OhMyIklan

Sunday 10 August 2014

60. Blog Review : Eellee Beauty & Health, Aqilah Zulkifli, Maria Firdz

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya! Mood raya belum habis lagi. Simpan dulu story mory pasal projek wakaf b2b tu. Tahniah kepada semua pemenang GiveAway Ramadhan Raya by Syira Lokman! Seronok trang tang tang la korang ye. Seperti yang dijanjikan untuk dihadiahkan, blog review! 3 orang pemenang bertuah untuk direview blog mereka ialah Eellee Beauty, Aqilah Zulkifli dan Maria Firdz. Jom check it out.


Blog pertama yang Aini terjah ialah Eellee Beauty & Health. 1st impression, wow. Sangat berguna tips-tipsnya. Of course lah yang mula Aini bukak ialah cara mudah rawat lebam bawah mata kan.. Hihi. Kepada anda anda yang nak order barang Shaklee atau nak dapatkan khidmat nasihat, boleh jenguk jenguk blog ini. Ada banyak tips dan petua serta hal-hal berkaitan family yang dikongsikan. Tips-tips nya semua yang sangat berguna dan sangat dekat dengan kehidupan seharian kita.

Kalau anda bukak 'home' beliau, hanya dipenuhi dengan link-link post tanpa post entry. Inilah kematangan blog ini. Bila dah mula blog walking, anda akan dapat baca semua tips tops tups dengan senang hati. Info-info sangat berguna dilatari dengan warna putih memang mendamaikan mata yang memerhati. Cehwah. Eellee Nana sangat tak lokek ilmu ye. Semua pertanyaan di ruangan komen akan dijawabnya. Mungkin nanti nak adakan sesi consultation dengan Eellee Nana. Free kan? Hihi. 

Aini nak cadangkan semua tengok ruangan Sihat A-Z dan Cantik Stylo. Mesti baca semua! Aini dah baca untuk cantikkan bibir yang gelap. Petang ni terus nak gi beli madu. Hihi. Dengan 132 follower di g+ dan lebih 407000 view, pastilah ramai yang telah mendapat manfaat daripada blog ini. Semoga Eellee Beauty & Health akan terus berkembang dan berjaya dalam dunia perniagaan dan dunia blogging. Amin.


Blog putih yang sangat teratur. First impression Aini time tu. Huhu. Aqilah seorang penggemar kpop tegar. Aini ni setakat suka Running Man je. Hihi. 15 years old, form 3 student. Alahai. Entah-entah ade je student Aini yang ada blog kan? Who knows. Aqilah nak ade DSLR sendiri nanti. Sila belajar rajin-rajin and kumpul duit ye adik.

Kalau anda check it out blog Aqilah, kat bahagian atas tu header yang cool warna hitam. Semuanya tersusun cantik plus comel kat blog Aqilah. Aqilah banyak join contest-contest kat blog. Rajin betullah. Kalau blogger-blogger sekalian nak tengok contest pe yang latest2, boleh lah tengok blog It's My Life ye. Selain dari contest, give away & segment2, Aqilah jugak banyak citer pasal kehidupan beliau. Pasal pelajaran dan kehidupan peribadi. Lepas ni boleh la citer pasal result exam pulak ye?

Aqilah berasal dari Temerloh, tak jauh pon dari Kuantan ni. Boleh lah datang rumah time kenduri nanti ye? Dah tiga tahun kewujudan blog It's My Life. Semoga blog It's My Life akan terus maju hingga ke tahun-tahun seterusnya. Blogging, blogging jugak, pelajaran jangan dilupa ye :)


Blog ketiga & terakhir untuk Aini review ialah blog Cinta Sejati Ku & Dia. Ownernya ialah Maria Firdz. Antara persamaan kami ialah suka purple! Hihi. Blog yang serba purple putih ini banyak berkongsi pasal amalan, petua, hukum & persoalan serta kehidupan pemilik blog sendiri. Layout blog ini sangat tersusun dan memudahkan pembaca untuk membaca entry pilihan masing-masing.

Blog ini juga banyak join contest-contest di blog. Kenapalah Aini tak boleh jadi serajin mereka ye? Hihi. Jadi kepada blogger-blogger sekalian, boleh tengok contest-contest latest di Malaysia dengan follow blog ini. Tak rugi taw! Kalau tengok blog Aini, memang tak kan menang contest la. Kalau nak tengok petua-petua pon, boleh scroll je.

Guess what? Dah tahun ke lima rupanya blog ini beroperasi. Wah, wah, wah. Macam mana lah nak kekalkan kerajinan macam Maria Firdz ni ea? Haih, Aini ni yang baru berapa bulan jadi blogger pon terkial kial mencari kerajinan. Hihi. Jom semua follow blog Cinta Sejati Ku & Dia by Maria Firdz ni. Dengan lebih kurang 1500 followers dan 844 g+ followers, semoga blog ini akan berjaya dan terus berjaya pada masa hadapan.

Check out our next post : 61. Jom Wakafkan Barang Anda.

3 comments: