OhMyIklan

Wednesday 30 July 2014

47. Mega Giveaway + Survey. Saya Nak Pengiklanan Persalinan Percuma Di OMW!

*sticky post hingga 30 julai 2014*
Untuk post terbaru, sila scroll down. Terima kasih kerana mengambil bahagian.


Assalamualaikum, readers! Hari ni Aini nak buat giveaway+survey sikit. Kiranya anda jawab survey, anda akan menang giveaway. YES! SEMUA PENYERTAAN LENGKAP AKAN DAPAT HADIAH! Cool kan? Apa yang perlu anda lakukan?

1. Follow blog OH MY WEDDING.
2. Share post ini (kalau boleh biarlah thumbnail foto nye gambar kat bawah...hihi) di facebook anda dan 'public' kan post itu. Buat caption "Saya Nak Pengiklanan Persalinan Percuma Di Blog Oh My Wedding!"
3. PM link facebook anda di facebook Aini.
4. Aini akan pm soalan survey yang berbunyi *ceh, bgtau awal2 dah*

"Terima kasih atas kesudian anda menjawab survey ini. Berikut merupakan harga-harga pengiklanan persalinan yang dicadangkan di blog OH MY WEDDING.

1. Ruangan iklan di bahagian tepi, RM50/bulan.
2. Ruangan iklan di hujung setiap post merangkumi dua gambar, RM10/post. Iklan 5, free 1, iklan 10, free 3, iklan 15, free 5.
3. Review di post blog OH MY WEDDING, RM70/post.

Adakah anda rasa harga-harga tersebut berpatutan?"

Boleh jawab roughly untuk semua quotation price atau pun price by price. Tu je. Simple kan? Jom tengok syarat penyertaan pulak :

1. Terbuka kepada semua followers / g+ followers Oh My Wedding.
2. Mempunyai persalinan yang nak dijual/sewa banyak atau sikit tak kisah. Contoh persalinan : baju/tudung/veil/shawl/kasut/aksesori/hand bouquet dll.
3. Hadiah tidak boleh ditukar milik (kalau nak hadiah segera, boleh bgtau Aini awal-awal).
4. Pemenang akan diberitahu pada 5 Ogos 2014 begitu juga dengan hadiah masing-masing.
5. Hanya terbuka kepada ex bride-to-be dan bride-to-be yang mempunyai persalinan yang ingin/akan disewakan pada masa akan datang (hadiah takde expired). Tidak terbuka kepada bridal.
6. Takde facebook tapi ada blog? Boleh je jawab survey terus di blog dan link kan kat Aini.
7. Penyertaan yang lewat tidak akan diterima. Kalau Aini lambat reply pm di facebook, jangan risau, Aini akan reply asap.




Hadiah?

3 orang pemenang bertuah akan Aini iklankan dan reviewkan di blog Oh My Wedding bernilai RM70/post (harga sebelum survey) secara percuma! 1 post untuk 1 persalinan.
3 orang pemenang bertuah akan diberi sewa tapak iklan untuk mengiklankan persalinan masing-masing bernilai RM50/bulan (harga sebelum survey) selama 2 bulan secara percuma!
3 orang pemenang bertuah akan diberi pengiklanan di hujung post sebanyak 3 kali setiap seorang bernilai RM10/iklan (harga sebelum survey).
SEMUA penyertaan akan diberi pengiklanan di hujung post sebanyak 1 kali setiap seorang.

ps : sesiapa yang sudi menjawab survey Aini dengan rela hati pun boleh. Especially kepada kawan-kawan dan bride-to-be :) jasa kalian hanya Allah yang mampu balas.

Check out our next post : 47. Review : Myinspirational Bridal.

No comments:

Post a Comment