OhMyIklan

Monday 9 March 2015

136. OP : SedetikLebih Fotografi

Assalamualaikum, hai readers. Alhamdulillah, selamat sudah melabur duit untuk OP pilihan, SedetikLebih Photography. FYI, SLP ni OP Aini masa time bertunang lagi. Memang dah cop Faiz Ishak, senior OP dari SLP untuk shoot. Tapi request jugak tu "kalau ada 2 OP lagi bagus". Tapi bayar tak nak double tu, haha.

Memang dah booking mulut lama dah. Nego-nego semua. Tapi bayar je lambat. Hihi. Jom tengok harga dan pakej yang Aini grab :

3 events - Nikah, Sanding, Bertandang (2 hari)

2 unit custom album (tempered glass) 8"x12"
2 unit 12R photo with frame
Unlimited copy
Free 2 outdoor
Free post wedding
100pcs 4r photo (Aini yang pilih)

RM2000 including transport ke chini (160++km pergi balik) & transport ke keratong (300++km pergi balik)

So how maaa? Kan Aini dah cakap berbaloi amek dengan SLP ni. Gambar lawa, harga pon affordable :) Masa booking bayar 30% which is RM600. Mula-mula Faiz cakap bayar balance lagi RM1400 lepas majlis bertandang je. Tapi memandangkan Aini ni jenis tak berapa penyabar since jarak bertandang dengan sanding agak jauh, Aini nak tengok outcome (album) dulu.

Maka, seperti yang kami dah deal :

RM600 - booking tarikh
RM700 - lepas sanding
RM700 - lepas bertandang.

Setel satu urusan. *fuhhh* banyak lagi maa urusan nak buat. Sesiapa yang berminat nak guna perkhidmatan SedetikLebih Photography, boleh jengah-jengah facebook mereka di sini :) Semoga outcome yang Aini dapat nanti lebih kebaboom dari time bertunang.

2 comments:

  1. hye b2b.. jom melawat ig saya @gobokchermincreations
    saya ada buat khidmat pembuatan dan sewaan pakaian dan solekan...

    mana tau kalau berkenan kan...

    ReplyDelete