Assalamualaikum, hai readers. Wah-wah-wah-wah. Rasa mcam lama sangat dah tak buat checklist ni. Last buat untuk tunang hari tu la. Pening jugak dok memikir checklist ni. Ni cuma checklist awal ye. Akan berubah dari semasa ke semasa. ps : ni tanpa bincang dengan Ridzuan, kalau beliau baca ni, confirm akan suruh Aini edit.
- Wedding Planner.
TAK PERLU. Apa guna ada blog dan kawan-kawan blogger kalau wedding sendiri pun nak orang lain plan kan? Hihi. Lagipun, ni la masa nak bertumbuk bergaduh bertukar pendapatan dengan makcik-makcik, kakak, adik-adik. Tak mau dengar cakap orang luar untuk mengatur majlis Aini, wah gitu. Padahal takde bajet. Muahahaha.
- Makanan.
Makanan ni macam majlis tunang, Aini serahkan bulat-bulat kepada mak dan ayah. Nak masak apa pun, masaklah. Aini makan je. Ridzuan? Jangan bagi makan kayu dan besi cukup dah. Oh ye, konsep rewang masih lagi digunapakai ye. Makanan ni kira pakej la Aini minta mak ayah handle plus khemah, kerusi, meja dll. Takde lah tetamu yang datang nanti bersila kat bawah pulak. Dan harapnya takde yang tumpang kerusi pengantin. Ada bran? Beza checklist makan tunang dan kahwin 1 je : tunang- Aini tak bagi duit, kahwin- bagi duit.
- Bridal.
Bridal ni kalau ada pakej sekali dengan baju, pelamin, meja makan beradab, make up, hiasan bilik tidur lagi lah bagus. Takde lah Aini dok memikir banyak benda. Nak mudah je kije nye. Well, I pengantin simple dan bajet. Banyak jugak bridal yang menjadi igauan idaman Aini. Tapi harga boleh tahan mahal la. *muka berkerot* Takpe. Simpan untuk adik-adik, heh?
- Hantaran.
Part hantaran ni rasanya entry nya boleh buat super duper awal macam time tunang. Lagi-lagi hujung tahun ni ada Year End Sale. Mau tak beli? Jangan berhabuk sudah. Sincerely, takde lagi Ridzuan request yang pelik-pelik untuk hantaran. Agaknya takut Aini balas nak benda lagi pelik kot. Haha. Tapi ni nanti to be confirm semula lah.
- Fotog
Belum booking lagi tp dah dpt agak je siapa yang akan Aini pilih. Macam nak yang amek gambar Aini time tunang hari tu je sebab rasanya cantik sikit. kasi can puji diri sendiri boleh?
- Videog
Dah book tapi belum bagitau mak sebab takut mak suruh cancel. haha.
- Doorgift
Doorgift kalau boleh biarlah Aini handle sendiri sebab nak yang simple je. Yang penting, bagi makan orang, ye ke idok? Doorgift pulak ade la yang vip dan vvip. Motif? Nak semua orang rasa diri tu Very Important People.
- Kad kahwin
Kad kahwin pun jadi masalah jugak. kenapa? Sebab kad kahwin adalah penyumbang utama umpatan dari tetamu sbelum majlis bermula. Dapat je kad, orang akan mengomen. Tak boleh ke duduk diam-diam? Emo pulak. Plus, kalau kad kahwin ni ada pakej sekali ngan penunjuk arah ke,bunting ke, banner ke bagus jugak.
- photobooth & props
wah. ini sudah mengada. Haha. dulu aim tak nak ada benda-benda ni. Tapi bila nampak yang buatkan hati ni jatuh tergolek-golek, pikir 2,3 kali jugak. Takpelah. tu kalau ada bajet lebih.
- bridesmaid
priority bridesmaid ni atas pada photobooth ok? of course lah list nya dah ada. tinggal nak reveal je. Wah gitu.
Sekian dulu check list awal Aini. Ni belum masuk Ridzuan punya lagi tau. haih lah., pening kepala pulak memikir. bertambah stress bila ramai tegur dah gemok. OOOH. Ku Bahagia.
Tips berguna pada saya, ty :)
ReplyDeletewelcome adda....tp nnt ade yg btol2 punye checklist tau..yg ni maen2 dulu..hihi
Delete