OhMyIklan

Sunday 22 March 2015

139. Revlon & Sasatinnie dari Sasa ECM Kuantan

Assalamualaikum, hai readers. 2 bulan lepas pegi beli make up Aini untuk letak atas hantaran dari Ridzuan nanti. Setelah selamat mengepau beberapa keping RM50, Aini pergi ECM dengan adik Aini yang sangat suka mengikut kakak kakaknya bershopping. Mungkin ingin belajar cara yang betul untuk window shopping, I dunno. Mungkin jugak belajar untuk jadi annoying bila semua barang yang nak dibeli hanya mampu dipegang. Oh.

Masa kat Sasa ECM ni, memang aim nak beli aka belanja RM160 sebab akan dapat vaucer RM20 lagi. Boleh lah Aini spend RM180 untuk make up. Maka, ini lah hasil tangkapan untuk hari tu :













Customer service dari Sasa ECM ni memang baik. Tapi time Aini beli tu ada masalah dengan harga bila harga yang display murah, scan mahal. 3 hengget jugak tu. Lepas dah untuk sekali sarapan kat kantin sekolah, nyum nyum nyum. Nasib baik cashier tu bagi harga display, tu pun lepas kena gertak. Hihi. Senang je ayat dia " takpe lah. biar saya jumpa manager" . Biru kejap muka. Padahal bukan nak jumpa sangat pun. Abes dah tips ni sume orang tau.

Satu kesilapan Aini yang tak tau lah kenapa boleh jadi ialah Aini tak pergi survey sedangkan selama ni survey tu dah jadi tabiat. Dan Aini lah terima balasan nya. Huaaaa. Meh sini nak share tips. GUARDIAN JAUH LEBIH MURAH DARI SASA. Ingat tu je lepas ni. Nak beli barang revlon, sila pergi guardian ye. Harap-harap pihak guardian baca puji pujian Aini ni dan bagi peluang Aini shopping barang revlon kat guardian pulak *verangan*.

Aini rasa beza tu tiap barang ada lah sampai 2 ringgit. Dah la tu, time terround kat guardian tu, kalau spend rm200 ke atas dapat vaucer rm40 pulak tu. Pergh. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dapat payung revlon lagi tu. Tarik muncung la time date kali tu. Haha. Tak pe lah. At least kesilapan yang Aini buat ni boleh share dengan semua orang kan. Pahala tu dapat kat Aini jugak. Aminnn.

Oh ye. Total barang tu tak ingat dah berapa. Ada diskaun kalau tak silap. Tapi tiap barang lain-lain diskaun. Rasanya Aini kena tambah duit sendiri dalam RM8 kot. Kot lah. Ni lah akibat lama peram entry. Hihi. Terima kasih daun keladi, next entry baca lagi.

No comments:

Post a Comment