OhMyIklan

Saturday 31 May 2014

43. Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment.

Assalamualaikum. Lagi 10 minit nak abes giveaway ni baru terkedek2 nak join...Hihi. Semoga ada rezeki. Melawan masalah line internet kejap ade,kejap takde pon mencabar jugak. Nak like fanpage pon terkedek2. OhMyYes4g, please be nice. :)



klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n
PROMOSI  HESTA!!!

Dapatkan 7 jenis produk dalam satu set dengan harga terhebat!
Cleansing gel
Cleansing milk
 Facial scrub
Aloe vera gel
Lighting soothing mask
Ph balancing toner
 Pearl sunblock foundation

HARGA SUPER HEBAT!
RM 169.90 250 450(Semenanjung) & RM199 (Sabah/Sarawak)

 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991

ps : semoga ada rezeki menang... Amin :)

Check out our next post : 44. Personal Review : Veil by Birubi.

Tuesday 27 May 2014

42. Contest "Hadiah buat raja sehari dari theshopablog"

Assalamualaikum, hai readers! Hari ni ada sesuatu yang terjadi kat blog OhMyWedding!

                                         























Shahadah, why are you so cute? Alahai. Disebabkan Shahadah dah mintak tolong dengan muka seringgit seposen beliau yang cute itu, Aunty Aini akan tolong Shahadah ok? Senang je kalau Aunty Aunty yang lain nak order pape dengan Kak Shakina ni, boleh WA ke 013-2126952 (mesti Shahadah marah sebab ulang yang beliau dah cakap tadi), harap-harap Kak Shakina simpan lagi number telefon yang dok WA pasal rose petals nak letak kat kad kawen tu. Hihi. Atau pun, kalau nak order (tak habis lagi, cepat benau lari topik) sila terjah facebook TheshopAblog Blogspot, atau order secara atas talian di http://www.theshopablog.com/ dan cara akhir email kan ke shakina.farhan@yahoo.com.

For your information, Kak Shakina ni merupakan senior SEMSAS Aini dulu. Of course lah kuingat. Dan Aini support blog Kak Shakina dari sebelum beliau kahwin lagi. To be honest, kewujudan OhMyWedding ni lepas tengok kejayaan depan mata Journey of Bride-To-Be by Shakina Farhan. Sesiapa yang nak follow Kak Shakina punya personal blog, boleh terjah sini. Dan Aini dengan suka cita nya ingin tag B2b blogger :


&




Yeay! Mesti Shahadah dah happy kan? Semoga Shahadah terus membesar sebagai anak yang solehah. Semoga theshopAblog terus berkembang maju pada masa hadapan dan semoga Kak Shakina selamat melahirkan adik kepada Shahadah tak lama lagi. Harap ilmu yang Kak Shakina bagi selama ni dihalalkan dunia akhirat. Amin...

Check out our next post : 43. Personal Review : Veil by Birubi.

Monday 26 May 2014

41. Review : Veil by Birubi

Assalamualaikum readers. Hari ni akhirnya ada kesempatan nak review veil Aini. Veil Aini custom made dari Veil by Birubi. Sila terjah facebook beliau. Entry ni khas untuk review beliau dan perniagaannya sahaja ok. Bukan review veil Aini. InsyaAllah veil Aini dan kerjasama kami akan direview di personal review akan datang. Kenapa anda perlu memilih Veil by Birubi ni?

1. Murah. Aini dah compare dengan tukang veil yg lain. Harga beliau memang affordable.
2. Boleh custom made ikut cita rasa kita.
3. Banyak koleksi yang boleh kita pilih.
4. Layanan tip top.

Kalau anda dah terjah facebook beliau, dapat lah tengok rating 4.5 stars yg orang bagi. Jom kita tengok koleksi terkini dari Veil by Birubi :


antara yg akan menarik mata anda untuk tengok detail-detail nya.



