OhMyIklan

Showing posts with label nikah. Show all posts
Showing posts with label nikah. Show all posts

Monday, 14 December 2015

183. OOTD : Baju Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak cerita pasal baju nikah hari tu. Baju nikah ni Aini tempah dengan Kak Yani a.k.a mak andam tersayang. Nah tengok gambar full baju dulu eh baru kita story mory :

kurusnya I...

dari sisi tepi..bunga 3d tu sampai tepi je...

kain jenis flowwy

ropol-ropol kat lengan tu

gambar dari sisi duduk

nak nampak detailing dia kena zoom sikit

kain 3m tu

kat lengan tu takde bunga 3d

full outfit

full outfit

Actually baju ni design basic dia kurung moden plus kain yang super flowwy. Baju ni Aini beli kain dia kat Jakel. Rasa pernah cerita entry sebelum ni. Jom tengok total damage untuk baju :

Kain : RM200+-
Upah : RM200 (including detailing,bunga 3d)
Total : RM400

Mahal? Agaklah. Orang tanya kenapa tak sewa je? Senang je jawapan nye, momento de amor dia lain. Kalau tengok baju nikah tu teringat balik time-time nikah tu. Huhuhuu. Overall sangat puas hati dengan baju tu. Sangat puas hati. Detailing superb. Berbaloi. Oh ye, untuk baju tu 2m. Untuk kain 3m. Memang besar sikit sebab nak bagi nampak flowwy. Tapi ada cons jugak. Nanti Aini story ye pasal cons dia. Kita nampak lawa je kan.

See u again.

Wednesday, 16 September 2015

177. Bridal Yang Sangat Awesome Di Chini - Adyani Enterprise.

Assalamualaikum, hai readers. Bab yang paling penting bila nak kahwin ni bukan goodies, bukan baju family, tapi bridal. Yes. Rasanya semua orang pun setuju kan. Hari ni Aini nak share semua pasal mak andam Aini iaitu Kak Yani. Kak Yani ni yang make up kan Aini masa bertunang. Kenapa Aini pilih Kak Yani? So far sangat senang bekerja dengan beliau dan hasil tangan beliau sangat wow. Sangat halus. Semua perfect. Aini tak pernah ragu bila pilih Kak Yani as my bridal.

Start pilih Kak Yani dari tahun lepas. Nak dekat setahun tau cop Kak Yani. Apa servis yang Aini guna dengan Kak Yani? Memang amek pakej untuk menjimatkan kos. 

Pelamin yang sangat cantik
Baju baru (songket)
Make up 2x
Hiasan bilik tidur
Hiasan meja makan beradab
Aksesori

Total = RM2300

Murah. Masih mampu untuk golongan pertengahan macam Aini & Ridzuan ni. Ni kira pakej lengkap lah kan? Aini nak cerita 1 1 mula dengan pelamin.

PELAMIN


Lawa kan? Pelamin ni Aini buat di sudut rumah. Memang idea originally dari Aini. Melengkung, bunga. Kak Yani tambah sikit-sikit hiasan tepi-tepi. Pasang pelamin hari Jumaat pagi. Aini balik sekolah je tengok pelamin sendiri wowww. Dengan lampu-lampu yang sangat wow. Yang ni tanpa kerusi tau. Kalau berkerusi, bayang sendiri ye.

Pelamin dicabut hari Isnin. Memang takde masalah langsung pasal pelamin. Sangat suka. Kak Yani ikut apa yang Aini request tanpa ada alasan atau perlekehkan idea Aini. Tak macam certain mak andam yang lain. Alhamdulillah, semua orang cakap pelamin Aini cantikkk. Unik sebab so far takde lagi orang buat pelamin macam ni kat sini. Aini memang suka yang simple.

BAJU BARU SONGKET

Banyak cerita disebalik baju ni. Tapi konklusinya baju ni Aini bawa ke majlis bertandang hujung bulan ni. Hari tu dah gi fitting dengan suami. Suami suka. Aini lagi lah suka. Minggu ni nak fitting lagi dengan best friend nama Saleha pulak. Tak sabar nak dengar Saleha punya pandangan pulak. Baju ni tak nak cerita lagi eh.

