OhMyIklan

Tuesday 1 September 2015

174. Sehari Sebelum dan Semasa Hari Perkahwinan Kami.

Assalamualaikum bride to be sekalian. Ni nak share serba sedikit pasal sehari sebelum majlis kami dan semasa hari perkahwinan kami.

Sehari sebelum majlis.

Aini masih lagi bekerja sehari sebelum majlis Aini. Seriusly sayang nak mintak cuti sebab cuti kahwin dapat 2 hari je. Beginilah nasib bila cikgu nak kahwin. Sehari sebelum majlis tu ada sekolah ganti. Nasib baik tak buat majlis hari sabtu. Nasib baik jugak sekolah ganti tu just buat jamuan hari raya. Masa tu sangat banyak perkara bermain di fikiran gitu. Tak lalu makan dik oi. Orang lain pelahap sate, ketupat rendang, Aini steady termenung tengok inai buruk! Hahaha. Masa tu khemah pun tak setel lagi, periuk-periuk kat rumah entah kemana mana lagi.

Sebelum balik tengah hari tu budak kelas Aini, Tingakatan 5 Arif bagitau : "Teacher, nanti lepas zohor kami datang rumah teacher. Nak tolong pape yang patut". Subhanallah, Allahuakbar. Nak tumpah jugak air mata time tu sebab dah down, tiba dapat pertolongan macam tu. Walaupun Aini ni selalu marah-marah diorang, bila time-time macam ni diorang still nak tolong. Boleh tak harap-harap diorang tak baca? Nanti kang diorang ejek. Hahahaha.

Petang Aini busy tapi tak tau busy buat apa. Haha. Bentang-bentang karpet, tunggu member-member sampai, repakai inai. (nantikan episod inai) petang mandi-mandi semua siap-siap untuk majlis khatam quran belah malam. Meriah tau time khatam quran tu. Bukan Aini sorang je, kawan-kawan, kawan-kawan adik-adik, adik-adik, students pun join. Student Aini banyak tolong time ni, sediakan rehal semua. Majlis khatam mula agak lewat. Dalam 8.15 baru start. Lepas khatam, tahlil. Lepas tu baru makan. Tak tido awal okeh malam tu. Borak-borak, amek gambar, tunggu videographer, tunggu bridesmaid tolong ironkan baju Aini, dalam pukul 2 jugak baru tidur.

Dalam hati dah berharap "tolonglah boleh tidur malam ni" tak sanggup oi nak mata panda. Alhamdulillah, boleh tidur dengan lena walaupun tak cukup mana waktunya.

Hari majlis kami.

Bangun 6.15am. Take turn mandi. Haha. Makan biskut je sebab time Aini nak makan tu makanan tak siap lagi. MUA datang mekapkan pukul 8 lebih. Siap-siap semua. Tok kadi pulak lambat. Dari nak nikah pukul 9.30, jadi nikah pukul 10.15. T___T kesian rombongan dari belah Ridzuan sebab lapooo. Maka, bagi diorang makan dulu. Dalam 10.20 start semua sampai setel bergambar semua dalam pukul 11.30. Auuwww. Best nya moment tu.

11.30 siap-siap untuk sanding, dalam 12.30 start berarak semua. Kejap je bergambar, makan, layan tetamu. Outdoor pukul 2 lebih. Pukul 4 dah balik rumah semula, kemas-kemas. Eh. Pendek je hari ni rupanya. Haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Apa lagi yang Aini nak harapkan selain perkahwinan yang diberkati Allah. Setiap orang yang Aini jumpa, yang Aini whatsapp, yang bagitau Aini dapat datang ke tak, Aini akan minta diorang doakan Aini & Ridzuan bahagia hingga akhir hayat. Korang pon okay!

Tips? Banyak. Tapi nanti Aini kumpul dulu. Hihi. Good luck girls!

suka sangat gambar ni walaupun kain singkat. huaaaa.

2 comments:

  1. salam singgah sini...selamat pengantin baru...semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat...sweetnya gambar tu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ain :) selamat pengantin baru. Dah setahun tak kunjung blog aini, dah kahwin da. Hehe Moga selalu gembira dan berkekalan hingga ke Jannah. Amin.

    ReplyDelete