OhMyIklan

Thursday 17 December 2015

184. Tempah Planner Anda Sendiri Dengan Qirscollection

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni lari sikit dari topik cinta tunang kawen. Hari tu Aini google mana lah nak cari planner yang memenuhi permintaan hati ni. Dah lah cirinya macam-macam. Nak yang colourfull, tak nak yang tiap hari satu page sebab cam tipu je nak tulis satu-satu. Almaklumlah, sedar diri yang selalunya hangat-hangat t**i ayam ni. Aini pun google, jumpa Qirscollection. Terus tanya berapa harga kalau nak buat planner custommade. Kira nak letak gambar sendiri semua. Then beliau cakap RM35. And I was like, wow! Like seriously?

Terus proceed semua nak design macam mana, nak gambar apa depan belakang. Sangat senang okey berurusan dengan Qirscollection. Laju. Pape terus update dengan customer. Meh sini nak belanja gambar-gambar :

ni contoh monthly planner dalam pink. kita boleh pilih warna yang kita nak

atas : kalendar
bawah : weekly planner (pilih antara 3)

monthly planner (pilih antara 2 design)
dates to remember (pilih 1)

warna kuning

favourite blue

jenis gloss

jenis matt

notebook

hasil yang Aini order

planner Aini belah depan

planner belah belakang


Tanya pasal notebook. Maklumlah cikgu-cikgu zaman sekarang banyak sangat nota nak kena buat. Tett. So tempah lah notebook pulak. RM30 je boleh custom depan belakang jugak. Oh ye. Untuk both planner ngan notebook, boleh pilih nak cover jenis matt atau gloss. Nak tau ape beza? Sila google.

So apa yang ada dalam planner?

1. Kalendar 2015-2017
2. Dates to remember
3. Monthly planner
4. Weekly planner
5. Single line

Apa yang ada dalam notebook?

1. Kalendar 2015-2017
2. Single line 100 sheets.

Berminat? Tercari-cari planner peribadi? Boleh lah direct Whatsapp 018-9596097. Reka sendiri planner anda sekarang!! ps : harap sape-sape google untuk 2017,2018 dan seterusnya boleh jumpa post ni lagi :)

Monday 14 December 2015

183. OOTD : Baju Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak cerita pasal baju nikah hari tu. Baju nikah ni Aini tempah dengan Kak Yani a.k.a mak andam tersayang. Nah tengok gambar full baju dulu eh baru kita story mory :

kurusnya I...

dari sisi tepi..bunga 3d tu sampai tepi je...

kain jenis flowwy

ropol-ropol kat lengan tu

gambar dari sisi duduk

nak nampak detailing dia kena zoom sikit

kain 3m tu

kat lengan tu takde bunga 3d

full outfit

full outfit

Actually baju ni design basic dia kurung moden plus kain yang super flowwy. Baju ni Aini beli kain dia kat Jakel. Rasa pernah cerita entry sebelum ni. Jom tengok total damage untuk baju :

Kain : RM200+-
Upah : RM200 (including detailing,bunga 3d)
Total : RM400

Mahal? Agaklah. Orang tanya kenapa tak sewa je? Senang je jawapan nye, momento de amor dia lain. Kalau tengok baju nikah tu teringat balik time-time nikah tu. Huhuhuu. Overall sangat puas hati dengan baju tu. Sangat puas hati. Detailing superb. Berbaloi. Oh ye, untuk baju tu 2m. Untuk kain 3m. Memang besar sikit sebab nak bagi nampak flowwy. Tapi ada cons jugak. Nanti Aini story ye pasal cons dia. Kita nampak lawa je kan.

See u again.

Wednesday 9 December 2015

182. Banyak Hutang!

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk banyak gempak. Nak tarik readers lah tu. Mentang-mentanglah blog suam-suam kuku. Sebelum nak slowkan blogging (bukan selama ni dah slow ke?), ni lagi slow kan gila-gila, rasa nak setelkan hutang yang banyak dulu.