Vaaa vaaaa vaaasss kan? Nak menempah? Pe lagi....sila terjah facebook beliau. Bride-to-be sekalian, sila tempah veil awal-awal ye bagi memudahkan urusan anda. Semoga bisnes Veil By Birubi terus sukses hendaknya. *kredit gambar : facebook Veil by Birubi*

ps : review ini tidak berbayar. Inginkan pengiklanan barangan anda di sini? Kindly email Aini di wanainiashikin@gmail.com atau pm facebook Aini

Check out our next post : 42. 42. Contest "Hadiah buat raja sehari dari theshopablog"

Sunday 25 May 2014

40. Alkisah Kena Tipu Dengan Penjual Baju Bertunang Online

Assalamualaikum, hai readers! See the title? Yes! Aini antara salah seorang yang terkena tipu dengan penjual baju online ni. Nak cerita detail-detail, memang tak lah. Tak mau mengenang kenangan pahit. Tapi Aini harap sangat tukang jual baju tu baca. Walaupun tak reveal (takut kena saman), Aini nak bagitau memang kamu je yang menipu Aini. Yes! I am talking about you. Geram rasa nak tag,tag,tag,tag aje penipu ni. Masa nak mengorder tu bukan main baik lah kan, even Aini pon terlebih mesra (well, Aini tak kan buat masalah dengan orang yang tak bermasalah dengan Aini). Tengok perbandingan hasil kat bawah ni ye :

kiri ialah baju Aini dan kanan ialah baju sampel. "sama" kan?

*dush-dush-dush*

Aini tak kan complain perihal tukang jahit online ni, mana tau ada orang lain akan tutup aib Aini nanti kan. Tapi Aini akan complain pasal baju ni. Well, tengok perbandingan ni pun dah tau banyak kekurangan kan? Tak baik tau orang tu :(

1. Lace kat kain sangat sikit. Rasanya dalam separuh je kot lace kain Aini compare to sampel.
2. Kain takde bunga 3d langsung!
3. Lengan baju singkat dalam 1.5", solution? Aini tambah kain.
4. Lace kat baju bahagian bawah, atas dan lengan sikit jugak, sama macam yang jadi kat kain.
5. Manik sangat - sangat - sangat sikit pada baju dan kain.
6. Bunga 3d pada baju pun sikit.
7. Jahitan macam hampeh kat manik, lengan.

Overall, sedih gila masa dapat tu. Teruslah mengadu kat teman-teman group bride-to-be. Sorry lah ye penipu, ni harga yang kamu dapat lepas menipu Aini. Kalau hasil jualan tu dah berkurang, anggaplah hukum karma. Group bride-to-be tu ada 4000++ orang ahli. Anggaplah kamu dah hilang 4000++ customers. *Serves your right*

Tindakan susulan? Tiada. Tapi of course Aini mengamuk kat penipu tu. Wahai penipu, Aini tak halalkan walau 1sen pun duit yang Aini dah bayar tu. Selamat berjaya mencari Aini di alam lain nanti. I am serious! Walaupun orang cakap RM320 (harga baju tu) kira ok je since penipu tu provide kain, Aini still rasa tak patut. Jangan menipu sebab dunia ni bulat. Sekarang kamu kat atas, nanti kamu kat bawah, kamu ingatlah tu sebab kamu dah menipu Aini.

Niat di hati, nak let go semula baju tu murah-murah dalam RM250. Tapi tu sebelum Aini dapat hasilnya. Bila dah dapat hasilnya, tak sanggup nak let go. Mungkin akan sewakan je dengan harga yang betul-betul murah. Tapi tak tau lah lagi. :(

Saja nak share hasil Aini tambah part lengan baju tu :


Semoga orang lain tak terkena nasib yang serupa dengan Aini. 

Check out our next post : 41. Review : Veil by Birubi

Friday 23 May 2014

39. Cincin Bertunang Aini Yang Punya!

Assalamualaikum, hai readers! See the berlagak title? Huhu. Dulu pakai cincin merisik je, sekarang dah pakai yang bertunang sekali. Maju setapak. *well done Aini* Sebelum start story mory, jom tengok gambar cincin bertunang Aini dulu.

tak nampak sangat kan?


ketika cincin sudah di jari



ni je kot yg clear sikit

Cincin ini dibeli pada 14 Januari 2014. Almost 4 bulan disimpan rapi oleh mama tersayang. Awal gila kan beli? Huhu. Masa beli ni harga cincin murah. RM125/gram. Haruslah grab kan. Lagipun Ridzuan yang offer kan diri nak bawak gi beli cincin bertunang (padahal masa tu takde cincin merisik pun lagi). At first, ingat nak ada 1 cincin je. Sekali kan aje cincin merisik dengan bertunang since Aini tak gemar sangat barang kemas. At last, beli jugak dua.

