OhMyIklan

Thursday 18 June 2015

168. Baju & Seluar Untuk Hantaran Ridzuan From Padini

Assalamualaikum, salam Ramadhan readers. How's your puasa? Semakin kurus? Bagus. Semakin naik? Harap-harap kita tak geng. Fuh. Ni entry zaman tok kaduk punya. Hari tu tak ingat bila (macam biasa lah kan) pergi ECM mencari baju dengan jeans yang nak letak atas hantaran untuk Ridzuan. Takde lah gigih mana pun mencari sebab dah set memang nak cari kat Padini je. Kenapa? sebab harganya affordable. Time tu memang takde sale. Hari-hari biasa pun sale dia not bad. Lebih kepada beli 2 dapat harga lagi murah. Tapi Padini tempat Ridzuan je kot. Tempat Aini? Adalahhh.

Banyak jugak drama memilih baju. Aini berkenan yang lain, Ridzuan berkenan yang lain, last-last amek yang lain. Dekat sejam jugak kot memilih, try, letak balik. Haha. Bukan selalu Ridzuan shopping, time ni la nak layan. Lepas ni kita tukar turn ye, eh? Hasil tangkapan hari tu :



Seluar jeans saiz tettt. Slim fit u olls. Aini pun pakai straight cut. Untunglah~ Dan sehelai kemeja warna grey pilihan Ridzuan. Total? RM160 sahaja untuk kedua-dua barang. Murah? Berbaloi dengan kualiti. Silalah ke Padini :)

ps : Kalau lah Padini baca review Aini ni. Nak satu blouse pink yang display dekat-dekat ngan kasut pelis.

No comments:

Post a Comment