MAKE UP

Make up yang Aini dapat untuk 2x. Tapi, memandangkan kami nikah pagi, so kira make up sekali je. Sekali lagi Aini bawak gi sambut menantu sama macam baju baru songket tu. Kak Yani datang dalam pukul 8++ untuk make up Aini. Overall untuk make up amek masa sejam gitu. Kalau make up sendiri, mau 2 jam. Request make up natural je sebab nikah kan pagi tu. Kelakar pulak ingat episod bulu mata palsu. Tanya ramai orang "cuba tengok, bulu mata palsu aku nak jatuh ke?" Hahaha. Padahal melekat elok je. Sebab tak pernah pakai setebal tu, rasa berat semacam la. And nampak je sentiasa bulu mata tu. Hihi.

Tak nafikan yang muka lepas make up jadi lain. Yelah, tak pernah make up glamour macam tu. Selalu eyeliner, bedak, lipstik je. Tu pun ingat diri dah cun sangat dah. Haha. Tak kisah muka jadi lain ke apa, asal dalam gambar masih cun. Kawan-kawan pun cakap, muka lain tapi dalam gambar cantik.

see my bulu mata

natural je

Lepas nikah, Kak Yani touch up kan untuk bersanding pulak. Tapi tak touch up mana lah. Macam make up baru jugak sebab Kak Yani buat balik blusher,touch up mata and pakai lipstick baru. Tapi langsung tak caj!!! Rasanya kalau orang lain paling kurang mintak lagi RM50.

ni je muka paling besooo. Haha. Pinjam pic ye aynen!

dengan suami

Sentuhan Kak Yani sangat halus. Sangat teliti. Sangat cantik. Maaf lah kalau geli. Tapi yang cantik tu kurniaan Allah, yang mencantikkan lagi ialah hasil sentuhan Kak Yani. Boleh kata kegembiraan Aini hari tu sebab make up yang sangat puas hati ni!

Hiasan bilik tidur

Hiasan bilik tidur pasang and cabut sama macam pelamin. Mula-mula tak nak pun hiasan bilik tidur. Tapi atas request dari mak, ku turutkan jua, Simple je hiasannya. Memang nak yang paling minima. Kak Yani sediakan sekali cadar.



Takde apa sangat pun nak komen pasal hiasan bilik tidur ni. Tip top dan awesome.

HIASAN MEJA MAKAN BERADAB

Pasal hiasan meja makan beradab ni Aini memang serahkan sepenuhnya pada Kak Yani. Takde request pape. Warna pun semua Kak Yani yang decide. Jangan ingat bila kita tak request, Kak Yani buat cincai. No No. BIG NO. Sangat lawa bagi Aini. Cermat dan teratur. Subhanallah. Sangat tak terkata. Bila tengok je, wow. Macam ni rupanya meja makan Aini.









AKSESORI

Bila Aini cakap Aini takde kasut. Tanya Kak Yani "Akak kira sewa ke pinjam?" Dengan bajet tak berapa nak ada time tu. Hihi. Laju je Kak Yani cakap "pinjam je la". Dah lah bukan kasut yang bodo bodo. Siap tampal lace lagi. Semoga urusan Kak Yani lepas ni dipermudahkan.



SERVIS

Rasa bersyukur sangat bila tau yang Aini tak buat pilihan yang salah bila pilih Kak Yani sebagai mak andam Aini. Selama Aini deal untuk majlis Aini, fitting, bincang-bincang semua kat kedai Kak Yani, Kak Yani TAK PERNAH LEWAT. Selalu Aini yang terkedek kedek. Hihi. Kak Yani pakaikan tudung, veil semua dengan sangat tertib. Subhanallah. Tak pernah memperlekeh walau satu pun idea Aini yang mengarut. Hehe. 

Semua dibawa berbincang dengan elok. Rasa terharu tau bila orang luar menjayakan majlis kita dengan sangat baik. Apa yang Aini buat cuma doakan agar bisnes Kak Yani terus maju jaya. Korang yang baca ni doakan tau. Amin. Maka, sesiapa yang area Chini, Muadzam, Pekan boleh lah guna servis Kak Yani. Dari Kuantan pun boleh. Bayar minyak lah. Apa lah sangat duit minyak kalau nak banding beza harga Chini dengan Kuantan sampai RM1500 kan. Servis pun tip top. Yang penting puas hati.

Aini tak berapa berani nak show off number phone Kak Yani. Tapi kalau ada sesiapa yang berminat boleh drop your email untuk Aini emailkan number phone Kak Yani di ruangan komen atau chat kat sebelah. Ataupun boleh pm beliau sendiri kat facebook beliau.

Again, thank you Kak Yani. Terima kasih untuk semuanya. Semoga bisnes terus berjaya. Amin.

