OhMyIklan

Saturday 29 November 2014

96. Berhati-hati Dengan Perkataan SALE, FREE, PAKEJ.

Assalamualaikum, stop cerita pasal kawen kejap sebab malas takde idea nak update ape. Penntttiiipuu. Haha. Selalu time ada idea tulis tajuk je, simpan dalam draft. Isinya kosong bersih suci murni. Rasanya boleh lawan Nad ni. Tapi beliau dah sampai 1ribu entry, Aini kat draft aje. Hek. Kali ni nak bagi nasihat, pedoman dan sebagainya kepada semua kaki tangan shopping kipas susah mati. Hari pe ntah baru ni baca paper pasal Year End Sale. Harap-harap Aini pun dapat ambil iktibar atas nasihat dari diri sendiri ni.

SALE

Memang Aini sangat aware dengan perkataan sale. Tapi 70% ke atas lah. Hahaha. Ridzuan pernah cakap "tau dah nak cari h***y kat mane kalau hilang kat mall, cari yang sale atas 70%" kahkah. so cute. erkk. Tahukah anda bahawa tak semuanya sale seperti yang anda harapkan? Memang ada yang potongan harga sangat berbaloi dan betul ikut potongan harganya. Tapi, ada jugak kes macam ni :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM300. Takde orang nak beli sebab mahal kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 jugak tetapi potongan 70% dari harga asal RM1000. *yeah, i know takde orang nak beli kasut harga ribu riban*

Kalau anda mudah tertipu, *boo* anda akan beli.

ada kes macam ni pulak :

Sebelum musim sale, buat harga kasut RM500. Takde orang nak beli jugak kan?
Semasa musim sale, buat harga kasut RM300 kononnya potongan harga 70% dari harga asal RM1000 sedangkan harga asal cuma RM500. *mind my langguage yang part perkataan cuma tu*

So cheeky right?

Tips untuk mengelakkan diri anda dari tertipu : window shopping sebelum musim sale *kalau ada masa lah*. Then, trick sikit kat promoter "eh...bulan lepas pun harga ni jugak, takde beza pun" biar penjual kecut perut. hahaha.

FREE

Semua orang suka barangan free. I know, so do I. Tau kah anda bila anda beli kad kahwin contohnya 1000 keping free bunting free banner free guestbook dan banyak lagi, harganya jauh lagi mahal dari anda beli kad kahwin sahaja? Free bukan bermakna percuma. Free mostly bermakna "kami tak tunjuk hidden cost barang-barang sampingan yang konon nya free tu". Bijak sungguh kan? Peniaga memang bijak. Tak kan kita pembeli nak jadi bodoh kurang bijak kan?

Ada juga barang yang free. Yang tu tak boleh dinafikan. Kalau korang rasa murah dan percaya konsep free tu, go with the flow lah. Tapi Aini dah bagi nasihat kan?

Pernah ushar doorgift tasbih. Katanya buy 1, free 1. Mau tak ketar-ketar tangan suruh orang tu pm. *part ketar tu tipu*. Rupanya 1 tasbih kosong tanpa packaging tu dia jual RM1.90. Eh...Helo. Harga tu lagi mahal dari 2 tasbih kosong okey? Shame on you.

Tips bagi elak jadi mangsa pentippuuan melampau : tanya harga kalau beli kad sahaja berapa harga? Esoknya tanya pulak kalau banner, bunting berapa harga. Try korang total-totalkan. Kalau bezanya banyak, kita kena tengok konsep pakej pulak yang kat bawah ni. Ataupun kalau nak face palm balik kat penjual *jahat betul lah OHMYWEDDING punya entry kali ni* korang buat ayat "so, kiranya tak free la eh, pandai u jual eh". ps: sila jangan mention Aini yang ajar.

PAKEJ

Mostly pakej memang lagi menjimatkan. Tu Aini tak nafikan. Tapi, selepas hampir 4 bulan survey itu ini, Aini dapat tau *kantoi u* ada yang harga pakej lagi mahal dari asing-asing. Terutamanya doorgift. Sila baca baik-baik ye. Tak kisah lah korang banyak duit atau sikit duit, tapi mesti korang tak nak beli dengan orang yang suka kelentong kan? Aini pernah survey harga pakej tasbih+yassin paling murah RM1.80. Kalau korang yang takde masa nak survey, mesti ingat murah dah kan? Trust me, Aini pernah jumpa yassin ready made 80sen dan tasbih sekali box, riben 80sen jugak. So sepatutnya harga tu RM1.60 je. Memang 20sen nampak sikit. Tapi 10 packaging dah beza RM2, 100 packaging beza RM20. 1000? Kira sendiri.

Lagi besar pakej tu (lagi banyak barang) lagi banyak part yang boleh dikelentong. Kalau nak senang, mudah, grab la pakej yang ada tu. Kalau ada masa, survey la.

