claim hadiah yang Aini menang dari contest ini. Menang contest ni bulan June hari tu. Tapi baru claim sebab busy dengan kerjaya *wah* plus kalau simpan awal-awal alamat kena peram sama macam telekung nikah lycra RM33 Aini tu. Nak baca detail pasal telekung lycra RM33 ni? Sila scroll post sebelum ni ye.

Walaupun tak berkesempatan nak berjumpa dengan Shahadah Chinta anak kak shakina, Aini harap satu masa nanti sempat Aini jumpa dan cium cium cium si comel tu sekali dengan Shafiyah Hasnaa sekali. Dalam kereta tak bukak lagi veil tu walaupun excited terlebih. Intai-intai deko je. Kena lah cover ayu, jadi passenger Ridzuan. Kahkah. Aini dapat veil ivory white 3m dan 4 pack artificial rose petals yang asalnya Aini nak beli 2. Hihi. Alhamdulillah. Semoga TheShopAblog terus berjaya dan dimurahkan rezeki.

Jom tengok gambar veil dan artificial rose petals tu.



Veil ni Aini nak simpan untuk nikah. Dah mula posing-posing dengan veil ni. Ape kes? Haha.

Monday 8 December 2014

100. Majlis Perkahwinan Impian Yang Super Sederhana.

Assalamualaikum, hai readers. Dah entry ke 100 ni Aini nak reveal majlis perkahwinan impian Aini. Biarlah orang lain tak nak tau pon. hihi. Majlis yang Aini idamkan bukanlah majlis yang gah. Aini nak meminimakan duit yang mengalir keluar. Tapi, Aini tak menolak untuk disponsor oleh makcik pakcik mahupun sesiapa. kihkih.

Perkara Mesti Ada

- Spa session. Nak memanjakan diri yang sedia ada manja ni.
- Makan-makan last time birthday dengan kawan-kawan. InsyaAllah.
- Majlis khatam alQuran bersama bridesmaid dan students. (ecah, i know u read this)
- Sesi berinai guna inai pokok dan spare inai kon.
- Baju nikah idaman.
- Pelamin idaman.
- Bridesmaid sentiasa meneman.
- Hantaran dari pihak perempuan bawak keluar masa nikah.
- Tahlil lepas nikah.
- Aynen sebagai pengapit.
- Videographer yang awesome.
- Fotog yang awesome.
- Mak andam yang sentiasa memahami.
- Goodies yang sederhana.
- Makanan yang mencukupi. InsyaAllah.
- Students yang sentiasa memeriahkan keadaan.
- Cupcake.

Perkara yang tidak perlu ada

- Malam berinai.
- Inai yang ukir-ukir walaupun bentuk flora dan diharuskan di sisi Islam.
- Replika cek ke wang hantaran betul ke.
- Kompang.
- Tepung tawar atau renjis merenjis.
- Silat.
- Beg goodies yang vogue.
- Karoke di malam hari.
- Kad kahwin mahal.

Perkara yang boleh ada jika ada budjet lebih

- Props
- Photobooth
- Candy buffet
- Welcome board
- Centrepiece
- TQ tag
- Pakaian sedondon keluarga

Tak sederhana mana lah kan. Hahaha. It's my wedding. :)

Friday 5 December 2014

99. Alkisah Perfume Ridzuan

Assalamualaikum, hai readers. Memandangkan cuti sekolah kali ni Aini nak setelkan terus barang hantaran sebab malas nak pikir kemudian hari memudahkan kerja Aini, mula lah sesi membeli barangan hantaran untuk Aini bagi Ridzuan hari Ahad baru-baru ni. Niat di hati nak beli jam dulu. Mak ai, gila lah mahal. Nasib baik lah Ridzuan tak hentak kaki macam budak kecik tak dapat aiskrim. End up kami beli online je. Nak tau story pasal jam tu? Nanti Aini story mory eh. Again, entah lah bila tu. haha.

