OhMyIklan

Monday 31 March 2014

16. Hantaran. Nak bagi apa ni?

Assalamualaikum wbt n selamat sejahtera. Hantaran ni antara yang wajib sunat muakad disediakan untuk majlis pertunangan. Ada banyak hantaran yang kita boleh bagi pasangan kita dan pasangan kita bagi kat kita. Antara yang paling awal Aini pikir ialah hantaran (jujur gile). Banyak hari jugak pikir nak bagi apa. Akhirnya ikut cakap mummy tersayang. Huhu.

Berapa hantaran nak bagi?

Selalunya ni atas keluarga. Ada yang bagi banyak masa tunang, masa kahwin bagi sikit je. Ada jugak yang sebaliknya. Yang mase kawen dan tunang banyak-banyak pun ada. Tak kisah la berapa berapa pun pilihan anda, pilihan kami 7 - 5. Tujuh dulang Aini bagi Ridzuan, lima dulang Ridzuan bagi Aini. Selalu wondering kenapa perempuan bagi extra dua kat lelaki? Ikut adat...

Kenapa 7 - 5?

Rasanya dah affordable dah tu. Tak payah buat banyak-banyak. Simpan masa kawen nanti. Lagi pun bak kata mummy, selalunya time bertunang ni hantaran tak glemer-glemer.. Maksudya bukan perfume, hand bag, kasut. Dalam erti kata lain, hantaran yang biasa-biasa je. Yang tak perlu gubah beria-ia.

Apa yang Aini nak bagi Ridzuan?

1. Sirih. pening jugak pikir sirih ni. Nak cari sirih palsu kat Kuantan ni kat mana ye? Harap-harap mummy izinkan. Ehem.. Kalau Ridzuan nak tumpang sekaki, sila lah bgtau.

2. Sejadah. Dah beli awal dulu. Huhu. Semangat. Beli kat mydin je. Banyak pilihan. Dan sejadah tu Aini yang pilih instead of Ridzuan. Semoga lepas kita bertunang, Ridzuan guna sejadah tu, saham pahala pun Aini dapat. InsyaAllah.

3. Tuala. Standard la kan beli towel "Selamat Bertunang". Harap-harap Ridzuan tak malu nak guna. Huhu.

4. Kain baju melayu. Actually, tak tau sangat nak pilih kain macam mana. So, haruslah bawak Ridzuan sekali masa pergi beli kan. Actually bagi kami yang selama ni pakai baju da siap je, pernah terfikir nak bagi baju melayu da siap. Haish. Harap-harap mummy tak baca post ni.

5. Buah-buahan. Nyum-nyum-nyum. Memandangkan perjalanan family Ridzuan nanti lebih kurang sejam ke rumah Aini, bolehlah mereka menikmati buah-buahan tu dalam kereta. Antara sebab memilih buah-buahan ialah tak perlu digubah beria. Nak bagi buah apa ea? Durian?

6. Coklat. Jeng-jeng-jeng. Mesti Rayyan dan Afiq Fitri (both of them are Ridzuan's nephews) seronok guling-guling. Honestly tak fikir lagi nak bagi coklat ape. Tapi harap-harap mereka ngap aje.

7. Kek. Kek ni antara yang beli last minit kan? Actually lebih suka yang boleh prepare awal-awal. Cupcake boleh diterima tak? Kek ni simple. Tak payah hias cantik2. Letak je atas alas hantaran tu terus jadi cantik. Lagi-lagi kalau tengah lapar.

Apa yang Ridzuan nak bagi Aini?

1. Sirih. Ni cam mesti ada je kan. Ada sape-sape yang tak bagi sirih tak? Kena bagi anak cucu dia sekali kan? Cam kapur, pinang bagai. Memandangkan family Aini takde yang makan sirih tu, tak kisah lah nak bagi yang betul ke yang tipu.

2. Kain pasang. Mummy cakap kain pasang ni nanti wat baju pakai masa majlis khatam quran tahun depan, InsyaAllah. Baru plan nak pakai raya tahun ni. :(

3. Cincin. Cincin ni mesti lah ada kan. Tapi ada jugak yang pegang je cincin ni. Tak letak kat hantaran. Suka hati jantung masing-masing lah.

4. Kek. Kek ni tak sure lah akan dapat ke tak. Tapi kalau dapat, nak flavour coklat. (Saya tau awak baca) Tak malu kan? Hehe.

5. Buah-buahan. Kalau ada rezeki, Ridzuan akan hantar buah-buahan kat Aini. Tak perlu lah pergi Cameron atau Genting semata-mata nak petik strawberi ye.

Simple kan? Untuk hantaran, Aini buat sendiri je. Tak kisah la orang lain cakap cantik ke tak. Asalkan buat dengan kasih sayang. Cehwah. Nanti Aini story-story lagi ye pasal hantaran ni.