Tips untuk mengelak jadi mangsa pakej : Survey, survey dan survey. Mesti ada nya kedai yang A jual murah barang X, kedai B jual murah barang Y. Kalau combine tu lebih murah dari pakej yang mana-mana kedai offer. Kalau setakat packaging, berapa sen sangat. DIY sudahhh. Lagi puas hati.

Dah penat menaip. Haha. Aini mintak maaf kalau post Aini ni menutup mana-mana rezeki penjual di luar sana. Ingat, rezeki tu Allah yang bagi. Aini tau niat anda cuma nak cari untung. Tetapi tak perlu sampai menipu.  Come on lah. hidup ni macam roda. Tak perlu nak tipu customer untuk dapatkan untung. Kalau peniaga tu jujur, mesti peniaga tu sendiri akan bagitau kekurangan produk yang dijual. 

Selamat membeli dan menjual.


Thursday 27 November 2014

95. Vendor Untuk Majlis Perkahwinan Dah Dapat.

Assalamualaikum, hai readers. Yeah. See the title? Aini dah dapat dan dah book vendor untuk majlis perkahwinan Aini which is almost 8 bulan lagi. Gasak lah. Haha. Kenapa Aini book awal-awal? Macam biasalah malas nak pikir last minit and nak bagi vendor Aini tu prepare mental dan fizikal bila kena jadi vendor majlis Aini yang cerewet ni. Hihi. Dah bayar deposit untuk lock tarikh. Kepada semua bride-to-be. Sila book tarikh anda sekarang walaupun ada kemungkinan untuk majlis bertukar tarikh sebab masa cuti sekolah ni ramai bride to be yang lain akan balik kampung dan lock tarikh mak andam masing-masing. Kang nayo. Lagi-lagi kalau majlis anda tarikh yang glemer va va vas.

Siapa vendor yang menjadi pilihan hati Aini? Jeng jeng jeng. Aini dah survey lebih 10 bridal sekitar Kuantan, Pekan, Chini, Muadzam, Keratong. Mula-mula aim yang lain. Sempat 2x bertukar pilihan hati, end up pilih vendor yang ini. Banyak jugak faktor pemilihan vendor ni. Eh. Banyak cakap la kau. Vendor pilihan Aini ialah KAK YANI. Tak payah klik kat nama kak yani tu. Aini takde link facebook beliau pun. Hihi. Kepada yang mengikuti perkembangan majlis tunang Aini *ade ke?* mesti pernah baca nama kak yani ni. Yup. She is my MUA ketika majlis bertunang. Boleh baca review Aini tentang Kak Yani di sini.

Berapa yang Aini akan spend untuk wedding nanti?

RM2000 untuk :
-pelamin request seperti idaman kalbu. 
-baju sanding baru (songket plus RM100)
-hiasan meja makan beradab.
-make up 2x.

Yes. Tiada hiasan bilik tidur. Nasib baik future bridesmaid Aynen nak tolong buatkan. I love you so much lah. Yang penting Aini nak highlight kan yang dapat pelamin macam yang Aini nak. Lambat lagi ke nak kawen heh? Gataiii~

Untuk payment, Aini bayar deposit RM200. Lepas pasang pelamin RM1000. Time cabut pelamin balance nya yang tinggal. Kelebihan lock tarikh awal ialah kak yani akan utamakan Aini masa majlis berlangsung. Job yang lain akan beliau passkan kat pembantu-pembantu beliau. Ops. Lupa bagitau. Baju nikah Aini buat sendiri ye. Pun hantar kat Kak Yani untuk upah jahit. Hihi.

Harap-harap masa majlis nanti masih boleh cantik macam gambar kat bawah ni  *maybe less kan kat part eyebrow*



ps : stress nya bila banyak gambar dalam previous entry tak boleh tengok. Kenapa ek?

Tuesday 25 November 2014

94. Nurraysa Beauty Collagen. Produk Terbaru Dari Nurraysa Beauty.

Assalamualaikum, hai readers. Minggu lepas Aini dapat sms dari Nurraysa tentang produk yang akan dilancarkan (now dah dilancarkan) iaitu Nurraysa Beauty Collagen Supplement. NBC  supplement ni merupakan supplement  kecantikan dan kesihatan berbentuk serbuk. Semudah 1,2,3 tapi ni 1,2 sahaja. Koyak dan kemam. hihi. Bancuh? No. no. Tak perlu bancuh. Kalau cikgu macam Aini ni yang selalu nyaris nyaris punch masa budak tengah perhimpunan, senang la. Hihi. Jimat masa. Bahan dalam NBC supplement ni ialah collagen, glutathione, serbuk mutiara, snow lotus, delima, kurma dan vitamin C. Yang Aini tau collagen, buah delima, kurma dan Vitamin C je. Kompremmm tak boleh jadi agen aku ni. Haha.

