OhMyIklan

Friday 16 January 2015

118. Official Photographer Punya Quot Harga Dah Keluar.

Assalamualaikum, hai readers. Tajuk bukan main kan. Haha. Dan dan je mengaku OP padahal deposit tak bayar lagi. Oh ye. Dengan ini secara tidak rasminya kami, Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak dan Wan Aini Ashikin binti Wan Razali melantik :


sebagai jurufoto rasmi majlis kami untuk nikah, sanding dan bertandang. Tamak. Padahal dah suka sangat hasil kerja mereka, haruslah grab dari tunang sampai bertandang kan. Eh, sampai bertandang? No No No. Sampai post wedding ok? Post wedding tu lepas majlis bertandang kot. Tak tau lagi. Tak rugi lah hire mereka untuk tunang dulu. Dah nama pun rezeki kan. Rezeki mereka dapat client ntah apa apa macam Aini dan rezeki Aini dapat fotog awesome gila dari mereka.

Jadi, kalau anda dari Kuantan, Pekan, eh tak kisah la mana-mana since diorang boleh travel, especially dari Pahang yang nak kan fotog yang awesome, kreatif, mampu milik (affordable), customer service yang thoorrrbaik, sila lah jenguk-jenguk SedetikLebih Photography. Oh ye, Aini tak boleh kongsi lagi pakej yang kami alter sama-sama dengan anda. Alasan? Belum bayar deposit. Hahahaha. Nanti dah bayar, Aini buat entry khas okay? Kalau time tunang dulu deposit RM100 memang lah tak payah bayar takpe. Ni dah tinggi sikit amaun nya, risau lah kalau cancel kan. Gurau.

Eh. Tajuk lari sangat dengan isi ni ape kes? Kepada pembaca-pembaca baru, jangan terkejut ye. Memang macam ni selalu. Rasa macam dah boleh hafal teks dah. Haha. Cek dis aut :


Sebenarnya, quot ni dah keluar minggu lepas. Biasa lah update lambat. Normal. Hahaha. Kalau update cepat yang tak berapa normal. Amacam? Mampu milik kan? Dah percaya? Aini tak setuju kalau ada yang cakap kena amek fotog yang murah. Memang ada yang murah melampau sampai tak tau lah kat mana yang diorang untung. Pentingkan kualiti ye sebab gambar tu lah yang kita akan tengok sampai tua. Nak tunjuk kat anak cucu. Tak semua fotog yang murah tu low quality. Tapi pandai pandai lah pilih ye.

Nak pakai saga atau vios? Dua dua kereta. Saga murah, vios mahal sikit. Kenapa? Macam tu lah konsep dengan fotog ni. Eh, membebel pulak kat entry OP ni. Ada 7 pakej yang SedetikLebih ni sediakan dari pakej bajet sampai golden. Pilih lah yang mana berkenan di hati. Untuk keterangan lanjut, boleh tengok dekat facebook SedetikLebih Photography atau call/whatsapp 0196602644 Faiz Ishak. 

Kepada SedetikLebih Photography, sila snap gambar kami cantik cantik, boleh tepek kat quot harga 2016 atau promo pape pulak ye. Heh.

No comments:

Post a Comment