OhMyIklan

Wednesday 29 April 2015

151. Edited By Myphotographer Malaysia.

Assalamualaikum, hai readers. Lama tak update. Huhu. Selalu mood ke laut je memanjang. Hari ni nak share salah satu daripada ribuan specialnya Myphotographer Malaysia iaitu diorang punya skil mengedit gambar yang awesome sangat! Tak percaya? Check it out :






Wow kan? Memang tak tercapai dek akal la editnya. Suka tau scroll scroll gambar lama-lama Myphotographer Malaysia. Sangat lawa. Huhu. Ni antara contoh yang latest la. Tak dapat bayang macam mana 3 tahun akan datang bila teknologi dah semakin maju. Macam mana lah gambar-gambar dari Myphotographer Malaysia agaknya.

Semoga Myphotographer Malaysia terus maju pada masa akan datang :) Feel free to visit fanpage Myphotographer Malaysia.

Thursday 23 April 2015

150. Tiga Bulan Lagi.

Assalamualaikum, hai readers. Lama tak update pasal diri sendiri sebab tak buat apa sangat untuk wedding. Tetibe je dah tinggal 90++ hari atau lebih kurang 3 bulan. Apa hal? Haha. Syok sangat makan tido sampai baru perasan sekarang dah sampai masa untuk pulun banyak untuk wedding. Maka, lepas ni (asyik-asyik lepas ni je) akan lebih kerap update pasal diri sendiri kalau boleh. Kalau boleh lah, tak boleh nak buat macam mana. Hihi.

Favourite question so far : "Apa yang belum prepare lagi?"
Favourite answer all the time : "Patut tanya apa je yang da prepare"

*sengih kambing*

Seriusly checklist ke laut. Nak copy orang punya, malas. Maka, diharapkan agar jangan fed up menanti update. Antara perancangan lepas ni :

- kain bridesmaid
- survey kad kawen dekat kompleks teruntum
- ready kad kawen

tapi banyak gila pending post :

- fresh flowers by al iman trading
- cincin Ridzuan
- make up by ferra rossa
- mood replublik

Maka? Tunggu je lah next entry nak cerita apa. Harap-harap kawan yang dah kawen tu kalau rasanya Aini belum wish, bagitau lah ye. Hihi.

Mentally prepared? NO.
Wish me luck :)


Tuesday 21 April 2015

149. Make Up by Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak share sikit pasal make up by Rumah Kebaya Malaysia. Alahai. Teringat pulak make up my bff Waha untuk majlis tunang beliau hari tu. Memang tak boleh lawan la kehebatan make up dari RKM. Huhu. Susah tau nak make up kan orang. Kita nak yang simple, natural, dihentamnya bak burung merak. Hahaha. Kalau servis make up by RKM, korang boleh request nak yang natural ke, heavy make up ke, highlight kat mata ke, mulut ke.

Best tau tengok gambar hasil make up by RKM. Semua cantik-cantik! Nampaknya Aini kena belajar dengan RKM la gini. Eh? Layan dulu.






Honestly, Aini tak tau sangat ape yang tengah trending bab2 mekap. Tapi kalau dah memang tengok pun lawa, kira memang lawa lah mekap tu tak kira lah old fashion ke latest. Sesiapa yang asal jawa ke ape ke nak mekap yang tradisional, RKM boleh mekap kan tau. Masa ni lah nak kembalikan kegemilangan zaman atuk nenek. Ye dak?

Untuk sebarang pertanyaan atau info, boleh layari facebook Rumah Kebaya Malaysia. kredit gambar : fb RKM.

Tuesday 14 April 2015

148. Megat M. Shazwan Photography

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni ada kesempatan nak bercerita sikit pasal salah seorang OP yang anda boleh consider untuk hire terutama di area Kuantan. Sorry lah ye, banyak promote area Kuantan sebab ushar-ushar pun area sini banyak. Tapi jangan risau, OP yang Aini nak promote ni boleh travel. Kot. Tadaa... Presenting Megat M. Shazwan Photography.

Dah lama jugak admire karya dari beliau. Tapi tak pernah pm tanya pakej ke apa. Kalau nak hire beliau, sila-sila kan bukak link yang Aini bagi kejap lagi eh. Jom layan gambar-gambar yang sangat awesome dari beliau :






Cool kan? Memang taste Aini gambar yang tak perlu banyak edit ni. Tengok pun dah tau memang pandai capture gambar. Memang sangat lawa! So. Berminat? Sila ushar karya Megat M. Shazwan Photography di sini. Happy hiring!