Piewit. bab ni Aini suke. Harga pengenalan produk diskaun 50%. Seronok kan? Haha. Beli borong time ni lah. Antara kelebihan produk ni ialah mencerahkan kulit, merawat jerawat dan jeragat serta parut, awet muda, memberikan tenaga, menyembuhkan sakit lutut dan lain-lain. Belanja gambar 1 :

macam ni lah rupanya NBC supplement tu

now everyone can be beautiful. termasuklah bakal pengantin sorang ni. Hihi

Aini belum try lagi *jujur kan*. Sekarang tengah makan Shaklee punya Vitamin B,C,E *amek kau, nak cantik sangat kan?*, so, Aini perlu consume dulu dengan pihak Nurraysa boleh ke tak campur campur supplement ni. Kang nayo den. Dari hari tu da ingat nak tanya tapi tak tanya tanya. Haha. Baiklah. Kejap lagi Aini tanya. Nanti Aini update semula okehh? Kalau dah try nanti Aini buat review jujur lagi. Hahaha. Hari tu terbaca komen kat facebook pasal Aini review Nurraysa punya set kecantikan "jujurnya lah review dia".

Again, ini merupakan entry tak berbayar. Aini cuma bantu bride-to-be yang nak rasa lebih yakin di hari bahagia :) Aini jugak bukan agen. Kang tak pasal-pasal orang mintak pm bagai. Haha. Nak tau pasal agen semua boleh tengok kat sini. Kepada mana-mana agen yang sudi guide Aini, dipersilakan. Aini ni noob sungguh. Haha. Whatsapp 0145068598 atau pm facebook Aini. Kredit gambar : facebook Nurraysa. Ucapan tahniah Aini kepada semua team Nurraysa (walaupun Aini tak kenal) terutama pengasasnya. Semakin hari Aini tengok Nurraysa semakin maju dan semakin mendapat tempat di Malaysia. Baru ni nampak iklan besar Nurraysa dekat traffic light Berjaya Megamall. Semangat cerita kat Ridzuan"haa....tu lah yang ***** pakai" hihi. Semoga Nurraysa Beauty Collagen terus berjaya di masa akan datang.

Sunday 23 November 2014

93. Handbouquet Idaman : Azmah Ahmad Wedding Deco & Events

Assalamualaikum, hai readers. Di saat entry ini ditulis, masih lagi dalam mood mengidam macam-macam untuk wedding. Kali ni nak story mory pasal hand bouquet (hb) idaman pulak. Well, berangan itu free kan? Hihi. Tapi jangan berangan selalu. Kalau nak, kena usaha jugak. Hb yang menjadi idaman Aini datang daripada Azmah Ahmad Wedding Deco & Events AAWD. Da lama da 'like' facebook AAWD ni. Dari dulu lagi dok ushar je hb nye. Haha. Tapi masa tu belum ada niat nak kahwin. Sekarang bila da start planning untuk kahwin, mula la dok tengok-tengok lagi.

Dulu langsung tak pentingkan sangat hb ni. Ada takpe, takde sudah. Lepas dok belek 1 1 hb AAWD, mula da berkenan hb yang pesen gini gitu. Amek kau. Haha. AAWD ni sebenarnya menyediakan banyak perkhidmatan contohnya pelamin (u girls should go and get their pelamin too) dan gubahan dulang hantaran. Tapi Aini lebih tekankan hb AAWD :) nak lebih info tentang perkhidmatan AAWD, sila terjah facebook AAWD ye. Jom tengok hb yang menjadi idaman Aini. Actually banyak, tapi mampu berangan je untuk sementara waktu ni. Hihi

jatuh cinta pandang pertama. camno tuhh?

oh bunga. why are you so lovely?

alahai...nak share jugak..haha

yang ni hb+brooch

Cukup, cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Alahai. Memang dalam hati da set nak pakai artificial flowers je. Takde kije nak gi beli bunga time dekat-dekat wedding. Nak gubah sekian hal. Kalau ada tangan macam mila kamil AAWD ni lain lah. Haha. Untuk sementara waktu ni, Aini nak kongsikan dengan bride to be sekalian. Sila jengah AAWD ye kalau nak hb cun cun macam atas atas ni. Aini? Guna hb bridal je la sebab free. Haha. Semoga AAWD terus maju ke hadapan dan terus membantu bakal pengantin di Malaysia. Good job and wish you all the best. :)

Thursday 20 November 2014

92. Apa Yang Bride-to-be Harapkan Daripada Photographer?

Assalamualaikum, hai readers. Entry ni bukan berbentuk satu hentaman ye. Baca dengan nada yang sopan, mood yang baik dan muka ada itu senyium. Sekarang dah tutup buku survey photographer. Dah aim fotog yang berkenan dan dah cop fotog. Payment belum buat, kihkih. Ini mesej jujur apa yang Aini harapkan ketika survey fotog. Again, ini hanya berbentuk pandangan peribadi. Bukan merangkumi semua bride-to-be di Malaysia.