Jom tengok gambar perfume yang kami pilih :






Dah siap wrap sume. Beli dekat Parkson, Berjaya Megamall Lower Ground Floor. Tapi tak tau lah time korang baca post ni masih ada ke tak orang jual sebab hari tu dia cakap sampai stok kat situ habis je. Macam mana end up beli jenis ni pun satu episod drama jugak. haha. Sebelum tengok movie yang seriusly bosan gilos Hunger Game, *Alia, take note.kihkih* kami dah masuk tempat tu, pilih 4 jenis perfume. Sume bau soft soft je. Luckily (I hope Ridzuan feel the same way too) kami ada taste yang sama tentang perfume. Baik untuk perempuan, mahupun lelaki. Kami suka bau yang soft je. Tak menyakitkan hidung sampai rasa nak muntah.

Mula-mula macam tak pernah dengar pon jenama Bi-es ni. Promoter tu cakap dari Korea. Langsung tak percaya. Nak tipu see the leg lah. Tapi end up beli jugak sebab jatuh hati tergolek golek dengan bau nya yang cun. Lepas ni bau Ridzuan dah sama ngan Jong Kook lah. hahaha. Harga tau berapa? RM130 untuk dua perfume. Tak pernah beli perfume semahal ni. Pernah ada DKNY cap tiruan beli kat pasar malam RM15 rasa macam dah mahal. Hahaha. Tapi bila kakak cakap "murah dah ni", end up suka jugak. Hihi. Ridzuan? dua belas kali ganda suka dari Aini padahal perfume sekarang tak abes guna lagi, ada satu lagi stock dari avon tak bukak bukak then ni beli lagi dua. So Aini expect dah takde story pasal perfume lelaki dalam OHMYWEDDING lepas ni. kahkahkah.

Nak tau tips? Takde tips kali ni. Belasah je mane korang suka. Satu perasaan yang tak boleh dilupakan bila lepas kami bayar, tunggu promoter tu wrap perfume tu, kami jalan-jalan kat area perfume then tengok takde pon harga semurah yang kami bayar tadi. Dalam hati, mujur dah pilih yang tadi. Kahkahkah. Only cute bride-to-be can understand that feeling.

Wednesday 3 December 2014

98. Catat Semua Perkara Penting Untuk Wedding Anda!

Assalamualaikum, hai readers. Lama tak membebel kat sini. Hihi. Cuti sekolah je masa yang ada untuk update blog, blogwalking bagai. Banyak ni berhutang dengan b2b blogger. Nak blogwalking. Huhu. Kepada mana-mana blogger especially b2b blogger yang nak cadangkan blog untuk Aini blogwalking, sila bgtau ye. Mengisi masa lapang selama sebulan++ ni. Hihi. Memandangkan cuti sekolah yang kononnya heaven gila ni, ni la masa untuk Aini prepare banyak sikit untuk wedding memandangkan kami ni 'pasangan tunang hujung minggu'.Yes. Memang lambat lagi wedding. Tapi at last, Aini jugak yang kena prepare. So, why not prepare dari sekarang kan? Why bother.

Lari dah dari tajuk asal. Poraahh Aini. Hari ni nak share sikit pasal 'buku catatan wedding' kami. Sekarang buku ni tertinggal dalam kereta Ridzuan. *sigh* harap takde orang curi-curi bukak dan songlap semua idea bernas (konon) yang Aini tulis dalam tu. Kenapa perlu mencatat? Sebenarnya maybe sebab lumrah Aini seorang guru, maka buku dan pen kena ada dekat selalu. Tapi bukan tu sebab utamanya. Jom tengok kepentingan untuk mencatat semua yang anda tahu tentang wedding anda.

1. Berguna masa survey especially masa survey doorgift.

Hari semalam tengok doorgift harga RM1. Hari ni jumpa yang harga RM1.10. Lepas tu nak rewind balik ke hari semalam kalau lupa tengok doorgift RM1 tu kat mana? Haha. Catat kat mana korang nampak doorgift tu.

2. Tulis tips-tips penting atau senarai barang kahwin nak beli.

Ye. Taw dah masing-masing nset canggih-canggih. Senipis alam dan sebesar alam. Siap pen, marker suma dah. Tapi lain lah feel kalau tulis dalam buku. Nak belek belek pun senang. :)

3. Lukis design baju kahwin, kumpul resit semua setempat.

Takut resit deposit hilang? Ape susah. Klip je kat buku tu. Nak lukis design baju pengantin pun letak je dalam tu. Nak berangan pun boleh catat, eh?

4. Countdown dan checklist.

Bila kita catat, kita lebih beware dengan tarikh wedding kita dan apa perkara yang belum setel, sume-sume lah. Takde lah bangun bangun tido je eh..da nak kawen?