Tepek 1 gambar antara hari-hari yang terindah dalam hidup Aini.


my konvo day.
Di kesempatan ini, Aini nak mengucapkan Selamat Bertunang buat my beloved Charmine Nashira (bff time matrik). Teringat lagi, Aini dulu yang bgtau Charmine nak bertunang, rezeki Charmine sampai dulu, beliau bertunang awal sebulan++ dari Aini. Semoga korang sweet-sweet selalu. 


Cekidaut our next post : 17. Perlu ke photographer untuk bertunang?


Friday 28 March 2014

15. Check List versi 1 : E-Day

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Hai! Yeah! Sila rujuk tajuk. Kenapa versi 1? Sebab ada banyak versi lagi lepas-lepas ni. Kalau anda-anda jumpa versi 2, kiranya versi 1 yang lebih update. Tak tau akan ada berapa banyak versi. Harap-harap sikit je. Kenapa versi ni akan berubah-ubah? Simple. Sebab ini blog Aini. Suka hati jantung Aini la nak buat berapa versi pun. Kalau versi terkini sama je dengan versi sebelumnya, nasihat tulus ikhlas dari hati Aini ada dua je :

1. Jangan susahkan readers baca banyak kali.
2. Tolong usaha lagi memenuhkan check list tu.

Sudah tentu check list tu ntok diri sendiri :) Harap-harap Ridzuan pun ada check list sendiri.

Senarai wajib untuk E-day. ps : siapa2 yang tertanya-tanya E-day tu ape? Jawapannya Enggagement Day. Atau pun nama glemer meletup kebabom nya ialah hari bertunang.

1. Hantaran.
2. Tukang bercakap time majlis.
3. Baju tunang.
4. Makanan & minuman.

rasenye ni je kot yang wajib. Yang harus pulak :

Senarai harus untuk E-day. ps : harus maksudnya ada takpe, takde pun takpe.

1. Pelamin.
2. Veil & aksesori.
3. Fotographer.
4. Inai.
5. Side kick a.k.a bridesmaid.
6. Doorgift.

You see...harus lebih banyak dari wajib. Camno tuh? Kalau ada list lain, sila tambah ye. Memandangkan ni check list awal, Aini tak mau bgtau lagi perkembangan pengecutan setakat ni. Memang lah da ada progress, Alhamdulillah. Mungkin akan di'reveal' next check list. InsyaAllah. Dan mungkin kita akan bincang sama-sama perlu ke 6 perkara harus tu?


Check it out our next post : 16. Hantaran. Nak bagi apa ni?

Thursday 27 March 2014

14. Review : Tee.Republix

Assalamualaikum wbt readers!

Yeah. Kali ni review lagi. Hehe. Belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada pemenang give away yang lepas. Yang tak dapat tu, cuba lagi next time k. InsyaAllah akan ada lagi give away ni. Terpulang kepada sponsor. Hehe. Back to the topic : Tee.Republix.

Ramai bakal pengantin dah mula memikirkan tshirt2 untuk dipakai kaki tangan majlis anda kan? Aini tengok yang tengah in sekarang design t-shirt yang tulisannya dari belakang sampai bahu. Tapi tak tau lah kan. Kenapa anda-anda perlukan t-shirt ni? Of course lah sebagai penghargaan. Kalau untuk makcik-makcik dekat keliling rumah tu boleh la anda bagi pinggan mangkuk. Kalau pakcik? Budak-budak muda? Jom cekidaut facebook page Tee.Republix. Kredit gambar : team Tee. Republix.

Kita layan gambar dulu k. Mana tau boleh inspired B2b semua. Ps : Tshirt begini pun sesuai untuk team bridal sekiranya anda merupakan tokey-tokey bridal.

see...meh Aini belanja korang cuci mata lagi.

ni close up nye.

green!

sesi cop mengecop

ni sulamannya pulak kalau b2b nak yang jenis sulam-sulam.

Jom tengok harganya pulak. Dalam dunia ni mana ada yang free.....

T-Shirt Budget Short Sleeve Kosong Murah & Kualiti yang Memuaskan.
Tebal 160 gsm Min Order 10 helai keatas : T-shirt kosong RM7.90 30 helai ke atas : T-shirt kosong RM6.20 50 helai ke atas : T-shirt kosong RM5.40
Tebal 140 gsm Min Order 10 helai keatas : T-shirt kosong RM7.70 30 helai ke atas : T-shirt kosong RM6.00 50 helai ke atas : T-shirt kosong RM5.20 (15 pilihan warna)
Penghantaran seluruh Malaysia. Harga tidak termasuk pos.
Semua maklumat mengenai warna dan ukuran tee-shirt sila rujuk gambar. Saiz Dari S-XXL.

