OhMyIklan

Saturday 27 December 2014

109. Review : Cadar Murah

Assalamualaikum, hai readers. Masih ingat Aini story mory pasal cadar di entry ini? Kali ni Aini nak review pasal cadar murah. Dan jugak nak cerita pasal cadar yang Aini pilih. Thanks to Nurul dari Kisah Mrs NurulAsyraf yang mintak Aini review. Kalau tak, sampai tahun depan la baru nak review. Kikiki. Padahal lagi beberapa hari je nak sampai 2015.

Mula-mula Aini nampak cadar tu kat group terbaik e-store facebook. Whatsapp harga tanya RM170. Mak ai. Pikir-pikir jugak. Ni kira murah ke ek? Ke mahal? Tak boleh jadi ni. Survey! Survey! hahaha. Walaupun Kak Saila dah pesan, spend banyak sikit duit untuk cadar bila dah kawen, tetap survey nak yang paling murah. Gigih search cadar pengantin murah lah, cadar murah lah. Semua nak murah je kan.

Then, jumpalah facebook cadar murah. Harga cuma RM150. Fuyooo. Jimat RM20 tu. Ingat sikit ke RM20? Terus whatsapp number yang tertera. Deal punya deal. Cadar ni pre order tau. Akak cadar tu cakap seminggu ETA. Fine lah. Peram dulu. Bila dah rasa nak beli, whatsapp balik, order yang kat bawah ni :

abaikan background yang bersepah tu

Alhamdulillah, nak katakan rezeki Aini, dapat cadar tu tak sampai seminggu pun :) i like... Ada beberapa perkara Aini nak tekan kan kat sini ye.

Pertama, DUVET BUKANLAH COMFORTER.

Duvet ialah sarung comforter sahaja. Kalau korang jenis pakai selimut nipis tu, sangat sesuai lah duvet ni. Macam Aini, comforter dah banyak kat rumah, so boleh masuk kan je dlm duvet tu. Ada zip.

Kedua, KAIN COTTON NI SANGAT BEST.

ohmywedding! Memang sejuk je. Serius! Sangat best kain cotton ni. Aini tak tau sangat pasal jenis-jenis kain ni. Tapi yang Aini tau kain cotton ni sangat best. Huhu.

Ketiga, TENGOK BAIK-BAIK UKURAN YANG DIBERI.

sebab, bila Aini tengok sarung bantal busuk golek tu nampak macam pendek. kecik. Tapi ukuran da betul. Akan kami usahakan cari bantal golek kecik jugak. Kat mane eh?

Keempat, JANGAN RAGU MEMBELI DENGAN CADAR MURAH.

Kenapa? Sebab Alhamdulillah Aini selamat membeli dengan beliau. Harga ok compare dengan yang lain. Servis yang okay. Boleh lah Aini beli lagi dengan beliau :)

Apa lagi yang CADAR MURAH jual?

RM130 sahaja

RM150 sahaja

cadar patchwork. 3pcs RM150. Yup. I am serious!

banyak lagi la pilihan yang menarik! Sila terjah facebook cadar murah atau whatsapp ke 012-3312030

No comments:

Post a Comment