5. Be creative.

Mana tau bakat anda yang kreatif tu tak tau nak salur ke mana, gunalah ke buku wedding tu. 

Sebenarnya, tak perlu buku yang mahal dan tebal pun untuk catatan wedding anda. Aini punya Rm3.20 je beli kat Popular Berjaya Megamall Kuantan. Yang penting isi dalam nya. Mana tau satu masa nanti buku akan menjadi artifak cehwah artifak gitu yang sangat berharga untuk wedding anda dan boleh menjadi rujukan semua orang :) Jom tengok gambar buku wedding Aini yang tak seberapa ni. Namanya : RIDZUAN AINI HALAL DAY.

gni je rupenye. simple.

tak reti nk rotate. haha


sila sengetkan kepala ye. abaikan tulisan hodoh tu.

ps: dalam proses clearkan dan reset semula layout OHMYWEDDING. Good luck Aini.

Monday 1 December 2014

97. Selamat Pengantin Baru Aimi, Yana, Zuha & Ain.

Assalamualaikum, hai readers. Yeehaa. Musim cuti sekolah takde beza dengan musim orang kahwin. Cuma bezanya sekarang ramai kenalan sendiri yang kawen. Sebelum ni dok ikot mak je. Dah kena practice salam kokot maybe? Eh....lalala~ Dikesempatan ini Aini mewakili Ridzuan nak ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada :

NURUL AIMI DAN FAHMI (sori fahmi, tak tau nama penuh)
ps:sori dayah, curi gambar. hihi.

Untuk wedding Aimi, Aini sempat pergi dengan Waha (also bride-to-be). Yang kat atas ni Ainatul dan Dayah. Dua dua single and available. :) Alhamdulillah, selamat dah Aimi jadi isteri orang. Jadi isteri yang solehah ye. Doakan aku punya turn pulak. Oh ye. Mengapakah gambar di atas menampakkan sisi Aini seorang  gadis lebih besar dari biasa? Tak boleh jadi ni.

gojes gila u. Aimi ni memang dah sedia ada comel cantik cun. :)

Juga diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan TAHNIAH kepada :

Roshazreen Liyana (betul ke ejaan Yana?) My friend dekat UPSI. 

Memang gojes gila lah Yana ni. eh. Nape sume pengantin lawa-lawa ni? Jelez. Semoga ikatan yang terbina kekal ke syurga :) Meh Aini belanja gambar Yana satu :

gojes kan pelamin Yana? By Ayu Wedding Planner. Rasa macam dapat hidayah pulak Yana dok depan pelamin gini. *gurau je*

Say Selamat Pengantin Baru to Zuha atau nama penuh Siti Norazuha dan pasangan.

Juga kawan dekat UPSI. 2nd time tengok Zuha make up dan she is totally gorgeous as always :) Bertuah suami. Alhamdulillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ye.

Nor Ain dan pasangan :) Sori Ain, aku jumpa gambar ni paling cantik biar hitam putih pun.

Ain dan pasangan dah nikah hari tu. Ni kira walimatulurus la. Lepas dah Ain. Lepas ni Aini pulak. Gatai~ Semoga kehidupan lepas kawen bawa 1001 kebahagiaan buat pasangan :)

Saturday 29 November 2014

96. Berhati-hati Dengan Perkataan SALE, FREE, PAKEJ.

Assalamualaikum, stop cerita pasal kawen kejap sebab malas takde idea nak update ape. Penntttiiipuu. Haha. Selalu time ada idea tulis tajuk je, simpan dalam draft. Isinya kosong bersih suci murni. Rasanya boleh lawan Nad ni. Tapi beliau dah sampai 1ribu entry, Aini kat draft aje. Hek. Kali ni nak bagi nasihat, pedoman dan sebagainya kepada semua kaki tangan shopping kipas susah mati. Hari pe ntah baru ni baca paper pasal Year End Sale. Harap-harap Aini pun dapat ambil iktibar atas nasihat dari diri sendiri ni.

