OhMyIklan

Monday 12 January 2015

116. Kenapa Perlu Hias Bilik Pengantin?

Assalamualaikum, hai readers. Nampak benau mood membebel nya dah sampai. Mula-mula memang tak nak hias pun bilik pengantin. Biar togel je. Sebab pikir membazir. Nasib baik takde dalam pakej mak andam hiasan bilik pengantin. Dan nasib baik jugak my bridesmaid Aynen boleh tolong buatkan :) That's why i love her. ;) Adalah beberapa sebab yang perlu untuk hias bilik pengantin ni. Lagi-lagi kalau buat majlis dekat rumah kan. Kalau yang buat dekat dewan tu tak payah ada rupa bilik pun tak pe.

1. Tempat untuk makcik makcik tok nenek sedara nak tengok pengantin pompuan bersiap. Kejap kejap ada makcik masuk bilik nanti cakap "lawanya pengantin...bla...bla...bla..." lepas tu keluar. Tak kan lah nak bagi sedara mara sume tengok bilik tak lawa kan.

2. Tempat shoot gambar. Yang ni memang tak sesuai untuk Aini, tapi Aini kongsikan jugak. Sebelum make up and semasa make up OP anda akan menggunakan kuasa kamera muncung masing-masing untuk dapatkan shot yang menarik. Tak kan tak nak hias sikit pun kan. Lepas sanding pun sama. OP akan shot macam macam jenis shot dari untuk tontonan umum sampai 18sx. Hias lah sikit.

3. Ehem. Time nak lepak dengan kawan-kawan beberapa minit sebelum jadi bini orang, mesti lah dalam bilik kan. Kalau tak nak kena mengumpat dengan kawan, hias lah even sikit.

4. Mood oih. Mood yang mahal tu. Kalau make up time nak nikah sama macam make up nak pegi kerja je bilik nya takde feel lah kan. Lagu kompang di palu pun jadi lagu ombak rindu je.

5. Malam pertama. Korang paham paham sendiri je lah. Anggaplah berhias untuk suami jugak.

Tak tau dah alasan ape. Tapi bagi Aini, sebab ikut cakap mak. Hihi. 

1 comment:

  1. Kita tak buat sebab takkan nak hias bilik hotel. Kakakakakaa. :P

    ReplyDelete