Tee-Shirt Honeycomb Min Order 10 helai keatas : T-shirt kosong RM21.90 30 helai ke atas : T-shirt kosong RM18.20 50 helai ke atas : T-shirt kosong RM17.40 (19 pilihan warna)
Tee-Shirt Polo Budget Min Order 10 helai keatas : T-shirt kosong RM19.70 30 helai ke atas : T-shirt kosong RM16.60 50 helai ke atas : T-shirt kosong RM15.20 (12 pilihan warna)


printing 1 blok warna 4.50

tambahan blok warna rm1.80

Baju biru | 2 blok warna | RM14.20

Baju hijau | 1 blok warna | 26.40

semakin banyak kuantiti.. semakin murah harga cop...

Blok warna bukan merujuk kepada warna yang ada ... tetapi merujuk kepada warna yang akan di cop... contoh... depan cop putih dan belakang cop putih... maka ia di kira dua blok warna.. walaupun warnanya putih..
ni bandingan harga. ps : yang kuning tu harga standard central market.

Untuk keterangan lanjut, boleh lah visit dan like page Tee.Republix. Nak tips? Belilah borong.

Cekidaut our next post : 15 : Check list versi 1 - E-day.

Tuesday 25 March 2014

13. Pemenang Mini Give Away Kraf Felt Comel dan Murah

Assalamualaikum. Hai readers! Alhamdulillah. 1st mini give away telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua peserta. Nanti ada rezeki lebih Aini buat give away lagi ok? InsyaAllah.

Banyak yang disqualify sebab tak ikut syarat penyertaan yang dah dimaklumkan. So sorry. :( Next time k.

Pemenang dipilih melalui persampelan rawak mudah. Yeah! Sekaranglah nak show off ajaran Dr. Zul Statistik kat UPSI dulu. Nak tau siapa yang menang? Cekidaut :


Takde bias ye B2b sekalian. Pemilihan dibuat tanpa Aini reveal nama peserta. Tahniah kepada :

Cik Ayue Idris aka Mrs Qisti to be. :)

sori ayu...curi gambar...

B2b sekalian, sila terjah blog beliau ye. Sangat banyak tips yang Aini dapat dari blog beliau. Harap-harap hadiah ni dapat membantu beliau meringankan beban perbelanjaan. Ayue mintak je pape memenuhi baucer RM50 tu k. Semoga anda bahagia ke syurga. Dan semoga ukhuwah kita berkekalan sampai lepas kawen dan lepas dapat anak ramai-ramai. InsyaAllah.

B2b yang lain. Jangan putus asa. Teruskan follow blog Aini, mana tau ada give away lain yang menanti.
Tahniah lagi sekali. Semoga Kraf Felt Comel dan Murah terus sukses hendaknya.

Check out our next post : 14. Review : Tee.Republix

Wednesday 12 March 2014

12. Mini Give Away : Kraf Felt Comel dan Murah & Oh My Wedding

Assalamualaikum. Give Away! Give Away! Give Away! First MINI GIVE AWAY dari KRAF FELT COMEL dan MURAH & OH MY WEDDING.

Jom join ramai-ramai! Hadiah baucer RM50 dari Kraf Felt Comel dan Murah menanti anda.



Cara-cara untuk join Mini Give Away ini :

1. Like page Kraf Felt Comel dan Murah.
2. Share salah satu entry post di Oh My Wedding yang paling membantu anda dalam persiapan perkahwinan anda di facebook/blog anda. (pastikan anda public kan post anda ye. takut tak boleh view)
3. Copy link tersebut dan paste kan di ruang komen di bawah atau pm facebook Wan Aini Ashikin atau email kan ke wanainiashikin@gmail.com
4. Seorang pemenang dipilih berkonsepkan 'Cabutan Bertuah' dan akan diberitahu pada next entry.
5. Tarikh Mini Give Away ini bermula dari SEKARANG hingga ISNIN, 24 Mac 2014.

SIMPLE! NO NEED SLOGAN, NO NEED KUMPUL LIKE.

Syarat penyertaan :

1. Penyertaan terbuka kepada followers/google+ followers sahaja.
2. Terhad kepada SATU penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3. Khas untuk Bride-to-be sahaja. Hadiah tidak boleh ditukarmilik.
4. Hadiah boleh dituntut segera tetapi akan diterima dalam masa satu bulan ke atas dari tarikh pengumuman pemenang.
5. Peraduan tamat pada ISNIN, 24 Mac 2014, 6.00pm.

SEMOGA BERJAYA BRIDE-TO-BE SEKALIAN. Semoga ada rezeki anda.

UPDATE:RAMAI YG EMAIL TANYA AINI BAKAL B2B BOLEH JOIN TAK GIVEAWAY NI? JAWAPANNYA BOLEH! ASALKAN ANDA BELUM KAHWIN DAN AKAN BERKAHWIN WALAUPUN BELUM ADA PERANCANGAN TARIKH KAHWIN. NO EXPIRED!