SALE

Memang Aini sangat aware dengan perkataan sale. Tapi 70% ke atas lah. Hahaha. Ridzuan pernah cakap "tau dah nak cari h***y kat mane kalau hilang kat mall, cari yang sale atas 70%" kahkah. so cute. erkk. Tahukah anda bahawa tak semuanya sale seperti yang anda harapkan? Memang ada yang potongan harga sangat berbaloi dan betul ikut potongan harganya. Tapi, ada jugak kes macam ni :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM300. Takde orang nak beli sebab mahal kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 jugak tetapi potongan 70% dari harga asal RM1000. *yeah, i know takde orang nak beli kasut harga ribu riban*

Kalau anda mudah tertipu, *boo* anda akan beli.

ada kes macam ni pulak :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM500. Takde orang nak beli jugak kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 kononnya potongan harga 70% dari harga asal RM1000 sedangkan harga asal cuma RM500. *mind my langguage yang part perkataan cuma tu*

So cheeky right?

Tips untuk mengelakkan diri anda dari tertipu : window shopping sebelum musim sale *kalau ada masa lah*. Then, trick sikit kat promoter "eh...bulan lepas pun harga ni jugak, takde beza pun" biar penjual kecut perut. hahaha.

FREE

Semua orang suka barangan free. I know, so do I. Tau kah anda bila anda beli kad kahwin contohnya 1000 keping free bunting free banner free guestbook dan banyak lagi, harganya jauh lagi mahal dari anda beli kad kahwin sahaja? Free bukan bermakna percuma. Free mostly bermakna "kami tak tunjuk hidden cost barang-barang sampingan yang konon nya free tu". Bijak sungguh kan? Peniaga memang bijak. Tak kan kita pembeli nak jadi bodoh kurang bijak kan?

Ada juga barang yang free. Yang tu tak boleh dinafikan. Kalau korang rasa murah dan percaya konsep free tu, go with the flow lah. Tapi Aini dah bagi nasihat kan?

Pernah ushar doorgift tasbih. Katanya buy 1, free 1. Mau tak ketar-ketar tangan suruh orang tu pm. *part ketar tu tipu*. Rupanya 1 tasbih kosong tanpa packaging tu dia jual RM1.90. Eh...Helo. Harga tu lagi mahal dari 2 tasbih kosong okey? Shame on you.

Tips bagi elak jadi mangsa pentippuuan melampau : tanya harga kalau beli kad sahaja berapa harga? Esoknya tanya pulak kalau banner, bunting berapa harga. Try korang total-totalkan. Kalau bezanya banyak, kita kena tengok konsep pakej pulak yang kat bawah ni. Ataupun kalau nak face palm balik kat penjual *jahat betul lah OHMYWEDDING punya entry kali ni* korang buat ayat "so, kiranya tak free la eh, pandai u jual eh". ps: sila jangan mention Aini yang ajar.

PAKEJ

Mostly pakej memang lagi menjimatkan. Tu Aini tak nafikan. Tapi, selepas hampir 4 bulan survey itu ini, Aini dapat tau *kantoi u* ada yang harga pakej lagi mahal dari asing-asing. Terutamanya doorgift. Sila baca baik-baik ye. Tak kisah lah korang banyak duit atau sikit duit, tapi mesti korang tak nak beli dengan orang yang suka kelentong kan? Aini pernah survey harga pakej tasbih+yassin paling murah RM1.80. Kalau korang yang takde masa nak survey, mesti ingat murah dah kan? Trust me, Aini pernah jumpa yassin ready made 80sen dan tasbih sekali box, riben 80sen jugak. So sepatutnya harga tu RM1.60 je. Memang 20sen nampak sikit. Tapi 10 packaging dah beza RM2, 100 packaging beza RM20. 1000? Kira sendiri.

Lagi besar pakej tu (lagi banyak barang) lagi banyak part yang boleh dikelentong. Kalau nak senang, mudah, grab la pakej yang ada tu. Kalau ada masa, survey la.

Tips untuk mengelak jadi mangsa pakej : Survey, survey dan survey. Mesti ada nya kedai yang A jual murah barang X, kedai B jual murah barang Y. Kalau combine tu lebih murah dari pakej yang mana-mana kedai offer. Kalau setakat packaging, berapa sen sangat. DIY sudahhh. Lagi puas hati.

Dah penat menaip. Haha. Aini mintak maaf kalau post Aini ni menutup mana-mana rezeki penjual di luar sana. Ingat, rezeki tu Allah yang bagi. Aini tau niat anda cuma nak cari untung. Tetapi tak perlu sampai menipu.  Come on lah. hidup ni macam roda. Tak perlu nak tipu customer untuk dapatkan untung. Kalau peniaga tu jujur, mesti peniaga tu sendiri akan bagitau kekurangan produk yang dijual. 

