OhMyIklan

Saturday, 29 August 2015

173. Call Me PUAN AINI.

Assalamualaikum, hai semua ^__^

Tajuk short, simple but meaningful. Seperti yang nak maklumkan, sekarang Aini dah bergelar Puan. Janggal sikit bila tengok orang tulis nama kita Puan instead of Cik. But I love that gelaran so much. Sekarang baru ada masa, ada semangat untuk update blog. Tak tau lah masa ni ada sampai bila. Hihi.

Dah selamat menjadi isteri Muhammad Nor Ridzuan bin Ishak pada 26 JULAI 2015 pagi. Sanding belah tengah hari dan belum majlis bertandang lagi. Dah sebulan, Alhamdulillah. Belanja sikit gambar :

nikah. harap masih choral+gold

sanding silver

outdoor kat tempat Aini nak tu

Kepada semua readers :

-doakan kami bahagia hingga ke syurga.
-teruskan support OHMYWEDDING.

Kepada semua bride to be :

-selamat menyiapkan diri menjadi isteri orang.
-kahwin itu best.

Kepada suami tersayang :

-teruskan bimbing isterimu yang satu ni.
-terima kasih memilih Aini menjadi isteri.
-insyaAllah, Aini akan cuba menjadi isteri yang baik.
-love you. XOXO


Thursday, 27 August 2015

172. Tawaran Istimewa Dari Rumah Kebaya Malaysia Sempena Merdeka!

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak ajak semua b2b ushar cuci mata telinga hidung tengok Rumah Kebaya Malaysia punya offer sempena Merdeka. Kalau tak gempak, bukan Rumah Kebaya Malaysia lah kan. Rugi tak grab ni.

Apa tawarannya? Kalau anda gunakan khidmat baju dari Rumah Kebaya Malaysia dan juga fotografi dari Myphotographer Malaysia, anda akan dapat FREE BAUCER HOTEL 2H+1M UNTUK BULAN MADU ANDA!!!

RM2599 dapat baju, fotografi dan baucer untuk bulan madu sekali. Selalu untuk honey to the moon je dah RM2000. Siapa tak nak jimat kan? Berminat? Boleh layari facebook RUMAH KEBAYA MALAYSIA untuk maklumat lanjut.

Ada cara lain lagi. Hubungi 01720489044 untuk maklumat atau datang sendiri ke RUMAH KEBAYA MALAYSIA di Seksyen 19, Shah Alam. Oppps. Promosi berakhir 31 Ogos 2015! Grab it now.


Tuesday, 25 August 2015

171. Rumah Kebaya Malaysia Made My Day.

Assalamualaikum, hai readers. Eh. Eh. Aini dah kahwin? Hahaha. Ye. Lama menyepi aleh aleh dah kawen. Nanti la kita story pasal tu ye. Laptop pon problem, ni pun pinjam orang punya. Tenkiu kak nadia. (Harap-harap baca lah) Aini gunakan khidmat Rumah Kebaya Malaysia. Nak tau lebih, nanti kita story. Sekarang, nak belanja gambar kami dalam busana Rumah Kebaya Malaysia. Asyik share gambar orang lain je kan. Ape kes? huhu. Jom layan :






Seriusly teringin nak pakai lagi :( Nantikan Aini update okeyyy.

Friday, 31 July 2015

170. FOTOGRAFI & HONEYMOON 5 STAR HOTEL DI ATAS LAUT

Assalamualaikum, hai readers. Walaweh cun sangat offer ni. Dari Rumah Kebaya Malaysia of course! Dapatkan pakej yang menarik dari Rumah Kebaya Malaysia termasuk baucer penginapan di Lexis Port Dickson atau Avillion Port Dickson untuk bulan madu anda dengan setiap booking pakej fotografi sebelum 15 Ogos 2015.

