OhMyIklan

Sunday 31 May 2015

161. Dapatkan Gambar Yang Menarik Untuk Perniagaan Anda Dengan Perkhidmatan Ahmad Fairus Art & Artistic Photography

Assalamualaikum, hai readers. Selalu tak beli online?? Atau adakah anda penjual barangan online? Kalau Aini yang tegar membeli online ni pantang tengok pape yang menarik, mesti nak grab punye. Hihi. Pantang tengok gambar yang menarik perhatian. Laju je taip kat komen tu 'pm'. Antara perkara pertama yang Aini dan pembeli lain tengok ialah gambar. Bukan detail ye, tapi gambar. Maka, sangat penting bagi semua peniaga online untuk publish gambar yang berkualiti yang mampu menarik minat pembeli gitu. Nak cari siapa? Carilah Ahmad Fairus Art & Artistic Photography.

Photographer dari Myphotographer Malaysia ni nak tawarkan perkhidmatan untuk menaikkan sale anda! Bagaimana caranya? Untuk pertama kali, beliau akan menawarkan sesi percubaan di mana beliau akan shoot 5 barang jualan anda. Tak kira lah baju ke, pelamin ke, produk kecantikan ke. Kalau berminat untuk proses seterusnya, boleh terus contact beliau di talian 012-3390943. Senang kan? 

Tips untuk mak andam semua, sila lah grab peluang ni lebih-lebih lagi yang aktif online ni. Bukannya apa, 1st impression tu penting. Kalau pelamin lawa gila, tapi gambar tak berapa menyelerakan, mungkin akan ditolak tepi. Gambar tu penting! Good luck peniaga semua!


Saturday 23 May 2015

160. Make Up By Ferra Rossa!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sikit my favourite MUA of the year! Ferra Rossa! Mula-mula kenal beliau masa beliau make up kan kawan Aini nama Charmine untuk majlis nikah beliau. Ingat lagi lepas subuh Charmine siap-siap sebab Ferra Rossa dah sampai. Really punctual! I like. To all MUA, boleh lah contohi FR punya punctuality ye. :) Aini takde lah ada di sisi Charmine dari awal sampai abes beliau dimekapkan. Tapi bila masuk bilik mekap, OhMy... Seriusly lawa gila! Nampak natural, takde over ke apa. Tapi memang sangat lawa! Terutama tang mata bila dah letak yang kilat-kilat tu. 

FR sangat baik hati, peramah ye. Teringin jugak nak beliau make up kan Aini. Tapi, apakan dayooo. Beliau based in KL. Jauh la pulak nak sampai ke Pahang. Huhu. Memang beliau boleh travel, tapi maybe pilih yang dekat-dekat je untuk memudahkan semua urusan. :) Sorry ye FR, lambat review. Tapi akak memang terbaiklah :)

Nah, belanja pic sikit :





Lawa-lawa kan? Tapi masih nampak natural. Untuk sebarang info, boleh layari http://www.makeupbyferrarossa.com/ Semoga kak FR terus berjaya mencantikkan pengantin-pengantin di Malaysia!

Tuesday 19 May 2015

159. Teaser Baju Nikah

Assalamualaikum, hai! Kali ni nak bagi teaser sikit pasal baju nikah Aini. Baru amek minggu lepas. Alhamdulillah, suka :) Dalam 3 bulan jugak baju nikah ni nak siap. Tapi tak kisah lame ke sekejap, sebab lambat lagi nak guna. Sekarang ni berusaha untuk sorok baju nikah dari Ridzuan sebab tak mau dia tengok dulu. *mengade*

Nah tengok lah sikit :



Tak sabar nak pakai. Tapi tak sabar lagi nak kawen. Muahahaha. *gatai*

Saturday 16 May 2015

158. Al-Iman Highlands Trading - Fresh Flowers Fresh Dari Cameron!

Assalamualaikum, hai readers comel! Sayu sikit taip entry kali ni sebab teringin sangat nak pakai bunga tangan fresh flowers. Nak yang calalily. Tapi apakan daya, rumah agak jauh dari kedai bunga. Dalam sejam jugak. Dan takde orang nak handle fresh flower hand bouquet untuk Aini. Sob sob. Maka, biar Aini share dengan semua pasal Al-Iman Highlands Trading. Mereka jual fresh flower memang fresh dari Cameron! Yup, delivery by pos. Jom layan :