Tuesday 11 March 2014

11. Mana Nak Pilih? Pakej Bridal atau Bukan Pakej?

Assalamualaikum. Hai readers. Netbook Aini rosak (actually adik yang punya). Update still update. Takut tak terkejar 3 posts seminggu. Selalu pikir and kagum dengan blogger-blogger setia dengan blog mereka. Update tiap masa. Kadang-kadang sehari sampai 3 posts. Mesti masyuk kan! Oklah. Back to topic.

Untuk bertunang, anda boleh pilih sama ada nak gunakan bridal yang berpakej atau asing-asing atau mix method (macam wat thesis pulak!) Semuanya terpulang pada hati dan poket anda. Jangan ikut kan hati sampai di luar kemampuan anda. Pesanan ini untuk diri sendiri dan anda jugak. Jom kita tengok kenapa anda perlu pilih pakej bridal dan bukan pakej.

Option 1 : Pakej Bridal

Kalau untuk tunang, selalunya pakej bridal include baju sewa, 1x make up, aksesori, mini pelamin (option) dan photographer(option jugak).

1. Murah dan jimat. Ternyata kalau anda amek pakej, murahnya berganda-ganda! Berbanding jika anda amek baju kat bridal lain, pelamin kat bridal lain, harganya mungkin 2x ganda pakej tu. Alasan utama kan untuk amek pakej bridal.

2. Mudah. Tak banyak yang kita perlu pikir. Sebab dah amek dengan orang yang sama kan. So lepas briefing nak baju, pelamin sekian-sekian, boleh tidur lena berdengkur. Bila nak buat preparation pun, tak ramai orang serabut-serabut kat rumah anda.

3. Cepat. Kenapa cepat? Pekerja-pekerja bridal akan uruskan dari A sampai Z. Takde lah korang dok tunggu-tunggu banyak bridal sampai. Korang pun tak perlu survey-survey bridal lain. stuck stick pada satu bridal je.

Option 2 : Bukan Pakej Bridal

Kiranya ni anda beli baju sendiri, sewa pelamin and make up dengan orang yang lain-lain.

1. Pilihan lebih terbuka. Mungkin bridal A offer pelamin yang lebih cantik dari bridal B. Tapi, bridal B offer baju lebih meletup dari bridal A. Jadi, anda gunakan khidmat 2 2 bridal. Pilihan di tangan anda kan?

2. Boleh review dan bantu lebih ramai orang. Review tu khas untuk Aini. Hehe. Kalau tak amek pakej bridal ni, boleh bekerjasama dengan lebih ramai orang. Rezeki pun boleh dikongsi-kongsi kan?

3. Kalau ada yang silap, boleh back up. Actually tak tau nak cerita camne. Ok. Aini bagi situasi : bridal A dah buat anda mengamuk sebab baju kecik menampakkan lemak berlapis-lapis ataupun terlalu gedabak sampai boleh buat jubah konvo, secara tidak langsung pelamin dan make up dari bridal A untuk anda akan jadi tak segah yang anda rasa. Kalau ada bridal B dan C jugak, mane taw diorang boleh tolong sikit-sikit kan.

Pilihan Aini? Aini tak amek pakej bridal. Sebab berkenan baju, veil, pelamin dari lain-lain tempat. Lagipun, hajat di hati nak beli baju dan veil tu, kemudian nak sewakan murah-murah. InsyaAllah. Setakat ni planning dah ada. Semoga semua urusan dipermudahkan. Harap readers doakan Aini dapat berkhidmat sebagai guru area dekat-dekat je. Senang nak setelkan urusan bertunang ni. InsyaAllah.

Ps : Doakan keselamatan MH370. Kalau ada bride-to-be nak request post lagi, jangan segan-segan bgtau ye. Email kan je kat wanainiashikin@gmail.com

Check out our next post : 12. Mini Give Away : Kraf Felt Comel dan Murah & Oh My Wedding.

Monday 10 March 2014

10. Review : Kraf Felt Comel Dan Murah

Assalamualaikum, hai readers! Kali ni nak iklan sikit. Selalu pening kepala kan dok pikir-pikir nak bagi apa kat tetamu, nak letak apa kat photobooth, nak bagi apa kat bridesmaid, moh le kita sama-sama ngushar Kraf Felt Comel dan Murah ni! Pemilik KFCM ni ialah Cik Adlina. Hasil tangan beliau memang tip-tap-tup-tep-top! Jom tengok ni :

Keychain 1 side : RM2/pcs . Kalau order laju-laju sampai 20pcs, boleh dapat RM1.50/pcs.

