OhMyIklan

Monday 2 June 2014

44. Personal Review : Veil by Birubi

Assalamualaikum readers! Alhamdulillah, bilangan OhMyViewers merangkak naik sikit-sikit. Tak kisah merangkak ke mengesot naik, asalkan naik. Ingat lagi last post Aini pasal review : veil by Birubi? Jom cekidaut personal review pulak.

Aini dah survey2 veil ni dalam beberapa minggu jugak. Mostly bukan custom made. So, malas la spend duit kat tempat yang kita tak dapat mcm hasil yang kita nak kan? Sampailah Aini terjumpa Veil by Birubi ni. Mula-mula dah dapat design yang Aini suka. Lepas tu menyepi sekejap. Hihi. Lepas tu contact balik, Aini bagi design sendiri. Lepas deal punya deal punya deal, kami setuju cadangan design kak bi, Aini request bunga 3d, nanti beliau akan selerakkan atas kepala dengan manik sekali. Price? RM90. Wow. Tercekik jugak tau harganya. Lepas tu Aini pun fikir, nanti nak sewakan lah :) ada rezeki, boleh dapat balik modal semula.

Masalah! Masalah! Masalah! Cehwah. Masalah utama Aini ialah nak link kan warna. Almaklumlah, kan Aini tempah baju dengan si penipu tu. Agak mencabar jugak! Mula-mula nak veil warna tiffany green, sama dengan baju Aini. Tapi sebab banyak sangat salah faham, Aini decide untuk buat veil warna dark purple je. Risiko lain warna macam almost 0% je. Yeay. *problem solved*

6 Mac 2014 Aini transfer RM90 kat akaun beliau. Tempoh untuk beliau siapkan veil masa tu dalam sebulan katanya. Sebab masa tu beliau bukan full time buat veil. Sekarang dah full time, Aini tak sure pulak berapa lama. Aini selalu mintak progress dgn beliau *fussy*. Kejap-kejap tanya : kak, pe progress veil? Hihi. Dan Alhamdulillah, veil selamat sampai kat tangan Aini pertengahan April hari tu. Alhamdulillah. Suka. Jom tengok gambar veil tu :




Overall? Puas hati dengan servis dan hasil yang diterima. Layanan kpd customer memang tip top. Sabar melayan karenah Aini yang banyak bertanya ni. Hihi. Pesanan Aini kepada pembeli veil di luar sana, sila jengok facebook Veil by Birubi. InsyaAllah, anda akan berpuas hati. Sebagai tanda sokongan OhMyWedding kepada Veil by Birubi, viewers akan datang masih boleh klik iklan di sebelah untuk terus ke facebook Veil by Birubi.

Semoga ada rezeki Aini menggunakan khidmat Veil by Birubi lagi. Bagi diskaun ye :) Semoga kerjaya dan bisnes Veil by Birubi terus berkembang. InsyaAllah.

Check out our next post : 43. Baju & Veil Untuk Disewa.

6 comments:

  1. selamat malam pemilik blog ^_^
    cantiknyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah...Alhamdulillah....selamat mlm syira ^___^

      Delete
  2. Dah kira murah Aini dapat veil secantik ni dengan harga rm90 saja. hari tu, fiza pergi jakel...veil kosong simple ja dah nak Rm150. :'( tak mampu nak beli. DIY la jawapan ya ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jakel mmg mahal kot fiza....rasanye kedai2 bse pon byk veil cntik+murah...takpe je DIY pon...lagi puas hati...hihi selamat bertunang :)

      Delete
    2. Btul tu..ingatkan murah kat Jakel sebab beli langsir kat sana dah tengah Sales ni..hehee tapi, masuk part kain untuk kahwin mmg tersirap lah darah. huhuu

      Delete
    3. takpe fiza...eh3...fiza nye wedding bile?ingat nak wt bloglist b2b ...nak susun ikot tarikh wedding...tp ntah la bile tu...hihi

      Delete