Assalamualaikum Semua...
** bunga Insya Allah tahan seminggu bergantung bagaimana
kita menjaganya
** Deposit 30% diperlukan proses tempahan.
** Bayaran Penuh paling lewat 9 hari sebelum guna.
** Pelanggan perlu memastikan berada di lokasi penerimaan
untuk mengelakkan kelewatan penerimaan.
** Kawasan yg boleh kami courier :
JOHOR-PASIR GUDANG/KOTA TINGGI/TEBRAU/KULAI/KLUANG/PONTIAN/BATU PAHAT/MUAR/TANGKAK/SEGAMAT
MELAKA-BATU BERENDAM/ALOR GAJAH
NEGERI SEMBILAN-NILAI/SENAWANG/SEREMBAN/TAMPIN/PORT DICKSON
SELANGOR
KUALA LUMPUR
PERAK-SETIAWAN/TELUK INTAN/TAPAH/TAIPING
PULAU PINANG-GEORGETOWN/BUTTERWORTH
KEDAH-ALOR STAR/SG.PETANI/KULIM
PAHANG-BENTONG/RAUB/KUALA LIPIS/TEMERLOH/MARAN/KUANTAN/PEKAN
TERENGGANU-KUALA TERENGGANU/KEMAMAN/DUNGUN
KELANTAN-K.KRAI/MACHANG/JERTEH/KOTA BAHRU

** Cara Membuat Tempahan:
1.Bila tarikh majlis/ guna ?
2.Di mana area tempat tinggal
3.Bunga dijual didalam bundle sahaja.
4.Kami hanya menjual bunga yang ada didalam senarai di
bawah sahaja.

Senarai Harga Strawberry~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sekilo RM29 + kos box courier

jika tempahan 1-2 kg = RM19
jika tempahan 3-8 kg = RM29

Senarai Harga Bunga ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Oriental Lily..Wangi
Gred A...Sebatang ade 4 atau lebih kuntum..RM35/5pcs
Warna...Kuning, Putih, Pink
benih bunga made in holland


2.Rose..Net..gred AA
Harga promosi=RM32.00 per bundle/20 pcs
RM26.00 PER 10PCS__>>(minima 20pcs campur 2 warna)

** Ros Petals RM25.00 per bag (250g)
Warna - Merah,putih,krim,pink,cherry pink,maria pink,disco pink,orange pink,
kuning, champagne,purple,peach

3.Baby Breath
(1 bag = 200g)
harga promosi=rm33.00
warna - putih

4.Carnation
harga promosi=rm22.00 per bundle / 20 pcs
warna-Kuning, Pink, cherry pink,Merah

5.Daisy (minima 2 bag)
harga promosi=rm16.00/10pcs
warna- putih,orange,pink,kuning,
merah,kuning,putih,peach orange,krim

6.Pom-pom@Kekwa
harga promosi=rm21.00 per bag
hijau purple lolypop putih kuning

7.Statice
harga promosi=rm19.00 per bag
pink.putih.kuning.light purple.dark purple.

8.Peacock
harga promosi=rm14.00 per bag
yellow.white
.purple

9.Hydrangea
(minima 2 bag)
harga promosi=rm16.00 per bag
pink.biru

10. Silver Leaf
harga promosi:rm15.00 per bag....6 pcs/ bag

11. Crysanthemum
Warna:Kuning dan Putih
1.GRED A
Single Head- 1 BUNGA DALAM 1 BATANG
HARGA : RM21.00/ 12 pcs/bdl

12. Calla Lily
warna - putih sahaja
harga promosi 10pcs = RM35.00

# free 1 bundle static/ silver leaf / daisy utk belian 7 bundle atau lebih bunga..

Penghantaran: Citylink (1-2 hari Bekerja)
Hari:Isnin Selasa Rabu
1 - 2 Bdl : rm26
/ 3 - 6 Bdl : rm34

Syarat Service:
1.Pihak al iman highlands trading tidak akan menanggung sebarang kerugian kepada pembeli yang disebabkan kelewatan courier (citylink).
2.Anda faham dan sanggup terima risiko kemungkinan kelewatan penghantaran disebabkan pihak courier (citylink).
3. Barang yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan diganti balik dengan barang atau wang.
4. Anda faham dan tahu menjaga bunga segar disebabkan bunga segar memerlukan penjagaan yang rapi.