Tuesday, 1 September 2015

174. Sehari Sebelum dan Semasa Hari Perkahwinan Kami.

Assalamualaikum bride to be sekalian. Ni nak share serba sedikit pasal sehari sebelum majlis kami dan semasa hari perkahwinan kami.

Sehari sebelum majlis.

Aini masih lagi bekerja sehari sebelum majlis Aini. Seriusly sayang nak mintak cuti sebab cuti kahwin dapat 2 hari je. Beginilah nasib bila cikgu nak kahwin. Sehari sebelum majlis tu ada sekolah ganti. Nasib baik tak buat majlis hari sabtu. Nasib baik jugak sekolah ganti tu just buat jamuan hari raya. Masa tu sangat banyak perkara bermain di fikiran gitu. Tak lalu makan dik oi. Orang lain pelahap sate, ketupat rendang, Aini steady termenung tengok inai buruk! Hahaha. Masa tu khemah pun tak setel lagi, periuk-periuk kat rumah entah kemana mana lagi.

Sebelum balik tengah hari tu budak kelas Aini, Tingakatan 5 Arif bagitau : "Teacher, nanti lepas zohor kami datang rumah teacher. Nak tolong pape yang patut". Subhanallah, Allahuakbar. Nak tumpah jugak air mata time tu sebab dah down, tiba dapat pertolongan macam tu. Walaupun Aini ni selalu marah-marah diorang, bila time-time macam ni diorang still nak tolong. Boleh tak harap-harap diorang tak baca? Nanti kang diorang ejek. Hahahaha.

Petang Aini busy tapi tak tau busy buat apa. Haha. Bentang-bentang karpet, tunggu member-member sampai, repakai inai. (nantikan episod inai) petang mandi-mandi semua siap-siap untuk majlis khatam quran belah malam. Meriah tau time khatam quran tu. Bukan Aini sorang je, kawan-kawan, kawan-kawan adik-adik, adik-adik, students pun join. Student Aini banyak tolong time ni, sediakan rehal semua. Majlis khatam mula agak lewat. Dalam 8.15 baru start. Lepas khatam, tahlil. Lepas tu baru makan. Tak tido awal okeh malam tu. Borak-borak, amek gambar, tunggu videographer, tunggu bridesmaid tolong ironkan baju Aini, dalam pukul 2 jugak baru tidur.

Dalam hati dah berharap "tolonglah boleh tidur malam ni" tak sanggup oi nak mata panda. Alhamdulillah, boleh tidur dengan lena walaupun tak cukup mana waktunya.

Hari majlis kami.

Bangun 6.15am. Take turn mandi. Haha. Makan biskut je sebab time Aini nak makan tu makanan tak siap lagi. MUA datang mekapkan pukul 8 lebih. Siap-siap semua. Tok kadi pulak lambat. Dari nak nikah pukul 9.30, jadi nikah pukul 10.15. T___T kesian rombongan dari belah Ridzuan sebab lapooo. Maka, bagi diorang makan dulu. Dalam 10.20 start semua sampai setel bergambar semua dalam pukul 11.30. Auuwww. Best nya moment tu.

11.30 siap-siap untuk sanding, dalam 12.30 start berarak semua. Kejap je bergambar, makan, layan tetamu. Outdoor pukul 2 lebih. Pukul 4 dah balik rumah semula, kemas-kemas. Eh. Pendek je hari ni rupanya. Haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Apa lagi yang Aini nak harapkan selain perkahwinan yang diberkati Allah. Setiap orang yang Aini jumpa, yang Aini whatsapp, yang bagitau Aini dapat datang ke tak, Aini akan minta diorang doakan Aini & Ridzuan bahagia hingga akhir hayat. Korang pon okay!

Tips? Banyak. Tapi nanti Aini kumpul dulu. Hihi. Good luck girls!

suka sangat gambar ni walaupun kain singkat. huaaaa.

Saturday, 29 August 2015

173. Call Me PUAN AINI.

Assalamualaikum, hai semua ^__^

Tajuk short, simple but meaningful. Seperti yang nak maklumkan, sekarang Aini dah bergelar Puan. Janggal sikit bila tengok orang tulis nama kita Puan instead of Cik. But I love that gelaran so much. Sekarang baru ada masa, ada semangat untuk update blog. Tak tau lah masa ni ada sampai bila. Hihi.