Meletop kebabom kan. Huhu. Siap ada nama lagi. Sesuai kalau nak bagi kat bridesmaid sebagai tanda terima kasih menemani hidup semasa anda bujang.

keychain 2 sides : RM 2.50/pcs. Pun kalau order laju-laju sampai 20 pcs boleh dapat harga RM2/pcs. Gantung kat beg, biar semua orang taw nama korang.










keychain love size 3 inci : RM3/pcs. Yang ni bentuknya macam jantung anda yang anda lukis masa kecik-kecik dulu. Ya! Aini pun tertipu. Ingat bentuk macam tu dalam tubuh badan ni.


 Ps : Anda boleh custom made sendiri ye nak kaler ape, order je. Kalau nak request bentuk-bentuk sendiri, sila bagitau tuan punya badan. PM mukabuku beliau.

Gantung kat kereta/lori/van/JCB : RM6/pcs.





Kalau order banyak-banyak, dapat murah. Tapi tak pasti jugak berapa RM. Yang ni sesuai dijadikan doorgift VIP atau VVIP atau tak kisah berapa V dan IP. Disamping menabung di dunia, kita boleh menabung untuk akhirat jugak kan.

Bookmark : RM2/pcs. Kiut miut bookmark ni. Sesuai untuk apa-apa aje.


T-shirt : RM0.80/huruf. Yang ni betul-betul superb. Kalau ada tenaga kerja yang bekerja keras untuk majlis anda, apa kata hadiahkan mereka T-shirt ni. Also custom made! Baju tak provide ye. Tapi kalau nak Adlina sediakan baju, pun boleh. Harga lain citaaaa. Tengok baju ni dapat idea la pulak. Wahai encik Ridzuan yang penyayang, kita tempah baju tulis-tulis mcm ni utk pre-wed atau post-wed nanti nak?



Bantal : RM25/pcs. Sepasang : RM45. Tengoklah design-design ni. Sesuai nak letak dalam bilik pengantin dan jugak photobooth. Nak hadiahkan kat bakal pengantin pun boleh.



Bagi yang nak order, boleh PM di sini ye. Postage macam mana pulakkkk? Postage bergantung pada kuantiti, Selalunya keychain RM6 untuk pos laju. Bantal RM10 untuk pos biasa. Kalau nak request barang-barang lain pun boleh ye. Contohnya brooch, sarung handphone. Masa untuk order anda disiapkan bergantung kepada kuantiti. Tangan yang membuat cuma dua. Semoga bisnes Kraf Felt Comel dan Murah akan terus sukses hendaknya. Amin. Gambar kredit to KFCM.

Amacam? Dah ada idea untuk photobooth korang? Happy sharing.
Ps : Kalau nak iklan kan perniagaan anda di blog yang tidak seberapa ni, sila emailkan ke wanainiashikin@gmail.com.

Check out our next post : 11. Mana Nak Pilih? Pakej Bridal atau Bukan Pakej?

update 5/12/2014 : sorry gambar banyak tak boleh bukak :( kenapa eh jadi mcm ni?

Thursday 6 March 2014

9. Panduan/Cadangan Menghias Bilik Pengantin (Special Requested)


Post ni special requested by bride-to-be E-la Adiey. Semoga dapat membantu awak ye :) And harap dapat membantu orang lain jugak. Ramai orang selalu pening kepale muntah, cirit birit memikirkan hiasan bilik pengantin. Kalau tempah bridal, ada yang caj sampai RM200++ ke RM300++ padahal hiasan secoit tet je. Ni ada design contoh sikit.

Simple. Very Simple. But, less is more. Right?

Ni contoh tabir je. Selalunya orang hias tabir je. Yang lain-lain tu just kemas cantik-cantik. Even tak tukar perabot pun, kalau hias cantik-cantik dah wow da. Jom cekidaut : Aini bahagikan hiasan tabir tu kepada kain tabir, tanglung, kertas kipas+bunga dan love paper crepe. Kredit to semua yang Aini link kan dalam post ni. 

1. Kain Tabir

Tabir tu ikut masing-masing punya taste la kan nak kaler pe. Tak payah nak beli-beli lain la. Pakai je langsir lama, kain lebih-lebih yang lebarnya dan panjangnya sesuai. Dari dibiar berlumut dan berkulat, time ni la korang nak show off yang rumah korang banyak langsuir langsir kan. Tips : pastikan lebar langsir 2x ganda lebar katil. boleh buat kedut-kedut and nampak flowy. Nampak lebih gah dari nampak macam jemur selimut je belakang tu kan.

Kalau buat dua jenis tabir,  korang boleh selit sana sini, ikat sana sini sunu. Yang tu boleh ikut kreativiti sendiri. Kat sini ada beberapa contoh tabir dan fesyen-fesyen nya yang korang boleh kopi dan teh. Kredit to : pakcik Google dan owner asal gambar ni.

cool jugak. lebih kurang je.

pun simple. Tapi berbunga-bunga u olls.

yg ni versi langsir cantik.