Jangan ingat proses mencari cincin bertunang Aini mudah ye. Mula-mula kami round kedai-kedai emas sebaris dengan Taman Kerang, Kuantan. Ushar, ushar, ushar. Call mummy : "mak, kat mana nak beli cincin murah ea?" Mummy : "Wah Chan Kuantan Parade". Terus lah drift ke Kuantan Parade pulak. Nak mencari Wah Chan satu hal. Walaupun dah beratus kali masuk Kuantan Parade, tak pernah amek port kat mana Wah Chan. Masa pusing-pusing,,, *bling* nampak Wah Chan, depan The Store dalam Kuantan Parade. Memang tak pernah perasan selama ni since agak tersorok jugak. 

Nego punya nego punya nego, pilih punya pilih punya pilih. Dapatlah macam dalam hasil ni. Aini sangat memilih bab cincin ni, tak tau kenapa, padahal tak minat barang kemas tu. Hihi. Nak yang design lawa, harga murah, tak nak simple sangat. *banyak lah*. Masa dah berkenan dengan cincin kat atas ni, saiz besar. Maka, tinggalkan cincin tu untuk dipotong dalam masa sejam++(yang dipotong tu diberi semula). Aini dapat hasil yang sangat memuaskan hati. Harga Aini tak boleh kongsi kat sini, maaf lah ye :) To all bride-to-be, good luck mencari cincin anda.

Check out our next post : 40. Alkisah Kena Tipu Dengan Penjual Baju Bertunang.

Wednesday 21 May 2014

38. Oh My Wedding Berwajah Baru.

Assalamualaikum readers. Alhamdulillah, ohmywedding kini berwajah baru, biru dan ungu. Hihi. Special thanks to Una, pemilik blog kemetot chomel kerana sudi mengeditkan blog Aini. Kalau sesiapa perasan, dah bertukar dari minggu lepas. Biasalah, Aini ni lambat sokmo mengupdatenya. :) See the header? Vaaaa vaaaa vassss.. Tak tau berapa kali Una tukar untuk dapatkan mcm yang client beliau ni. Kalau dapat 10 orang client mcm Aini, mau migrain Una. hihi. mostly design, idea blog Ridzuan yang suggest. Jangan berani-berani cakap tak cantik! Yang penting, readers tak sakit mata nak baca post Aini. Again, thanks to Una.

Ruangan label pun cun melecun. Maka, lepas ni anda boleh lah tgk post Aini according to that label kalau penat membaca pe yang Aini bebelkan. Aini memang tak tahu langsung nak buat mcm ni. *tutup muka* Ingatkan boleh dapat blog mcm ni dalam mimpi je. Hihi. Nampak tak kotak cbox Aini yang banyak ruang kosong-kosong-kosong *najwa latif* itu? Clean and clear bukan? ni cbox ke3 ohmywedding. *senyum kambing* selalu sangat tukar-tukar. Again, hilanglah semua yang kita dah borak sebelum ni. Sudi-sudilah drop seketul dua perkataan kat situ ye. Nak tinggal link pun boleh. Aini akan terjah sepantas kilat.

Dah ada ruang lebih untuk iklankan dengan blog! Maka, boleh lah bukak tender lepas ni. Tapi, of course lah utamakan mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan Aini. Harap sabar menunggu ye kalian. Kepada mereka-mereka yang nak blog mereka diedit sebegini cantik, boleh direct terjah blog beliau, tak pon facebook beliau. Dengan harga serendah RM30, anda tak perlu google banyak kali cara nak tukar itu, ini. Biar Una pening kepala sorang-sorang. Hihi. Takdelah. Beliau memang dah biasa mengedit blog, so, small the matter je.

Semoga Una terus sukses mengedit blog, berblogging dan seangkatan dengannya. Again, thank you :)



Cekidaut our next post : 39. Cincin Bertunang Aini Yang Punya!