PERHATIAN : Pelanggan atau pembeli mestilah akur dengan terma dan syarat kami sekiranya melibatkan penghantaran bunga segar.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan selepas penghantaran.

whatsapp : 019 7442594 ; email : ics.jhr.mdnoor@gmail.com

Terima Kasih...
Mohd.Noor Hj.Nawi
AL IMAN HIGHLANDS TRADING (IP0415666-A)


Yang atas ni Aini copy paste dari yang pihak Al Iman Trading send kat facebook. Honestly harga mereka sangat affordable nak compare dengan jual kat kedai bunga. Kalau risau nak beli bundle, takut banyak lebih bunga, boleh letak kat hantaran ke, pelamin ke, bilik tidur ke kan. No worries. Aim Aini nak beli calalily je. Maka harga RM35 + RM26 = RM51. Huhuhu. Memandangkan nak jimat duit, maka simpan lah dulu hajat ni. Mana tau dapat guna untuk majlis sambut menantu ke kan. Tak pun dapat bunga lagi best. Mana lah tau.


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp nombor di atas atau tanya kat facebook Al Iman Highlands Trading. Semoga bisnes mereka terus berjaya. Amin.

Thursday 14 May 2015

157. Doorgift List

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak update pasal list doorgift yang Aini nak bagi nanti. Nak kata banyak sangat tu tak lah. Tapi mampu buat lah dengan dua pasang tangan (Aini & Alia) mungkin jugak tambahan sepasang lagi dari Saleha? Hihi. Actually doorgift ni takde lah nak spend banyak sangat memandangkan nak meminimakan segala bajet yang ada. Memang bagi seadanya je. Harap-harap takde lah orang yang akan komplen itu ini.

Dah decide nak bagi apa, tapi harap-harapnya tak kan bertukar sekelip mata. Sekarang pantang masuk cowboy, mesti pilihan nak bagi doorgift kat orang bertukar. Ridzuan pun pening. Penting ye untuk kita sediakan list. Jangan lah nombor tu terlalu rumit. Sebab nanti kita jugak nak bungkus semua. Honestly, Aini prefer yang jenis satu barang je. Tak payah nak berbox bagai. Tapi memandangkan Aini ni anak yang manja, ikut cakap mummy la bagi dalam box. 

Doorgift ni sepatutnya yang boleh setel awal, biarlah setel awal. Sebab kalau last minute nanti takut takde kaki tangan yang nak tolong buat. Macam Aini, biarlah setelkan semua (semua ke?) sendiri. Bukannya tak nak mengharapkan bantuan orang, tapi macam kurang je kaki tangan nanti. Hihi. Mesti ramai ke dapur. Tak pun bz dengan bunga telur.

Jom tengok list untuk doorgift majlis Aini nanti :

Tetamu (550 pax)

box saiz M
yassin saiz poket
makanan A
makanan B
gula-gula+sumi dalam bekas bunjut (3+1)

VIP (250 pax)

box saiz L jenis X
yassin saiz poket
makanan A
makanan B
gula-gula+sumi dalam bekas bunjut (4+2)
air mineral saiz cup
kuih raya 2pcs
sapu tangan hiasan

Rombongan Ridzuan (30 pax)

box saiz L jenis Y
air kotak
tupperware
yassin poket (letak dalam tupperware)
gula-gula 5 pcs (letak dalam tupperware)
sumi 3 pcs (letak dalam tupperware)

Majlis Khatam Quran (30 pax)

box saiz L jenis Y
sejadah muka digulung
yassin poket
pulut kuning+lauk dalam tupperware lut sinar kecil

Box untuk family Ridzuan dan majlis khatam quran guna dari jenis yang sama je sebab saiz isi dalam lebih kurang je. So mengikut list ni, cuma yang untuk majlis khatam quran je tak boleh prepare awal. Yang lain dah boleh prepare awal. Yeay! Proses membeli belah tak boleh buat on the spot semua. Maka, memang akan membeli sikit sikit. Start minggu ni! *semangat*