Rumah Kebaya Malaysia ada pelbagai pakej mengikut kesesuaian bajet anda. Apa lagi tunggu? Hubungi 0123390943 atau kunjungi galeri Rumah Kebaya Malaysia di 52-1, Jalan Nelayan 19/b Seksyen 19 Shah Alam.


Monday, 22 June 2015

169. Warna Tema Untuk Majlis Sanding

Assalamualaikum, hai readers. Kali ni nak cerita warna tema untuk majlis sanding Aini yang sangat colourfulllll itu. Yes, ada macam-macam warna. I guess dah bukan warna tema? Actually Aini tak kisah sangat pun pasal warna tema ni. Biar je macam-macam warna. Nak lari dari typical wedding atau nak cari alasan untuk escape kan diri? 

Entah lah nak kira warna tema ke tak. Dah lah konsep takde. Harap-harap semua berjalan lancar je. Jom tengok kepelbagaian warna untuk majlis sanding Aini.

KRIM

ialah warna bunga-bunga dekat pelamin Aini

DARK CHOC
ialah warna baju family Aini

SILVER
ialah warna baju sanding Aini

BIRU FROZEN
ialah warna baju bridesmaid

HITAM & PINK
Warna backdrop

So, when people do ask me what is your theme colour? I am proudly say "pilih lah warna apa yang nak..."

Thursday, 18 June 2015

168. Baju & Seluar Untuk Hantaran Ridzuan From Padini

Assalamualaikum, salam Ramadhan readers. How's your puasa? Semakin kurus? Bagus. Semakin naik? Harap-harap kita tak geng. Fuh. Ni entry zaman tok kaduk punya. Hari tu tak ingat bila (macam biasa lah kan) pergi ECM mencari baju dengan jeans yang nak letak atas hantaran untuk Ridzuan. Takde lah gigih mana pun mencari sebab dah set memang nak cari kat Padini je. Kenapa? sebab harganya affordable. Time tu memang takde sale. Hari-hari biasa pun sale dia not bad. Lebih kepada beli 2 dapat harga lagi murah. Tapi Padini tempat Ridzuan je kot. Tempat Aini? Adalahhh.

Banyak jugak drama memilih baju. Aini berkenan yang lain, Ridzuan berkenan yang lain, last-last amek yang lain. Dekat sejam jugak kot memilih, try, letak balik. Haha. Bukan selalu Ridzuan shopping, time ni la nak layan. Lepas ni kita tukar turn ye, eh? Hasil tangkapan hari tu :



Seluar jeans saiz tettt. Slim fit u olls. Aini pun pakai straight cut. Untunglah~ Dan sehelai kemeja warna grey pilihan Ridzuan. Total? RM160 sahaja untuk kedua-dua barang. Murah? Berbaloi dengan kualiti. Silalah ke Padini :)

ps : Kalau lah Padini baca review Aini ni. Nak satu blouse pink yang display dekat-dekat ngan kasut pelis.

Tuesday, 16 June 2015

167. Baju Tema Untuk Keluarga Aini.

Assalamualaikum, hai readers. Hari ni nak story pasal baju tema untuk keluarga Aini. Keluarga kecik ye, keluarga besar tunggu kenduri adik-adik nanti la. Masa decide baju warna apa nak pakai tu baju Aini pun xtau lagi warna apa. Hambekk. Ku berserah je la. Tapi actually takde masalah pun kalau baju family lain dengan pengantin. Ok what. Takde la tenggelam timbul pengantin nanti. 

bukan hitam ye tapi coklat gelap

Macam biasa yang paling excited ialah ayah Aini. Beliau paling awal beli baju melayu warna ni. Haha. Kitaorang beli kain kosong je untuk adik-adik. Masing-masing buat baju kurung. Jangan tertukar udah. Haha. Budak-budak ni cakap nak tambah lace la beading la, ikut suka lah.

Masalahnya ada lagi ke tailor yang nak amek upah? Dah la nak dekat raya dah. Huhu. Good luck!