2. Tanglung

Anda anda anda boleh guna pape je yang konsepnya gantung contohnya tanglung, bunga gantung, hand bouquet terpakai dan paper yang kiut miut. Gantungkan guna reben, ikat elok-elok, then gantungkan. Cabaran utama ialah nak bagi balance sebelah kiri kanan. Ni la masa untuk menggunakan khidmat tambahan iaitu penasihat deko (pun boleh).

contoh tanglung yang kaler maler colourful

yang ni contoh tanglung yang tak bukak lagi. Macam la korang tak kenal kan.


3. Kertas kipas+bunga

Tahun 2013 memang hit hiasan ni. 2014 tak sure plak. Macam da suam-suam kuku. Ingat lagi time raya tahun lepas design ni  masuk program 'Helo bro...Tolong Deko' by Dafi and Farish. Actually, tak tau sangat nama ikut ic nya. Sebab blogwalking blog ni, lain nama, yang lain, lain jugak namanya. Macam mana nak buat? Cekidaut :

cool kan. cute jugak. boleh letak kat pelamin.

lagi banyak warna, lagi naik. lagi2 kalau striking.

pastel colour yg agak ohhhhsemm

Google gambar cara nak lipat-lipatnya, tak jumpa. Maka, kalau nak tengok cara-cara nak lipat kertas sampai jadi macam dalam gambar tu. Sila jengah di sini ye untuk description.

4.  Love crepe paper

Bunyi cam gah kan. Tapi biasa-biasa je sebenarnya. Kalau korang ada lebihan kain yang dah tak guna, gunting bentuk love cantik2. Kalau nak bagi sama kiri love dan kanan love, lipat dulu (macam ajar adik yang darjah 5 je).

mula-mula nak buat banyak tu bunga kat tengah. Tapi tak cantik pulak.


Crepe paper pun memang trending last year. lagi-lagi buat bunga cam ni. ada yang buat bunga telur. Memang rajin sesangat la kan. Aini buat 2,3 pun lenguh tangan. Tapi kalau ada banyak tangan yang membantu ok la kot. Kalau buat sorang-sorang, pastikan korang tak tengok depan citer spongebob, kang tak jadi nak buatnya. Jom tengok macam mana nak buat bunga guna crepe paper ni :

credit to : blog nisa dawi


Lekat kan dengan berhati perut berhati hati pada love tadi. Kalau nak guna double sided tape, pastikan lekat elok-elok. Tapi sincerely, better jahit. Tak risau jatuh-jatuh. Masa nak lekatkan kat tabir, guna jarum pun dah ok. Sematkan elok-elok, comel-comel gitu.

Ok lah. Sekian cerita pasal mcm mana nak hias tabir. Jom tengok kos pulak :

Tabir : Sendirian Berhad 
Riben : RM2
Tanglung : 6x RM2.50 = RM15
Kertas warna : 1 paket colur striking = RM4.50
Double sided tape/gam = Max RM2.50
Crepe paper = 6x RM0.80 = RM4.80 (Ni kalau kat tg malim, kat tempat lain lebih RM1 kalau tak silap)
Kain love = Sendirian Berhad. Tapi in case nak beli, beli kain murah je, yang keras 1meter = Max RM5
Jarum peniti = RM1.50 beli kat Mydin

Total : Max RM35.30. Mungkin boleh paw syiling dari adik-adik 30sen tu. So, sila keluarkan bajet RM35. Ni maximum taw. Kalau korang ada kain love, kertas warna, jarum peniti, jimatnya botingkek-tingkek lagi. Kalau bridal caj RM 300, korang dah dapat diskaun almost 90%. Nak pakai sekejap je kot. Lain la kalau korang boleh sewakan.

Harap post ni dapat membantu E-la Adiey dan kawan-kawan Bride to be yang lain. Happy sharing :) ps : tenkiu E-la ye atas pertolongan tadi. Hehe.

Cekidaut our next post : 10. REVIEW : Craft Felt Comel dan Murah

update 5/12/14 : sorry ada gambar tak boleh bukak. Aini pun xtaw kenapa :(

Tuesday 4 March 2014

8. Anjuran Bertunang

Assalamualaikum, hai readers! Post ni agak membosankan. Jujurlah sayanggg, aku takk.... STOP! Time kecik-kecik dulu ingat tunang lah puncak segala-galanya. Dah tua besar sikit baru taw yang orang bertunang tu akan berkahwin. Masa dulu-dulu pernah cakap dengan kakak yang taknak bertunang and kahwin sekali ngan dia since dia tua setahun je. Alasannya sebab taknak orang pandang dia sorang je. So childish! Ada kawan-kawan yang bertunang, ada yang terus kahwin. Bila tanya mummy, mummy cakap buat jugak majlis bertunang. I don't know. Ikut adat ke ikut family ntah.