1. Kualiti gambar

Aini utamakan kualiti. Ada gambar yang bila Aini tengok, rasa macam biasa je, takde 'wow' atau 'pergh' atau sebagainya. Rasa macam "eleh, aku boleh snap". Yes. Aini seorang yang tak tahu nak guna DSLR, kreatif lagi lah jauh. Tapi Aini tau bila tengok sesuatu gambar, boleh rasa kagum. Jujurnya, Aini tak tengok sangat gambar-gambar yang da diedit oleh fotog yang agak 'so not picture'. Aini suka tengok yang biasa je. Time tu lah kita boleh tengok 'wow' atau tak gambar-gambar tu.

2. Kualiti fotog

Aini tanya kepada hampir semua fotog yang Aini survey : "Ni fotog yang pro ke amatur?" Apa pun jawapan, Aini akan consider, tapi ada yang senyap je lepas Aini tanya soalan ni. Apa kes? Ada bridal yang colab dengan OP yang profesional, yang tu tak dinafikan. Tetapi, ada jugak yang OP pakej sekali dengan bridal tu yang 'tangkap muat'. Please bride to be sekalian. Janganlah grab pakej-pakej yang mcm ni. Bukan nak tutup pintu rezeki. Tapi pilihlah OP yang berkualiti. Zaman sekarang ramai yang ada kamera muncung-muncung je, buat pendapatan sampingan snap snap gambar. Jadikanlah fotografi itu suatu hobi dulu, baru sebagai kerjaya.

3. Free gift atau produk

Haha. Yang ni sangat penting bagi pengantin bajet macam kami. Nak yang mengeluarkan banyak produk atau banyak free gift. Teringin jugak nak ada photobook, custom album, gambar besar macam tuan gambar dan sebagainya. Bila lepas majlis, ada orang nak tengok gambar, boleh la tunjuk kat orang tu macam2 jenis gambar cket. Hihi.

4. Harga

Harga ni Aini letak priority agak bawah. Bukannya sebab banyak duit (jauh sekali.tapi doakan lah ye). Aini percaya kualiti yang tinggi memerlukan harga yang tinggi. TETAPI harga yang tinggi tidak memerlukan kualiti yang tinggi. Kita sebagai pengantin kena bijak de amor untuk suai padan kan harga dan kualiti. Jangan sebab nak harga murah, kita bakal pengantin gamble kan gambar kenang kenangan kita yang akan kita tengok sampai kita tua. Anak cucu kita pun nak tengok nanti. Pelamin baju suma akan lunyai. Lepas majlis, cabut balik. Tapi gambar kenangan tu yang berharga.

5. Customer Service

Ada ke customer yang nak dilayan dengan tidak baik? Photographer yang akan bantu guide kan pengantin masa majlis nanti. Tak kan nak kena layan tak elok kan? Tak dinafikan ada segelintir fotog yang sebelum majlis, pijak semut pun tak mati. Tapi masa majlis, layanan hampeh. Tarik muka sebab penat+panas. Semua orang pun panas lah. Customer tu yang akan promotekan fotog-fotog ni. Lagi-lagi Aini yang blogger ni. kihkihkih.

Again, ini semua hanyalah pendapat peribadi. Tiada niat untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Mungkin juga boleh dijadikan panduan oleh photographer dan bride to be sendiri. Mohon maaf jika silap menaip. Peace yo.


Tuesday 18 November 2014

91. Promosi Fabrik Pengantin Jakel

Assalamualaikum, hai readers. Sorry lambat update pasal ni. Harap-harap sempat lah bride to be grab ape yang patut sebelum habis tempoh promosi ni. Actually Aini tahu pun dah lambat. Mujur ada sorang bride to be dalam group kat facebook bagitau. Maka, pencarian pun bermula. Actually tak membeli pun, survey je. Banyak lagi masa. Kihkih.


sehingga 31 Dis 2014 ye kawan-kawan

Eh. Lupa pulak. Entry ini tidak disponsor oleh Jakel ye. Cuma nak share dengan b2b je. Manalah Jakel nak pandang blogger picisan macam Aini ni. Kena berlakon jadi Kiah Pekasam macam Che' Ta dulu baru Jakel nak sponsor. ekau ado? Jom tengok hasil survey Aini. Sorry ye, takde gambar. Masa survey tu cameraman penat. kihkihkih

RM129 ke atas anda akan dapat :
-Lace 2meter
-Kain satin 4meter untuk baju perempuan
-Kain satin 4.5meter untuk baju lelaki
-Sampin songket 

Berikut merupakan tips-tips dan perkara yang anda patut tahu sebelum membeli :
-harga berbeza mengikut lace. Of course la harga RM129 punya lace tak sama dengan RM1290. Tapi dalam kes Aini memang tak terpikir nak guna lace tu. Maka, akan kugrab lace paling murah tapi paling cantik. Kaler maler belakang citer.
-kain satin yang dalam pakej ni ialah kain satin yang biase2 punya. Bukan dull satin ke ape ke. Kena consider kat bakal pengantin lelaki jugak ek. Ok ke kalau guna kain satin, bla bla bla.
-sampin songket cantik. Ridzuan suka. ps:selalunya kalau Ridzuan suka tu maksudnya betul-betul cantik la. Kalau tak, mesti beliau akan cakap "ok la"
-KENA TANYA PROMOTER PASAL PAKEJ NI. Kalau tak, memang diorang akan senyap je. Maybe Jakel boleh improve sikit part ni. Lantaklah, bukan diorang baca pun kan. Memandai je.