Monday 19 May 2014

37. Tips Untuk Bakal Tunangan Orang

Assalamualaikum readers. Cehwah. Baru beberapa hari bergelar tunangan orang dah memandai-mandai buat post pasal tips ye? Well. Pengalaman yang sedikit tu haruslah dikongsi bersama kan. Sharing is caring. Before that, Aini dapat banyak feedback dari entry post sebelum ni. Tak tau patutnya happy ke apa. For the positive feedback, thank you so much. :)

Jom tengok tips-tops-tups untuk bakal tunangan orang :
1. Tidur awal sehari sebelum majlis bagi mengelakkan mata panda yang comel. Lepas isyak terus tido pun tak salah KERANA ANDA AKAN KERAP TERJAGA MALAM TU. At least, kalau anda tidur awal, takde lah sikit sangat masa tidur anda tu. Kalau nak pastikan tidur tu berkualiti, memang agak susah lah.
2. Bangun awal. Hal ini bagi mengelakkan anda terlewat untuk buat perkara-perkara yang sepatutnya. Kalau boleh, biar dah planning awal malam sebelum tu. Esok, aku nak buat bla...bla...bla....
3. Makan sarapan dengan kuantiti yang banyak. Paksa makan ok, even anda dup dap dup dap sampai tak selera nak makan. Jangan fikir anda akan gemuk dalam sejam akibat makan yang breakfast tadi. Mengarut. Anda tidak akan lunch selagi majlis sebelum habis. Tak kan nak bakal mak mertua dengar bunyi perut korang kan?
4. Make up awal. Kalau macam Aini, majlis tengah hari, pukul 9.30 dah start make up. Sebab takut tak sempat. Aini pernah baca yang make up perlukan 2-3 jam untuk blend. Wallahualam. Biar siap make up awal dari lambat. Kalau siap awal, anda boleh relaks dulu depan kipas/air cond.
5. Time make up, sila pakai kemeja. Tips ini penting tetapi ramai orang terlepas pandang. Kalau pakai tshirt, takut habis make up time nak tukar baju nanti. Lainlah kalau anda nak gunting baju tu kan.
6. Pakai baju bertunang berzip belakang. Sekarang ni mostly fesyen zip bawah ketiak kan? Avoid! Pakai yang zip nye kat tulang belakang anda. Memudahkan anda memakai dan make up anda pun akan selamat.
7. Spare berus. Berus yang besar tu tau. Supaya kalau MUA dah tinggalkan anda terkulat sorang-sorang, in case kulit anda berminyak, sapukan compact powder secara halus guna berus tu. Jangan guna span pulak. Membazir je blusher tu.
8. Kulit anda sensitif? Even kalau tak sensitif pun, TOLONG REQUEST SPAN BARU KAT MUA. Kita tak tau siapa yang pernah pakai span tu sebelum ni kan. Yang ni based on MUA jugak. Good luck ye!
9. Banyakkan selawat. Niatkan supaya majlis anda dipermudahkan. Niat anda baik kan :)
10. Pelamin anda ada platform? Sila practice awal-awal ye. Angkut ramai-ramai naik platform tu. Test kekukuhan dia. Kita cuma nak elakkan perkara yang buruk terjadi kan.
11. Pakai skin socks. Menutup aurat dan kemas. Ramai antara kita yang tak perasan. Dan kalau pakai skin socks tu pastikan bukan warna hitam, sebab nampak pelik. Pastikan juga takde kotoran. Kotoran degil? Gunalah vanish!
12. Siapa cakap make up pada muka je? Make up jugak tangan-tangan anda. OP akan kerap amek shot tangan bercincin tu. Takkan muka putih tangan hitam kan? Guna D'herbs? Ikut suka hati limpa masing-masing la. Tapi Aini guna BB Cream Maybellline dan compact powder Maybelline je. Meh kongsi shot sikit. Jangan lupa jugak potong kuku!


13. Sila pastikan jari anda tidak membesar. Apa punya tips lah ni. Hihi. Tak pun, time beli cincin tunang tu biarlah boleh masuk dengan senang :)
14. Jangan lupa bersalam dengan family belah lelaki yang datang tu. Bukan nak salam dengan bakal mak mertua je ye. Mostly ni adat kot. Aini pun tak pasti. Jangan syok sendiri selfie ngan bakal mak mertua sampai orang lain dilupakan.
15. Last tips, doa banyak-banyak. Doakan yang baik-baik. Doakan majlis anda berjalan dengan lancar. Doakan anda dikurniakan kesihatan yang baik. Doa tu senjata kita kan?

Sekian dulu tips-tops-tups dari Aini. Mungkin ada lagi yang Aini tak terfikir kat sini. Selamat bertunang B2b sekalian :)

Cekidaut our next post : 38. Oh My Wedding Berwajah Baru.