Saturday 11 April 2015

147. Pengalaman Kursus Kahwin

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak cerita sikit pasal kursus kawen. Baru pergi hari tu time cuti sekolah. Mesti orang cakap "eleh, ada blog bagai tapi baru pegi kursus kawen?" Well. do i look like i care? Meh sini Aini cerita step by step macam mana kursus kawen ni eh.

Mula-mula pegi pejabat agama kat kuantan. Amek borang. Amek 3 keping untuk Aini, Ridzuan dan adik Aini. Balik rumah, isi borang, kirim kat ayah hantar borang. BORANG PERLU DIHANTAR BERSAMA SALINAN IC. Terserlahlah gambar ic ku yang umur 18 tahun dulu. Tett. Ayah call cakap tarikh kursus kawen 21 & 22 mac. Cuti sekolah. Great! Takde lah penat sangat. Bila dah jatuh time cuti sekolah, maka ada lah wedding yang tak dapat kami attend. T.T

SIMPAN SLIP yang diberi time hantar borang tu ye. Oh ye. Masa tu yuran RM80 untuk 2 hari termasuk makan. Venue? Masjid negeri. Kami pun menunggu dengan senang hati :)

21 mac : dalam slip tulis 7.45am kena ada kat sana dah. Tapi kami still relaks.. hihi. Sampai sana dalam pukul 8 camtu. beratur cek list name semua. Amek tempat. Rasanya dalam 100++ orang jugak yang join time tu dan peserta lelaki lebih ramai. Sesi ceramah macam biasa. Ada yang best, ada yang tak berapa. Maka, pandai-pandai lah isi soal selidik tu eh.

Makan sedap. Rasa macam nak tambah. Hihi. Makan yang disediakan ialah breakfast pukul 10 & lunch. Zuhur kat masjid negeri. Alhamdulillah. Best. Jarang sampai ke sini. Semoga imanku bertambah. Amin.

Habis dalam pukul 4.45 camtu. Sempat asar kat masjid sebelum balik.

22 mac : Masih lambat macam semalam. Hahaha. Dengar ceramah, makan, solat pun macam semalam. Mula-mula ingat sampai tengah hari je. Rupanya sampai 5 petang jugak. Adeh. Tapi dalam pukul 3.30 camtu dah stat exam. Exam? Yup. Tapi jangan risau. Senang je. Kalau rasa susah sangat, tengok lah orang kiri kanan. Hihi. Oh ye. kami bertiga salah satu. tapi tak tau lah nombor berapa. Haha.

Amek sijil. balik. Dah boleh kawen. Hihi.

Tips :

1. Pastikan nama dan ic pada sijil tu betul ye.
2. Dengar dengan teliti sebab banyak ilmu yang kita boleh dapat.
3. Pergi dengan kawan untuk elakkan bosan.
4. Pergi time da dekat nak kawen kalau boleh. Untuk bagi feel tu lebih.
5. Pergi dengan pasangan seeloknya. Untuk bagi ilmu yang dapat tu sama.
6. Pasangan tak boleh duduk dekat ye. Asing ikut jantina.
7. Catat apa yang penting.
8. Simpan sijil tu baik-baik.

Good luck. ps : readykan gula-gula banyak sikit ye.

masjid negeri. tempat kursus kawen kami. kredit : yang berkenaan.

Wednesday 8 April 2015

146. Sesi Fitting Baju Nikah & Teaser Baju Sanding.

Assalamualaikum, hai readers. Selasa lepas, Aini pergi butik Kak Yani untuk sesi fitting baju nikah. Thank you Saleha comel dan Alia cute sebab sudi teman and banyak bagi komen menambahbaikkan baju tu. :) love both of you.

Nak jadi cerita dari hari Isnin dok mesej kak yani tanya bila boleh fitting baju. tak sabar la konon! tapi memang pun. laju je kak yani reply "esok boleh?". memang berbunga bunga lah hati kan. tambah lagi berbunga bunga nya bila kak yani cakap "songket akak dah beli. merah silver" 

Lepas meeting, terus pergi kedai kak yani. fitting semua berjalan lancar. so far takde apa sangat nak ubah. baju nikah Aini ada banyak beading dengan bunga 3d. tapi, fitting sebelum semua benda alah tu ada. kira fitting dengan kain baju kosong je. kenapa? graviti kalau ada yang kena kecik kan or besar kan, takde lah ganggu manik-manik tu semua.



haruslah crop awal-awal gambar penuh. hahaha. nanti tak surprise lah. kalau tak crop, takde lah orang nak baca blog Aini sampai bulan 7 nanti.LOL. nantikan ye.