Kepada semua b2b, sila grab ye. Kenapa Aini tak beli lagi? Sebab nak tunggu YES dari KAMDAR dulu.kuikuikui. Mana lagi murah, yang tu la Aini grab. Nanti bila dah beli Aini bgtau eh?

Sunday 16 November 2014

90. Tasbih Serendah RM0.80 Dari Lovely Cookies

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak review tasbih 80sen dari Lovely Cookies. Actually lama jugak Aini survey survey pasal tasbih ni. Hajat di hati nak bagi tasbih dekat tetamu yang datang. Niat di hati Aini cuma nak bantu bride-to-be di luar sana yang nak cari tasbih yang murah. Trust me! Aini buat review ni tak amek 1sen pun dari empunya perniagaan. Aini spend masa almost 3 bulan survey sebelum end up tak jadi bagi. Ni semua sebab banyak sangat cadangan dapat. Haha.

Aini jumpa tasbih dari Lovely Cookies ni kat facebook. Tahu tak apa yang anda dapat dengan harga 80sen tu?


cuma ini? bukan...


ini yang anda dapat dengan harga 80sen tadi

Murah kan? Kagum kan? Dengan hanya 80sen, anda akan dapat tasbih+box+riben.. Bukan itu sahaja. Anda juga boleh request warna pearl dan tasbih selagi stok masih ada! Meh Aini belanja satu lagi gambar :


lawa kan? huhu.

Semoga post ini dapat membantu bakal pengantin sekalian yang nak mencari doorgift atau goodies tasbih yang murah dan berkualiti. Semua gambar kredit to : Lovely Cookies. Kepada semua bride-to-be, sila terjah Facebook Lovely Cookies. okay?

Wednesday 12 November 2014

89. Senarai Doorgift Yang Perlu Disediakan Dan Tips Persediaan Doorgift

Assalamualaikum, hai readers. Dah masuk part dorgift. Actually Aini tak berapa mementingkan doorgift. Even kalau pergi kenduri orang lain pun, kalau dapat, Alhamdulillah. Tak dapat, takpe. Kat sini Aini tak mention nak bagi barang sekian sekian. Aini cuma share bilangan doorgift yang Aini nak sediakan. Kalau takde bilangan, susah la kan nak bajet berapa barang nak beli.

Orang blok : 25pcs
Ustazah untuk khatam quran : 5pcs
Family Ridzuan : 20pcs
VIP : 200pcs
Tetamu : 600pcs
Kanak-kanak : 100pcs

Cukup ke? InsyaAllah cukup kot. Harap-harapnya cukup lah. Kalau ada lebih, lagi baik. Boleh agih lebih sikit. Ye idok?

Meh sini kita story mory sikit pasal tips persediaan doorgift. Tips ni antara beberapa yang terlintas di fikiran Aini je ye. Banyak lagi kat luar sana tips-tips nya. Cuma kena rajin.

1. Nak beli on9? Sila survey 2-3 bulan. Kenapa? Sebab Aini pernah jumpa orang jual tasbih+box+ribbon start dari harga 80sen sampai RM1.50. Besar tau bezanya! Nanti Aini akan share siapa yang jual tasbih+box+ribbon dengan harga 80sen tu... Stay tune (entah bila).

2. Beli doorgift sikit-sikit tapi borong. Maksudnya kalau dalam paper bag tu nak letak 17 barang (amek kau) untuk 2000 tetamu, beli barang pertama 2000pcs dulu. Minggu depan, beli barang kedua pulak. Hal ini bagi mengelakkan duit terlebih nampak mengalir. Biar mengalir sikit-sikit. Tak tau lah teori apa ni.

3. Barang bukan makanan boleh ready awal. Tak perlu 2 hari sebelum majlis baru nak bungkus tuala. Nanti tak mandi korang.

4. Makanan yang tak bersemut, tak lemau, pendek kata tak rosak pun boleh sedia awal. Contohnya : gula-gula yang dijaga rapi sampai semut tak suka.

5. Paper bag biarlah berpada-pada. Tepuk dada tanya selera : kalau aku pergi majlis orang, paperbag tu aku buang ke simpan? Kalau buang, biarlah yang murah asalkan lepas ntok letak barang-barang.

6. Kena tahan umpatan, bak kata Ridzuan, jiwa kental. Tak semua orang akan suka dengan doorgift kita. Kalau terlebih-lebih pun kena kutuk jugak. Bagi satu barang pun kena kutuk jugak. pape pun komen orang, sabo je la.