Dah selamat menjadi isteri Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak pada 26 JULAI 2015 pagi. Sanding belah tengah hari dan belum majlis bertandang lagi. Dah sebulan, Alhamdulillah. Belanja sikit gambar :

nikah. harap masih choral+gold

sanding silver

outdoor kat tempat Aini nak tu

Kepada semua readers :

-doakan kami bahagia hingga ke syurga.
-teruskan support OHMYWEDDING.

Kepada semua bride to be :

-selamat menyiapkan diri menjadi isteri orang.
-kahwin itu best.

Kepada suami tersayang :

-teruskan bimbing isterimu yang satu ni.
-terima kasih memilih Aini menjadi isteri.
-insyaAllah, Aini akan cuba menjadi isteri yang baik.
-love you. XOXO


Tuesday, 19 May 2015

159. Teaser Baju Nikah

Assalamualaikum, hai! Kali ni nak bagi teaser sikit pasal baju nikah Aini. Baru amek minggu lepas. Alhamdulillah, suka :) Dalam 3 bulan jugak baju nikah ni nak siap. Tapi tak kisah lame ke sekejap, sebab lambat lagi nak guna. Sekarang ni berusaha untuk sorok baju nikah dari Ridzuan sebab tak mau dia tengok dulu. *mengade*

Nah tengok lah sikit :



Tak sabar nak pakai. Tapi tak sabar lagi nak kawen. Muahahaha. *gatai*

Saturday, 2 May 2015

152. Cincin Ridzuan Made In Wah Chan

Assalamualaikum, hai readers. Seronok bercuti? Haruslah kan. Kami menggunakan masa cuti ni untuk setelkan beberapa perkara yang tak seberapa. Haha. Setel bank in itu ini, draf peta kad kawin, pilih kad kawen, tunggu design yassin dan macam-macam. Dah mula rasa neves? Belum! Tapi takde la rasa serabut ke apa. Belum lagi kot. Kalau rasa serabut sikit, mula lah mengadu dengan roomate tersayang. *takpe, dia tak baca post ni*

Hari ni nak cerita pasal cincin Ridzuan yang kami beli dah lama dekat Wah Chan Kuantan Parade. Bukan kat kedai betul, dia kat luar-luar je.

Aini : Nak beli cincin macam mana?
Ridzuan : Silver.
Aini : Warna?
Ridzuan : Hijau.

Ringkas dan padat. Haha. Kalau kat Wah Chan yang belah dalam Kuantan Parade tu mostly emas-emas banyak. Yang kat luar banyak cincin silver. Ni antara koleksi yang Aini curi-curi amek gambar:

banyak gila kan? ni koleksi silver ring for men sahaja

Sebelum singgah sini, ada jugak jeling-jeling kat kaunter kedai emas lain area Kuantan Parade tu. Cincin silver sahaja RM500++. Kami ni pengantin bajet. Nak meminimakan bajet untuk cincin Ridzuan.  Decide nak gi Wah Chan sebab time tu ada offer 1/2 harga. Yes! SEPARUH HARGA. Duduk lama jugak memilih daripada design atas ni. Memang tengok yang warna hijau je la dah tu pilihan Ridzuan. Bagus jugak ada Ridzuan, dah mengurangkan calon cincin yang banyak kepada 10++ cincin je. Hihi.

Dan ini pilihan Ridzuan yang diapprove oleh Aini :

sorry for low quality

Lawa kan? Simple yet sweet. Kat tepi tu ada macam diamond dot sikit kiri kanan. Harga? RM220 selepas dipotong half price. See. Jauh beza dengan kedai lain. Kenapa nak berbelanja lebih kan? Yang penting puas hati! PERINGATAN : jangan beli cincin suasa untuk bakal suami anda kerana di dalam suasa ada emas jugak.

Time ni, tak tau lah ada lagi ke tak half price kat Wah Chan ni. Harap-harap ada lagi la. Pergi grab cepat! Tak sabar nak sarungkan cincin ni kat Ridzuan nanti. Mula dahhhhh gatal!

Wednesday, 8 April 2015

146. Sesi Fitting Baju Nikah & Teaser Baju Sanding.

Assalamualaikum, hai readers. Selasa lepas, Aini pergi butik Kak Yani untuk sesi fitting baju nikah. Thank you Saleha comel dan Alia cute sebab sudi teman and banyak bagi komen menambahbaikkan baju tu. :) love both of you.