Wednesday 14 May 2014

36. Segmen Blogger Aktif

Assalamualaikum readers. Nampaknya tips tops tups yang nak dikongsi akan ditunda ke minggu depan nak bagi laluan ke segmen blogger aktif ni. Anda aktif berblogging? Jom la join. Aini limitkan 3 entry posts per week. Kadang-kadang kalau nampak senyap je, paham-paham je la. Kuota dah penuh. Hihi. Jom join ke blogger skalian.


Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 data-blogger-escaped-br="" data-blogger-escaped-insyallah="">


klik banner untuk join the community :D 

good luck !

Check it out our next post : 37. Tips Untuk Bakal Tunangan Orang.

Tuesday 13 May 2014

35. Kempen Jangan Sakitkan Hati Pengantin.

Assalamualaikum. Hai readers. See the title? Takut jugak nak taip post ni, tapi kurelakan jiwa jugak. Kadang-kadang, actually selalu, orang terlepas pandang pasal ni. Dan itulah yang terjadi masa e-day Aini baru ni. Punyalah semangat menangguh semua review, personal review, DIY untuk taip post ni. Kalau lambat-lambat, takut semangat tu dah hilang. Happy reading.

Kadang-kadang kita terlepas pandang,
Pelamin kau tak grand lah peah,
Sedihnya make up kau kak ngah,
Awat baju hang simple benau joyah,
Hantaran tu kau campak-campak je ke jejah,
Veil mu recycle jiran mana punya bedah,
Selendang awak cap 15ringgit kah,
Euw...doorgift kau bahulu je ke senah,
Ehem... takde photobooth, props ke odah,
Ada kau kisah?
Kau kisah tak aku dah berhabis duit untuk pelamin,
Time make up aku tak tengok cermin,
Baju aku memang takde bling-bling,
Hantaran aku reka sendiri takde nak blogwalking,
Veil aku jahit guna manik, benang dan gunting,
Selendang aku tak mintak dari kau walau seposen,
Doorgift aku ringan, senang kau jinjing,
Kalau ade props, photobooth pun kau cuma jeling,
Buat apa aku nak pening-pening?
Buat apa kau nak amek pusing?
Kedatangan kau aku suka,
Jika hajat kau nak meraikan aku pula,
Tapi kau hanya tau kondem aje,
Kau ingat kau punya make up hebat sangat ke?
Sekurangnya tukang make up aku hatinya baik,
Hati aku dijaga molek-molek,
Mulutnya wangi tak macam kau mek,
Next year kahwin InsyaAllah aku amek,
Pelamin aku tak grand takpe,
Asal aku design sendiri semua,
Tak perlu tegur kalau tak suka,
Masa hari bahagiaku pula.
Pakaian aku bukan kau yang sponsor,
Tapi sangat berkenan di mata,
Suatu hari kau akan merasa pula,
Bila anak cucu kau dicerca,
Di hari bahagia mereka.
Bukan tak boleh nak kutuk,
Janganlah di depan aku yang penat terduduk,
Simpanlah dalam hati kau untuk sehari,
Bukannya susah nak menjaga hati ku ini,
Hargailah usaha titik peluh diri dan juga family,
Nak kutuk pun ikut cara Nabi,
Tegur sekali lepas puji lapan kali,
Walaupun aku tak mengharapkan pujian,
Aku tetap berikan senyuman,
Senyuman aku senyuman kegeraman,
Bila mendengar luahan kau insan.
Wahai semua,
Jadilah tetamu yang berguna,
Hati tuan rumah haruslah dijaga,
Kita pun jadi tuan rumah entah esok lusa,
Perasaan aku tak siapa yang tahu,
Tapi aku mengadu kepada Allah yang satu,
Cairkanlah hati-hati yang keras seperti batu,
Walaupun yang keras itu hati aku.
Post aku memang syok sendiri,
Aku harap semua baca post ini,
Khususnya kepada bride-to-be,
Jangan biar orang perlekehkan anda lagi,
Aku faham kadang-kadang orang tak sengaja,
Yang aku tak faham kenapa yang tak sengaja tu orang yang sama,
Orang lain pun jangan sekali-kali nak mencuba,
Bimbang nanti orang tak suka,
Wahai semua,
Doakanlah yang baik-baik,
Kepada pengantin si cantik molek,
Biar tak lawa biar tak cantik,
Mana kau tahu hati mereka meraung sakit.
Aku harap kau faham,
Aku harap kau baca,
Aku harap kau tahu,
Yang pengantin itu ialah AKU.