Apa hutangnya? Banyak preparation dari zaman nikah lagi yang belum ditaipkan. Entah ingat lagi ke tak, hehe. Harap-harap kalau dapat membantu sikit-sikit pun okay lah. Nak cerita bab bertandang lagi. Dengan wish "selamat Pengantin Baru" nye tak buat-buat untuk kawan-kawan. (ps:ada yang nak jadi mak orang dah pun). Maka, pesanan kepada B2b bloggers yang baru nak up tu, jangan tangguh-tangguh untuk publish ye. Jangan jadi macam hakakkkk.

Ramai jugak bloggers yang sudah punya baby. Yang dulu sama-sama berjuang untuk preparation nak kawen. Haha. Doakan rezeki Aini pulak. Semua yang terjadi mengikut perancangan Allah dan Allah ialah sebaik-baik perancang kan? Alhamdulillah.

Nak jugak share pasal kehidupan lepas kawen. Hoi, ingat sama ke? Apa yang lain? Nantilah cerita.

Banyak produk dan servis yang nak direview kan. Yang Aini guna dan yang Aini nak tolong rekemenkan.

Setelah beberapa bulan meminjam laptop orang (Thanks Saleha), akhirnya Aini dah ada laptop sendiri. *drum roll* Susah lah guna netbook yang sebelum ni, kejap-kejap mati. Sensitif betul. Tak nak kawan. Harap-harap dengan adanya laptop baru ni semangat untuk berblogging pun mencanak naik. *harapan*

Rasanya tu je kot yang Aini nak share dengan semua. Semua hutang Aini. Sila bayar ye Aini! Nah tepek gambar all-time-fav satu. Esok lusa kita tepek lagi. :p


Tuesday 8 December 2015

181. Diskaun 70% Untuk SEMUA BAJU Di RUMAH KEBAYA MALAYSIA

Assalamualaikum, hai readers. Pagi ni bukak facebook, belek-belek facebook jumpa pulak iklan yang menarik ni. Terus nak share dengan semua. Rasanya belum pernah lagi dalam tahun ni Rumah Kebaya Malaysia buat promosi gila macam ni.


Sangat wow kan. Rugi lah sape tak grab. Nasib baik dah kawen. Hehehe.

Assalammualaikum semua BAKAL PENGANTIN BARU ..
Hari ini sis nak offer pakej mampu milik buat semua bakal Pengantin baru.
============================================
Baju pengantin yang cantik indah dan sedap mata memandang khas dari designer terkenal untuk anda gunakan sesuai dengan bauget anda

Sis bagi harga kasih sayang + dengan hadiah kasih sayang untuk 10 je pelanggan pertama yang datang ke galeri dan booking. Kalo korang wedding tahun depan pun boleh jugak..

============================================
BULAN 3 TAHUN DEPAN DAH HAMPIR PENUH!!
CEPAT DATANG BOOKING sebab bulan 3 2016 dah nak penuh, tinggal sikit je lagi yang lubang, mari datang ke galeri dan booking

Kenapa RUMAH KEBAYA MALAYSIA
- 8 Tahun dalam industri
- 500 pelanggan dalam 8 tahun perkhidmatan
- Bukan hanya ada kebaya, kami juga ada gown, songket dan lain2
- Diskaun adik beradik untuk yang ambil full pakej dengan kami
- Satu-satunya company yang boleh berikan anda ansuran bulan hingga 12 bulan atau sehingga 3 bulan selepas majlis selesai

Jom datang ke galeri kami di alamat
52-1 jalan nelayan 19/b seksyen 19 shah alam
Kami buka dari 11pg hingga 7ptg - Selasa hingga Ahad.