Selamat membeli dan menjual.


Thursday 27 November 2014

95. Vendor Untuk Majlis Perkahwinan Dah Dapat.

Assalamualaikum, hai readers. Yeah. See the title? Aini dah dapat dan dah book vendor untuk majlis perkahwinan Aini which is almost 8 bulan lagi. Gasak lah. Haha. Kenapa Aini book awal-awal? Macam biasalah malas nak pikir last minit and nak bagi vendor Aini tu prepare mental dan fizikal bila kena jadi vendor majlis Aini yang cerewet ni. Hihi. Dah bayar deposit untuk lock tarikh. Kepada semua bride-to-be. Sila book tarikh anda sekarang walaupun ada kemungkinan untuk majlis bertukar tarikh sebab masa cuti sekolah ni ramai bride to be yang lain akan balik kampung dan lock tarikh mak andam masing-masing. Kang nayo. Lagi-lagi kalau majlis anda tarikh yang glemer va va vas.

Siapa vendor yang menjadi pilihan hati Aini? Jeng jeng jeng. Aini dah survey lebih 10 bridal sekitar Kuantan, Pekan, Chini, Muadzam, Keratong. Mula-mula aim yang lain. Sempat 2x bertukar pilihan hati, end up pilih vendor yang ini. Banyak jugak faktor pemilihan vendor ni. Eh. Banyak cakap la kau. Vendor pilihan Aini ialah KAK YANI. Tak payah klik kat nama kak yani tu. Aini takde link facebook beliau pun. Hihi. Kepada yang mengikuti perkembangan majlis tunang Aini *ade ke?* mesti pernah baca nama kak yani ni. Yup. She is my MUA ketika majlis bertunang. Boleh baca review Aini tentang Kak Yani di sini.

Berapa yang Aini akan spend untuk wedding nanti?

RM2000 untuk :
-pelamin request seperti idaman kalbu. 
-baju sanding baru (songket plus RM100)
-hiasan meja makan beradab.
-make up 2x.

Yes. Tiada hiasan bilik tidur. Nasib baik future bridesmaid Aynen nak tolong buatkan. I love you so much lah. Yang penting Aini nak highlight kan yang dapat pelamin macam yang Aini nak. Lambat lagi ke nak kawen heh? Gataiii~

Untuk payment, Aini bayar deposit RM200. Lepas pasang pelamin RM1000. Time cabut pelamin balance nya yang tinggal. Kelebihan lock tarikh awal ialah kak yani akan utamakan Aini masa majlis berlangsung. Job yang lain akan beliau passkan kat pembantu-pembantu beliau. Ops. Lupa bagitau. Baju nikah Aini buat sendiri ye. Pun hantar kat Kak Yani untuk upah jahit. Hihi.

Harap-harap masa majlis nanti masih boleh cantik macam gambar kat bawah ni  *maybe less kan kat part eyebrow*



ps : stress nya bila banyak gambar dalam previous entry tak boleh tengok. Kenapa ek?

Tuesday 25 November 2014

94. Nurraysa Beauty Collagen. Produk Terbaru Dari Nurraysa Beauty.

Assalamualaikum, hai readers. Minggu lepas Aini dapat sms dari Nurraysa tentang produk yang akan dilancarkan (now dah dilancarkan) iaitu Nurraysa Beauty Collagen Supplement. NBC  supplement ni merupakan supplement  kecantikan dan kesihatan berbentuk serbuk. Semudah 1,2,3 tapi ni 1,2 sahaja. Koyak dan kemam. hihi. Bancuh? No. no. Tak perlu bancuh. Kalau cikgu macam Aini ni yang selalu nyaris nyaris punch masa budak tengah perhimpunan, senang la. Hihi. Jimat masa. Bahan dalam NBC supplement ni ialah collagen, glutathione, serbuk mutiara, snow lotus, delima, kurma dan vitamin C. Yang Aini tau collagen, buah delima, kurma dan Vitamin C je. Kompremmm tak boleh jadi agen aku ni. Haha.

