OhMyIklan

Thursday 3 July 2014

54. Personal Review : SedetikLebih Photography

Assalamulaikum, hai readers! Salam Ramadhan :) Semoga Ramadhan kali ni bawa 1001 erti buat kita semua. Hari ni nak belanja readers personal review SedetikLebih Photography (SLP). Inginkan perniagaan anda di review? Kindly email me at wanainiashikin@gmail.com. Aini tau pasal SLP ni bila terbaca post kawan kat group facebook. SLP ni official photographer untuk majlis perkahwinan kakak beliau. Then, teruslah 'like' facebook SLP, pm mintak quotation harga. Then, inilah quotation harga yang diberi :


telan air liur jugak tengok pakej bertunang RM700!

Hurm..pikir panjang jugak. Nak ke tak nak ea. Lepas tu Aini pikir, kalau mahal maybe bab album tu kot. Try tanya shoot & burn je, RM300. Rasa mcm dah affordable dah tu :) tapi tak grab lagi. Aini try tanya kawan-kawan kat group bride-to-be malaysia. Ramai jugak yang cakap SLP ni bagus, ada jugak yang nasihatkan request photographer since ada 5 orang photographer dalam SLP. Aini pun cek satu satu gambar-gambar kat facebook SLP. *mula dah perangai CSI tu* trust me, siap bagi komen dalam hati lagi pasal gambar-gambar yang Aini tengok. Hihi. Aini sangat tertarik dengan gambar dari OP Faiz Ishak which is the principal photographer. Yang lain tu seriusly lawa jugak, tapi mungkin time tu tertarik menarik da bomb dengan OP Faiz Ishak.

Maka, bermulalah sesi book mengebook lepas confirm nak bertunang 4 Mei 2014. Aini terus tekankan time WA Faiz, "Saya nak Faiz jugak tau jadi OP, tak nak orang lain" *drama queen episode* Alhamdulillah, Faiz pun free time tu. Teruslah tanya pasal deposit dan beberapa perkara yang Aini precisekan supaya OP tak buat salah masa majlis. Tak kisah lah Faiz nak cakap Aini tak profesional ke ape, tapi, in the end, ni majlis Aini. Mula-mula, deposit nak 30% dari total semua (aroud RM100). Ok dah tu. Nak set jumpa kat office, office renovate. Lepas tu Faiz bgtau "no need depo kalau confirm, susah-susah je". Subhanallah. Lagi senang kan kerja Aini? Ni first time tau dengar OP tak amek deposit. Kalau orang lain, nak book tarikh pon nak deposit siap-siap. Yela, Aini fahamlah yang diorang tolak job orang lain nak bagi untuk kita. Kalau kita cancel, kira burn la deposit kan? Yang Aini tak faham kenapa SLP ni tak amek deposit? Hihi.

Bila dah namanya Wan Aini Ashikin, mestilah banyak perkara remeh temeh yang diberi perhatian. Aini bgtau OP awal-awal dah, tak nak bergambar dalam bilik *no men allowed*, tak nak aksi-aksi bersentuhan dengan Ridzuan, kena tolong guide Aini posing, banyak lagi lah. Alhamdulillah, semuanya dituruti. :)

Masa hari pertunangan Aini pulak, OP Faiz sampai sebelum majlis bermula, sempatlah snap-snap pape dulu. Trust me, rasanya takde orang layan OP Faiz pon time tu. Haha. Biarlah beliau buat kerja beliau. Masa keluar sarung cincin tu baru tau OP Faiz dah buat kerja yang sepatutnya dah. Hihi. Sorry atas kekurangan ye. Jom Aini nak share antara gambar-gambar yang super duper cantik bagi Aini. ps: dapatlah merasa diri ni cantik kejap.










my macho man

Percaya atau tidak bahawa gambar-gambar di atas tidak diedit? Hanya shot & burn sahaja! Memang wow kan hasilnya? I've told you right? Memang berbaloi walau cuma shot & burn. Bagi Aini, tak perlu album untuk majlis bertunang, yang penting, soft copy nya :) Belum habis personal review lagi. Meh sini Aini nak komen sikit dari segi hasil kerja, customer service, proses kerja dan harga :

Hasil kerja
Honestly, lima bintang. Aini suka sangat dengan semua gambar. Walaupun cuma shot & burn, memang wow.. Gambar semua cantik-cantik. Then, terasa diri ini cantik jugak. Hihi. Alhamdulillah. Ridzuan pun cakap gambar semua cantik-cantik. Rasanya kat album page SLP tak banyak gambar Aini. Anda anda tengok kat blog ni je la ye. Hihi.

Customer service
Sangat bagus. Lima bintang jugak. Tau, amek tau, faham dan ikut kehendak customer. Kalau yang kayu mcm Aini ni, diajarkan gaya posing-posing gitu. Walaupun gambar total 300++ (banyak gila), semua family, kawan-kawan Aini diberi peluang posing kaw-kaw. Layanan tip top. Sabar melayan karenah Aini dan kawan-kawan. Walaupun banyak perkara yang Aini tak bagi OP buat, semuanya diikutkan. Memang sangat senang bekerja dengan SLP!

Proses kerja
Cepat. Of course lima bintang jugak. Lepas selesai majlis, masa Aini makan, terus je OP transferkan gambar ke laptop. Terus upload fb, terus post, terus tukar status "enggaged to : steve oneyz" hihi. Sangat senang, takde susah sikit pon. 

Harga
Aini dah tanya dekat kawan-kawan bride to be. RM300 untuk shot and burn memang standard. Tapi selalunya hasil biasa-biasa je, Tapi kalau mcm ni hasilnya, of course lah berbaloi kan? Untuk pakej-pakej lain, Aini tak berani nak komen. Sebab belum survey-survey yang lain lagi.

Sebagai penghargaan buat SLP kerana menjayakan majlis pertunangan Aini dengan sangat jayanya, Aini menghadiahkan ruangan iklan tepi blog ni untuk SLP :) Readers akan datang boleh klik iklan di sebelah dan akan direct ke entry ini. Soalan cepu mas : Adakah Aini akan menggunakan khidmat SLP lagi selepas ni? Definitely yes! ps : Faiz, boleh bagi diskaun tak lepas ni? Mana lah tau sponsor pre wed ke kan? Hihi. Semoga SLP akan terus berkembang maju dengan jayanya selepas ni.

Sila layari facebook SedetikLebih Photography untuk sebarang pertanyaan atau booking. Book now!

Check out our next post : 55. Giveaway

3 comments:

  1. murahnya pakej dia cantik pulak tu gambar..best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah ye miss hidy? Aini tak survey lagi yg pakej2 lain...hihi kan?gambar cantik kan?

      Delete
  2. Betul tu aini, kat sini short & burn ja da kena byr rm400, xsmpai hati nak kuarkn duit sbnyak tu.huhu

    ReplyDelete