Nak cerita pasal baju sanding Aini pulak. Ala, yang songket tu. Mula-mula expect songket yang macam biasa tu tau. Warna merah silver. Memang dah bagitau kat kak yani nak warna merah silver jugak. Sekali masa tengok tu rupanya songket tabur ke songket bunga tabur entah orang panggil. Yang penting songket bunga tabur tu lebih mahal dari songket biasa.

Harga tu tolak tepi lah sebab takde beza pun bunga tabur ke bunga tersusun. Yang Aini wondering de amor sekarang macam mana rupa dress tu kalau guna songket bunga tabur. Try google jugak tapi tak dapat tangkap lagi rupa dress tu. Huhu. bila kak yani cakap "jangan risau, cantik punya" terus tenang sikit hati. hihi. nah amek contoh songket Aini :)


Monday 6 April 2015

145. Selamat Pengantin Baru Jannah!

Assalamualaikum, hai readers. Bila rajin update kawen member ni maksudnya malas update pasal kawen sendiri la. hihi. Nanti update lagi eh. Banyak waiting list ni. First of all, nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk kawan matrik Aini, Dr. Jannah. Dah takde jumpa dah rasanya since 2009. Fuh. Jadi isteri orang dah sekarang. Meh sini nak tepek gambar jannah dengan pelamin beliau yang gojes gilaaaa.......

ni semua kawan-kawan matrik Aini. Rasanya Maziah yang paling happy. Memasing amek berkat eh?

Jannah in her solemnization outfit.

lawa sangat baju jannah. memang kena la dengan jannah yang comel tu.

pelamin beliau yang lawa gila. Memang nak sangat pelamin penuh bunga. Tapi bridal semua amek mahal. Memang sobs lah.

wish untuk Jannah : 

jannah comel.
Selamat pengantin baru.
Semoga kekal hingga ke syurga.
so sorry tak dapat attend wedding.
erika je lah pengganti diri. hihi.
anak jannah mesti comel nanti kan.
keep smiling.
xoxo.

Wednesday 1 April 2015

144. Bekas Air Untuk Ahli Blok

Assalamualaikum, hai readers. Setelah macam-macam cadangan barang yang keluar masuk kepala Aini, akhirnya Aini decide nak bagi bekas air untuk ahli-ahli blok. FYI, (padahal takde orang nak tau pon) Aini duduk area felda. Maka, konsep rewang lah kita. Orang-orang blok Aini memang hebat bab bantu membantu kalau time kenduri. Bukan nak kata ape lah, tapi memang tip top kerjanya. Mula-mula yang mummy pikir mesti ahli blok. Ape nak bagi doorgift? Nak buat makan-makan ape untuk ahli blok? Sume lah.

Tiap-tiap kali kenduri, mesti mummy akan dapat goodies yang best-best. Kain batik, tuala, mangkuk, jag air. Aini rasa bajet untuk ahli blok almost RM10/orang kot. Ahli blok Aini total ada 21 orang. Aini prefer bagi barang yang belum pernah orang bagi dan barang tu orang akan guna. Barulah pahala berganda. Almaklumlah, tak tau pahala yang mana akan tolong kita masuk syurga. Kalau boleh, prefer barang yang murah tapi besar. *demand u*

Akhirnya, bincang ngan mummy daddy, Aini decide untuk beri bekas air macam gambar kat bawah ni. Beli 25 pcs terus sebab ada beberapa orang kawan mummy dan daddy yang akan tolong daripada pagi selalunya. Kira ada lah dalam 4pcs untuk 4 pasang suami isteri.

Aini balut guna plastik hamper elok-elok, walaupun takde lah elok mana. Tangan tak kreatif plus keras. Mula-mula balut tu mau 30minit untuk satu bungkus. Sabo je lah. Lama-lama dah makin kurang, sampai 10minit. Tapi buruk tetap buruk. Haha. Ini lah yang akan orang blok 21, Felda Chini Timur 01 terima masa kenduri Aini nanti :



Berapa total damage untuk setiap pcs? Check this out :

Bekas air = RM7.90
Pembalut hamper = 2meter dapat 3pcs. RM1.50/meter. Total = RM1
Riben pink purple = RM2 boleh dapat lebih 25pcs.*banyak gila lebih* Total = RM0.10
Riben bentuk bunga = RM2 dapat 12pcs. Total = RM0.15

Aset : Salotape, gunting, cutter

TOTAL DAMAGE = RM9.15

Semoga ahli blok Aini suka. Ini je cara untuk balas jasa baik dan sumbangan makcik-makcik dan pakcik-pakcik sekalian. ps : harap-harap takde orang blok baca. tak surprise lah. Haha.