Nak jadi cerita dari hari Isnin dok mesej kak yani tanya bila boleh fitting baju. tak sabar la konon! tapi memang pun. laju je kak yani reply "esok boleh?". memang berbunga bunga lah hati kan. tambah lagi berbunga bunga nya bila kak yani cakap "songket akak dah beli. merah silver" 

Lepas meeting, terus pergi kedai kak yani. fitting semua berjalan lancar. so far takde apa sangat nak ubah. baju nikah Aini ada banyak beading dengan bunga 3d. tapi, fitting sebelum semua benda alah tu ada. kira fitting dengan kain baju kosong je. kenapa? graviti kalau ada yang kena kecik kan or besar kan, takde lah ganggu manik-manik tu semua.



haruslah crop awal-awal gambar penuh. hahaha. nanti tak surprise lah. kalau tak crop, takde lah orang nak baca blog Aini sampai bulan 7 nanti.LOL. nantikan ye.

Nak cerita pasal baju sanding Aini pulak. Ala, yang songket tu. Mula-mula expect songket yang macam biasa tu tau. Warna merah silver. Memang dah bagitau kat kak yani nak warna merah silver jugak. Sekali masa tengok tu rupanya songket tabur ke songket bunga tabur entah orang panggil. Yang penting songket bunga tabur tu lebih mahal dari songket biasa.

Harga tu tolak tepi lah sebab takde beza pun bunga tabur ke bunga tersusun. Yang Aini wondering de amor sekarang macam mana rupa dress tu kalau guna songket bunga tabur. Try google jugak tapi tak dapat tangkap lagi rupa dress tu. Huhu. bila kak yani cakap "jangan risau, cantik punya" terus tenang sikit hati. hihi. nah amek contoh songket Aini :)


Wednesday, 25 March 2015

141. Misi Cari Kain Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Sebelum raya cina hari tu, Aini dan Ridzuan menggagahkan diri beli kain untuk baju nikah kitorang. Asal usul kenapa cari kain untuk baju nikah, boleh rujuk past entry pasal baju nikah. Kami pergi dekat Jakel Kuantan. Nanti Aini nak compare sikit antara Jakel dengan Kamdar.

Tak ingat la salesgirl tu name apa. Tapi cara layanan beliau memang tip top.!



Serius gila pilih kain, Ridzuan candid pun tak perasan. Rasanya dalam sejam jugak kot dok compare kain. Yang mana lebih choral dan gold. Dok tengok mana matching, mana tak. Ridzuan sangat membantu, mula-mula je lah. Hahaha. Hasil perbelanjaan kami :

Dull satin valentino - 4.5meter untuk baju melayu Ridzuan.
Kain yang jarang untuk inner yang Aini salah beli tu - 4 meter.
Chiffon warna choral - 6 meter. (untuk flowy gitu)
Chiffon warna gold - 0.5meter. Untuk apa? Surprise gitu.

Total tak ingat. Resit hilang entah kemana. Tapi total dalam RM250+- gitu. Mahal? AGAKLAH!

Tuesday, 3 March 2015

134. Ini Kisah Panjang Baju Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Kalau bercakap tentang baju nikah ni, kalah sinetron. Banyak benau up and down nya. Fulamak. Rasa macam nak buat plot semua siap.  Takpe Aini. Cool, orang tak nak tau pun.

Plan mula-mula sekali. NAK TEMPAH BAJU NIKAH DEKAT KAK YANI. Memang dah siap survey harga kat Jakel dah. Design sendiri pun dah ada. Ridzuan pun cool je ikutkan Aini. Memang plan dah cantik! Pantang ada masa free, google design baju paling lawa. Padahal untuk nikah biar yang simple je kan?

Bagi design baju semua, then kak yani cakap "kalau pattern gini akak amek RM250 maksima untuk upah" *gulp* double gulp *gulp gulp* Tapi muka maintain cool macam Aini ni banyak harta untuk dibelanjakan. Kahkah. "Oh. Okay kak. Nanti dah beli kain, saya hantar kat akak eh"

Nak jadikan cerita, tercerita (gitu tercerita, nampak sangat tak sengaja) kat kawan kat tempat kerja. Semua cakap "Oih, murah dah tu RM250..bla...bla...bla..." Yela, baju sarat beads ngan bunga 3d kot. Sejuk dah sikit hati. Fine. Maybe betul dah pilihan aku ni. Punya lah pujuk hati, tapi hati tak tenang mana pun. Tak tertipu rupanya hati Aini ni.