Sekian, terima kasih.
credit : blogger lelaki


Check it out our next post : 36. Segmen Blogger Aktif

Monday 12 May 2014

34. Menang Giveaway Kemetot Chomel. Alhamdulillah.

Assalamualaikum & selamat sejahtera readers! Menaip entry dengan hati yang berbunga-bunga cinta. Untuk pengetahuan readers, bukan Aini yang lewat post entry ni. Tapi Aini taip awal dah, publish je lambat sebab betul-betul nak limitkan 3 entry per week. Kang taip banyak-banyak, kekeringan idea pulak kemudian hari. Tak kan nak buat 'wordless wednesday' hari-hari kan? Haish. cepat betul lari topik.

Ingat lagi tak entry Aini yang ini? yang ada gambar di bawah :

haa.. Dah ingat? 4 Mei 2014 majlis pertunangan kami. Maka, Isnin 5 Mei 2014 baru ada kesempatan nak intai blog Kemetot Chomel. Dan.... ohmywedding! 
nampak tak no 3 tu ohmywedding punya link?

Alhamdulillah, syukur. Aini anggap ni hadiah pertunangan dari Una. Kenapa kami punya blog number 3 sedangkan kat giveaway banner hadiah untuk 2 orang je? Alkisahnya, laptop Una rosak. Una publish pemenang lambat sikit dan Una tambahkan bilangan pemenang kepada 3 orang. Dan blog kami yang ketiga tu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi di lain masa ye.

Masih ingat Aini cakap hajat di hati nak bagi Ridzuan handle jugak blog ni lepas kami punya e-day? Inilah masanya! *chicken dance* Tak kan Ridzuan nak handle blog pink yang ada gambar kek kan? Hihi. Nak tunggu Aini tukar background, template sume memang kirim salam la. Google tutorial 10x baru lepas nak tukar 1 benda. *sorok muka*

Setakat ni belum ada kesempatan nak bincang dengan Ridzuan nak guna warna pe, layout mcm mana. Maka, mungkin Aini akan hold dulu. Lepas bincang panjang, Aini akan bgtau Una ye. Cadangan? Nak warna soft je. Tak mau readers sakit mata baca blog Aini. 

Oh ye! Terima kasih kepada yang invite Aini join giveaway masing-masing. Bukan Aini tak sempat atau sombong atau pape je la. Tapi prinsip Aini biarlah Aini join giveaway yang ada kaitan dengan wedding atau peribadi sahaja. Mungkin rezeki orang lain menang give away anda. Tapi jangan stop invite ye :)

Lagi sekali terima kasih kepada Una dan blog beliau. Semoga Una terus sukses dalam dunia blog. :)

Check out our next post : 35. Kempen Jangan Sakitkan Hati Pengantin.


Wednesday 7 May 2014

33. Terima Kasih Semua.

Assalamualaikum. Hai readers. Entry ni khas bertujuan untuk menghargai usaha anda semua untuk merealisasikan majlis pertunangan Aini baru ni. Mestilah diri ini terharu, tapi malu nak ucap banyak-banyak-banyak-banyak kali. Hanya Allah sahaja yang membalas budi baik kalian.

1. My parents.
Terima kasih mummy, daddy atas penat lelah yang dah anda anda lakukan. Pastikan makanan cukup, rumah teratur, sediakan keperluan semua. Love both of u.


2. My siblings including bro in law.
Terima kasih atas semua sponsor(s). Tolong bentang karpet. Tolong setelkan dapur. Semua pertolongan yang besar seperti tolong angkat kambing mahupun kecik seperti tolong amek tisu dan cari pengetip kuku. Hihi. Love u all.


3. My big family - aki, tok, makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat.
Untuk semua pertolongan yang kalian berikan. To makteh, terima kasih sponsor buah, sirih. To ucu, terima kasih tolong masakkan pencuci mulut. To maklang, terima kasih tolong basuh pinggan yang banyak tu. Terima kasih maklong, paklong atas doa yang mengiringi majlis pertunangan kami.

makteh dan ucu. sentiasa support Aini dikala seseorang mencela diri ini.