Berikut list barang sekali dengan kuantiti (ayat skema) :

box saiz M perlukan 550 pcs dah ada 440 pcs (lebihan majlis Along) 110 pcs more needed
yassin poket perlukan 860 pcs, dah order 1000pcs . DONE!
makanan A 800 pcs, 800 pcs more needed
makanan B 800 pcs, 800 pcs more needed 
gula-gula 2800 pcs, 1000 pcs gula-gula A, 1000 pcs gula-gula B, 800 gula-gula C. 2800 pcs more needed
sumi 1140 pcs, 1140 pcs more needed
sarung bunjut tempat letak gula-gula,sumi 800 pcs, dah ada 570 pcs (lebihan majlis Along) 230 pcs more needed
box saiz L jenis X 250 pcs, 250 pcs more needed
air mineral saiz cup 250 pcs, 250 pcs more needed
kuih raya 500 pcs, 500 pcs more needed
sapu tangan hiasan 250 pcs, 250 pcs more needed
box saiz L jenis Y 60 pcs, 60 pcs more needed
tupperware 30 pcs, 30 pcs more needed
air kotak 30 pcs, 30 pcs more needed
sejadah muka 30 pcs, 30 pcs more needed
pulut kuning 30 pcs (tempah) DONE

Harap-harap tak bertukarlah...huhu. Kalau ada lebihan doorgift sikit-sikit, mungkin akan beri kat orang yang tulis dalam guestbook :) wish me luck.


Monday 11 May 2015

156. Lace Hand Socks In The House.

Assalamualaikum, hai readers. Dulu pernah bercita-cita nak pakai hand socks lace. Kenapa? Sebab tak suka pakai inai. Ok fine, suka tengok je. Kalau adik-adik ajak pakai inai ke or pakai inai tipu tipu ke mesti kena sound setepek. Kadang-kadang rasa tak sedap mata memandang. Tapi kalau kat tangan orang lain nampak lawa pulak. Dilema apakah ini?

Mula-mula aim dah tak nak pakai inai. Lepas tu sape ntah cakap "tak berseri la pengantin tak pakai inai". Fine. Memang seri tu nampak tang inai je. Maka, tukar keputusan untuk pakai inai tapi nak hujung jari je. Hari tu tanya Ridzuan "nak pakai inai tak?". He replied "tak nak". Harap-harap betul la tak pakai sebab tak nak ada isu inai pengantin lelaki lagi pekat dari inai pengantin perempuan. Padahal darah sama merah semua.

Inai dah selamat mengorder dekat kak zati. Tapi tang tangan tu tak nak lah nampak kosong kan. Nampak pulak dah lace hand socks ni.

yang ni namanya sarung tangan lace panjang

yang ni namanya sarung tangan lace perkahwinan

Teruslah pm akak tu. Aim antara dua ni lah. Sarung tangan lace panjang tu mahal RM5 dari sarung tangan lace perkahwinan. Pikir-pikir balik, baik beli sarung tangan lace perkahwinan je sebab panjang-panjang pun tetap cover jugak. Harga? RM30. Memang tak kan beli dah dan maybe lepas majlis sambut menantu nanti nak letgo balik. Dapat letgo RM20 jadi lah. Hihihi.

Tak lama lepas bank in, barang dah selamat sampai ke sekolah, Alhamdulillah. Malas nak snap gambar tangan sebab beza sangat tangan hitam, beli sarung tangan putih. Haha. Semoga sempat putih balik. Tangan dan muka je yang utama. Berminat nak beli? Boleh pm facebook akak ni atau whatsapp 01111480589. Customer service yang sangat bagus. Mungkin semua peniaga online patut belajar dengan akak ni. Heh? Semoga perniagaan penjual sarung tangan lace ni terus maju jaya. Amin...

Saturday 9 May 2015

155. Promosi Bulan Mei Dari Rumah Kebaya Malaysia

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak share sesuatu yang best dari my favourite Rumah Kebaya Malaysia. Selalu kalau kita survey bridal, kita tanya pakej ni berapa harga. Pakej tu berapa harga kan? Yang bestnya sempena bulan Mei ni, RKM buat promosi bakal pengantin yang tentukan bajet. RKM akan tunaikan impian anda mengikut bajet yang anda nak!