Jangan malu-malu nak tanya ok
smile emoticon

## kalo rasa nak murah lagi boleh je.. Direct hubungi boss di 0172089044 \ 0123390943

kredit : Facebook RKM

Wednesday 18 November 2015

180. Promosi Pelamin Dari Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Tak lama lagi dah cuti sekolah. Ramai dah yang plan nak kawen ujung tahun ni kan? Tahniah in advance u olls. Sesiapa yang nak cari pelamin tu boleh tengok tengok promosi Rumah Kebaya Malaysia ni.

Assalammualaikum semua BAKAL PENGANTIN BARU ..
Hari ini sis nak offer pakej mampu milik buat semua bakal Pengantin baru.
============================================
Set pelamin yang indah ini untuk korang yang akan bersanding di dewan atau khemah. Nak dalam rumah pun boleh, tapi tengok la luas nya..
Sis bagi harga kasih sayang + dengan hadiah kasih sayang untuk 10 je pelanggan pertama yang datang ke galeri dan booking. Kalo korang wedding tahun depan pun boleh jugak..
============================================
BULAN 3 TAHUN DEPAN DAH HAMPIR PENUH!!
CEPAT DATANG BOOKING sebab bulan 3 2016 dah nak penuh, tinggal sikit je lagi yang lubang, mari datang ke galeri dan booking
Kenapa RUMAH KEBAYA MALAYSIA
- 8 Tahun dalam industri
- 500 pelanggan dalam 8 tahun perkhidmatan
- Bukan hanya ada kebaya, kami juga ada gown, songket dan lain2
- Diskaun adik beradik untuk yang ambil full pakej dengan kami
- Satu-satunya company yang boleh berikan anda ansuran bulan hingga 12 bulan atau sehingga 3 bulan selepas majlis selesai
Jom datang ke galeri kami di alamat
52-1 jalan nelayan 19/b seksyen 19 shah alam
Kami buka dari 11pg hingga 7ptg - Selasa hingga Ahad.
Jangan malu-malu nak tanya ok smile emoticon
## kalo rasa nak murah lagi boleh je.. Direct hubungi boss di 0123390943

berbaloi dek non sbb pelamin nya sangat luas

Apa tunggu lagi? Grab la sekarang... ps : tak sabar nak tengok promosi akhir tahun Rumah Kebaya Malaysia ^______^

Wednesday 21 October 2015

179. Selesai Sudah Majlis Bertandang Kami.

Assalamualaikum, hai readers. Tak tau lah simptom apa namanya ni. Haha. Tapi selalu lambat update. Adakah kerajinan bertukar menjadi kemalasan lepas kawen? Atau busy tang benda lain? Huu. Alhamdulillah, majlis bertandang kami dah selamat berlangsung pada 26 September 2015. Exactly 2 bulan dari tarikh nikah. Soalan feveret mestilah 'sanding berdua ke bertiga?' Seriously sangat lawa gambar-gambar dari SedetikLebih Fotography SLP. Nanti Aini review okay. Sekarang layan gambar dulu :)





Thank you all!

Monday 19 October 2015

178. October Offer From Rumah Kebaya Malaysia!

Assalamualaikum, hai readers. Hello October! Ceh padahal nak habis Oktober dah. Hihi. Tapi masih ada slot yang kosong untuk October Offer khas dari Rumah Kebaya Malaysia. Nak tau apa offernya?


Untuk 3 pelanggan sahaja! Untuk 3 pelanggan sahaja! Untuk 3 pelanggan sahaja. Dapatkan pelamin untuk majlis di rumah atau di dewan untuk majlis akad nikah, persandingan atau bertandang pada harga RM1499 sahaja. Helo. Pelamin ni bukan cikai punya tau. Pelamin gah. U know, Rumah Kebaya Malaysia kan. Semua produk tiptop gitu.

Apa tunggu lagi? Sila grab sekarang! Untuk keterangan lanjut, boleh call/WA 0172089044.

