OhMyIklan

Tuesday 27 January 2015

122. Sila Jangan Viralkan Perkara Yang Anda Tidak Tahu Kesahihannya!

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni entry yang berbentuk teguran kepada semua yang sangat suka menyebarkan berita yang mereka tak tau kesahihannya. Kenapa? Anda ingin menjadi pemberita pertama? Tak nak ketinggalan atau tak nak jadi nombor dua? Baru-baru ni kecoh dalam dunia bride to be tentang seorang photographer yang kononnya menipu customer beliau. Siap printscreen semua. Dan semua orang pun kondem. Dah nama pun orang Malaysia kan. Bab kondem nombor 1. Dalam sehari lepas Aini nampak kisah tersebut, akhirnya si photographer buat pengakuan bahawa customer tersebut tidak membuat payment dalam masa yang ditetapkan.

Difitnah okay. Difitnah. Ingat senang ke hidup kita kalau kita difitnah? Semua orang dah viral kan kesalahan kita. Korang ingat ada ke orang yang akan viral kan balik ketidaksalahan kita? Ada, tapi tak ramai. Kalau kita antara yang telah viralkan fitnah tu, agak-agak kita akan viralkan semula tak kesalahan kita tu? Tepuk dada tanya kejujuran.

Ye, Aini tau mostly bride to be berurusan melalui facebook, ig dan sebagainya. Aini pun berurusan ikut facebook je. Mudah. Maka, risiko untuk ditipu tu jatuh ke atas empunya badan masing-masing. Jangan lah anggap "eleh Aini cakap senang lah" Saya juga pernah ditipu! Apa yang saya ingin tekan kan di sini ialah tidak semua peniaga atas talian ini menipu. Masih ramai lagi yang jujur. Jika anda salah pilih, mungkin rezeki tak berpihak kepada anda. Sila buat tindakan selanjutnya.

Again, sila jangan viralkan perkara yang anda tak tahu kesahihannya. Memfitnah itu dosanya lebih teruk daripada membunuh. Tak perlu untuk siasat seperti andalah FBI, polis atau makcik ketua kampung. Cukuplah dengan diam dan tidak share!

ps : akan cuti daripada berblog untuk seminggu. InsyaAllah akan kembali pada minggu hadapan dengan entry yang lebih segar :) 

1 comment:

  1. Kita pernah je kena kelentong dengan OP masa tunang , hahaha !

    ReplyDelete