Sekarang sape cakap nak jimat, tak boleh guna khidmat professional dari RKM? Semua pun boleh! Contohnya : datang sengih-sengih kat RKM kat Seksyen 7, Shah Alam. Jumpa dengan pekerja di RKM. Tanya "Saya nak pakej pelamin dewan & make up dengan harga RM500". Dengan senang hati, pihak RKM akan suggest kan apa yang terbaik untuk anda!

Percayalah, khidmat mereka memang tiptop dan professional. Honestly, setakat ni takde langsung dengar bad service dari RKM. Memang totally no!

jatuh cinta dengan silver ni

Untuk pertanyaan berkenaan perkhidmatan Rumah Kebaya Malaysia :
Email : tanya@rumahkebaya.com.my
Tel : 0358872844
Alamat : 52-1,Jalan Nelayan 19/b, Seksyen 19, Shah Alam
Waktu Operasi : Selasa hingga Ahad 11pg-7ptg
Intagram : RUMAHKEBAYAMALAYSIA
FB : RUMAH KEBAYA MALAYSIA


Thursday 7 May 2015

154. Kain Untuk Lovely Bridesmaids

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story pasal baju untuk my lovely bridesmaid, Alia, Saleha, Pargh, Aynen, Linda, Erika & Farhana. Mula-mula plan banyak sangat. Nak beli baju dah siap la, tapi masalah free size. Nak beli yang bukan free size, takut saiz diorang lain-lain. Nak beli pesen ni, takut masing-masing tak berkenan. Maka, gamble lah beli kain pasang.

Bulan lepas survey dengan Alia dekat Kamdar, Jakel. Nagoya tak pergi pulak sebab tengok dari luar macam tak banyak choice je. Well, don't judge a book by its' cover. Bertauliah lah sangat nak speaking cikgu math ni. Nasib baik tak beli pape dekat Kamdar, Jakel. 2 minggu lepas, pergi Berjaya Megamall sebab nak tengok Fast & Furious 7, tersinggahlah Nagoya. Sape suruh tiket lambat sangat kan. Nak menggerutu dah kaki berjalan 3 jam.

singgah sebentar

Mula-mula tanya salesman "dull satin ade?". Jawab nya takde. Fine. Ronda-ronda nampak kain valentino. Terus pegang tak mau lepas. Hahaha. Mula-mula kompius nak amek pink ke biru. Bak kata Ridzuan "perempuan kan? pink la". Nehi he. Grab warna biru cam gambar di bawah :


warna ape ni eh? I call it frozen blue!

Selasa lepas pergi pos sume baju. Tinggal yang erika je lagi ni. Nak pass by hand konon nya. Padahal nak bergosip. Hahaha. Ni respon farhana dan pargh pasal baju :




Dah rasa macam menjual pulak ada testimoni bagai ni. Hahaha. Alhamdulillah, sume suka. Harga? Nak tau harga? Ehemmmm... RM7/meter. Dan seorang dapat 4 meter. Affordable kalau nak bandingkan dengan budi baik mereka yang tolong Aini masa Aini susah dari zaman matrik lagi, memang tak terbayar nilainya. Malas nak cerita banyak kang terharu pulak masing-masing. Haha.

Monday 4 May 2015

153. Setahun Menjadi Tunangan Orang & Tips Bertunang Lama.

Assalamualaikum, hai readers. Setahun lepas, kami selamat menjadi tunangan dan tak berapa selamat lagi sebab belum nikah. Hihi. Masa decide nak bertunang tu dah sepakat yang kami akan bertunang lama. Lebih setahun tu consider lama la kan? Aini and family tak kisah. Pihak Ridzuan pun tak kisah. Ada jugak yang nasihatkan cepatkan majlis kahwin atau lewatkan bertunang. Cepatkan majlis kahwin boleh consider lagi. Tapi lewatkan bertunang memang tak lah. Hahaha. Dah kerja, mana lah nak pikir nak bertunang pulak. Tanda buku pun tak habis habis lagi. Hihi.

Memang ada banyak pros and cons untuk bertunang lama ni. Pros and cons semua kami dah bincang hati ke hati sebelum bertunang lagi. Nasihat Aini, kalau nak bertunang, jangan lah lama-lama sebab orang cakap dugaan masa bertunang ni kuat dia lain macam. Tapi, kalau dah tu memang option yang ada, meh Aini share sikit tips-tips yang boleh jadi panduan kita bersama.