Kalau dah perangai tu suka bercerita, cerita lah kat mummy pasal baju nikah ni. Mummy macam "ape????RM250??? Along dulu guna maksu (mak andam) je, free!" Down jugak lah time tu. Sebab dah berangan design sendiri semua kan. Moment nikah tu nak lah yang terbaik. Mak cakap "beli kat kedai je, Angah". Memang taklah. Egois kau. Tak nak baju nikah same dengan orang.

Dah mummy cakap gitu, Aini pun berusaha jugak lah cari on9 baju kurung moden yang simple, boleh buat nikah. Terjumpa lah yang ini :

lawa kan?

Custom made, boleh buat warna choral gold. RM180 ke RM170 entah. Pikir-pikir balik, ok lah ni. Daripada beli kain, then upah RM250. Maka, BELI ON9 LAH PULAK. Kira yang survey tadi halalan toyyiban la. Nak pujuk hati lagi, bagitau hati "Takpe Aini, design baju nikah tu boleh bawak ke sanding since baju sanding pun custom made" Ternyata tak tertipu. Was was jugak. Nak beli online ke eh. Kali ni takde rasa macam ditipu, tapi takut warna lain pulak sebab banyak sangat pandangan orang tentang choral ni.

Gagahkan jugak beli online. Dalam 3 minggu lepas tu, dapat baju tu. Mula-mula excited. Tapi, warna macam agak oren, bukan choral dan agak besar baju tu walaupun saiz m. Aini selalu pakai saiz 38 ok je ngam ngam badan. Yang tak tahan tu, whatsapp gambar baju nikah ke kak yani, mintak tolong alter kan. Hahaha. Kak yani pun layan kan je. 

Masa tu perasaan dah bercampur campur dah. Sebab tak puas hati kan. Baju tu okay tapi entah lah. Nasib lah dapat hati yang lalang macam Aini ni. Cerita dekat Aynen dengan Pargh (both are my future bridesmaids). Aynen cakap "kau buat baru je, tempah. Kain chiffon baru berapa ringgit semeter, janji kau puas hati"

Kalau Aynen dah cakap tu, tak boleh cakap ape lah sebab dia ni faktor terbesar Aini buat keputusan sejak matrik. Hahaha. Hari tu (tak ingat bila) terus ajak Ridzuan pegi Jakel, beli kain untuk baju nikah Aini and Ridzuan sekali. Design pulak tak tau macam mana sebab design asal tu dah bawak ke majlis sanding. Nasib baik kak yani baik hati bagi pinjam buku pengantin. Selak selak jumpa lah design baju yang simple, sesuai untuk akad nikah. Tapi belum reveal lagi, nanti orang tiru. "Sakitnya ku di sini".

Lastly, HANTAR BAJU KAT KAK YANI macam dah di plan asal. Ridzuan tanya "habis, baju yang beli online tu?"... "jual semula" *senyum kambing* tapi sampai sekarang belum jual sebab nak tengok hasil baju Kak Yani jahit tu. Kalau tak puas hati, boleh pakai semula yang beli online tu. Tu pun kalau tak lalang lagi pegi cari baju lain lah. Tapi harap-harapnya okay lah baju yang akan Aini terima.

Hantar dekat kak yani dalam tengah bulan lepas. Tanya kak yani, bila boleh siap? Actually takde lah nak cepat pun kan. Tapi hujung bulan ni nak tau jugak progress macam mana. Masa tunjuk design yang baru tu kat kak yani, kak yani amek upah RM200 je *je?* sebab design tu lebih simple dari baju untuk sanding tu.

Aini beli chiffon 6meter, kain ape ntah untuk lining 4 meter. DUGAAN!!! Kain lining tu jarang. Masa beli takde pulak rasa jarang. Heh? Frust dah masa tu. Nak beli semula? Takde masa Aini nak gi Jakel lagi. Kak yani tanya : nak pakai kain dalam, inner ke nak beli kain lining lain? Dah memang spend untuk baju nikah biar puas hati kan, nak beli lain lah. Kain yang jarang tu (actually tak jarang sangat, cuma kalau pakai, memang nampak jarang) nak buat photobooth lah, alas meja lah. Hahaha. End up, kami decide untuk buat tudung bridesmaid. Bijak kan? Sel-sel otak mula berhubung dengan internet lah tu.