4. My friends - syira, farhana, sufi, dijah, linda, kak idah, erika, waha, aynen, charmine, pargh, mila, farah atikah dan lain-lain
Terima kasih syira & farhana sebab sudi travel jauh-jauh (sarawak & kajang) demi member mereka ni. Terima kasih doa kalian agar Aini tak neves. Terima kasih atas pandangan yang diberikan untuk design veil, berkongsi masalah baju dan lain-lain.

farhana dan syira. *baju oren belum berpunya*

5. Family-to-be dan Mr. Right.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya. Aini taw family-to-be punya kasih sayang macam family Aini jugak. Terima kasih mama (mak Ridzuan) beri green light kat diri ini join membebel kat Ridzuan. Hihi. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan majlis. Harap makanan sedap. Huhu.

Aini with mom-in-law-to-be.

6. Semua pihak yang menjayakan majlis Aini.
Semua ahli blok 21, Felda Chini Timur 01 atas semangat kalian memasak dan memasak hingga siap semuanya. To MUA, pembuat veil, pelamin, OP, terima kasih banyak-banyak. Nanti Aini review one by one ok?

Kalau ada yang Aini terlepas pandang, maaf ye dan terima kasih juga buat kalian.

Check out our next post : 34. Menang Contest Giveaway by Kemetot Chomel. Alhamdulillah.




Tuesday 6 May 2014

32. GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

Jom ramai-ramai join giveaway ni :)


Salam ('',)

(Klik banner di atas untuk join)

Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik Ayue!! 


Semoga ada rezeki Aini. Hadiah orang bertunang ke. Hihi.

Check out our next post : 33. Terima Kasih Semua.

Monday 5 May 2014

31. My Enggagement Day.

Assalamualaikum readers! Fuh..Post pertama sebagai tunangan orang :) dulu pakai 1 cincin, sekarang dah 1+1..dah perlu mula panggil mak Ridzuan "mak". Sebelum ni "makcik". Alhamdulillah, semalam, 4.5.14 dah berlangsung majlis pertunangan kami, Aini & Ridzuan. Jom Aini cerita serba sedikit pasal e-day Aini. Ralat mungkin part jam tu ye.

0000 - dah masuk tidur. pusing sana, pusing sini. tak boleh tidur. nervous beria. tgk member-member dah selamat mimpi dah. ntah pukul brape baru boleh tidur.

0215 - terjaga lagi. ohmywedding. dalam 2jam or 1jam++ lepas tu baru boleh tidur kot.

06*0 - bangun subuh mcm biasa. hajat di hati nak sambung rest, tapi tak dapat. pergi menyibuk kat makteh, tengok tolong beliau prepare sirih junjung, susun buah-buah untuk hantaran.

0800 - sarapan. nasi impit + kuah kacang. dalam kepala dah set "makan banyak-banyak, kalau tak, perut akan berbunyi atas pelamin nanti"

0845 - mandi, bersiap-siap untuk pergi make up kat butik pengantin dalam 15minit perjalanan dari rumah.

0930 - mula make up

1040 - dah siap make up, balik rumah

1100 - mula pakai pakaian yang proper sikit-sikit. sebab Ridzuan belum bertolak lagi. Jarak perjalanan rumah kami dalam sejam. fotographer dah sampai, Aini buat tak kisah je. Hihi. Maaf ye. Lagipun konsep bilik Aini "NO MALE".

1230 - family Ridzuan sampai, mula berbincang. Dalam hati tu berdebar-debar dah. Friends and family la yang banyak support, suruh selawat. Bila dipanggil Aini pun buat muka cute, keluar. Lepas sesi sarung cincin, salam-salam, bergambar, tetamu menjamu selera.

1330 - sesi menggedik tanpa selfie bermula. Tangkap, tangkap dan tangkap gambar lagi.

1345 - family Ridzuan beransur balik.

1400 - my turn to habiskan makanan makan. Veil dah kucabut. Takut termakan bunga 3d. Tak sempat nak jadi bini orang nanti.

1430 - photographer terus transfer gambar-gambar yang awesome!

1500 - setelkan pape yang patut.

1700 - pelamin dah cabut. kawan-kawan dan saudara mara beransur balik. sambung kemas lagi.

2000 - baru ada kesempatan berehat.

2330 - tidur kepenatan tanpa terjaga-jaga mcm malam sebelumnya.

Overall? Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Lain feel jadi tunangan orang ni. ^.^ tepek 1 gambar.

ohmywedding. kenapa Aini nampak gemuk?


Semoga perjalanan e-day b2b yang lain pun berjalan dengan lancar :) Terima kasih kpd semua yang mendoakan.

