OhMyIklan

Monday 29 September 2014

73. Majlis Bertunang Sederhana? Jangan Rasa Rendah Diri.

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni post berbentuk penegasan. Aini banyak kali cakap tulis yang majlis bertunang tu ikut kemampuan, in fact, kalau tak nak buat pun takde masalah. Jimat duit, kembung poket kalau tak buat. Kalau buat, sederhana lebih memadai. Yang penting, ikut kemampuan. Ingat senang ke nak buat majlis? Orang lain tau mengumpat je. Meriah salah, sederhana salah, tak buat lagi lah kena mengumpat.

Bagi anda yang mempunyai majlis bertunang yang simple atau sederhana, tak perlu rasa rendah diri pun, plus anda sepatutnya berbangga kerana tak terikut-ikut budaya sekarang. ukur baju di badan sendiri dik. ukur kat badan orang lain nanti ketat atau longgar. Tak nafikan ada yang berhabis ribu riban untuk majlis bertunang (Aini lah salah seorangnya), tapi tu pilihan masing-masing.

Fikirlah bahawa untuk wedding nanti lebih banyak duit akan habis. Kalau wang hantaran tu ratus ribu mcm Datin Paduka Eina Azman tu dapat lain citer lah. Tapi zaman sekarang walau bagi RM15k pun, belum tentu cukup. Maka, savinglah sehabis baik yang mungkin. Pembaziran tu amalan syaitan.

Pesanan kepada kita yang cuma tau pasal majlis bertunang orang lain, tolong jangan diskriminasi. Semua majlis orang nak kondem. Bukan guna duit poket anda pun. Jom tengok total damage untuk majlis bertunang Aini & Ridzuan hari tu (hari tu? dah lebih 4 bulan kot. haha)

Baju+Veil+Selendang = RM400+-
MUA = RM80
OP = RM300
Pelamin = RM400
Hantaran = RM 150

Total = RM 1330+-

*belum campur makan ye*

Maka? Simpan kekuatan untuk rasa independent dan tak pedulikan orang lain. Be confident, yang penting niat tu ikhlas kerana Allah :)

ps : b2b blogger dialu-alukan utk tinggalkan link anda untuk Aini follow . mekaceh.

6 comments:

  1. saya dulu pun tunang simple jgk..sume wat sendiri..pelamin sendiri je..beli kain langsir pastu duduk alas karpet haha..yang baju pun same..xde liplap2..kain satin kosong je..
    link saya :
    http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?setuju....huhu mula-mula Aini igt tak nak tunang da...hihi

      Delete
  2. Kita tak buat lgsg majlis tunang..buat majlis merisik je..
    Alhamdulillah family tegaskan nikah lg penting dari tunang2 ni..depend pada diri masing2 kalau rase perlu dan family suruh buat jugak kena la jgk buat majlis bertunang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...btol...bgus r tu...ank sy nanti xmaw tunang2...huhu

      Delete
  3. OP tu apa eh kak? Maaplah soklan kekanak ribena. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Op tu official photographer...takpe...tanye je...hehe

      Delete