Wednesday 16 September 2015

177. Bridal Yang Sangat Awesome Di Chini - Adyani Enterprise.

Assalamualaikum, hai readers. Bab yang paling penting bila nak kahwin ni bukan goodies, bukan baju family, tapi bridal. Yes. Rasanya semua orang pun setuju kan. Hari ni Aini nak share semua pasal mak andam Aini iaitu Kak Yani. Kak Yani ni yang make up kan Aini masa bertunang. Kenapa Aini pilih Kak Yani? So far sangat senang bekerja dengan beliau dan hasil tangan beliau sangat wow. Sangat halus. Semua perfect. Aini tak pernah ragu bila pilih Kak Yani as my bridal.

Start pilih Kak Yani dari tahun lepas. Nak dekat setahun tau cop Kak Yani. Apa servis yang Aini guna dengan Kak Yani? Memang amek pakej untuk menjimatkan kos. 

Pelamin yang sangat cantik
Baju baru (songket)
Make up 2x
Hiasan bilik tidur
Hiasan meja makan beradab
Aksesori

Total = RM2300

Murah. Masih mampu untuk golongan pertengahan macam Aini & Ridzuan ni. Ni kira pakej lengkap lah kan? Aini nak cerita 1 1 mula dengan pelamin.

PELAMIN


Lawa kan? Pelamin ni Aini buat di sudut rumah. Memang idea originally dari Aini. Melengkung, bunga. Kak Yani tambah sikit-sikit hiasan tepi-tepi. Pasang pelamin hari Jumaat pagi. Aini balik sekolah je tengok pelamin sendiri wowww. Dengan lampu-lampu yang sangat wow. Yang ni tanpa kerusi tau. Kalau berkerusi, bayang sendiri ye.

Pelamin dicabut hari Isnin. Memang takde masalah langsung pasal pelamin. Sangat suka. Kak Yani ikut apa yang Aini request tanpa ada alasan atau perlekehkan idea Aini. Tak macam certain mak andam yang lain. Alhamdulillah, semua orang cakap pelamin Aini cantikkk. Unik sebab so far takde lagi orang buat pelamin macam ni kat sini. Aini memang suka yang simple.

BAJU BARU SONGKET

Banyak cerita disebalik baju ni. Tapi konklusinya baju ni Aini bawa ke majlis bertandang hujung bulan ni. Hari tu dah gi fitting dengan suami. Suami suka. Aini lagi lah suka. Minggu ni nak fitting lagi dengan best friend nama Saleha pulak. Tak sabar nak dengar Saleha punya pandangan pulak. Baju ni tak nak cerita lagi eh.

MAKE UP

Make up yang Aini dapat untuk 2x. Tapi, memandangkan kami nikah pagi, so kira make up sekali je. Sekali lagi Aini bawak gi sambut menantu sama macam baju baru songket tu. Kak Yani datang dalam pukul 8++ untuk make up Aini. Overall untuk make up amek masa sejam gitu. Kalau make up sendiri, mau 2 jam. Request make up natural je sebab nikah kan pagi tu. Kelakar pulak ingat episod bulu mata palsu. Tanya ramai orang "cuba tengok, bulu mata palsu aku nak jatuh ke?" Hahaha. Padahal melekat elok je. Sebab tak pernah pakai setebal tu, rasa berat semacam la. And nampak je sentiasa bulu mata tu. Hihi.