7. Jangan terlalu bezakan tetamu biasa dan VIP. Seeloknya tak bezakan terus. Tak nak ada ketidaksamaan taraf.

8. Mesti tau nak bajet berapa orang tetamu yang datang. Yang tu kena bincang awal-awal dengan keluarga.

9. Ready kaki tangan kepala yang akan menguruskan doorgift. Selalunya tugas ni bagi dekat adik-adik atau sepupu sepapat. Takde lah mak ayah pengantin terkejar-kejar cari doorgift nanti.

10. Selalu mintak pendapat orang ramai. Keluarga, saudara mara. Tanya orang lain ok ke kalau bagi sekian sekian. Untung-untung ada makcik pakcik sponsor...hihi

Nanti Aini citer pasal tasbih 80sen tu ea... :)

Monday 10 November 2014

88. Idaman Kalbu : Wedding Stamp dari iKahwin.my

Assalamualaikum, hai readers. Belum sempat nak story mory pasal doorgift. Nak update pasal idaman kalbu yang pertama which is wedding stamp dari iKahwin.my. Tak nak dari company lain, wah! Nak tau wedding stamp ni macam mana ghupenye, jom nengok sesame :





Dah tau dah apa kegunaan wedding stamp ni? Baru ni ushar-ushar facebook iKahwin.my dengan housemate. Alahai. Terlepas promosi la. Rugi. Rugi. Dah la Aini ni tengah berusaha cut cost segala yang ada. Maka, tunggu promosi lain la. Nasib wedding lambat lagi. Hihi. First time tengok memang terus jatuh cinta tergolek gelek golek. Aim memang nak guna ape ntah nama kertas coklat tu. Tengah pikir-pikir lagi nak letak doily paper+tq tag ke nak cop je guna wedding stamp. Rasanya cop guna wedding stamp lagi senang kot kan?

Lagi seronok dapat cop sambil tengok running man. kihkih. Cop masa free laju je la. Selain nak cop mengecop kat goodies, boleh jugak nak cop kat kad kahwin. Yeebaaa. Seronoknya berangan. Hihi. Memang idaman kalbu lah wedding stamp ni. Kalau tempah wedding stamp nanti mesti nak letak link blog OHMYWEDDING. Promote tu penting. Haha. Plus tak nak tulis tarikh. Cukuplah nama Ridzuan dan Aini sebab boleh guna untuk majlis bertandang jugak. Clever edisi jimat sungguh.

Selain wedding stamp, iKahwin juga ada macam-macam lagi barang kahwin yang tak tercapai dek akal Aini. Memang semua hebat daebak. Tak percaya? Tunggu...tunggu...

penah terpikir wujud benda ni?teringin jugak nak ni.tepuk poket,cakap kat hati, takpe lah, kita guna wedding stamp je. Haha. RM1/pcs.

kad kahwin+ucapan untuk pengantin sekali.

printed TQ tag. comel je gmbar misai+lips tu..

Bila nak beli wedding stamp? Jawapan : bila ada promosi. Hihi. Harap-harap iKahwin.my buat promosi hujung tahun. Sila baca ye, semua bride-to-be menunggu waktu tu. Muahaha. Oh ye, lupa nak cakap. Harga Wedding Stamp tu ialah RM40. Siap dalam 3 hari bekerja. Super duper pantas. I like. Jom ramai-ramai like facebook iKahwin.my. Dah ada lebih 16ribu likers. Anda bila lagi?

Yang ni Aini copy paste dari facebook iKahwin.my jugak :

About

iKahwin.my is a trusted online wedding planning website which allows user to discover local wedding service provider online.http://www.ikahwin.my/
Mission
To be Malaysia Most Comprehensive Wedding Portal
Company Overview
http://www.ikahwin.my/
Description
iKahwin.my is a trusted wedding planning website for people to list, discover, and review unique wedding vendor through online or from a mobile phone. From catering service, photographer, wedding officer to the venue provider, iKahwin connects people to unique wedding service provider, at any price point, throughout Malaysia. With world-class customer service and a growing community of users, iKahwin is the easiest way for people to monetize their wedding services and showcase it to an audience of millions. iKahwin was founded in June of 2012 and based in Cyberjaya, Selangor.

Visit our website: http://www.ikahwin.my/
List your business: http://pricing.ikahwin.my/
Get our latest photo updates: http://instagram.com/ikahwinmy
Get our latest info tweets: https://twitter.com/ikahwinmy

Credit : iKahwin.my. Semoga iKahwin.my terus maju di masa akan datang dan terus membantu menjadikan wedding orang kebiasaan macam Aini ni sebagaimana wedding yang kami diidamkan. ps: entry ini tidak berbayar. Aini tak pernah kenakan caj atas semua review dan idaman Aini. Semua yang Aini tulis adalah percuma dan yang penting tulus ikhlas dari hati.