Piewit. bab ni Aini suke. Harga pengenalan produk diskaun 50%. Seronok kan? Haha. Beli borong time ni lah. Antara kelebihan produk ni ialah mencerahkan kulit, merawat jerawat dan jeragat serta parut, awet muda, memberikan tenaga, menyembuhkan sakit lutut dan lain-lain. Belanja gambar 1 :

macam ni lah rupanya NBC supplement tu

now everyone can be beautiful. termasuklah bakal pengantin sorang ni. Hihi

Aini belum try lagi *jujur kan*. Sekarang tengah makan Shaklee punya Vitamin B,C,E *amek kau, nak cantik sangat kan?*, so, Aini perlu consume dulu dengan pihak Nurraysa boleh ke tak campur campur supplement ni. Kang nayo den. Dari hari tu da ingat nak tanya tapi tak tanya tanya. Haha. Baiklah. Kejap lagi Aini tanya. Nanti Aini update semula okehh? Kalau dah try nanti Aini buat review jujur lagi. Hahaha. Hari tu terbaca komen kat facebook pasal Aini review Nurraysa punya set kecantikan "jujurnya lah review dia".

Again, ini merupakan entry tak berbayar. Aini cuma bantu bride-to-be yang nak rasa lebih yakin di hari bahagia :) Aini jugak bukan agen. Kang tak pasal-pasal orang mintak pm bagai. Haha. Nak tau pasal agen semua boleh tengok kat sini. Kepada mana-mana agen yang sudi guide Aini, dipersilakan. Aini ni noob sungguh. Haha. Whatsapp 0145068598 atau pm facebook Aini. Kredit gambar : facebook Nurraysa. Ucapan tahniah Aini kepada semua team Nurraysa (walaupun Aini tak kenal) terutama pengasasnya. Semakin hari Aini tengok Nurraysa semakin maju dan semakin mendapat tempat di Malaysia. Baru ni nampak iklan besar Nurraysa dekat traffic light Berjaya Megamall. Semangat cerita kat Ridzuan"haa....tu lah yang ***** pakai" hihi. Semoga Nurraysa Beauty Collagen terus berjaya di masa akan datang.

Sunday 23 November 2014

93. Handbouquet Idaman : Azmah Ahmad Wedding Deco & Events

Assalamualaikum, hai readers. Di saat entry ini ditulis, masih lagi dalam mood mengidam macam-macam untuk wedding. Kali ni nak story mory pasal hand bouquet (hb) idaman pulak. Well, berangan itu free kan? Hihi. Tapi jangan berangan selalu. Kalau nak, kena usaha jugak. Hb yang menjadi idaman Aini datang daripada Azmah Ahmad Wedding Deco & Events AAWD. Da lama da 'like' facebook AAWD ni. Dari dulu lagi dok ushar je hb nye. Haha. Tapi masa tu belum ada niat nak kahwin. Sekarang bila da start planning untuk kahwin, mula la dok tengok-tengok lagi.

Dulu langsung tak pentingkan sangat hb ni. Ada takpe, takde sudah. Lepas dok belek 1 1 hb AAWD, mula da berkenan hb yang pesen gini gitu. Amek kau. Haha. AAWD ni sebenarnya menyediakan banyak perkhidmatan contohnya pelamin (u girls should go and get their pelamin too) dan gubahan dulang hantaran. Tapi Aini lebih tekankan hb AAWD :) nak lebih info tentang perkhidmatan AAWD, sila terjah facebook AAWD ye. Jom tengok hb yang menjadi idaman Aini. Actually banyak, tapi mampu berangan je untuk sementara waktu ni. Hihi

jatuh cinta pandang pertama. camno tuhh?

oh bunga. why are you so lovely?

alahai...nak share jugak..haha

yang ni hb+brooch

Cukup, cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Alahai. Memang dalam hati da set nak pakai artificial flowers je. Takde kije nak gi beli bunga time dekat-dekat wedding. Nak gubah sekian hal. Kalau ada tangan macam mila kamil AAWD ni lain lah. Haha. Untuk sementara waktu ni, Aini nak kongsikan dengan bride to be sekalian. Sila jengah AAWD ye kalau nak hb cun cun macam atas atas ni. Aini? Guna hb bridal je la sebab free. Haha. Semoga AAWD terus maju ke hadapan dan terus membantu bakal pengantin di Malaysia. Good job and wish you all the best. :)