OhMyIklan

Wednesday, 30 July 2014

58. Alkisah Shawl Tunang RM15.

Assalamualaikum, hai readers! Setelah lama bercuti sendiri dari blogging, akhirnya Aini kembali. Bukan senang menyesuaikan diri kat tempat kerja baru, jadual sebagai pendidik ni take my time jugak especially time to update OMW. Syukur, Alhamdulillah. Semua urusan dipermudahkan. Masih dalam mood raya kan? Dikesempatan ini saya, Wan Aini Ashikin binti Wan Razali bersama tunang, Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat salah silap, terkasar bahasa sepanjang blog OMW ini beroperasi. Semoga lebaran kali ini memberi 1001 makna buat kita semua.

Back to topic. Shawl tunang Aini cuma berharga RM15. Mula-mula ingat nak lagi murah. Hihi. Beli dalam seminggu sebelum majlis. Memang aim nak pakai shawl sebab risau pelik jadinya kalau pakai tudung lain ngan veil. Beli dekat Welcome Collection, Tingkat 1, Kuantan Parade. Ok lah price nye RM15. Yang penting nanti boleh pakai lagi. Takde lah beli mahal-mahal, pakai sekali je. No, no, no. Pasal step-step nak pin kiri, kanan tu tak dapek den nak nolong. Sebab diri sendiri dah lupa camne boleh pusing-pusing jadi camtu. Tapi dalam 2,3x try jugak sebelum jadi sebegini :

dari depan

dari belakang

dari tepi

Tips? Be confident. Tapi kalau decide nak pakai shawl sendiri tanpa bantuan mak andam, make sure try banyak kali sebelum majlis untuk mengelakkan mood anda lari time majlis akibat shawl yang susah nak dipusing-pusing. Good luck!

Check out our next post : 59. Attention To All Bloggers!

4 comments:

  1. cantek *thumbs up hehe Btw, selamat hari raya kak ^^
    (http://anies-msletoes.blogspot.com/)

    ReplyDelete
  2. cantekk..xnmpak rm15 pon..bila nak sambung entry hantaran? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq pae...huaaaaa....tggu ade mood dlu..hihi

      Delete