Islam mengajar kita sorokkan pertunangan, hebahkan pernikahan. Tapi ada ketika kita perlu uar-uarkan pertunangan sebab nak bgtau yang kita akan berkahwin. Tak nak kes Fizz Fairuz dulu-dulu jadi kat kita. Kat sini Aini akan share kenapa kita patut wat majlis pertunangan dan kenapa kita tak patut buat.

KENAPA KITA PATUT BUAT MAJLIS PERTUNANGAN?

1. Mengikut adat. Ada yang buat, ada yang tidak. Tapi orang Melayu kebanyakannya buat. Memang tak leh lari dari alasan ni. Lebih-lebih lagi kalau keluarga kita mementingkan adat.

2. Takut orang cakap bukan-bukan. Ok. Alasan ni agak tak masuk akal. Tapi kita dikelilingi oleh 1001+1001 jenis manusia yang suka buat assumption melulululu. Diorang ingat diorang reporter berjaya walhal SPM pun cukup-cukup makan. Tu pun mujur pass, kalau tak pass? Ada kes pemberita lebih cepat daripada berita. Maka? Timbullah fitnah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh taw. Kalau ada anak dara tu tak tunang, terus nikah, ada lah mulut-mulut busuk tak pakai polident colgate atau darlie yang cakap : Hah, da tak dara lah tu. Walaupun berita anda tak masuk TV3 atau pun astro awani, diorang akan tetap bercakap sampai korang dah ada anak dua selain anak tekak.

3. Tak nak bagi saudara terkejut. Anda ada saudara mara sakit jantung? Darah tinggi? Takde kaitan. Hehe. Kalau dah jemput siap-siap untuk majlis bertunang, takde lah yang kecik ati bila tau-tau je korang nak nikah dah. Well, boleh lah diorang mengumpul duit siap-siap untuk beli hadiah majlis kawen anda. Gitu pulakkk.

4. Mengeratkan persaudaraan. Ni point paling penting. Kenapa diletak number 4, tidaklah kupasti. Masa ni lah family korang berkenalan dengan bakal besan. Mana tau ada yang satu sekolah ke, satu tadika ke kan. Bukan setakat dengan bakal besan, sama-sama saudara pun boleh mengeratkan persaudaraan. Takkan tunggu raya baru nak kumpul sesama kan.

5. Salah satu preparation utk berkahwin. Bila dah ada experience guna vendor, DIY sendiri pape yang patot, lebih senang untuk majlis kahwin anda nanti. Kalau dah ada sejarah hitam legam dengan vendor time bertunang, jangan amek agi masa kahwin. Biar tersilap masa bertunang dari masa berkahwin.

KENAPA KITA TAK PATUT BUAT MAJLIS PERTUNANGAN?

1. Membazir. Membazir itu amalan syaitonirajim. Banyak jugak bajet untuk majlis bertunang sebenarnya mahupun majlis yang simple. Duit tu boleh bawak ke wedding di kala zaman yang serba serbi guna duit ni. Lagipun bertunang bukannya wajib kan.

2. Tak perlu membazir tenaga. Ni bukanlah iklan TNB atau sebagainya ye. Ada antara kita yang ibu bapa dah lanjut usia. So, majlis begini menjadi beban untuk mereka walaupun mereka tak cakap camtu. Kita sebagai anak kene consider ibu bapa kita.  Redha Allah terletak pada redha ibu bapa kan.

3. Sejarah hitam legam. Semua orang ada sejarah. Kalau anda pernah bertunang dan tamat kat tengah highway je, mesti anda prefer utk terus berkahwin kan? Yang penting akad. Rasanya semua orang boleh faham kot alasan korang ni. Be happy :)

4. Bukannya wajib pun. Simple. Tak perlu bertunang sebab bertunang bukannya wajib. Islam tu tidak membebankan. Dan mesti ada hikmah atas semua yang Islam suruh. Tapi Islam tak melarang ye. Tepuk dada, tanya hati.

5. Permintaan family. Tak kisah lah korang artis retis ke tak. Ada family yang menolak untuk buat majlis bertunang atas sebab-sebab tertentu. Mungkin low profile. Mungkin tak nak reporter datang rumah. Apa-apa pun, mesti hormat permintaan orang lain.

Well, setelah cuci-cuci otak, ni je yang mampu Aini keluarkan. Anda ada alasan anda sendiri, tak perlu tiru orang lain. Yang penting, tepuk dada dan poket :) Bagi yang buat majlis pun, majlis tu bergantung atas family jugak nak buat besar mana. asalkan ikut kemampuan. Pilihan kami? Mestilah kami akan bertunang :)


Our next post : 9. Panduan / Cadangan Menghias Bilik Pengantin - Special Requested by E-la Adiey Bride-to-be

Monday 3 March 2014

7. Karnival Pengantin Kuantan Parade

Assalamualaikum. Hai. Seminggu terabai blog ni. Preparation untuk interview SPP kunun nya.. Alhamdulillah,  semuanya lancar. Sempga berjaya ye kawan-kawan AT48 especially LINDA & FARHANA (I taw u olls baca post ni) and good luck SYIRA (confirm baca jugak) untuk interview esok :) semoga semuanya berjalan selancar yang mungkin. Terabai jugak Mr Ridzuan untuk sementara waktu. Tapi diri ini tak pernah diabaikannya. Sekali lagi, Alhamdulillah.