1. Banyakkan bincang sebelum bertunang dengan pasangan. Pastikan sama-sama tau apa kebaikan dan keburukan bertunang lama-lama. Kene set dengan diri untuk jadi kuat bersama pasangan.

2. Jangan buat perangai macam belum bertunang. Kalau sebelum ni kaki moody, rasa nak terajang orang je selalu, dah bertunang nanti tak payah nak buat perangai sangat. Control ye. Kang cepat je rasa nak putus tunang,

3. Banyak kan spend masa dengan bakal keluarga. Practice kehidupan lepas kawin.

4. Bagi ruang dekat tunang nak main futsal ke, nak tengok running man ke. Tak semestinya tunang korang mesti nak hadap korang je 24 jam.

5. Banyak kan doa dan mintak nasihat dari orang tua. Tapis dan dengar serta ikut mana yang mampu.

6. Pedulikan kata-kata orang pasal kalau bertunang lama risiko nak putus tu tinggi. Yang bertunang kejap pun boleh putus. Hahaha.

7. Jangan simpan walau sedikit pun ruang untuk berasa bosan dalam hati jantung tu.

8. Jangan chat dengan lelaki atau pompuan lain. Kalau ada, jujur terus.

9. Jangan kerap sangat berjumpa. Tiap-tiap hari jumpa memang risiko nak gaduh tu tinggi la. Hihi.

10. Prepare mentally and physically. U can do it!

Nah tepek sikit sekeping gambar setahun yang lepas :


Saturday 2 May 2015

152. Cincin Ridzuan Made In Wah Chan

Assalamualaikum, hai readers. Seronok bercuti? Haruslah kan. Kami menggunakan masa cuti ni untuk setelkan beberapa perkara yang tak seberapa. Haha. Setel bank in itu ini, draf peta kad kawin, pilih kad kawen, tunggu design yassin dan macam-macam. Dah mula rasa neves? Belum! Tapi takde la rasa serabut ke apa. Belum lagi kot. Kalau rasa serabut sikit, mula lah mengadu dengan roomate tersayang. *takpe, dia tak baca post ni*

Hari ni nak cerita pasal cincin Ridzuan yang kami beli dah lama dekat Wah Chan Kuantan Parade. Bukan kat kedai betul, dia kat luar-luar je.

Aini : Nak beli cincin macam mana?
Ridzuan : Silver.
Aini : Warna?
Ridzuan : Hijau.

Ringkas dan padat. Haha. Kalau kat Wah Chan yang belah dalam Kuantan Parade tu mostly emas-emas banyak. Yang kat luar banyak cincin silver. Ni antara koleksi yang Aini curi-curi amek gambar:

banyak gila kan? ni koleksi silver ring for men sahaja

Sebelum singgah sini, ada jugak jeling-jeling kat kaunter kedai emas lain area Kuantan Parade tu. Cincin silver sahaja RM500++. Kami ni pengantin bajet. Nak meminimakan bajet untuk cincin Ridzuan.  Decide nak gi Wah Chan sebab time tu ada offer 1/2 harga. Yes! SEPARUH HARGA. Duduk lama jugak memilih daripada design atas ni. Memang tengok yang warna hijau je la dah tu pilihan Ridzuan. Bagus jugak ada Ridzuan, dah mengurangkan calon cincin yang banyak kepada 10++ cincin je. Hihi.

Dan ini pilihan Ridzuan yang diapprove oleh Aini :

sorry for low quality

Lawa kan? Simple yet sweet. Kat tepi tu ada macam diamond dot sikit kiri kanan. Harga? RM220 selepas dipotong half price. See. Jauh beza dengan kedai lain. Kenapa nak berbelanja lebih kan? Yang penting puas hati! PERINGATAN : jangan beli cincin suasa untuk bakal suami anda kerana di dalam suasa ada emas jugak.

Time ni, tak tau lah ada lagi ke tak half price kat Wah Chan ni. Harap-harap ada lagi la. Pergi grab cepat! Tak sabar nak sarungkan cincin ni kat Ridzuan nanti. Mula dahhhhh gatal!