Saturday 8 November 2014

87. Kasut Untuk Bersanding Dan Hantaran

Assalamualaikum, hai readers. Ya! Dah beli kasut untuk bersanding and nak letak atas hantaran. Camne lah nak peram untuk 8 bulan ni. Harap kakiku tak mengembang lagi. Biarlah badan je. *dagu pun tak nak mengembang* Mula-mula ingat nak beli time Year End Sale. Mana tau dapat lagi murah ke kan. Tapi dah alang-alang terlalu kat Verns kat Kuantan Parade, beli kasut ke 2 dengan harga hanya RM9, masuk singgahlah. 

Dah tau promosi ni dah lama. Nampak tak keprihatinan terhadap sale tu? Hihi. Tanya promoter tu, bila habis promosi ni? Dia jawab 14hb. Mak aiii. Terus cakap kat Ridzuan, kita beli sekarang lah eh? Nasib baik Ridzuan setuju je. Aim kat flat. Tawaf 2,3 kali jugak. Takde yang berkenan. Pergilah kat tempat heel yang rendah. Terus 1 kasut ni menarik perhatian Aini.

vern's..walk of style..gitu.

nampak tak? nampak tak?

hitam dan coklat.

view dari tingkat 12 atas

dari tepi.ada heel sikit.comel je di situ.


Tada...ini lah kasutnya. Huhu. Simple. Beli 2 pasang, 1 warna coklat, 1 hitam legam sebab dah tak berkenan kasut lain. Kenapa pilih kasut ni? Sebab tak tinggi sangat. Kira ngam ngam soi lah tinggi kami nanti. Masalah terple'ot pon akan diatasi dengan jayanya. kehkeh. Selesa. Memang selesa. Verns ni kira favourite brand untuk kasut lah. Harga affordable. Masih mampu milik. Mostly kasut Aini, mummy, adik-adik semua beli kat Verns. Diskaun pelishhh.

Untuk kasut bersanding, warna pilihan ialah warna coklat. Part yang kosong-kosong-kosong tu maybe akan paste kan sikit patch lace+pearls ke. Tengok dulu macam mana. Rasa nak pos je kasut kat bridesmaid to be nama Aynen sebab beliau paling suka buat benda-benda kraftangan ni. Warna coklat tu boleh masuk je dengan baju warna pape. Dan yang paling penting, kasut ni tak kan  terbangkai terbengkalai begitu sahaja sebab nak bawak pakai gi sekolah. Jimat lagi bijak. hihi

Untuk kasut letak kat hantaran, Aini letak warna hitam tu. Macam malas nak patch lace bagai, letak togel gitu je lah. Suka sangat lah kasut ni. :) tak kisah dan tak kan kisah orang lain nak cakap kasut ni simple sangat ke, tak macam kasut kawen ke ape. In the end, Aini jugak yang pakai. Jom tengok price (padahal kat atas tu dah cakap) :

Kasut 1 : RM59
Kasut 2 : RM59 RM9
Jimat : RM50

Tips : kalau anda dan pasangan merupakan pasangan hujung minggu seperti kami, beli lah barang awal ye. Lepas ni setiap minggu akan target beli 2 barang. Countdown hujung minggu je lah lepas ni yek.

Update : Baru lepas minta pandangan calon bridal, cadangan beliau guna kasut bridal dari mula sampai makan. Lepas tu layan tetamu guna kasut ni. Bertandang pun guna kasut ni jugak. Cadangan diterima tapi kena practice jalan la...hihi

Thursday 6 November 2014

86. Persalinan Telekung, Peram Sampai Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Seronok sungguh bila persalinan telekung dah sampai. Beli tanpa pengetahuan Ridzuan. Sedar-sedar je dah bagitau Ridzuan "telekung yang nanti dapat masa nikah dah beli". Nasib baik lah tak kena bebel. Untunglah. Aini tak nak beli telekung yang di luar kemampuan. Alhamdulillah, nak kata rezeki kan, Aini jumpa promosi telekung lycra dengan harga yang murah. Memang suka telekung lycra, sangat selesa dan kemas. Sebelum ni beli satu telekung lycra warna royal blue dengan kawan sekerja RM40. Jom layan gambar-gambar ni :


antara warna-warna yang ada

parcel...kenapa besar?baca post ni sampai habis

pelbagai warna. hihi

this is mine ^.^ yahhhoooooo..abaikan muka bajet comel itu.

labuh belakang.actually x senget pon.