Back to the top. Karnival Pengantin dah berlangsung di Kuantan Parade pada 14 Februari - 16 Februari 2014. Actually tak sure karnival pengantin ke karnival perkahwinan ke apa ntah namanya. Tapi pasal kahwin la. Aini dan Ridzuan berkesempatan pergi ke karnival tu hari Ahad, 16 Februari (daddy's birthday). Thank you Ridzuan temankan. Masuk-masuk je dah nampak pelamin yang gah serupa itu ariana rose.




Pergh. nak buat pelamin ni je kat rumah Aini dah penuh dari ruang tamu sampai dapur. Boleh bagi satu kampung bersanding. Tak payah risau mana orang-orang lain nak duduk, tumpang atas pelamin je. Mood menggatal kejap : kalau kitorang ada atas tu berdua je sama macam semut atas sekilo gula ataupun sebutir gula atas setengah kilo gula. Walaupun pelamin atas ni gah, seriusly takde terdetik pun dalam hati nak pelamin cmni.

Jom cekidaut gambar-gambar sikit. Sony Xperia Neo L ku punya kamera tak lawa mana. Mungkinkah perlukan DSLR sebagai hantaran? Kwang-kwang-kwang so.




Walaupun nampak mcm ramai, tapi sebenarnya takdelah ramai mana pun. Antara booth-booth yang ada kat sini :

1. GENDIK EMAS COUTURE
2. DJ MFJ
3. HAZER BRIDAL COLLECTION
4. EMPIRE CREATIONS
5. DE' VHS COLLECTION
6. SUE EXCLUSIVE BRIDAL

Dan lain-lain. Yang ni je sempat grab flyers hari tu. huhu. Bukannya tak linkkan booth-booth ni dengan facebook, instagram, tapi kalau search, senang je jumpa. Actually, kad kahwin pun banyak jugak time ni. Tapi memandangkan belum plan lagi utk kahwin, pandang sebelah suku mata je la. Maksudnya Aini pandang sebelah mata, Ridzuan tak pandang langsung. Jom cekidaut apa pandangan kami untuk Karnival ni. Of course ada yang ok, ada yang tak berapa ok de amor. Yuk, bacain.

POSITIF

1. Kalau tengok flyers-flyers nye memang dah cukup. Banyak info, siap dengan quotation price.Tak payah nak tanya banyak-banyak.
2. Harga. Kalau nak ambil pakej, mungkin boleh consider. Tapi kalau nak amek satu, satu, memang mahal adik akak oi. MAHAL SANGAT. Trust me! Harga nak amek satu satu mau 5x ganda harga pakej. So, kalau datang mana-mana festival, karnival, grab pakej sahaja! Pakej tu kalau lengkap lagi bagus. Tanya terus free gift nye (nak free ajeee).
3. Banyak pilihan. Walaupun ada tak sampai 10 bridal, memang mambang rambang mata. Boleh compare, pilih yang mana berkenan.

NEGATIF

1. Ruang banyak kosong, tapi booth kecik. Janganlah sediakan 3 kerusi je depan booth tu. Jangan ingat customer nak beratur tunggu turn.
2. Tidak mesra customer. Ni almosttttt! tapi tak semua. Janganlah dok borak je bila ada customer datang. Takde masalah kalau sure tak sure quotation harga, tapi senyum lah sikit at least, sapa customer.
3. Rasa mcm ada dalam muzium, bukan karnival. Kenapa? Sebab time tu lah fotografer-fotografer and bridal-bridal nak sediakan orang, baju, untuk photoshoot bagai. Menyesakkan je. Tak payah lah nak update fb, ig bagai kalau servis kiookkk.

Bukanlah nak terlalu negatif. Tapi ni cuma pandangan kami je :) Simple nasihat : Jangan lepaskan peluang pergi karnival-karnival, survey, tak pegi, tak tau kan... Grab info banyak-banyak. Senang untuk panduan diri sendiri. Jangan lupa jugak untuk tanya transport charge. Sebab kadang-kadang ada vendor murah, charge mahal gilakkk. Happy deciding :)

ps : takde satu pun berkenan. Jangan lupa cekidaut next post : Anjuran Bertunang.

***update 5/12/2014 : maaf, gambar tak boleh bukak.tak tau kenapa :(***