Apa yang Aini buat? Bagi duit kat kak yani. "Akak tolong belikan kain untuk lining" . Habis cerita. Harap-harap kak yani masih kuat untuk berurusan dengan Aini. Hihi. Dah penat taip. Bye. ps: tolong doakan kesudahan yang baik untuk baju nikah Aini :) 

Friday, 27 February 2015

132. Bila Tukar Timing Nikah.

Assalamualaikum, hai readers. Selain dari nak mencari tarikh walimah, nikah, bertandang dan sebagainya, nak cari timing untuk nikah pun susah wooo. Kejap-kejap nak pagi, kejap nak petang, pastu tukar malam pulak. Ahhh sudah. Nampak macam remeh, tapi bagi Aini, benda ni akan effect keseluruhan majlis.

Mula-mula plan cantik dah. Ikut macam kakak. 

Nikah Jumaat malam Sabtu.
Mak andam datang make up kan nikah & sanding esok.
Payment OP majlis utk 2 hari.
Bridesmaid ready 2 baju.
Sanding hari Sabtu dengan tenang.
Tempah homestay utk family Ridzuan.
Aki dengan tok tido kat umah ni jumaat malam tu.
Setel.

Lepas bincang-bincang semula utk kemudahan banyak pihak (me?excluded), timing untuk nikah pun bertukar dengan jayanya. Yeah. Gasak lah.

Nikah pagi sabtu.
Family Ridzuan datang dari rumah mereka (1 jam perjalanan) pagi tu.
Nikah around pukul 9-10 pagi.
Pinjam rumah jiran untuk keselesaan family Ridzuan menunggu utk sanding.
Lepas nikah, rushing sikit utk siap-siap sanding.
Mak andam make up time pagi, then touch up je utk sanding.
Make up confirm tebal gila pagi tu. Dayang senandung kah aku?
Bridesmaid akan ready 1 baju je.
Aki ngan tok gerak pagi sabtu je.
Hurm. Setel.

Tak berapa tenang sebenarnya pikir nanti rushing tak? Memang rushing. Tapi kak yani (mak andam tersayang) dah bagi tips sikit.

-pastikan Aini orang pertama dinikahkan tok imam pagi tu. Akan kuhasut ayah guna kuasa veto. Haha.
-Bridesmaid akan bekerja keras. no, extra keras. Tugas-tugas akan diagihkan malam sebelum tu lagi.
-Segala kerja yang boleh buat malam sebelumnya, contoh, photobooth perlu di buat malam.
-Tido awal malam sebelum tu. Confirm cadangan ini ditolak.
-Kena banyak bincang dengan kak yani, bridesmaid and family sebelum majlis.

Setakat ni tu je dulu. Tolong doakan ye perjalanan majlis lancar je. Kalau boleh, tak nak drag masa. Kalau pukul 1.30 dah siap makan, kira cun dah. Sebab motif utama ialah nak layan tetamu :) 


Friday, 13 February 2015

128. Gelang Nikah Made In Wah Chan

Assalamualaikum, hai readers. Gelang nikah dah beli. Dah lama sebenarnya. Tapi macam biasa lah, peram entry. Wah Chan masih lagi menjadi pilihan hati untuk beli gelang masa nikah. Macam-macam jugak proses membeli gelang ni. Biasa lah, Aini punya kan. Kalau Ridzuan punya, laju je. Malas nak reveal 1 1 (padahal dah lupa). End up, kami pilih gelang di bawah :

gini lah rupanya

antara pilihan yang actually tak banyak mana pun kat Wah Chan tu

Dear Ridzuan, saya ingat ye awak cakap nak belikan saya gelang kanan, depan sekali untuk anniversary kita yang ke-10 nanti. Ramai saksi baca ni. Muahahaha. Teringat plak dulu penah bgtau Ridzuan, nanti nikah nak gelang kaki. Bayangkan camne nak posing batal air sembayang tu. Hahaha. Pengsan tok imam.

Dah pesan kat Ridzuan, practice pakaikan gelang tangan tu. Takut nanti terketar-ketar lah, patah la, putus lah. Sayang tau gelang tu . :p Gelang Aini dah selamat dapat. Cincin Ridzuan jugak tak dapat-dapat. Nanti kita beli ye.

Wednesday, 31 December 2014

111. Dilema Baju Nikah

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak story sikit betapa dilemanya Aini pikir kan baju nikah. Mula-mula planning cantik dah nak beli baju, plan nak hantar jahit dengan kak yani bridal Aini. Mummy suggest beli siap je. Senang. Tak payah pikir banyak. Tapi masalah de problemo nya ialah. senang ke nak cari baju warna choral gold?

