OhMyIklan

Sunday 15 March 2015

137. Dugaan Nak Kawen.

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak cerita sikit pasal dugaan kami nak kawen. Walaupun masih ada baki 132 hari lagi sebelum majlis kami, dah macam-macam dugaan yang kami terima. Nak tunggu lagi 132 hari tu entah apa lagi yang akan jadi. Sobs.

Aini malas nak cakap ni dugaan untuk orang yang bertunang sebab nanti semua orang takut nak bertunang lama-lama macam kitorang. Hihi. Seriusly bila anda dah sepakat untuk mengikat tali pertunangan dalam satu jarak yang panjang, anda perlu bersedia mental dan fizikal. Tak salah nak ikat lama-lama tapi orang tua-tua lah yang selalu tak nak kan.

Berbalik kepada dugaan nak kahwin. Dugaan pertama ialah malas update blog. Ni dugaan yang kuat kot. Haha. Tengok lah berapa entry je yang publish bulan lepas. Bulan ni rasanya lagi kurang. Busy? Mungkin. Tak de mood? Mungkin. Sebenarnya banyak sangat yang nak ditaip, tapi mood tu selalu ke laut plus takde masa. Rasa macam nak hibernate sekejap pun ada. Muahaha.

Dugaan kedua ialah melakukan dua pekerjaan dalam satu masa. Iaitu beli rumah. Subhanallah. Indah sungguh berangan nak punya rumah sendiri. Akhirnya Aini dapat dalam masa terdekat ni. Orang akan kagum dengan seorang perempuan bujang berusia 24 tahun mampu beli rumah sendiri sedangkan belum cukup setahun bekerja. Tapi mungkin silap sikit bila nak beli tu time nak kawen. Jadi banyak bajet cut sebab kahwin. Hanya orang yang terdekat je yang tau macam mana keadaan Aini sekarang. Happy but? Aini tau percaturan Allah tu tak pernah silap. Semoga hikmahnya yang Aini belum rasa sekarang akan Aini rasa nanti. Amin.

Dugaan ketiga ialah kerja bertimbun timbun. Dulu selalu dengar orang kerja cikgu senang. Masuk kelas, mengajar je. Tengah hari dah balik. Sekarang dah bukan macam tu okay. Kerja sangat banyak. Bertimbun timbun. Memang Aini ni seorang yang gagal mengurus masa kot. 

Dugaan keempat ialah stress memuncak muncak. Tak tau lah sangat jugak apa yang distresskan. Haha. Tapi balik rumah je cakap kat housemate "stress la". Tak boleh blah. Haha. Mungkin sebab kurang luangkan masa dengan Yang Maha Kuasa. Astaghfirullah.

Dugaan kelima memang tak boleh share kat sini. Sebab terlalu peribadi.

Alhamdulillah. Aini dengan Ridzuan takde gaduh-gaduh lepas jadi tunangan orang ni. Tak susah mana sebenarnya nak control diri dari bergaduh. Merajuk sikit-sikit tu biasalah kan. I merajuk, U pujuk. U merajuk, I merajuk pulak. Haha. Terima kasih menjadi pendengar yang baik.

dear Allah
sometimes, it hard for me to understand
what You really want to happen
But I trust You
I know You will give me what's best

1 comment:

  1. inshaallah semoga segalanya berjalan lancar okey? dulu masa akak bertunang memang asyik nak gaduh je. tu lah dugaan paling kuat. yang lain takde apa sangat. hahah

    ReplyDelete