Tak nafikan yang muka lepas make up jadi lain. Yelah, tak pernah make up glamour macam tu. Selalu eyeliner, bedak, lipstik je. Tu pun ingat diri dah cun sangat dah. Haha. Tak kisah muka jadi lain ke apa, asal dalam gambar masih cun. Kawan-kawan pun cakap, muka lain tapi dalam gambar cantik.

see my bulu mata

natural je

Lepas nikah, Kak Yani touch up kan untuk bersanding pulak. Tapi tak touch up mana lah. Macam make up baru jugak sebab Kak Yani buat balik blusher,touch up mata and pakai lipstick baru. Tapi langsung tak caj!!! Rasanya kalau orang lain paling kurang mintak lagi RM50.

ni je muka paling besooo. Haha. Pinjam pic ye aynen!

dengan suami

Sentuhan Kak Yani sangat halus. Sangat teliti. Sangat cantik. Maaf lah kalau geli. Tapi yang cantik tu kurniaan Allah, yang mencantikkan lagi ialah hasil sentuhan Kak Yani. Boleh kata kegembiraan Aini hari tu sebab make up yang sangat puas hati ni!

Hiasan bilik tidur

Hiasan bilik tidur pasang and cabut sama macam pelamin. Mula-mula tak nak pun hiasan bilik tidur. Tapi atas request dari mak, ku turutkan jua, Simple je hiasannya. Memang nak yang paling minima. Kak Yani sediakan sekali cadar.



Takde apa sangat pun nak komen pasal hiasan bilik tidur ni. Tip top dan awesome.

HIASAN MEJA MAKAN BERADAB

Pasal hiasan meja makan beradab ni Aini memang serahkan sepenuhnya pada Kak Yani. Takde request pape. Warna pun semua Kak Yani yang decide. Jangan ingat bila kita tak request, Kak Yani buat cincai. No No. BIG NO. Sangat lawa bagi Aini. Cermat dan teratur. Subhanallah. Sangat tak terkata. Bila tengok je, wow. Macam ni rupanya meja makan Aini.









AKSESORI

Bila Aini cakap Aini takde kasut. Tanya Kak Yani "Akak kira sewa ke pinjam?" Dengan bajet tak berapa nak ada time tu. Hihi. Laju je Kak Yani cakap "pinjam je la". Dah lah bukan kasut yang bodo bodo. Siap tampal lace lagi. Semoga urusan Kak Yani lepas ni dipermudahkan.



SERVIS

Rasa bersyukur sangat bila tau yang Aini tak buat pilihan yang salah bila pilih Kak Yani sebagai mak andam Aini. Selama Aini deal untuk majlis Aini, fitting, bincang-bincang semua kat kedai Kak Yani, Kak Yani TAK PERNAH LEWAT. Selalu Aini yang terkedek kedek. Hihi. Kak Yani pakaikan tudung, veil semua dengan sangat tertib. Subhanallah. Tak pernah memperlekeh walau satu pun idea Aini yang mengarut. Hehe. 

Semua dibawa berbincang dengan elok. Rasa terharu tau bila orang luar menjayakan majlis kita dengan sangat baik. Apa yang Aini buat cuma doakan agar bisnes Kak Yani terus maju jaya. Korang yang baca ni doakan tau. Amin. Maka, sesiapa yang area Chini, Muadzam, Pekan boleh lah guna servis Kak Yani. Dari Kuantan pun boleh. Bayar minyak lah. Apa lah sangat duit minyak kalau nak banding beza harga Chini dengan Kuantan sampai RM1500 kan. Servis pun tip top. Yang penting puas hati.

Aini tak berapa berani nak show off number phone Kak Yani. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat boleh drop your email untuk Aini emailkan number phone Kak Yani di ruangan komen atau chat kat sebelah. Ataupun boleh pm beliau sendiri kat facebook beliau.

Again, thank you Kak Yani. Terima kasih untuk semuanya. Semoga bisnes terus berjaya. Amin.

Monday 14 September 2015

176. Wedding Cake by LijoBake . superduper sedap!

Assalamualaikum, hai readers. Update pasal kek dulu sementara masih segar rasa nikmatnya red velvet. ouhhh. nyum nyum nyum. Mula-mula mintak tolong my best friend Erika setelkan. Erika on je. Thank you so much beb, u save my life! Tak sangka pulak Erika tempah dengan Kak Lijo (Liana Johari). Kak Lijo ni senior Aini kat SEMSAS. Subhanallah, kecilnya dunia.

