OhMyIklan

Wednesday 10 December 2014

101. Hadiah Dari Shakina Farhan Exb2b Blogger Dah Di Tangan

Assalamualaikum, hai readers. Menaip entry dengan hati yang berbunga bunga bak musim bunga selama dua tahun tiga ratus hari. Over taw. Hihi. Petang Ahad baru ni Aini dan Ridzuan gigih menjejakkan kaki ke Indera Mahkota, Kuantan untuk claim hadiah yang Aini menang dari contest ini. Menang contest ni bulan June hari tu. Tapi baru claim sebab busy dengan kerjaya *wah* plus kalau simpan awal-awal alamat kena peram sama macam telekung nikah lycra RM33 Aini tu. Nak baca detail pasal telekung lycra RM33 ni? Sila scroll post sebelum ni ye.

Walaupun tak berkesempatan nak berjumpa dengan Shahadah Chinta anak kak shakina, Aini harap satu masa nanti sempat Aini jumpa dan cium cium cium si comel tu sekali dengan Shafiyah Hasnaa sekali. Dalam kereta tak bukak lagi veil tu walaupun excited terlebih. Intai-intai deko je. Kena lah cover ayu, jadi passenger Ridzuan. Kahkah. Aini dapat veil ivory white 3m dan 4 pack artificial rose petals yang asalnya Aini nak beli 2. Hihi. Alhamdulillah. Semoga TheShopAblog terus berjaya dan dimurahkan rezeki.

Jom tengok gambar veil dan artificial rose petals tu.



Veil ni Aini nak simpan untuk nikah. Dah mula posing-posing dengan veil ni. Ape kes? Haha.

No comments:

Post a Comment