OhMyIklan

Monday 7 July 2014

56. Review & Personal Review : MUA Kak Yani

Assalamualaikum, hai readers! Simpan dulu entry pasal DIY hantaran bertunang. Aini nak review dulu MUA time majlis bertunang hari tu, nama beliau Kak Yani. Aini terpaksa combine kan review & personal review sebab tak cukup detail sangat pasal perniagaan Kak Yani. (it was my fault, sorry kak yani) Apa tu MUA? MUA stand for Make Up Artist aka tukang make up atau mak andam.

Kak Yani ada bridal sendiri di Chini, Pahang. Sekali tengok tu baju-baju kat situ memang up to date. Serius! Semua cantik-cantik. Walaupun surveynya untuk MUA je. Taw tak berapa caj make up untuk bertunang? RM80 sahaja! Serius! Untuk bride to be sekitar Chini, boleh lah hire kak yani. :) Jom nak share sikit alkisah misi mencari MUA Aini.

Mula-mula kononnya nak make up sendiri, save bajet. Tapi lepas 2x try, rasa cam make up gi pasar je. Aini amek keputusan untuk hire MUA jugak. Nak bertunang hari ahad, hari rabu baru terhegeh-hegeh gi round Chini, cari MUA available. Selepas 'site visit' dalam 5,6 bridal, kami (kakak & Aini) amek keputusan untuk hire Kak Yani.

Kebetulan untuk hari yg sama dgn majlis e-day Aini, da ada orang book untuk majlis bertunang jugak. Maka, Aini kena sampai awal, make up awal. Yes. Aini pergi ke kedai sendiri untuk make up, Kak Yani tak sediakan servis make up di rumah since Aini cuma request untuk make up sahaja plus beliau dah ada previous customer.

Pukul 9.30 Aini dah sampai kat kedai tu ditemani dua member, Farhana & Syira (yang syira ni masih available. take note!) Dalam sejam jugak make up, 10.30++ camtu dah boleh balik. Hihi. Hasilnya takde yang close up. Sorry ye. Tapi Aini belanja sikit hasil make up Kak Yani ni :




gambar sebelum2, anda tengok entry time awal2 dulu ea. Banyak gambar tanpa make up kat situ. Hihi. Masalah kulit berminyak especially T-zone tu tak dapat nak elak lah. T.T Kalau ada sesiapa yang tau produk make up yang boleh hilangkan minyak kat T-zone, boleh lah bgtau ye :) Honestly, memang rasa lain sangat muka. Tapi takpe lah, asal cantik. Hihi. Alhamdulillah, dengan kesempatan yang ada, boleh lah Aini merasa diri ini di make up dengan sempurna dari A-Z.

Jom baca review Aini dari segi hasil kerja, customer service, cara kerja dan harga tentang Kak Yani :
Hasil kerja : Sangat baik (bagi Aini). Memang tak nampak parut-parut sedia ada. Memang muka Aini nampak lain, tu Aini tak nafikan. Tapi, masih puas hati dan nampak nipis, yang penting, Ridzuan cakap cantik...itu yg paling penting kan? Hihi.

Customer service : Sangat baik. Tip top. Sangat menjaga hati customer, ikut apa yang customer request, make up dengan berhati-hati. Sebelum balik, customer akan tengok sendiri hasilnya dan komen on the spot. On the spot jugak akan dibaiki segala kekurangan. Subhanallah. Aini request nak guna span baru untuk make up, dapat span baru. Tak nak cukur kening, maka, tak cukur kening. Ridzuan awal-awal lagi dah pesan : jangan cukur kening! Jangan risau, Aini pun tak nak. Kenapalah tak semua MUA camni? Kenapa mostly MUA main cukur je? Hmm...

Cara kerja : Sangat baik, halus, detail. Takde lah rasa sakit-sakit ke, atau sewaktu dengannya. 

Harga : Aini tak sempat (lupa sebenarnya) nak survey harga untuk pakej. Tapi kalau RM80 untuk make up bertunang, rasanya ok dah. :) Sebab hasil survey ada je yang caj RM100-RM200 untuk make up bertunang sahaja. Tidaklah ku mampu dan tidaklah ku nak!

Memandangkan Aini tak tau fb Kak Yani, jika ada sebarang pertanyaan atau ingin menggunakan khidmat Kak Yani, especially bagi bride to be area Chini, dialu-alukan untuk hubungi Kak Yani di talian 019-9655224. Semoga perniagaan Kak Yani akan terus berkembang dan maju jaya. :)

Check out our next post : 57. Hand bouquet.

1 comment:

  1. Makeup tunang hanya RM80 dah sgt2 murah tau, ada fiza tnya hrga kat MuA ni..tunang ja da rm150 sekali makeup, tuk majlis kwin pula da cecah rm250 sekali makeup!!! Rasa nak pengsan masa nego aritu. Last2 fiza makeup sndri.hehee

    ReplyDelete