Pasal kek ni Aini serahkan sepenuhnya kat Erika. Order dua kek. Erika siap bawak kan ke rumah lagi. Delivery tip top tanpa cairan kek gitu. Hihi. Kenapa dua kek? Tamak haloba? No No. Sebab satu untuk potong time potong kek, satu letak atas hantaran. Nak tengok apa rupa kek Aini? Cekidaut :

ni kek untuk hantaran

yang ni untuk potong

Lawa kan? Total kek yang sedap ni kosnya RM250. Puas hati. Sedap especially yang red velvet. Yang hantaran tu Aini tak makan pun. Dah nama pun bagi rombongan lelaki kan. Besar tau kek tu. Tinggi. Letak dalam kotak yang eksklusif gitu. Tapi tak sure pulak ada gambar ke tak. Nanti cek balik dengan OP.

Disebabkan Aini sangat puas hati dengan kek dan servis Kak Lijo, Aini order lagi untuk buah tangan sempena majlis bertandang hujung bulan ni. Nak tau apa Aini order?

brownies!!!

Tak tau nama apa. Tapi Aini panggil biskut nutella.

creampuff. yummy.

I know semua nampak menarik. Alahai. Tak sabar nak cuba. Jangan habis time otw gi majlis sambut menantu sudah. Haha. Nanti nak pujuk Ridzuan lah nak try dulu biskut nutella tu. creampuff tu sangat gebu okeh. bertabahlah wahai hati.

Nak cakap lebih-lebih tak boleh lagi sebab tak rasa lagi kan. Tapi nanti insyaAllah Aini akan buat 1 entry khas untuk review LijoBake. Semua dari makanan sampai servis. Oh ye. Girls, setakat ni servis memang tiptop. Aini punya servis pulak ntah ke mana. Hahaha. Nak order? Try PM sini. Gerenti tak menyesal!

Thursday 10 September 2015

175. Kebaya Gown by RKM

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak story sikit pasal kebaya gown dari Rumah Kebaya Malaysia. Kebaya gown? Kebaya + gown. Dua elemen yang kontra tapi digabungkan dengan sangat jaya oleh Rumah Kebaya Malaysia. Ye la. Kebaya kan very the traditional. Gown pulak cam omputih gitu. Maka, jadiah wanita melayu terakhir di kota london. Very the retisss.

Ni contoh kebaya gown yang Aini nak share dengan semua :





Amacam? Percayalah. Takde sape mampu menolak. Haha. Nak tengok koleksi lain? Jemput view fanpage Rumah Kebaya Malaysia untuk maklumat lanjut.


Tuesday 1 September 2015

174. Sehari Sebelum dan Semasa Hari Perkahwinan Kami.

Assalamualaikum bride to be sekalian. Ni nak share serba sedikit pasal sehari sebelum majlis kami dan semasa hari perkahwinan kami.

Sehari sebelum majlis.

Aini masih lagi bekerja sehari sebelum majlis Aini. Seriusly sayang nak mintak cuti sebab cuti kahwin dapat 2 hari je. Beginilah nasib bila cikgu nak kahwin. Sehari sebelum majlis tu ada sekolah ganti. Nasib baik tak buat majlis hari sabtu. Nasib baik jugak sekolah ganti tu just buat jamuan hari raya. Masa tu sangat banyak perkara bermain di fikiran gitu. Tak lalu makan dik oi. Orang lain pelahap sate, ketupat rendang, Aini steady termenung tengok inai buruk! Hahaha. Masa tu khemah pun tak setel lagi, periuk-periuk kat rumah entah kemana mana lagi.