Ada cakap oren, ada cakap peach. penat dah nak cakap "yang tu warna choral" hahaha. Tengah cuci mata kat facebook, ada orang suggest baju macam ni :



oh my oh my oh my wedding. Tanya dekat number yang disuggest. RM210. Hurm. Kalau lah Aini ni malas survey, memang dah grab da. Nasib baiklah Aini ni dikurniakan bakat semula jadi iaitu suka survey-survey. Hahaha. Dapat jumpa penjual ni yang baju custom dengan tailor, design yang sama *maybe tailor yang sama* dengan harga RM170. Jimat RM40 tu.

Maka, grab aje lah. Tapi tetap dengan warna tema choral gold. Ape jadi ngan baju tu nanti tak tau lah. Memang gamble abes. Dah la masa tunang ari tu kena tipu sebab beli baju custom made. Harap-harap kali ni ok. ETA 2 weeks. Tak sabar :)

ps : confirm bridesmaidku si erika marah..hahahaha sebab beli on9 lagi...

Tuesday, 18 November 2014

91. Promosi Fabrik Pengantin Jakel

Assalamualaikum, hai readers. Sorry lambat update pasal ni. Harap-harap sempat lah bride to be grab ape yang patut sebelum habis tempoh promosi ni. Actually Aini tahu pun dah lambat. Mujur ada sorang bride to be dalam group kat facebook bagitau. Maka, pencarian pun bermula. Actually tak membeli pun, survey je. Banyak lagi masa. Kihkih.


sehingga 31 Dis 2014 ye kawan-kawan

Eh. Lupa pulak. Entry ini tidak disponsor oleh Jakel ye. Cuma nak share dengan b2b je. Manalah Jakel nak pandang blogger picisan macam Aini ni. Kena berlakon jadi Kiah Pekasam macam Che' Ta dulu baru Jakel nak sponsor. ekau ado? Jom tengok hasil survey Aini. Sorry ye, takde gambar. Masa survey tu cameraman penat. kihkihkih

RM129 ke atas anda akan dapat :
-Lace 2meter
-Kain satin 4meter untuk baju perempuan
-Kain satin 4.5meter untuk baju lelaki
-Sampin songket 

Berikut merupakan tips-tips dan perkara yang anda patut tahu sebelum membeli :
-harga berbeza mengikut lace. Of course la harga RM129 punya lace tak sama dengan RM1290. Tapi dalam kes Aini memang tak terpikir nak guna lace tu. Maka, akan kugrab lace paling murah tapi paling cantik. Kaler maler belakang citer.
-kain satin yang dalam pakej ni ialah kain satin yang biase2 punya. Bukan dull satin ke ape ke. Kena consider kat bakal pengantin lelaki jugak ek. Ok ke kalau guna kain satin, bla bla bla.
-sampin songket cantik. Ridzuan suka. ps:selalunya kalau Ridzuan suka tu maksudnya betul-betul cantik la. Kalau tak, mesti beliau akan cakap "ok la"
-KENA TANYA PROMOTER PASAL PAKEJ NI. Kalau tak, memang diorang akan senyap je. Maybe Jakel boleh improve sikit part ni. Lantaklah, bukan diorang baca pun kan. Memandai je.

Kepada semua b2b, sila grab ye. Kenapa Aini tak beli lagi? Sebab nak tunggu YES dari KAMDAR dulu.kuikuikui. Mana lagi murah, yang tu la Aini grab. Nanti bila dah beli Aini bgtau eh?

Tuesday, 14 October 2014

79. Warna Tema Untuk Majlis Nikah!

Assalamualaikum, hai readers. Warna tema untuk majlis nikah dah dapat. Dah aim lama jugak warna ni. Selalu Aini suka yang blocking-blocking, kali ni taubat kejap. Tapi nikah tak nak putih, kemain kau nak ikut fizz fairuz dengan almy nadia. Actually diorg yang tiru Aini, heh. Kenapa tak nak putih? Sebab tak nak sama dengan orang. Yang penting, be confident. Bila dah ada warna tema, senanglah sikit pikir pasal baju, pelamin, hantaran. Panjang betul mukadimah. Bagitau je lah warna tema, pe susah.

drum roll pelis..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Choral & Gold







gigih tau Aini google untuk pembaca semua tengok. Choral tu ala-ala peach. Ridzuan tanya : nape tak cakap peach je? Hihi. Kenapa pilih warna ni? Sebab warna ni nampak eksklusif dan mewah! Pernah google orang cakap warna ni tak lapuk dek zaman. Harap-harap bila cucu tengok gambar kahwin opah nanti akan cakap opah cantik lagi..op...op...opp...opah ganyang style.