Check out our next post : 32. GiveAway CASH RM50 by Cik Ayue

Friday 2 May 2014

30. Pesanan Buat Ridzuan

Assalamualaikum. Hai readers. Last post sebagai risikan orang. Next post sebagai tunangan orang la pulak. Tolong doakan majlis Aini berjalan lancar ye :) Ni ada Aini buat pesanan sikit untuk Ridzuan. Enjoy reading dear.

Bila kita dah kahwin nanti…

1.       Tolong ingatkan saya sekiranya saya belum solat. Tolong ingatkan saya sekiranya sujud saya tidak sempurna. Tolong ingatkan saya untuk bersiap cepat untuk berjemaah dengan awak.
2.       Tolong ingatkan saya rajin-rajinlah memasak untuk awak. Tolong ingatkan saya untuk tak bagi awak minum kafein banyak sangat. Tolong ingatkan saya harga gula dah naik.
3.       Tolong ingatkan saya teman awak tengok bola. Tolong ingatkan saya jangan sokong Manchester United. Tolong ingatkan saya jangan basuh jersi awak guna mesin basuh.
4.       Tolong ingatkan saya bersolek untuk awak. Tolong ingatkan saya jangan shopping banyak sangat. Tolong ingatkan saya bila selipar saya dah patut tukar.
5.       Tolong ingatkan saya ajak awak tengok Running Man sekali. Tolong ingatkan saya update blog sekurang-kurangnya 3x seminggu. Tolong ingatkan saya jangan update status facebook selalu.
6.       Tolong ingatkan saya basuh pinggan bila pinggan sikit. Tolong ingatkan saya beli mesin basuh baju automatic. Tolong ingatkan saya jangan malas lipat baju.
7.       Tolong ingatkan saya hati-hati memandu. Tolong ingatkan saya bila road tax mati. Tolong ingatkan saya basuh kereta bila betul-betul kotor.
8.       Tolong ingatkan saya jangan banyak tidur. Tolong ingatkan saya yang awak suka kucing. Tolong ingatkan saya jangan jerit bila nampak lipas.
9.       Tolong ingatkan saya jaga rumah tangga kita. Tolong ingatkan saya pelihara kehormatan diri dan suami. Tolong ingatkan saya tanggungjawab seorang isteri.
1.    Tolong ingatkan saya jika saya leka. Tolong ingatkan saya jika saya lupa. Tolong ingatkan saya kerana saya tak sempurna.

Hingga ke hari itu, langkah pertama akan kita ambil dalam beberapa hari lagi. Ingin saya ingatkan cabaran kita selepas ini lebih berat. Sangat berat. Kerana syaitan akan cuba mengganggu hubungan kita. Agar tidak diakhiri dengan lafaz “aku terima nikahnya…”. Terpulang kepada kita untuk menjaga hubungan ini.

Hingga ke hari itu, kita masih tidak halal. Ingatkan saya untuk menjaga tingkah laku saya. Kerana syaitan itu sifatnya menyesatkan. Bertunang bukan lesen, passport atau sebagainya untuk menghalalkan yang haram.

Hingga ke hari itu, kita masih punya waktu untuk membetulkan diri sendiri. Kita mahukan yang terbaik antara satu sama lain. Kita harus menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Kerana…
“Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik”                                                                                                                                                Surah AnNur:26

Check out our next post : 31. My Enggagement Day.

Thursday 1 May 2014

29. E-day Check List Versi 4. 3 days to go.

Assalamualaikum. Hai readers! InsyaAllah check list untuk majlis bertunang yang terakhir. Merdeka dari check list tunang dah lepas ni... *chicken dance* 3 hari lagi bertukar status dari risikan orang ke tunangan orang. Nervous, gelabah, sume ada. Jom kita tengok check list Aini untuk 3 hari to e-day.

1. Baju : dah dapat. tak jadi repair.

2. Shawl : dah beli sekali ngan inner yang half tu.

3. Veil : dah dapat. dah baiki manik.

4. Pelamin : done! hari jumaat pagi pasang.

5. Photographer : done.

6. Hantaran : siap 4/7. yang tak siap : kek (booked, nanti makteh amek), buah (makteh handle) and sirih (makteh jugak) *muka bangga dapat sponsor* InsyaAllah akan siap hari Sabtu malam.

7. Lain-lain : sarung kaki, brooch sume paw aje.

Doakan semuanya berjalan lancar k. :)



Check out our next post : 30. Pesanan Buat Ridzuan.