Sebelum balik tengah hari tu budak kelas Aini, Tingakatan 5 Arif bagitau : "Teacher, nanti lepas zohor kami datang rumah teacher. Nak tolong pape yang patut". Subhanallah, Allahuakbar. Nak tumpah jugak air mata time tu sebab dah down, tiba dapat pertolongan macam tu. Walaupun Aini ni selalu marah-marah diorang, bila time-time macam ni diorang still nak tolong. Boleh tak harap-harap diorang tak baca? Nanti kang diorang ejek. Hahahaha.

Petang Aini busy tapi tak tau busy buat apa. Haha. Bentang-bentang karpet, tunggu member-member sampai, repakai inai. (nantikan episod inai) petang mandi-mandi semua siap-siap untuk majlis khatam quran belah malam. Meriah tau time khatam quran tu. Bukan Aini sorang je, kawan-kawan, kawan-kawan adik-adik, adik-adik, students pun join. Student Aini banyak tolong time ni, sediakan rehal semua. Majlis khatam mula agak lewat. Dalam 8.15 baru start. Lepas khatam, tahlil. Lepas tu baru makan. Tak tido awal okeh malam tu. Borak-borak, amek gambar, tunggu videographer, tunggu bridesmaid tolong ironkan baju Aini, dalam pukul 2 jugak baru tidur.

Dalam hati dah berharap "tolonglah boleh tidur malam ni" tak sanggup oi nak mata panda. Alhamdulillah, boleh tidur dengan lena walaupun tak cukup mana waktunya.

Hari majlis kami.

Bangun 6.15am. Take turn mandi. Haha. Makan biskut je sebab time Aini nak makan tu makanan tak siap lagi. MUA datang mekapkan pukul 8 lebih. Siap-siap semua. Tok kadi pulak lambat. Dari nak nikah pukul 9.30, jadi nikah pukul 10.15. T___T kesian rombongan dari belah Ridzuan sebab lapooo. Maka, bagi diorang makan dulu. Dalam 10.20 start semua sampai setel bergambar semua dalam pukul 11.30. Auuwww. Best nya moment tu.

11.30 siap-siap untuk sanding, dalam 12.30 start berarak semua. Kejap je bergambar, makan, layan tetamu. Outdoor pukul 2 lebih. Pukul 4 dah balik rumah semula, kemas-kemas. Eh. Pendek je hari ni rupanya. Haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Apa lagi yang Aini nak harapkan selain perkahwinan yang diberkati Allah. Setiap orang yang Aini jumpa, yang Aini whatsapp, yang bagitau Aini dapat datang ke tak, Aini akan minta diorang doakan Aini & Ridzuan bahagia hingga akhir hayat. Korang pon okay!

Tips? Banyak. Tapi nanti Aini kumpul dulu. Hihi. Good luck girls!

suka sangat gambar ni walaupun kain singkat. huaaaa.

Saturday 29 August 2015

173. Call Me PUAN AINI.

Assalamualaikum, hai semua ^__^

Tajuk short, simple but meaningful. Seperti yang nak maklumkan, sekarang Aini dah bergelar Puan. Janggal sikit bila tengok orang tulis nama kita Puan instead of Cik. But I love that gelaran so much. Sekarang baru ada masa, ada semangat untuk update blog. Tak tau lah masa ni ada sampai bila. Hihi.

Dah selamat menjadi isteri Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak pada 26 JULAI 2015 pagi. Sanding belah tengah hari dan belum majlis bertandang lagi. Dah sebulan, Alhamdulillah. Belanja sikit gambar :

nikah. harap masih choral+gold

sanding silver

outdoor kat tempat Aini nak tu

Kepada semua readers :

-doakan kami bahagia hingga ke syurga.
-teruskan support OHMYWEDDING.

Kepada semua bride to be :

-selamat menyiapkan diri menjadi isteri orang.
-kahwin itu best.

Kepada suami tersayang :

-teruskan bimbing isterimu yang satu ni.
-terima kasih memilih Aini menjadi isteri.
-insyaAllah, Aini akan cuba menjadi isteri yang baik.
-love you. XOXO