Taw tak berapa harga telekung Aini beli ni? Nampak promo RM68 untuk 2 pasang. I said to my self : "What? Like seriously?". Terus kepoh-kepoh tanya mak, adik, akak semua nak tak. Amek kau, 6 pasang terus. Untuk mak, along, kakde, achik & adik terus. Dapat harga RM33 untuk setiap helai, free postage. Muka pun senyum sampai telinga, lagi-lagi adik bongsu. Nak pilih warna pun satu episod drama. Kejap nak warna ni, kejap nak warna tu. Mula-mula plan nak beli putih je untuk Ridzuan bagi masa nikah nanti, tapi prefer yang berwarna *demand u* Akhirnya, pilih warna pink soft. Tak terlalu striking sampai menenggelamkan pengantin nanti :)

Harap-harap pilihan yang Aini buat tepat. The major problem is : macam mana nak simpan telekung tu sampai nikah? Any tips? Kena sorok kat tempat lain ni, jangan lepas tu lupa pulak sudahhh... Haha. Kepada sesiapa yang nak dapatkan telekung lycra dengan harga murah, boleh risik merisik facebook Zur Zainal atau whatsapp ke number 0123483894. Subhanallah. Sangat mudah berurusan dengan beliau. Even Aini yang cerewet ni dilayan dengan sempurna. Setengah jam lepas transfer dah dapat tracking number :) Semoga perniagaan saudari terus berjaya dan dapat membantu bride-to-be yang lain juga.

ps : maafkan kualiti gambar yang kureng.cukuplah HTC tersayang, tak perlu nset lain :)

Monday 3 November 2014

85. Vendor Idaman : Rumah Kebaya Malaysia (RKM)

Assalamualaikum, hai readers. Dah mula part berangan *turning on*. Dulu teringin sangat nak guna servis RKM ni. Masa Aini 'Like' fanpage RKM takde lah 94,000 orang like lagi, rasanya dah belas-belas ribu time tu. Maybe masalah utama ialah nak menjimatkan bajet, maka terkubur begitu saja. Mungkin boleh simpan untuk adik-adik (Aini ada lagi 3 orang adik perempuan untuk dikahwinkan) atau boleh simpan untuk anak-anak. Heh? Tujuan Aini share ni untuk berkongsi dengan anda semua yang tercari-cari vendor pilihan. Bagi Aini, kita orang biasa tak perlu lah nak compare dengan artis-artis yang dapat sponsor itu ini. Soal vendor pon bagi bulat-bulat dekat wedding planner. Sekiranya anda berkemampuan, boleh lah ushar-ushar RKM ni.

Kenapa RKM jadi vendor idaman Aini?

1. Sebab bajunya sangat teramat cantik gilos. Hah, nampak tak hiperbola kat situ? Semua baju sangat cantik tapi masih mengekalkan eleman kebaya which means still nampak tradisional. The details are superb. Seriusly Aini banyak kali zoom gambar baju-baju baru dari RKM untuk tengok detail-detailnya. Nak tau yang mana yang Aini sangat berkenan? Check it out :




cukuplah belanja 3 keping gambar.tutup mulut yang terlopong tu pelis. Haha.

2. Pelamin sangat elegan. Elegan tu apa? Bagi Aini elegan tu mewah. Jangan tanya mewah tu apa. Lepuk kang. Tapi yang Aini berkenan mostly yang kat dewan. Aini punya sanding maybe kat rumah je. Tak sesuai. Tapi Aini share jugak untuk jadikan inspirasi bride-to-be kat luar sana.




Walaweh. Tak tido malam berangan. Haha. Banyak lagi yang cun-cun. Tapi ni je yang mampu masukkan. Bukannya apa, takut nanti mintak Ridzuan sponsor guna khidmat RKM pulak. Haha. Pengsan.

3. Harga RKM bagi Aini masih reasonable. Tapi since Aini di Pahang, mungkin kos transport agak tinggi. Maka, undur diri. Hihi. Nak tau lebih lanjut, boleh pm RKM sendiri.

4. Kalau korang ada like fanpage RKM ni, mesti tau banyak tips2 yang RKM kongsikan kat status RKM. Sangat berguna terutama part checklist. Dan semua tips tu kadang-kadang ada yang kita terlepas pandang. Siapa-siapa yang tak like lagi page RKM tu, pegi like sekarang.

5. Bila tengok review 4.5 bintang, korang paham-paham lah servisnya macam mana kan? Memang terbaiklah. Tapi nak komen lebih-lebih part ni tak boleh jugak sebab Aini tak pernah guna khidmat mereka.

Semoga RKM akan terus berkembang dan berjaya pada masa akan datang. Lepas ni kalau ada offer ke ape ke dari RKM, insyaAllah Aini akan update terus dengan readers semua :) kredit semua foto : facebook RKM.

Yang ni Aini copy paste dari facebook RKM :

About

Art of Kebaya, specialist Kebaya, pertama dan terkini di Malaysia.www.rumahkebaya.com.my untuk pertanyaan melalui : 1.phone: +60172089044 2.email : tanya@rumahkebaya.com.my
Mission
menjadi Raja dan Ratu sehari yang megah
Company Overview
Art of Kebaya
specialist Kebaya only,
pertama dan terkini di Malaysia , butik kami berada di shah alam selangor.
Production kami bertempat di Tasikmalaya-Jawa Barat, Indonesia.

www.rumahkebaya.com.my

untuk pertanyaan melalui :

1.phone: +60172089044
2.email : tanya@rumahkebaya.com.my
3.alamat : 26B,Jalan Plumbum N7/N,Seksyen 7 Shah Alam